Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, August 13, 2010

SUPERBOSS 2 : MAGIC


Salam pada semua pembaca dan pengikut yang sentiasa menanti dan mengikuti perkembangan blog Masterji.
Entri sebelum ini, Bullet and Bell berjaya mencuit hati ramai pembaca. Benar, kitalah pejuang untuk negara kita.
Entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang Role of Managers, MAGIC!

Dalam kebanyakkan program latihan yang saya kendalikan terutamanya yang melibatkan para Pengurus dan Penyelia, soalan seperti di bawah adalah soalan yang lazim di ajukan kepada saya.

S : Encik Rafi, what do you think the best management roles in current business scenario?

J : Easy. Manager must be magician. Making impossible things to be possible. Get better or get beaten.

Pada saya, seorang pengurus yang baik adalah seorang pengurus yang mampu membawa perubahan pada setiap unsur yang terdapat di dalam organisasi/syarikat. Perubahan yang berteraskan pada inovasi dan penerapan nilai-nilai kreativiti dalam bidang pengurusan dan penyeliaan yang boleh membangunkan sesebuah syarikat.
Seorang pengurus, adalah seorang ejen untuk perubahan yang menukar apa yang di anggap sebagai mustahil sebagai satu realiti umpama seorang ahli silap mata yang menukar sehelai kain merah menjadi seekor merpati.

Contoh paling ketara yang sering saya terapkan adalah pada perubahan yang terdapat pada setiap stesen minyak di negara kita. Jika 30 tahun dulu, stesen minyak hanyalah tempat yang menjadi persinggahan untuk mengisi petrol kenderaan tetapi sekarang stesen minyak sudah berfungsi sebagai hentian setempat yang menempatkan gedung/kedai serbaguna, mini cafe dan ada juga yang menyediakan perkhidmatan perbankkan(ATM).
Bayangkan jika pengurus-pengurus syarikat stesen minyak ini masih lagi memegang istilah "mustahil" dan tidak mahu berubah, saya rasa sehingga sekarang stesen minyak tidak lebih dari tempat mengisi minyak dan mengisi angin tayar kenderaan!
Saya juga cukup yakin, pada awal kemunculan telefon bimbit, tidak seorang pun dari pembaca terfikir bahawa suatu hari nanti, telefon bimbit akan mempunyai pelbagai fungsi seperti kamera,GPS, email dan bunyian MP3! Semua yang di anggap mustahil suatu masa dulu telah menjadi kenyataan pada masa sekarang.

Sekiranya kita masih lagi berfikiran "impossible", sememangnya kita sedang menjadi penonton kejayaan pesaing kita.

2 comments:

azaman said...

Salam Masterji,

Yup, you are right. There isn't any "no", "cannot do" or "impossible" in the working world vocabulary. Once you say cannot do, than every possible solution will disappear.

You call it magic but I would term it as creativity. Jangan marah Masterji. We need to be more creative in thinking out a solution. With what ever fact/data that we have, listing down all the possible causes and action plans, than start implementing them.

Whether its magic or creativity, never say impossible to any problem. Face the problem heads on.

azaman

one said...

salam,
tambah sikit lg, creativity jer tak memadai. Kena tambah dengan keberanian untuk melaksanakannya.
" Dare to challenge "
Sekarang kebanyakan managers bukan takde idea tp takut untuk implement bcoz the position power is not there anymore.Ikut je arahan bos seperti sifu saya suka cakap " Molek kata tuanku, molek kata patik " This is the current leadership style. ( Autocratic )

One&only