Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, May 30, 2013

Baca Cerpen Kavyan


Shahrul memperkenalkan Masterji kepada hadirin yang datang untuk acara Baca Cerpen.

Pada 26-Mei-2013, saya telah hadir untuk acara Baca Cerpen Kavyan anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan sempena Pesta Buku Selangor 2013 di Shah Alam Convention Centre(SACC), Shah Alam Selangor.
Ini julung kalinya saya terlibat dalam acara sebegini dan pengalaman pertama ini sungguh memberi keterujaan.
Saya membaca petikan dari novel Panchayat tulisan Uthaya Sankar SB.
Terima kasih kepada Tuan Uthaya Sankar SB yang banyak memberi panduan cara pembacaan cerpen yang betul.

Masterji dan barisan pembaca yang terlibat.

No comments: