Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Tuesday, August 3, 2010
Sandwich
Salam pada semua. Apa khabar? Maaf lama tak up date entri. Masterji demam. Ada yang hantar sms kata dah kaya tak nak tulis lagi. Ha ha ha. Tidak bukan begitu. Tulisan yang membawa manusia ke arah kebaikan dan kejayaan harus di teruskan selagi termampu.
Cik Fame kita apa khabar ya. Lama tak nampak dan dengar cerita. Cik Sonia, thank you for your recent comments. It has been long time you were silent and busy. How's training? Waw, Peminat Azura juga ya. Ha ha ha Zack juga idola you. Zack adalah ciri ciri lelaki yang berorientasikan kemajuan dan sifat berdikari serta bertanggung jawap yang tinggi. Lelaki yang cemerlang. serius dalam segala apa hal dan matang.
Bukan jenis lelaki lima sen dua. Atau five cen two.
Entri kali ni, perihal Masterji. The World of Supervisor. Dalam babak yang lepas kita bercerita tentang Mangga. Kali ini bagaimana Masterji teruskan perjalanan ke arah yang lebih stabil.
Bekerja di jabatan yang penuh dengan mesin amat mengembirakan. Banyak selok belok bidang teknikal dan pengurusan yang kita perolehi. Kerja 3 shift. Masuk pukul 6.45 pagi dan pulang jam 3 petang. Masuk jam 2.45 petang sampai jam 11 malam.Shift ketiga bermula jam 10.45 pm sampai pukul 7.30 am. Kurus dan cengkung. Tak cukup tidur.
Pada suatu pagi kami di panggil meeting dan di beritakan kami seramai sepuluh orang telah di berikan peluang untuk menjadi Line Leader. Ketua Line. Surat rasmi telah di keluarkan. Saya dan rakan rakan tersenyum. Saya dapatkan penyelia saya dan ucapkan ribuan terima kasih. Terus bertanya padanya bagaimana proses carta organizasi. Dia terangkan. Saya melihat tangga tangga kenaikan. Untuk sampai ke tahap Manager ini adalah step pertama daripada belasan step. Woo! Panjangnya. Lama proses ni. Tetapi penyelia tadi seakan faham apa yang tersirat di fikiran saya ketika itu. " Rafi, sometimes great results may help you to cut the Q". Katanya. "Great results like what?" soal saya. "Example,like if you give suggestion to reduce work error, or increase sales or perhaps the profitability rate". Terangnya denga bersungguh.
" Ohh , like that ke". Jawap saya. Penyelia saya juga mengatakan " You are sandwich now" . "What"? ...."Sandwich?" soal saya. Dia terangkan sambil tersenyum. Barulah saya faham dan ikut tersenyum. Jadi ketua lebih kurang macam Sandwich. Orang bawah pun kita kena atas pun kita kena.
Hari itu, saya tergesa-gera pulang untuk menyampaikan isi surat berkenaan pada Mummy. Mummy peluk dan cium dahi saya. "Hargailah pemberian tu dengan baik Pit, sekolah tak tinggi kalau dapat macam tu kira dah bagus nak", kata Mummy. Azam saya untuk bekerja semakin kuat. Surat itu saya bawa hingga ke kamar tidur malam itu. Perlahan lahan segala kenangan menjelma. Rakan rakan saya , Thomas, Stephen dan Kumar mungkin sudah lebih berjaya. Sudah hampir tamat mungkin pengajian mereka. Lama saya tak ketemu mereka. Saya tak sanggup. Dari kecil kami main bersama sama,dari awal usia 7 tahun. Tetapi, bila sudah remaja, saya tak bernasib baik. Mungkin satu hari nanti saya akan bertemu kembali dengan mereka apabila saya rasa saya sudah cukup kuat ketika itu. Benar mereka berjaya. Thomas menjadi seorang doktor, Stephen menjadi engineer dan Kumar menjadi seorang lawyer selepas itu. Bila rindu saya akan lalu di hadapan rumah mereka tanpa pengetahuan mereka. Mengintai kenangan lama. Dengan mereka banyak yang saya belajar. Bahasa Inggeris, manners sebagai seorang kanak kanak dan kebersihan diri.
Menjadi seorang line leader atau sandwich memang menyeronokkan dan tidak kurang juga pedihnya. Macam-macam perkara yang berfaedah dan yang melucukan terjadi. Pernah satu ketika mendapat panggilan telefon dari seorang staff yang mengatakan dia cuti emergency dan berada di kampung ketika itu. Rupanya,pada waktu yang sama dia cuma menggunakan public phone di luar kilang dan peristiwa "penipuan" itu di lihat oleh orang lain.Kaedah pengurusan yang tidak berbelit dan mudah telah di berikan pada kami. Sehingga kini masih jelas di ingatan.
