Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, August 24, 2010

The Plane, The Plane



Salam mesra pada semua peminat dan pembaca blog Masterji. Hari ini sudah hari yang ke empat belas kita berpuasa. Harap banyak yang kita pelajari daripada bulan Ramadhan ini. Galakkan supaya lebih ramai yang akan berpuasa. Ceritakanlah betapa syoknya berpuasa dan bukan sebaliknya.

Tertarik pada komen Pn. Noor Jahan perihal entri High Chaparral dalam babak nak meminang anak dara orang. Benar juga ya. Cukup banyak bunga nya . Silap hari bulan, lain hajat di hati lain yang di pinang. Haru biru jadi nya. So simple is the best. Cik Fame kita , khabar nya nak terbang jauh kena buat special presentation perihal projek productivity improvement. Betul ke Pn Noor Jahan? Kalau benar, saya ucap kan tahniah dan semoga dapat tempat pertama ya. Nampak nya makin maju dan cemerlang ya. Bagus. Bina nama di tempat kerja itu lebih baik.

Contoh yang baik. Marilah kita ikuti. Bina nama yang cemerlang di tempat kerja itu bagus dari pada kita bina nama di pusat pusat karaoke .

Terima kasih juga pada komen komen yang diterima perihal entri semalam, Yo , VIP LET'S KICKIN... King of Rock N Roll , Elvis Presley. Ya dia hebat ! Bukan kerana nyanyian tetapi sifat tidak putus asa nya. Kalau dia takut, cepat kecewa dan rasa malu, hari in dia masih Truck Driver lagi!

Kali ini entri adalah berkenaan dengan Masterji.Lama menunggu mungkin. Hari ini kita sambung.
" The Plane, The Plane dalam filem Fantasy Island. Di sebut oleh pelakon Tatto. Tiap kali nampak kapal terbang dia jerit the plane, the plane. Kali ini bukan pasal Tatto tapi pasal kapal terbang.

Pada entri yang lepas para pembaca saya tinggalkan dengan pengalaman saya dari seorang staff di production di tukarkan kepada jabatan Latihan dan memegang jawatan sebagai seorang Trainer. Walaupun pelbagai rintangan saya tetap melaksanakannya. Malu soal kedua. Kalau malu tak sampai tahap Masterji.

Di Jabatan Baru Bos saya ada dua orang. Pak Zol dan Yoshinobu Saito. Dua dua hebat. Pak Zol seorang penyelia yang sering membakar semangat muda saya. Tak pernah cerita benda benda yang mengarut. Saya tak pernah belajar etika double meaning atau pun perkataan perkataan yang tidak manis daripadanya. Tidak seperti senior senior yang lain, asyik double meaning 24 jam. Boleh tu boleh tapi nanti jadi kurang beradap pada pandangan orang.

Hari hari Pak Zol cerita pasal seringgit boleh sejuta kalau kita berusaha.
Hari hari Pak Zol cerita pasal Tan Sri Lim Goh Tong yang tak tahu sign tapi boleh bina Genting Highland.
Hari hari Pak Zol cerita pasal Konosuke Matsushita yang memulakan perniagaan daripada modal 100 yen.
Hari hari Pak Zol cerita. Dan semua cerita berkenaan dengan bagaimana kita harus hidup dengan cemerlang.
Hari hari saya tulis dan sematkan apa yang Pak Zol cakap.

" Pi bila kita mengajar, kalau boleh biar tiang tiang berdekatan turut bergoyang mendengar cara kita mengajar dan jangan lembik macam dodol". ... pesanan Pak Zol pada saya . Selesai satu babak Train The Trainer . Itu sahaja prosesnya. Geli hati saya tetapi benar apa yang dia cakap. Pak Zol mengajar bersilih ganti dengan saya. Tugas saya mengajar budak baru dan soldering. Mengajar budak baru ini, kena jujur pada kerja. Ramai staff yang comel comel dan sebagai nya. Tetapi kita harus taat pada tugas. Betul kita harus jual diri tetapi itu bukan jual diri tetapi maruah.

Saito san juga seperti Pak Zol, berjumpa beliau seperti menunggu hukuman mati. Ada sahaja komen yang akan di berikan. Sebenar nya dia mengajar kita menggunakan akal, mengajar kita bersemangat waja dan berfikiran lebih positive, kreatif dan strategik. Cara beliau mendidik saya menjadi seorang pengurus. Cara Pak Zol , mengajar saya menjadi tenaga pengajar yang terbaik dan mengajar saya terus terusan tidak tidur dengan pencapaian yang sudah di perolehi.

August 1991, suatu petang, Saito san memanggil saya bersama Pak Zol.

"Lafi san, your performance is good. I want to sent you to Japan in October to up grade your understanding pertaining to Company Philosophy and Train The Trainer"... " You are next generation of Leaders in this company, after Zol san retired, you are the Boss...therefore now is training time for you!"
Kata Saito san bersama mata yang di jengilkan pada saya sambil jari telunjuknya menghentak meja. Saya ucapkan terima kasih dan sungguh terharu.

Perlahan lahan saya menuju ke luar ofis. Sambil berjalan, gambar mummy berligar ligar di kepala. " Mummy hai Mummy"... kata hati saya. Betul juga kata nya kalau kerja kilang Jepun dapat pergi Jepun. " Thomas, Stephen , Kumar,... it's my time now, I fly high too guys".... sorak saya di dalam hati. Saya ucap kan terimakasih pada Pak Zol dan pulang memberitahu Mummy. Mummy menyambut dengan linangan airmata. "Kan Mummy dah cakap"..."Apit anak yang baik nak". Kata Mummy.

Benar! Walaupun kita tiada kelulusan tinggi tetapi kalau kita punyai akhlak dan tingkah laku yang mulia maka peluang kemajuan tetap ada walaupun kita bodoh. Benar dan amat benar. Kadang lebih baik bodoh kerana kita akan berusaha.
Kalau kita pandai , kita akan selesa. Bila kita selesa, kita jadi malas dan sombong maka jatuh lah kita.

Di sini lah peluang pertama saya bertemu Encik Azaman. Pak Zol meminta jasa baiknya memberikan sedikit penerangan pada saya memandangkan beliau baru pulang dari Jepun ketika itu dan dari tempat yang akan saya pergi. Encik Azaman telah berkongsi dengan begitu mesra. Baharulah saya tahu yang Jepun, satu jam awal dari kita dan bagaimana nak kira mata wang mereka.

Pesan Pak Zol, " Ingat sikit, company hantar awak pergi untuk belajar dan bukan untuk menggatal dan buat benda yang tak elok dan jangan lupa awak tak ada kelulusan jadi hargai lah" ... Bang! pedih rasa nya. tetapi amat benar apa yang dia pesan dan beritahu.

Jadual saya sebulan di Jepun. 3 minggu di Institute Latihan dan seminggu di Factory HQ saya. Saya harus berada di Hirakata Koen dan Ibaraki.

Itulah kali pertama akan memakai sut dan itulah kali pertama menaiki pesawat. Seorang bekas kutu, dan seorang remaja yang hidup dalam dunia nya sendiri. Rasa nak gelak pun ada. Mungkin anda masih ingat lagi rupa saya dalam entri from tears to Glory. rupa lagu tu boleh jadi macam ni. Ras tergelak bukan.

Tetapi saya ada tanggungan, adik dan nenek. Mereka perlu makan
Saya juga mahu jadi Manager,
Saya juga mahu buang jauh jauh kenangan lama dan kebudayaan hidup lama. Saya mahu buktikan pada Mummy, adik, dan Nenek saya bukan sampah! Bukan sampah! Saya juga mahu kawan kawan saya yang berjaya sedar saya juga bisa menjadi seperti mereka. Cuma a matter of time ! A matter of time guys.

Maka peluang ke Jepun adalah penghargaan dan pintu kejayaan!

Di airport Mummy berasa amat gembira. Airmata nya mengalir. Pelbagai pesanan nya.

Kapal terbang akan berlepas. Saya seorang sahaja. Dari Singapore saya akan transit ke Jepun. Japan I' m coming. Dalam kapal terbang semua terbayang. Setiap detik, dari zaman sekolah,rambut panjang, seluar koyak, cuci pinggan kat warung, cuci tandas di toilet SUK , jadi Captain Hook dan Konduktor Bas Mini semua nya terbayang. Airmata saya jatuh. Kata hati " Jauh juga aku berjalan"

Sampai di Jepun, saya terperanjat kerana orang yang menunggu saya mengeja nama saya terbalik Jalaluddin MR. Dia dok teriak teriak banyak kali tapi saya buat tak tahu aje. Rupanya dia cari saya. Ha ha ha ha . Mana lah tahu.

Sampai ke Institute Latihan syarikat di Hirakata Koen dan esoknya bermulalah training. Masa sesi suai kenal , saya punya perut ada rasa sakit! Kenapa ? Sebab ramai yang datang dari pelbagai negara dan punyai bahasa English yang tinggi. Semuanya level Executive ke atas sehingga Director! Cuma saya seorang production operator / Training Assistant. Bila saya mengenal kan diri rasa terlalu kecil. Pada hari akhir kursus nanti akan ada presentation dan itu adalah ujian program! Alamak kena buat presentation depan mereka semua dengan level yang begitu rendah.

Mula ketakutan, gentar dan mula rasa rendah diri. Perlahan lahan wajah abang Din dan Pak Zol wujud. " Pi, kalau kita malu, tiada satu apa pun kita boleh buat" Kata Abang Din. " Orang yang berjaya adalah mereka yang tiada kelulusan " kata Pak Zol, " Lafi san you are the future leader after this training" Kata Saito.

Malam yang pertama selepas program saya tidak keluar ke pekan kerana takut dengan pesanan Pak Zol. Hanya duduk di ruang lobi dan bilik sambil merokok. Dan seperti sebiji peluru hinggap di benak saya." Mustahil , Pak Zol, dan Saito tak tahu level dan pangkat apa yang perlu datang latihan di sini dan bukan pangkat aku nie". Kata hati saya. "Tetapi, kenapa dia berdua berani hantar aku kat sini? ,...gamble ke ?"......tambah saya. " Mungkin kerana depa rasa aku layak walaupun position aku rendah , ataupun depa mau aku jadi macam mereka yang lain tu, so aku tidak boleh hampakan mereka, aku mesti buat yang terbaik "...."" Aku sudah sampai ke sini"... " Kalau aku boleh sampai ke sini dan berasal dari seorang pencuci tandas, aku pasti boleh buat"... tekad saya pada malam itu. " Kalau tidak, aku akan berkubur selepas pulang dari Jepun nanti"... Cold Storage. " Adik dan Nenek harus senang dan jangan susah".

Dan benar saya melaksanakan nya dengan baik. Malah mendapat tepukan gemilang sewaktu membuat presentation. Saya sungguh terharu. Saya mendapat pujian terus dari seorang pensyarah Jepun di sessi berkenaan. He is the Principal Trainer.

Malam berkenaan saya tertidur dengan rasa gembira dan linangan airmata. Entah bahasa English gred berapa yang saya gunakan ketika itu, saya pun tak sedar tapi resultsnya bagus.

Hidup harus berani. Hidup jangan malu biar di di maki kerana buat salah tapi itulah success education fees!

Benar. Sebelum Kapal terbang saya mendarat pulang ke Malaysia, Result sudah sampai ke tangan Mr Saito dan Pak Zol.

Bila mula bekerja, Saito san mengucapkan tahniah dan berkata " Lafi san , you managed it well, congratulations". Saya mengucapkan ribuan terimakasih kembali dan rupa nya memang betul. Mereka menghantar saya dengan risiko dan bukan level saya ketika itu yang harus pergi.

Tetapi saya berjaya meyakinkan mereka yang saya adalah candidate yang tidak boleh mereka nafikan. Jual diri kita! Percaturan saya tepat untuk bertindak cemerlang di Jepun.

Semasa di Jepun juga, banyak perkara menarik yang tidak di dapati Malaysia tetapi dengan senang dapat di lihat di Jepun. Contohnya majalah dan buku-buku yang di kategorikan 18SX tetapi amat tidak sesuai untuk di jadikan cenderahati untuk di bawa pulang. Saya mula sedar, sekecil-kecil negara kita, tetapi moral dan budayanya masih tinggi. Maka, saya ke Jepun cuma untuk membaiki diri, belajar untuk menambah ilmu untuk kemajuan diri dan membawa pulang idea-idea bernas untuk di kongsi bersama rakan sekerja bukannya untuk membawa pulang cenderahati yang bukan-bukan untuk merosakkan minda. Kita harus menjadi ejen untuk perubahan ke arah kecemerlangan.

Mummy gembira melihat gambar gambar saya di Jepun. Pelbagai cenderamata saya belikan untuk Mummy, adik dan nenek.


Gambar di atas ialah di Kyoto bersama sekumpulan gadis yang meminta untuk bergambar dan di bawah ini adalah di hotel bersama salah seorang bekas bos saya dahulu di Jepun.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Master Ji!! Ha..ha..."the plane" merupakan salah satu siaran kegemaran dulu....

Teruja saya membaca setiap langkah2 kejayaan yang dicapai Master Ji. Tahniah!! Master Ji dapat menempuh setiap cabaran dgn usaha yg bersungguh2. Saya tabik spring kat Master Ji!!!!

Nak usik Master Ji sikit....he..he..nasib baik masa tu rambut dah OK...kalau tidak tentu terkejut beruk orang2 Jepun tengok Master Ji. Adakala saya terfikir gak seolah2 "you're born to be a trainer"

Terima kasih diatas kata2 perangsang utk saya. Ya, saya akan bertanding di Jepun pada bulan Oktober on Productivity Improvements. Akan bertanding dengan Thailand, Indonesia & dgn beberapa subidiarises di Jepun. Semestinya saya akan buat yg terbaik. Doakan saya ye.