Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Monday, August 9, 2010
SUPERBOSS 1
Salam kepada semua pembaca yang saya hormati. Harap sihat semuanya. Ada sms yang saya terima perihal entri semalam , Inspector Saab. Ok, nanti lain kali saya terang kan perihal budaya kerja 5S. Nak lawat tempat kerja Pn Noorjahan kena minta kebenaran beliau. Syabas Cik Fame.
Saya tergelak besar baca komen anak Encik Azaman perihal warna skin Uncle Rafi. Ha ha ha, benar kulit uncle sekarang dah kehitaman sikit . Mungkin sesuai duduk kat tempat sejuk saja. Tak pa Uncle tak marah.
Entri kali ini merupakan konsep bersiri. SUPERBOSS!. Entri ini akan berkongsi teknik pengurusan atau pun kepimpinan/leadership secara tactical approach. Entri Superboss akan berselang seli dengan entri jenis lain untuk menyeimbangkan keadaan semasa dan mengelak pembaca yang saya hormati dari berasa bosan.
Saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada follower baru Cik CNAR. Apa khabar Cik? Terima kasih atas kesudian Cik Cnar mengikuti dan menjadi follower blog ini. Juga di alukan sekira nya Cik punyai apa apa komen ataupun ilmu dan pengalaman yang ingin di kongsi. Silakan. Uztaz saya cakap, kalau kita mengajar orang berbuat baik kita dapat pahala dan kalau orang tu amal kan kita juga dapat pahala dan sekira nya orang tu pula mengajar orang lain pun kita dapat pahala. Balance Score Card yang jitu!
Content SUPERBOSS hari ini ialah : Delegation.
Apa yang kita faham tentang delegation?
Ha ha ha... Sudah tentu ada yang menjawap Tai Chi, yang bermaksud mengelak dan membebankan tanggungjawab pada orang lain.
Jenis jenis Delegator ,:
TAICHI MASTER
Jenis yang suka delegate semua perkara supaya dia tidak perlu buat apa pun dan tiada tanggung jawap.
SCEPTICAL :
Jenis yang terlalu bimbang sekiranya penerima tugas akan melakukan kesilapan atau pun lambat. Ataupun jenis yang takut hilang kuasa sekiranya mengagihkan kerja pada orang bawahan. Populariti merundum.
LION KING.
Jenis yang mengagihkan tugas tetapi terlalu garang atau tegas dalam memberikan arahan dan agihan tugas. Di percayai akan membuatkan fokus penerima tugas mengalami gangguan dan risiko kerja yang silap.
MOTIVATOR.
Jenis yang suka mengagihkan kerja supaya pekerja akan mendapat pengetahuan dan kekuatan seluruh pasukan akan bertambah.
Motivator approach adalah lebih baik dan berkesan. Salah satu cara yang saya guna kan sewaktu bertugas dan mengajar ialah : I WILL ONLY TELL YOU WHAT RESULTS DO I EXPECT AND NOT HOW YOU GOING TO DO IT.
Sebagai contoh, dulu bila ada kerja yang ingin saya agihkan , saya hanya akan beritahu apakah results yang saya perlukan seperti :
Date line, Standard kualiti yang diperlukan dan kuantiti yang diperlukan. Bagaimana ia harus di lakukan, terpulang kepada kreativiti si penerima.
Kenapa? Penerima bisa memikirkan sendiri cara yang terbaik untuk mencapainya. Dengan itu mereka akan berasa gembira dan menjadi bijak. Ini adalah latihan secara kecil kecilan untuk memupuk bakat pengurus dalam diri mereka.
Contoh yang lebih mudah :
Saya tugas kan Abu pastikan semua 10 orang pekerja kita akan sampai ke TOL Ayer Keroh Melaka pada pukul 3 petang , 23 Sept 2010 , dengan keadaan yang selamat semua nya.
Kalau kita amati ayat di atas apakah point point yang penting?
1. Abu yang bertanggung jawap
2. 10 orang.
3. Tol Ayer Keroh.
4. Pukul 3 petang pada 23 Sept 2010
5. Dengan keadaan selamat.
Maka bagaimana Abu harus mencapai 5 perkara itu terpulang kepada kebijaksanaan Abu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Masterji!! First of all…I like cartoon tu… Sebelum saya komen tentang entri, saya mengambil peluang ini mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada Masterji sekeluarga dan juga pengikut setia blog Masterji. Semoga amal ibadah kita kali lebih baik dan diterima olehNYA.
Bercakap tentang ‘delegation’ memang pada awalnya agak susah sebab kita selalu rasa kita boleh buat dengan baik dan agak stress sebab adakalanya mereka akan mengambil masa yang lama dan akhirnya kita jugak kena betulkan dan buat semula. Sebenarnya kita kena banyak bersabar bila mula2 nak delegate job ni…..
Kalau tak delegate susah jugak sebab kita kena ingat bahawa kerja yang dapat dilakukan seorang diri dalam sehari adalah terhad. Jadi untuk melengkapkan beberapa kerja pada masa yang sama sistem delegation adalah yang terbaik. . Saya pulak bila nak delegate kerja, saya akan tengok type of job tu & matching dgn orang yang mempunyai ‘strength’ tersebut… kalau tidak kenalah tunjuk-ajar lebih sikit…. Pengagihan kerja yg baik, sudah tentu secara tidak langsung akan mendidik pekerja tersebut & akhirnya kita akan dapat satu team yang kuat untuk bersama2 mencipta kejayaan dalam Syarikat.
Salam Masterji,
Kadang-kadang tu sebagai ketua kita akan dapat komen atau komplen dari orang bawah mengapa dia aje yang banyak di beri tugasan, wal hal orang lain tak banyak pun. Ketua ni pun manusia jugak, kalau ada anak buah yang bagus dan rajin, memang asyik dialah yang akan di beri kerja lebih. Pasal apa? Jadi kerja bole jalan, siap.
Ni kalau bagi yang sekor lagi, madang tak siap kerja, kita jugak kelam kabut nanti. Dalam hal ini saya selalu akan rasionalkan pada pekerja yang sering diberi kerja lebihan itu. Kita kena beritahu performance dia yang baik, dsbnya menyebabkan dia diberi lebih tanggung jawab. Ini adalah satu peluang baik untuk dirinya meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
Jangan pulak asyik diberi tugas aje tapi tak ada rationalization. Lepas tu masa evaluation bagi sama aje dgn yang tak perform. Frustlah member.
azaman
Post a Comment