Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Friday, August 20, 2010
The High Chaparral
Salam mesra untuk para pembaca dan peminat semua. Pertama saya tak tahan gelak bila Cik Fame kita Pn. Noor Jahan bercerita tentang gambar Masterji dalam entri From Tears to Glory, Ha ha ha ha. Saya sendiri pun dulu tergelak. Ramai yang tepuk dahi tengok gambar tu. Tetapi itu adalah kenyataan . Pokoknya kita berjaya berubah! "Depa kata macam David Arumugam penyanyi Alleycats! Me kasihhhhhhhh........ Waw! tak pa lah janji artis."
Entri kali ini perihal bagaimana sesuatu yang penting itu harus di permudahkan dan bagaimana ia boleh menarik perhatian dengan sekali tengok. High Chaparral adalah cerita cowboy lama. Yang sezaman dengan saya mungkin masih ingat lagi.
Nama nama seperti Mark Slade ( Blue Cannon ) dan Linda Cristal ( Victoria Montoya Cannon ) dalam rancangan tersebut mungkin masih segar dalam ingatan kita. Tetapi saya bukan nak cerita pasal mereka cuma pinjam pakai perkataan High Chaparral untuk entri kali ini. Anda mungkin pernah dengar ataupun menyebutnya dahulu : "Apalah jalan ke rumah awak ni macam jalan High Chaparral lah berliku liku , berlopak lopak , kejap naik bukit kejap turun bukit aduhai susah lah macam nie, lambat lah sampai"
Sukar bukan? Kita juga ada beberapa elemen seperti itu dalam organizasi kita. Contoh paling ketara ialah apa yang selalunya kita paparkan di dinding syarikat dengan gubahan frame yang berkilauan dan lukisan yang menarik tetapi tidak ramai yang faham kerana ia terlalu panjang, berbelit atau pun terlalu banyak perkataan bombastic atau irama dendangan English Harvard tahap tertinggi. Apa kah perkara itu? Statement-statement hala tuju dan impian organizasi kita, seperti Vision, Mision, Objective serta di tambah lagi sesedap rasa , Aim, Goals, Target.
Cuba kita ambil masa lima minit sekarang, fikirkan apa perbezaan antara Vision, Mission and Objective. Jawapannya ada dua sahaja. Anda faham tetapi orang lain tak faham dan jawapan yang kedua , anda tak faham dan pekerja anda juga tak faham. Maka tinggallah ia sebagai penghias dinding yang kadang-kala di pandang amat mencomotkan dan tidak membawa apa-apa erti langsung.
Saya selalu mengusik para peserta saya bila buat program latihan In House di tempat kerja mereka. Terutama untuk program Mgmt For Managers ataupun Leadership program. Selalu nya bunyi perkataan saya begini;
"Ok, brother and sister semua, anda adalah ,Manager, Boss atau pun Ketua. Adalah menjadi tanggung jawap anda memandu pekerja anda ke arah matlamat syarikat betul tak ya tuan tuan dan Puan Puan"? "So mari kita lihat matlamat syarikat "
Bila menatap kertas yang pelbagai warna di dinding saya tanya mereka, " Apa yang di maksudkan"? Ramai yang tidak faham dan ada juga yang jujur dan beritahu, "Cik Rafi, nasib lah tanya soalan ni, kalau tidak saya pun tak pernah hirau nak tengok". So siapa yang tengok dan baca ? Dah kalau kalangan pemandu tak faham road map , lagu mana nak bawak penumpang penumpang depa pi ke arah yang di tuju.
Pesanan seterus nya pada mereka "Huh kalau dah macam tu, kurang kurang kan sikit ,benda benda seperti itu Vision, Mision, Cution , lotion and petisyen". Ketawa besar mereka.
Nasihat pakar perang - SunTzu , The Art of War mengatakan ;
"To direct a large army to fight is the same as to direct a small one: it is a matter of command signs and signals." - Sun Tzu for Execution.
Apa kata kita tengok beberapa contoh lagi dari pelbagai syarikat lain. Ayat mereka mudah, jelas dan Catchy.
* Volvos are safe
* Wall Mart has low prices.
* FedEx is on time
* Be No 1 or No 2 ( General Electric )
* Our Mision is : I am responsible for High Quality, Low Cost and Efficient Delivery ( Most of Japanese Company )
Yang ini juga menarik , daripada Khulafah Restoran : We are not the first but we are the best!
Mudah bukan. Semua orang boleh faham dan jelas. Bila orang senang faham, orang akan melaksanakan dengan pantas. Tidak lah berliku liku seperti laluan laluan kuda high Chaparral.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Straight forward mudah difahami!! teringat cerita melayu dulu2 masa nak meminang anak seseorang selalu kata 'nak petik bunga', 'nampak ada banyak bunga kat taman'...mcm2 lagi. Adakalanya tersalah bunga pulak tu dek tidak berterus terang....naya jer kan!!!
Post a Comment