Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, June 26, 2013

BUKU KE 2



Salam pada semua rakan rakan.
Ramai yang sudah bertanya buku ke 2 Masterji.

Sedang di perkemaskan dan akan bertemu dengan anda tidak lama lagi!

Tajuk dan sebagai nya akan diberitahu kemudian. Berikan sokongan anda kerana ia bukan sekadar sebuah buku, ia adalah butang turbo anda kehadapan!

Terima kasih!



Cik Fame Puan Noor Jahan selamat menjalani audit TS! Saya pasti anda berjaya!

Monday, June 10, 2013

Apollo Creed



Hari ini kita belajar sedikit dari Apollo Creed ya. Siapa itu Apollo Creed?
Masterji sedang menulis buku baru. Banyak research yang Masterji buat. Terlihat poster lama yang ditampal dalam buku nota lama Masterji. Gambar Syvlester Stallone memegang watak Rocky Balboa.
Tercatat dibawah gambar berkenaan perkataan; THERE IS NO TOMORROW . Rocky seorang juara yang selesa dengan statusnya memandang rendah terhadap pencabarnya Mr T.
Rocky tewas dengan teruk dan binggung dengan kekalahan nya. Rocky berlatih semula tetapi tidak serius.

Kata kata pedas dai rakan mentor nya membuatkan Rocky berubah.
Bila disuruh berlatih dengan sungguh sungguh ; Rocky menjawap ;" Tomorrow. Let's do it tomorrow. "

Rakan mentor nya Apollo Creed mengatakan; "There is no tomorrow! THERE IS NO TOMORROW! THERE IS NO TOMORROW! " ( 3 kali).

Bingo! Ramai dinatara kita yang suka menangguhkan usaha. Setiap destinasi yang kita ingin sampai hanya akan sampai kalau kita mula bergerak. Lagi lama kita duduk lagi lama lah kita ditempat yang sama!

Rocky kembali bangun, dan berjaya!
Di antara ayat ayat yang digunakan oleh Apollo Creed pada Rocky yang menarik ialah;

"See that look in their eyes, Rock? You gotta get that look back, Rock. Eye of the tiger, man. "

"Now, when we fought, you had that eye of the tiger, man; the edge! And now you gotta get it back, and the way to get it back is to go back to the beginning. You know what I mean? "

Bila rebah ingat kan asas dan jalan kita datang semula. Back to basic! Punca kekalahan Rocky adalah kerana beliau sudah tidal lapar kan kejuaraan lagi kerana sedang menjadi juara bermakna sedang selesa, sedang alpa!

Rocky kembali



Wednesday, June 5, 2013

Skrip Baru



Semalam kami berbincang . Rakan sama sekolah dulu, Isteri saya dan saya.
Kami berbincang dan ketawa. Ketawa saya lebih kuat. Ketawa rakan sekolah lagi lagi kuat.
Isteri saya ketawa dan merah padam sedikit wajah nya. Kemudian dia jua turut ketawa.
Kami melihat lihat gambar dan menyusun nya untuk program latihan dan projek projek baru.

Rakan sekolah yang telah lama tidak bertemu tiba tiba menghubungi selepas membeli buku Masterji
DULU PENCUCI KINI PENGURUS.
Dan acara flash back .
Dia kata; MUSTAHIL DALAM BUKU ITU IALAH RAFI. Sejurus itu kami sama sama gelak besar. Kecoh.
Hanya dia, saya dan semua yang ketika itu berada di High School Klang sahaja termasuk guru guru akan memahami kenapa saya dan rakan tadi tergelak besar bila dia kata mustahil tadi.
Isteri jua turut tersenyum , mungkin tidak bersama di High School Klang tetapi dia memahami nya kemudian.
Isteri jua kemudian gelak besar.


Rafi..? Mengajar, bekas Penolong Pengurus besar? Kini tenaga pengajar?
Kami gelak lebih besar dan lebih galak.
Mohd Rafi Jalaluddin sebuah nama yang ada didalam fikiran setiap murid dan guru guru ketika itu tetapi
dalam bentuk skrip yang berlainan.

Saya katakan pada rakan tadi. Manusia boleh berubah sekiranya mereka mahu. Mereka boleh dan saya boleh.
Buang skrip lama, Cipta Skrip baru. Skrip yang lebih bestseller, lebih menarik!
Rakan tadi bersetuju dan bila melihat gambar diatas, ketawa kami menjadi lebih kuat.
Rafi kembali kesekolah dengan skrip hidup yang berlainan.

Kami gelak dan Isteri terpaksa meleraikan gelak kami kerana sudah sampai waktu makan.
Kami masih bergelak sakan ketika makan.

Sekolah Tinggi Klang atau Klang High School dalam kenangan.
Manis kenangan ketika itu. Kami bergelak sakan lagi.

Manusia boleh berubah. Buang skrip lama, Cipta Skrip baru. Skrip yang lebih baik.

Kepada Dr Lap Top Kulim tahniah kerana telah mengadakan majlis perkahwinan, Syabas ya, Maaf tak dapat hadir kerana banyak tuntutan program latihan. Masih bercuti kan.
Pada Cik Fame, how are lama tak bertemu dan berborak. Harap sihat dan always a champion ya

Tuesday, June 4, 2013

Boi..


Hah jangan salah faham pula pada gambar ini ya...
Tujuannya jelas, kita belajar.

Orang muda sekarang hebat. Satu pertemuan dengan rakan di gym . Nama 'glamour'nya, Boi.
Bertemu dengan beliau membuatkan Masterji termenung dan mengimbas masa lalu Masterji. Benar banyak yang Masterji buat dan Boi seakan memberitahu Masterji ada yang tertinggal ketika Masterji remaja dulu.

Ada yang Masterji tak masuk kan dalam list kemajuan. Baru sekarang Masterji bergiat cergas menjaga kesihatan dan bersenam. Baru 8 tahun kebelakangan ini. Dulu seperti yang lain biarkan sahaja.
Boi berumur dalam 20 puluhan..amat rajin bersenam. Masterji tewas dengan beliau dalam acara sit up. Beliau boleh melakukan nya lebih dari seratus kali tanpa henti. Kadang beliau berlari 10KM. Pernah belajar Muay Thai di Thailand selama beberapa bulan.

Katanya pada Masterji;
"I always wanted to stay healthy and fit, Health is wealth Abang Rafi".

Benar katanya. Masterji menjadikan beliau guru dalam beberapa teknik menjaga otot.
"Abang never worry, life starts at 40 and you'll be one" Tambahnya.

Saya tersenyum dan bersetuju. " Life starts at 40 is an excuse for those who left and overlooked their 30's Boi..or perhaps to inspire those who thought that they are getting old . Anyway it's good inspiring advice from you. I will do my best to match up with at least your sit up numbers". Balas saya pada nya.

Dulu sibuk mengalas pelbagai cabaran dan kita terlepas pandang penjagaan tubuh badan kita.
Every where you go stands a great Sifu regardless of their age, experience and races. Get something valuable from them. Of course something good and valuable not something that will make you sink. Something that makes you swim better, faster and smarter to the end.
Saya mahu jadi sepeti Boi.. I want to have young body while I am old because I had already got old matured thinking when I am young.

Yes, never wait to be old to get experience when you are young. Do everything , challenge yourself harder, take responsibility, execute bigger and difficult mission. You had older person experience while you are young. Great! No one say you can't.

It's an advantage.

And when we are old, have a young body . It's fair.

Boi.. Thank you so much. On my way ya....