Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, August 30, 2010

You Light Up My Life


Salam satu Malaysia kepada semua pembaca dan peminat dan Masterji juga mengambil kesempatan yang sedia ada ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. MERDEKA!!!
Welcome to new follower
Qaseh Nurani. Selamat datang dan kongsilah segala pengalaman anda dan cerita cerita menarik yang bisa menjadikan kita orang Malaysia yang sarat dengan informasi yang berfaedah agar percaturan minda kita sentiasa positif dan maju. Kita bukan sampah!

Ayoh Qasehnurani, Masterji fikir Masterji kenal anda. Kalau tak silap Masterji, anda seorang samurai yang baru sahaja berkhidmad di sebuah syarikat elektronic pengeluar panel. Kita pernah berkenalan dan anda begitu cepat popular. Saya di jemput sebagai salah seorang panel hakim untuk upacara Quality Control Circle di tempat anda dan kumpulan anda dan anda sebagai speaker adalah di antara belasan kumpulan lain. Suara anda dan material anda sudah saya markahkan "GOLD" sebelum tamat sessi tersebut. Dan memang kumpulan anda GOLD. No 1! Suara anda hidup.Ketika duduk di bangku Hakim dan melihat anda, saya fikir anda boleh jadi seseorang! Pasti!

Kita berjabat tangan dan berborak. Anak mata anda, suara anda dan kesungguhan anda dapat saya perhatikan dengan jelas. Saya dapat rasakan sesuatu!. Anda punyai beberapa perkara yang saya ada belasan tahun dahulu. Sewaktu ke mendaki. Kalau kena gaya dan komitment yang berterusan , anda bisa bikin chapter of excellence bagi diri anda! Maka apa lagi?


Apa khabar Cik Fame kita Pn Noor Jahan. pasti sedang sibuk membuat persiapan untuk pertandingan bukan. Akhirnya usaha anda berkesan. Ingat lagi di waktu awal awal perlaksanaan 5S di tempat anda, terlalu banyak dugaan tetapi and adalah wanita yang semangat juang nya kuat. Maka anda berjaya dan kini anda harus mencerita kan nya sahaja di Jepun!
Sebelum Raya nanti kita akan berjumpa.

Hari ini saya berjumpa dengan Encik Azaman selepas begitu lama. Encik Azaman a.k.a Don, kelihatan lebih sihat dan berwajah ceria. Kembali muda ya! Syukur mungkin angin Johor lebih membahagiakan. Gembira rasa di hati berjumpa dengan Encik Azaman.

Entri hari ini, saya ingin bercerita perihal pentingnya membuat orang lain tersenyum dan ceria. You Light Up My Life. Ingat bukan lagu tu. Debby Boone.".......Rollin' at sea, a drift on the water, Could it be finally I m turnin' for home?..
Ya benar bukan. Kita tidak pasti mungkin kerana satu tepukan ke bahu pekerja kita atau seseorang kenalan yang sedang bermasalah boleh membuat mereka berjumpa semula semangat hidup serta jalan pulang.

Katakan kan lah pada pagi ini, Sedang anda berada dalam kekalutan kerja, masalah peribadi yang bukan sedikit tiba tiba Boss anda datang dan tersenyum pada anda sambil menepuk bahu anda dan mengatakan, dalam pelbagai tugas yang anda lakukan minggu lepas ada salah satu yang harus di banggakan kerana bla...bla....bla.....bla...... maka harus di teruskan. Selama lima minit ia berlangsung dan Boss anda berlalu dan sekali lagi mengucapkan ribuan terimakasih dan memesan " Hey , Should be proud of your self huh"..or " You done well for that" Sambil ibu jari tangan nya menunjuk kan tanda bagus dan senyuman nya yang begitu ihklas. Apa yang anda rasakan. Hahaha... mungkin ada yang menjawap, " Boss aku dah buang tebiat kot" , tiba tiba aje buat macam tu". Benar anda mungkin berasa pelik tetapi tidak di nafikan anda tetap terasa bangga serta gembira bila di perlakukan begitu. Hati berbunga , muka menjadi ceria serta merta dan anda akan mula sibuk untuk memastikan semua kerja harus mengikuti contoh kerja yang di puji tadi. Maka oleh kerana satu pujian tanpa kos yang berjuta ringgit , bisa meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Bukan itu sahaja, semangat gembira tadi dapat membuat kan anda gagah tiba tiba dan percaya anda sebenarnya ada harapan. Maka masalah peribadi yang sedang melanda pun bisa di lupakan atau di selesai kan dengan semangat baru tadi!. Wow hebat bukan Boss anda. One stone two birds!