Di antara nya:
1.4M Responsibility: Man, Machine, Methods and Material.
2. Role of Supervisors : PDCA : Plan, Do, Check , Action.
3. Work Mission : QCDS. Excellent Quality, Lower Cost , Quick Delivery and Safety.
4. Time Study. Satu minit berapa banyak production boleh keluar dan bagaimana nak reduce time berkenaan supaya lebih banyak Quantity yang boleh keluar.
5. Machine Maintenance: No leakage, No dust and no stoppages. !
Kami di berikan kursus untuk menyelia. Terjumpa lagi Pak Zol. Seronok mendengar beliau mengajar.
Fuhh hebat program berkenaan. Sehingga hari ini semua lima perkara masih relevan. Malah ia masih lagi relevan ketika saya menjadi Pengurus Sumber Manusia. Kalau konsep 4M itu di fahami dengan jelas , anda bukan sahaja boleh jadi Manager tapi Managing Director pun boleh.
Apa sahaja proses di dalam HR, seperti Recruitment, Compensation, Man Power Planning, IR dan lain-lain lagi semuanya ada yang berkait. Malah subjek di ataslah yang banyak membantu saya mendapatkan Diploma sehingga ke Master dalam pengajian saya selepas itu. Walaupun dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia! Menakjubkan.
Job description kami jelas. Kami di berikan tugas yang di kategorikan sebagai before production, during production and after production. Tahap kena makian dan herdikan yang perlu di terima sekiranya kita gagal mencapai sasaran kerja atau masalah kualiti lebih hebat dari dulu. Apa nak buat, sandwichlah katakan. Tapi bagi saya hari ni, tiada satu pun maki hamun berkenaan merugikan saya. Malah amat menguntungkan. Telinga sakit tapi di masa depan anda adalah samurai yang cukup hebat.
"If you cannot follow rules, you are useless, a useless worker will make company also useless". Salah satu ayat maki hamun.
Bila tiba waktu rehat (makan), saya tunggu dan bergilir dengan staff. Biar staff saya pergi dulu dan saya jaga line. Sudah tentu jumlah pengeluaran melebihi dari yang lain. Saya akan keluar makan bila staff saya masuk semula dan ambil tempat saya. Orang kurang pelajaran macam saya ni macam kura-kura, lambat tetapi tidak lembab. Jadi bila si arnab berehat, kura-kura harus terus bergerak.
Selain daripada menjaga line, saya di berikan tugas baru. Mengajar pekerja baru yang akan masuk ke jabatan saya. Malu apa bila di berikan tugas itu. Tetapi teringat dengan pesanan Abang Din sewaktu di syarikat cleaner dulu" Pi, kalau kita malu , kita tak kan ke mana". Maka saya ambil juga tanggungjawap mengajar itu. Teringat juga kat penyelia saya " Rafi, great results may help you to cut the Q to the top ". So why not?
Konsep orientasi pekerja baru amat jelas. Minggu yang pertama apabila mula bekerja akan di ajar oleh Training Department yang di ketuai oleh Pak Zol. Minggu yang kedua, tanggungjawap mengajar perihal kerja akan diambil oleh jabatan masing masing.
Suatu petang ketika saya sedang mengajar perihal jabatan saya dalam suasana hangat. saya terlihat Pak Zol dan seorang Jepun datang dan duduk sebelah belakang pekerja pekerja baru.Bos Jepun itu bernama Yoshinobu Saito. Mereka berdua memerhatikan saya mengajar pekerja pekerja baru.
Rupanya pemerhatian mereka itu penuh makna. Pemerhatian mereka telah membawa saya lebih kejayaan. Saya selepas itu berjaya membuka lebih banyak pintu kejayaan. Selepas sessi latihan yang saya kendalikan pada hari itu, saya dipanggil oleh Pak Zol dan Mr Saito." Mohd Rafi, saya sudah lama perhati awak dan saya mahu awak masuk ke bahagian latihan kerana kami percaya awak boleh membina semangat dan kemahiran pekerja baru". Kata Pak Zol. " You've got the talent to become trainer, I had observed you for quite sometime and of course we will futher guide you to be a better one" Ulas Pak Zol dan di susuli oleh Mr Saito " I shared the same opinion with Zol san and please welcome to our department". Saya terperanjat bukan kepalang. Macam bermimpi. Terbayang wajah Mummy, adik dan nenek.
Saya tidak menyangka,Pak Zol yang bagaikan gergasi yang di geruni di syarikat berkenaan selepas itu menjadi Bos saya. Mr Saito adalah Bos kepada Pak Zol dan manusia Jepun yang cukup hebat! Samurai yang terbilang. Saya telah di pindahkan daripada Jabatan Production ke Bahagian Latihan bersama sama dengan Pak Zol dan Mr Saito. Bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu. Bertugas dengan seorang panglima yang cukup di takuti oleh semua pekerja ketika itu. Suaranya sahaja sudah cukup untuk membuatkan saya rasa nak ke bilik air. Dan di samping itu di pantau dan di uruskan oleh seorang Jepun yang punyai prinsip kerja dan semangat juang yang tiada tolok tandingnya lagi.
Saya di tugaskan untuk mengajar semua pekerja baru syarikat dan Pak Zol di tugaskan menjadi Bos saya dan hanya mengajar tahap penyelia ke atas. Satu lagi episod baru dalam kehidupan. Saya di pindahkan daripada jabatan yang mempunyai banyak mesin ke jabatan latihan dan di berikan sebuah meja dan kerusi yang lebih selesa. Uniform yang selalunya penuh palitan minyak di tukarkan ke uniform baru. Di situ saya lihat ramai orang besar dan seperti rusa masuk kampung. "Adakah aku sedang bermimpi"? Soalan yang sering kali hinggap di kepala. dari seorang pencuci tandas sekarang menjadi seorang tenaga pengajar?
Mummy? Mummy melonjak kegembiraan bila mengetahuinya. Saya memang terperanjat besar. Betul kata Abang Din, "Pi kalau kita malu tiada apa yang kita boleh buat dan kita tak akan kemana".
Sebulan selepas saya berada di jabatan tersebut, semua barangan dan koleksi kenangan membuai jiwa jadi bahan buangan. Pull stop. Rantai tangan Metalica di cabut dan dibuang. Semua seluar jeans thrash dan koyak di simpan di dalam kotak dan di buang. Semua jaket pelbagai rupa daripada kepala tengkorak sampailah ke bentuk gitar juga hanyut di buang. No more and never again.
Mummy memerhatikan satu persatu tindakan saya. Saya tidak akan menoleh lagi kebelakang. Saya harus maju. Sekarang kejayaan sudah hampir. Bukan kanak kanak lagi. Bukan situa yang berada di alam fantasi lagi. Maju dan harus maju. Yang lepas adalah kenangan. Akan datang adalah masa depan. Jauh di sudut hati" Pelabuhan yang saya berlepas dengan pelabuhan saya ketika ini amat beza".
Betul kata Abang Ramli Sarip dalam lagu nya. Sindiran yang tajam. Lagu yang di gemari oleh One Man Gang.
Ditepian simpang ini, sejenak aku terhenti
Terbayang lah bagaimana pengembaraan ku bermula,
Ku tinggalkan segala yang ku sayang dan cinta,
Hanya untuk mencari satu identiti diri yang murni,
Setelah terjerat dalam di lema aku mengerti,
Bagaimana sukarnya mengenal diri sendiri,
Hanyutlah aku dalam arus hidup ayng tak menetu,
Maka timbul kesedaran yang aku selama ini keliru...
(layan je video klip kat bawah ni..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ini yg dikatakan bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian....kebolehan yang diberikan olehNYA tidak dipersiakan. Peluang pulak didepan mata & dgn berkat usaha Masterji....Alhamdulillah...tidak semua orang dpt peluang mcm tu....
By the way bila & apa yg membuat masterji sambung belajar??
Saya suka dgn perkataan
'Sandwich'. As usual wlwpu kita ni mcm 'sandwich' tapi jgn jadi sandwich sardin....jadilah sandwich tuna....
hey yo wassup long time no see bro!!! Eheheheh.....assalamualaikum!
Masterji,
Tu atas tu anak saya dok tanya kabarlah. Dia dok baca dgn saya tadi. Dia tanya, Uncle Rafi ni yang hitam tu ke? Saya kata tak, yang tinggi tu. Dia kata, oh, yang hitam tulah...
Lantaklah... jangan ambik hati yeee...
azaman
hii...
I got something came up. Sandwich hanya duakeping roti yg ada inti tp dgn dgn inti baru dia dapat gelaran tuna la, sardin la, cheese la n etc. So the thing in between that got cramped got the the sandwich the title. So it's better to become the person in the middle than the two who is pressing from top and bottom...
Post a Comment