Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Wednesday, August 11, 2010
Train The Trainer
Salam kepada semua pembaca. Harap sihat dan sejahtera ada nya. Masterji ingin mengucapkan selamat berpuasa pada semua pembaca dan peminat.Salah satu aktiviti yang berkesan pada bulan yang mulia ini ialah bersenam. Lebih mudah dan bertenaga sebenarnya. Masterji akan teruskan senaman. Impak besar kalau berehat sebulan. Otot dan stamina boleh berubah dalam masa dua minggu. Malah perut juga bisa ke depan dengan cepat. Di tambah dengan juadah bulan Ramadhan nanti maka saiz pinggang dan perut akan terus berubah!
Kalau selalu jogging 5 pusingan, maka bulan Ramadhan jadi 2 pusingan. Dalam senaman consistency itu mustahak. Selain itu jangan lupa beramallah sebanyak mungkin pada bulan yang mulia ini. Ramadhan ini mungkin yang terakhir bagi kita.
Terima kasih pada Pn Noor Jahan berkaitan komen yang di berikan. Ohh, rupanya sudah menjadi azam kepada Pn, sejak hari pertama untuk membuat perubahan pada syarikat berkenaan. Bagus!. Pengurus masa yang cemerlang adalah mereka yang punyai agenda yang jelas dalam hidup mereka.
Pada The One, anda lebih minat menjadi isi di tengah Sandwich. Anda berani menyahut cabaran dan mampu mengawal pressure orangnya!
Kali ini , Masterji nak cerita pasal Train The Trainer. Sabtu lepas , saya di jemput sebagai salah seorang hakim dalam pertandingan Idol ( Karaoke) sebuah syarikat MNC. Ini pengalaman kali kedua. Kali pertama lama dahulu. Seronok juga melihat aksi aksi mereka dan pelbagai ragam yang menarik. Ada seorang pemuda menyanyikan lagu Jamal, Di Penghujung Rindu. Dengar saja lagu Jamal, happy saya tapi judgement tak berat sebelah cuma saya tersenyum sedikit.
Mula saya hanya melihat dan fokus pada nyanyian mereka tetapi kemudian melihat kriteria di kertas dan penyanyi penyanyi berkenaan saya terus terfikir. Ini adalah program Train The Trainer! Train The Trainer ini bermaksud program yang mengajar tenaga pengajar. Selalunya program Train The Trainer ini fokus kepada teknik teknik mengajar untuk seorang tenaga pengajar.
Apa kaitan program nyanyian berkenaan dengan tugas saya sebagai seorang Tenaga Pengajar.? Apa yang saya lihat pada hari berkenaan adalah seperti kategori di bawah ini :
1. Boleh menyanyi tetapi tiada laras suara yang menarik.
2. Gaya penyanyi ada tetapi suara tak menarik.
3. Ada yang suara nya menarik tetapi kaku, tidak bergaya dan tak nampak yakin.
4. Ada yang boleh menyanyi tetapi starting nya salah maka proses seterus nya hancur.
5. Ada yang starting nya hancur tetapi membuat come back dan menjadi confident.
6. Ada yang boleh menyanyi, ada gaya ada nada suara tetapi tiada penghayatan.
Maka berfikirlah saya , untuk menjadi seorang tenaga pengajar, program nyanyian ini adalah satu program yang berkesan juga. Kenapa? Untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang baik, kita harus punyai suara yang kuat dan pandai dalam memainkan nada suara yang sesuai mengikut keadaan semasa latihan. Misalnya selepas waktu lunch, suara seorang tenaga pengajar harus punyai nada yang boleh mencelikkan mata para perserta dan bukan membuatkankannya lebih tertutup dan keluar huruf Z...z..z..zz...z...z..zzzzzzzzzz...,
Selain dari suara , gaya seorang tenaga pengajar juga penting. Sama ada kita duduk sahaja di kerusi dan bercakap atau kita melakukan pergerakkan yang sesuai dan berubah-ubah. Mata harus bertentang dan ke arah semua peserta bukan seorang dua sahaja.
Dan salah satu yang penting saya pelajari pada hari berkenaan ialah, penghayatan. Tenaga pengajar juga harus punyai daya penghayatan yang tinggi dalam sesuatu subject yang di ajar untuk menunjukkan betapa kita faham dan dan yakin dengan subject berkenaan.
Satu pengalaman yang menarik. Benar , sebagai seorang tenaga pengajar yang berpengalaman , saya sudah lama ketahui teknik teknik di atas tetapi tidak salah untuk punyai refresher session. Baik untuk kita. Bagi saya proses pembelajaran adalah seumur hidup dan yang kecil jangan di sangka anak yang tua jangan di sangka Bapa.
Bagi saya mudah;
"Anyone would be a great teacher, if you are willing to learn"
Terima kasih pada Cik Sonia yang datang ke sessi berkenaan untuk menghantar dokumen latihan, nota latihan dan turut menyaksikan acara Idol berkenaan.Saya fikir artis Bollywood mana yang terpacul tiba tiba dengan baju merah.
Pada Encik Azaman, kalau datang ke Shah Alam jangan lupa berbuka bersama di Khulafah ya. Acara gemilang kita tu setiap bulan Ramadhan.
Pada The One , puasa ini memberikan kenangan yang manis pada anda kerana anda sedang belajar dalam kelas pengurusan sumber manusia selepas waktu kerja. Jangan lupa berbuka puasa dek kerana sibuk belajar pula ya.
Saya sendiri juga ada banyak jadual mengajar pada bulan puasa tahun ini. Sektor Kerajaan, Kolej dan juga Factory factory.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment