Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, August 11, 2010

Bullet and Bell

Hi apa khabar semua? Harap sihat di bulan Ramadhan ini ya. Masterji ok . Ada yang terperanjat dan tanya masih exercise juga bulan puasa?Jawapannya, ya dan mesti. Ia bisa di lakukan 50 peratus berbeza dengan hari biasa tapi masih buat.

Ada rakan trainer yang membaca entri semalam Train The Trainer dan berkongsi pandangan yang sama. Sesiapa dan apa jua boleh jadi bahan pelajaran sekira nya kita ingin belajar.
"Anyone would be a Great Teacher , if you willing to learn"

Tajuk entri hari ini ialah Bullet and Bell .
Apa tu?
Macam macam Masterji ni ya, betul tak rakan rakan? Ada saja topik yang pelik. Macam filem gangster pulak. Cerita ini nampak macam gangster tapi penuh bermakna dan menarik . Cerita gangster yang bertauliah dan bukan yang tepi pagar dan tepi longkang. Bukan cerita gangster yang berkelahi kerana rebut kawasan. Bukan. Ia lebih korporat! Lebih bersifat ilmiah!

Buku yang di atas tadi, The Japan That Can Say No, pada tahun 1989 telah di labelkan sebagai The Controversial National Bestseller. Di tulis oleh Shintaro Ishihara. Jangan salah faham, entri ini bukan isu politik tetapi leadership!

Buku yang padat dengan teguran, ketegasan dan sindiran.

Kenapa saya bilang Bullet and Bell.

Bullet bermaksud cabaran dan ketegasan yang di nyatakan dalam buku ini dan di tujukan pada US dimana Jepun juga bisa menjadi negara yang lebih berjaya, lebih berkuasa dan tidak boleh di manipulasi oleh US ataupun kuasa kuasa besar yang lain dan US harus seriously take note

Kenapa Bell? Bell kerana buku ini juga berupa sindiran pada rakyat Jepun sendiri di mana mereka harus start to speak up and stop to be yes man!

Buku ini saya baca pada tahun 1991 sewaktu bekerja di Jabatan Latihan. Kali pertama membaca nya tanpa apa apa, desis hati" buku apa ni". Tetapi dua atau tiga tahun kemudian bila buku ini di sebut oleh Tun Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia, saya cari semula dan saya baca. Kini , ia adalah salah satu dari pada puluhan buku hits kegemaran saya.

Buku ini mengajar kita betapa penting nya maruah bangsa! Buku ini mengajar kita jangan jadi kuli dalam negara sendiri! Buku ini mengajar kita menjadi manusia yang mesti ada kelebihan maka tiada kuasa besar lain bisa mempermainkan kita! Buku ini mengajar kita supaya jadi pengegar bukan di gegarkan selalu! Buku ini mengajar kita supaya mengenali kekuatan kita dan jangan jadi bodoh dan tak sedar yang kita juga kuat.
Dan yang paling penting dalam buku ini ialah kita harus punyai teknik kepimpinan yang jelas, cekap dan must be constantly higly respected!.

Bullet and Bell. Emm.. menarik. Satu bahan bacaan yang bisa mengubah minda kita.

2 comments:

Noor Jahan said...

Bagus la Master Ji boleh exercise lagi during fasting month ni...keep it up!!

Learn to say NO.... situasi ni kerap kedengaran di tempat kerja. Masing2 nak jawab NO tak sampai hati...so end up buat semua!! Itu pun satu penyakit jugak...

one said...

Salam masterji,

Entri yang menarik. Japanese memang belajar to say no US but the current Japanese management would accept a NO from any Malaysian. They called it insubordination....