Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, August 26, 2010

Tony Manero

Salam hormat saya pada semua pembaca. Terima kasih pada semua komen yang di berikan.

Kali ini saya ingin berkongsi pandangan tentang adaptability. Perubahan dan penyesuaian diri. Kemajuan mengikut peredaran masa. Kita kena create Blue Ocean! Dah baca ke buku Blue Ocean Strategy? Merayu pada anda untuk membacanya. Sudah lebih kurang 2 tahun buku ini ada di pasaran. Blue Ocean bermaksud, safer site , profitable and above the rest! However we need to be adaptive in order to survive. Lihat sahaja McDonalds yang bermula dari pada tahun 1954 sehingga sekarang masih wujud, sudah 56 tahun!

Itu McDonalds tapi contoh yang ingin saya kongsi kali ini berkenaan dengan seorang pelakon tampan menjadi seorang survivor yang berjaya. Ingat dengan Tony Manero? Encik Azaman bagaimana ya ? Masih ingat nama itu. Nama yang hebat dalam sebuah movie. Tony Manero berdansa sehingga menjadi Raja Tarian dan Tony Manero menjadi pujaan pada tahun 70an. Filem ini saya tonton di panggung Kapitol Klang pada tahun 1977. Kini panggung berkenaan sudah berubah menjadi pasaraya.

Beliau ialah John Travolta atau nama sebenarnya, John Joseph Travolta. Sparkle dari filem Saturday Night Fever. Memakai sut serba putih dan kemeja hitam di dalam. Siapa sahaja yang menari ketika itu akan mengikut rentak dan gayanya. Tangan dan jari telunjuk mesti satu menuding ke udara. Gelihati pulak.

Menjadi best actor dalam filem tersebut. Di susuli oleh filem-filem hebat seterusnya seperti Grease. Masih ingat bukan, Danny Zuko (John Travolta) dan Sandy Olsson (Olivia Newton John ) dengan kehebatan lagu seperti Grease dan lain lain. Zaman ini fesyen rambut, adalah jambul di depan! Kelas gitu.


Aktor John Travolta memang kacak dan masih maintain sehingga kini. Saya suka pada dagunya yang berlekuk dalam. Penampilannya selepas beberapa tahun kemudian dalam filem Broken Arrow amat kacak walaupun sudah lama meninggalkan legenda Tony Manero dan Danny Zuko.

Komen dari Women Magnetism:
"In the mid to late 70's John Travolta as no 1 idol among teenage girls as well as a certain percentage of older ladies. His big blue eyes and killer smile had made females swoon".

Tetapi John Travolta tidak hanya bergantung pada muka yang kacak sahaja selepas filem bercorak tarian mati atau pupus! Beliau memang seorang penari. Itulah modal utamanya. Bakat yang dia ada. Tetapi sebagai pelakon beliau sedar, beliau harus mengikut citarasa pelanggan yang berubah ubah. Harus versatile. Sekiranya tidak, beliau akan berkubur. Beliau lantas berubah mengikut kemajuan dan percaturannya berbaloi. Lama selepas itu beliau sekali lagi menjadi best actor dalam filem Pulp Fiction dan filem berkenaan amat berbeza dengan bakat nya sebagai seorang penari dan legenda Tony Manero.

Kenapa beliau masih berjaya? Sebab beliau sedar yang perubahan itu harus. Adaptability itu penting!. Survivor itu harus!

Maka dari contoh berkenaan , untuk terus relevan, kita harus berubah mengikut perkembangan semasa dan kalau anda hebat dan dapat menafsir dengan baik apa yang di perlukan pada masa hadapan , anda bertindak maka anda adalah trend setter dan ke hadapan dari pada yang lain, That is what we called The Blue Ocean Strategy! You make big gasp with your competitor.

Untuk para pembaca yang sezaman dengan lagenda Tony Manero ataupun Danny Zuko, saya sertakan sebuah lagu dari filem Grease nyanyian Frankie Valli. Semoga kenangan lama bermain di mata. Indah bukan ketika itu.
Ramai orang kalau di berikan permintaan , pasti ada yang meminta kembali ke belakangan atau seperti yang pernah saya masukkan dalam entri saya dahulu, 17 again. Banyak kesilapan yang boleh kita elakkan. Ramai orang yang akan kita hindarkan dan pasti kita tidak tersasar. Betul tak?

Encik Azaman, ketika itu di mana ya....Ketika zaman Tony Manero. Cik Fame pula bagaimana ya?

2 comments:

Noor Jahan said...

Wah Master Ji...entri kali ni satu lagi contoh yg hebat!!

Ha..ha...masa tu baru2 nk meningkat remaja...berangan nak boyfren ada lekuk didagu....mcm John Travolta la konon!!! Masa2 tu kalau ada persembahan kat sekolah bila ada yg boleh menari bebudak kata mcm John Travolta tapi kalau tak berapa tu...dia kata mcm John Tarak Otak!!! Itulah sedikit penangan masa zaman John Travolta!! Yes, as Master ji said...sampai sekarang pun dia masih handsome dgn senyuman & lekuk kat dagunya tu!!!

azaman said...

Salam Masterji,

Pasal cerita Sturday Night Live nilah saya kena hukuman disiplin. Masa tu sekolah asrama, member ajak keluar curi tengok cerita ni kat panggung wayang show pukul 9 pm tak salah. Kami pergilah berempat. Masa tu beli tiket RM 1.60 duduk kat atas. Masuk panggung dah gelap, meraba cari kerusi. Orang punyalah ramai, penuh panggung. Dapat tempat duduk, terus duduk. Mulut tu bising dok komen iklan kat depan. Orang sebelah, perempuan, dengan selamba terus menegur "keluar ni, warden tau tak?". Pulak, cikgu matematik dengan tunang dia rupanya. Haruu...

azaman