Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, August 18, 2010

From Tears to Glory

Salam kepada semua pembaca. Terima kasih atas segala komen. Ya entri Tommorow Never Dies amat menarik. Orang cacat boleh berjaya kenapa tak kita yang normal?

Komen Encik Azaman dalam Magic: There isn't any "no" , "cannot do" or "impossible" in the working world vocabulary! if you say can, you 'ii get all the possible solutions , and If you say no, the answer is no even actually you may do it!
Betul dan tepat. "Face it and heads on" Kata Encik Azaman seterus nya. Satu pesanan saya, dari Mahaguru Just In Time saya , "Problems give us a change to use our brain".

Komen Pn Noor Jahan perihal gejala sekarang juga menarik dalam entri Tommorow Never Dies. Entri berkenaan isu semasa akan dapat di baca sehari dua lagi. Terutama sekali isu anak yang di simbah asid. Kita harus melihat isu berkenaan daripada social obligation, stress dan kualiti kemanusiaan. Ke mana sekarang arah kita orang Malaysia.
Terimakasih Pn Noor Jahan.


Entri kali ini amat sensitif. Ia adalah material latihan motivasi saya yang termahal dan punyai banyak kenangan . Saya selalu mengunakan contoh material ini untuk tujuan latihan dan pembangunan. Terutama bagi program atau Managing Self Change, Organization ChangeBangkitkan Anda yang Sebenarnya Anda (Mind Change) .

Melihat bahan latihan ini membuat saya tersenyum dan ramai juga para peserta program yang terbeliak bijik mata apabila bahan latihan ini saya paparkan kepada mereka di skrin sewaktu latihan di jalankan. Ada yang terperanjat besar, ada yang terperanjat kecil tetapi tetap terperanjat. Saya pasti pembaca juga akan turut mengalami kejutan sementara melihat bahan latihan ini. Encik Azaman di larang gelak ya tengok material ni. Sama juga dengan Pn Noor Jahan ya.

Sebelum tengok material ini anda harus ada tekad, kalau kita mahu berubah dan berusaha kita pasti akan berubah!

Dahulu



Sekarang




Inilah training material untuk program Mind Change saya. Masterji; Sebelum dan Selepas, dahulu dan sekarang.
Tidak perlu saya ungkapkan bagaimana dulu, melihat gambar di atas saya fikir anda bisa merentasi masa belakang saya dan boleh bayangkan berapa jauh saya dari pada mereka yang berjaya. Mereka yang berjaya masuk ke dewan kuliah universiti terkemuka di dalam negara atau pun di luar Negara. Anda juga bisa menyaksikan bahawasanya cerita perihal perubahan dan kemajuan diri bukan teori! Bukan Teori! Boleh jadi kenyataan! Boleh sememang nya boleh!
Kalau dulu Don sekarang Masterji! Syukur dan rasa gembira.

Layak bukan untuk saya bercerita perihal perubahan dan menjadi pengasuh. Dua dunia yang berbeza. Dua rupa yang berbeza dan dua jenis dua cerita yang berbeza, dua karektor yang berbeza, dua cara hidup yang berbeza pada orang yang sama. Memang sukar membuat U-TURN ke lorong yang tepat selepas tersasar jauh. Tetapi ada hati semua jadi.


Dulu, emm ... dulu seperti lagu Jamal , Dulu hidup ku rasa kan mati, mata terbuka tapi tak bererti....., (Petikan lagu Mati Hidup Semula)
Apa pun saya cinta kepada dua dua situasi. Pengalaman lama banyak membantu hari ini. Terutama sekali program yang berkaitan dengan motivasi atau mind change. Selain daripada itu, sewaktu menjadi Pengurus Sumber Manusia, pengalaman dulu banyak membantu. Berurusan dengan keadaan atau staff tak abnormal dan bermasalah sampailah ketahap Bapak Gangster ia dapat membantu dengan baik.

Macam manapun kita harus berubah. Sebenarnya perubahan ini terletak pada tangan kita. Kita lah pembolehnya dan kita jugalah penghalangnya. Remember this always : 'The Root Cause of our success and failure is our self".


From Tears to Glory. Masterji boleh, anda juga boleh! Malah mungkin lebih hebat.

2 comments:

Noor Jahan said...

Fuuyooo....hebat betul Master Ji....bukan main stylo mylo lagi sampaikan sekali pandang macam sepupu David Arumugam pulak...jgn marah yer. Bergurau je!! Tapi gambar ini merupakan satu contoh yg terbaik...dari "kutu look" dah jadi "corporate look". You're great!!

Setelah membaca entri2 berkenaan dgn kejayaan Master Ji saya teringat kata2 ini...."FAILURE IS LIKE THE HEALTHIEST FOOD; IT DOESN'T TASTE GOOD BUT KEEPS MAKING YOU STRONG"

Teruskan perjuangan utk membantu anak2 bangsa kita supaya mereka akan menjadi "orang" & bukan 'orang-orang'......

azaman said...

Salam Masterji,
Jangan risau, saya tak gelak dah. Dah puas tergolek sakan tadi. Itu belum tunjuk kat anak saya. Kejap lagilah, boleh gelak second round!

Anda tergolong didalam kategori orang yang amat berani. Bukan calang orang yang sanggup buat sebegini. Tahniah. Memang ada mirip idola awaklah, abg jamal.

Tak tahanlah, nak sambung lagi ........

Azaman