Apa perasaan anda kalau Boss anda melakukan nya pada anda? Of course there is no other anwers than being happy with it!. So tunggu apa lagi?

Maka apa yang anda perlu buat sekarang ialah, lihat lah seluruh kawasan ofis anda, pilih seorang staff di bawah anda, pilih sesuatu contoh kerja lepas beliau yang boleh di banggakan , maka panggil lah beliau atau lebih afdal anda menghampiri nya maka berikan lah pujian terhadap salah satu kerja nya yang boleh di banggakan minggu lepas. Keluarkan ayat yang bisa tertanam di dalam jiwa nya selama nya serta tunjuk kan gaya yang meyakin kan! Dia pasti cemerlang dan bila dia cemerlang , kerja nya juga akan cemerlang maka ia adalah kerana tindakan bijak anda sebagai Super Boss yang hebat. Wang yang berjuta tidak semesti nya alat motivasi yang berkesan setiap masa. Do it now! You are about to make your team to become better!

Di dalam organizasi dan sekitar kita , ramai juga yang seperti didalam lirik lagu Debby Boone ;
"So many nights I'd sit by my window,
Waiting for someone to sing me his song, So many dreams,
I kept deep inside me,
Alone in the dark".........

Emm, pernah di satu ketika beberapa tahun yang lalu, waktu senja dan hujan yang gerimis, di Genting Highland, selepas satu program latihan, Masterji sedang duduk di sebuah lobi hotel dengan secawan coffee , sepotong kek coklat, dan sebatang rokok, duduk berhampiran pada cermin kaca yang bisa melihat keadaan luar dimana begitu sejuk dan hujan gerimis.
Kadang kadang Trainer juga perlu masa yang boleh tenang kan mereka. Ketika itu lagu yang di putarkan ialah lagu ini, You Light Up My Life, oleh Debby Boone.

Memang ia sebuah lagu lama dari tahun 70 an, tetapi masih indah dan punyai maksud yang tinggi. Bagi Trainer macam kami ini , apa sahaja yang melintas pasti di jadikan bahan uji kaji minda atau pun di jadi kan bahan latihan. Ha ha ha. Susah kan kalau berkawan dengan Tenaga Pengajar nie. Semua nya di jadikan benda untuk di fikirkan. Apapun saya fikir, lagu tersebut adalah realiti. Sejarah hidup seseorang, dan kemudian di lagukan!... , satu senja yang indah di Genting Higlands pada hari itu. Tahun 2005 kalau tak silap saya. Selepas lagu itu tamat, saya masih melihat le luar dan terasa amat dingin. Sebatang lagi rokok di nyala kan. Esok pagi, hari kedua program latihan.

Apa pun dengar kan lah ya, dan bila dengar di masa akan datang, ingatlah entri ini, dengan satu sentuhan anda bisa menjadikan manusia lain hebat !.

You Light Up my Life.


1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Master Ji....

You Light Up My Life.....sedari kecil kita dah ada perasaan happy kalau seseorang appreciate kita especially yg rapat dgn kita, i.e. ibubapa, adik-beradik, cikgu, boss, etc. Kalau dipuji bila buat yg terbaik...wah bukan main lagi kita menanamkan azam yg lagi kuat utk melakukan yg lebih baik lagi. Maka seharian tu tersenyum...mood pun bagus hari tu!!! So memang tidak rugi memuji atau as you said menepuk bahu seseorang yg telah melakukan sesuatu yg baik.....