Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, August 4, 2010

Here I Am


Petikan dari Berita Harian, 04-Ogos-2010

Nenek 9 cucu penerima pertama Sarjana Kepengetuaan
KUALA LUMPUR: Bergelar nenek kepada sembilan cucu bukannya penghalang, malah menguatkan azam Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru, Mollie Atan untuk menjadi guru besar pertama menggenggam Ijazah Sarjana Kepengetuaan pada majlis konvokesyen Universiti Malaya, di sini, semalam. Mollie, 56, yang menerima ijazah daripada Pro Canselor UM, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada sidang kedua, berulang-alik dari Johor Bahru ke sini setiap hujung minggu untuk mengikuti kuliah. Untuk berita penuh, boleh baca di http://www.bharian.com.my/articles/Nenek9cucupenerimapertamaSarjanaKepengetuaan/Article

Salam satu Malaysia. Apa khabar para pembaca dan pengikut yang saya hormati? Kita harus sihat. Kesihatan adalah aset. Bila kita tidak sihat , kita susah dan yang tersayang juga menderita. Makanlah apa sahaja tetapi jangan lupa senaman yang mencukupi dan stabil.
Untuk penjagaan terapi diri dan kesihatan bolehlah menghubungi Cik Fame kita , Pn Noorjahan dan juga Cik Sonia trainer yang mengikuti blog Masterji. Cik Fame kita sentiasa ceria , sihat dan ber"aura". Tak tahu apa rahsianya. Bagi Cik Sonia pula tiada yang pernah meneka umurnya dengan tepat sewaktu sessi latihan. Semuanya teka lebih kurang 10 tahun kebelakang. Syabas pada anda berdua. Anda berdua boleh jadi jururunding atau jurucakap produk-produk kesihatan dan kecantikan.Boleh tukar profession jadi Image re-builder atau consultant. Imej yang ceria, sihat dan kelihatan cergas itu mustahak untuk mendapatkan persepsi yang cemerlang dari orang lain. Kalau sudah start jadi Image Consultant nanti jangan lupa beritahu ya. Saya jadi first customer! ha, ha, ha.

Terima kasih pada segala komen yang di berikan. Ada yang tercuit hati dengan entri Sandwich semalam. Benar perjalanan yang penuh debaran dan kecekalan. Bukan senang untuk menjadi Tenaga Pengajar. Apa pun kita harus gunakan peluang yang datang dengan bijak.Memang peluang tak pernah beri peluang.


Komen Pn Norjahan @ Cik Fame kita : Terlepas menonton filem Azura. Asyik tengok filem Tamil dan Hindi. Mencuit hati saya. Saya fikir itu juga bagus. Mempelajari budaya bangsa lain dan melihat pelbagai perspektif. Filem Bobby sudah tentulah tengok ya. Tentang rahsia pemulihan histeria itu nanti kita bicara ya. Terima kasih di atas ucapan tahniah pasal MIHRM. Puan juga pernah berada di situ. Ketika itu saya sudah mula mengajar di sana.

Pada Encik Azaman : Nampak nya anda popular kerana formula pemulihan histeria . Ramai yang berikan komen termasuk The One. Sekarang tanpa you, agak kritikal bila menghadapi histeria. The One kata saya Degawan part time,...hahaha, gelihati saya. Cara you masih praktikal. Ketika itu anda adalah Safety Committee Chairman yang paling kreatif. Rasanya anda juga boleh buat profession baru, Mantra Advisor and Consultant.

Pada The One : Terima kasih pasal beri title Degawan. Saya ketawa terbahak bahak.Dalam komen The Wind of Change MIHRM, anda masih ingat cerita hantu cari saya. Yang kena rasuk tu minat Bollywood agaknya. Saya juga tertarik pada komen anda perihal Everlasting Love. Amat matang dan key word yang cantik. Generasi kini harus memahami erti cinta yang sebenar. Benar! When come to responsibility chapter, 1001 alasan yang di keluarkan. Ini yang di katakan five cent two. "It's better late rather regret early because wisdom comes at golden age" satu key word yang cemerlang. Life starts at 40 lah ya...tapi saya lihat lebih dari itu, Lebih baik bahagia di hari tua walaupun sekejap berbanding derita di hari muda .
Percaturan hari ini ketika berada di umur emas lebih matang berbanding percaturan di hari lepas. Satu tiupan semangat yang hebat dari anda. Rata rata nya ramai juga peminat filem Azura ya. Benar . filem harus juga di liaht sebagai pelajaran.

Entri kali ini juga menarik. Kisah kejayaan seorang nenek yang mempunyai sembilan cucu menjadi penerima pertama Sarjana Kepengetuaan. Hebat wanita ini. Ayuh kita ucapkan tahniah pada beliau. Jadikan beliau satu model yang bisa membakar rasa ingin maju dalam diri kita. Kalau nenek boleh, kita yang muda-muda ni mustahil tidak. "Orang yang gagal ada pelbagai alasan, orang yang berjaya punyai pelbagai bukti".


Beliau adalah Mollie Atan , seorang guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya, Johor Bahru.
Beliau adalah guru besar yang pertama menggengam Ijazah Sarjana Kepengetuaan semalam pada umur 56 tahun.

10 perkara yang menarik perihal Wanita ini:
1. Mendapat Ijazah Sarjana pada umur 56 tahun. Selepas mempunyai sembilan orang cucu.
2. Bekerja dan belajar di hujung minggu.

3. Berulang alik dari Johor ke Universiti Malaya setiap hujung minggu.
4. Menganggap penat dan susah payah mencari ilmu adalah cabaran bukan bebanan.

5. Suami memberikan sokongon dan memahami. Suami yang cemerlang. Wanita tak semestinya ada di kawasan dapur sahaja.
6. Umur yang tua bukan penghalang. Menyeru golongan berumur menepis anggapan kejayaan hanya milik orang muda.

7. Pengurus masa yang bijak.

8. Untuk berjaya harus ada disiplin diri.

9. Mengatakan peluang menyambung pelajaran melalui program jarak jauh terbuka luas bagi sesiapa yang tidak berjaya masuk ke Universiti.
10. Tidak pernah kedekut ilmu dan seing berkongsi pengetahuan.


Hah! tu dia! yang lain bagaimana?

Pada ibu ibu yang mengalami masalah rumah tangga dan juga pada ibu-ibu tunggal yang kecewa atau pernah di kejami, hentilah menangisi kenangan lama. Tiada guna lagi. Sebaliknya , kita jadikan cerita Pn Mollie sebagai idea alternatif yang lebih baik. Masa di guna kan dengan lebih berguna, fikiran menjadi lebih berpengetahuan dan anda di kelilingi oleh individu yang hanya berorientasikan kemajuan diri! bukan kegagalan.

Kalau orang berumur 56 tahun boleh kenapa tidak kita?

2 comments:

azaman said...

Masterji,

Macam yang pernah saya katakan dulu, umur bukanlah menjadi penghalang untuk berjaya. Yang pentingnya kemahuan. Mungkin nenek muda (pasal baru aje 56 tahun) tersebut memang ingin untuk ke universiti, tetapi semasa muda, impian tak tercapai oleh kerana sebab-sebab yang tertentu; kewangan dsbnya.

Jadi bila ada kesempatan dan kemahuan masih ada, apa salahnya untuk terus memajukan diri. Saya kira ijazah yang didapatinya lebih untuk kepuasan diri sendiri daripada untuk mendapat kerja yang lebih baik.

azaman

Noor Jahan said...

Salam Masterji....alaa jgn la puji tinggi2 sgt...nanti jatuh berdentum mcm nangka busuk pulak!!! he..he... Alhamdulillah saya diberikan kesihatan yg baik serta semangat yg kuat olehNYA disamping sokongan kuat dari family saya sendiri.

Betul la tu...menjaga kesihatan amat penting. Kita ni bekerja & punya keluarga untuk dijaga. By the way saya memang teruja orang2 yg berjaya mcm 'nenek' ni. Bukan senang...mereka mesti mempunyai target & fokus pd kejayaan. Wlw sebesar mana cabaran sekalipun mesti diharungi. Saya 'tabik spring' pd orang2 spt ini termasuk Masterji.