Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Monday, August 16, 2010
Tomorrow Never Dies
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang di hormati. Terima kasih pada Pn Noor Jahan kerana menghantar sms seawal pukul lima pagi untuk bertanyakan tentang entri yang telah di janjikan. Ada masalah teknikal. Apa pun terima kasih kerana awal pagi dah buka entri saya.Sebagai orang yang bertanggungjawab mengendalikan blog ini, saya sungguh terharu dengan kesanggupan Puan Nor Jahan untuk melayari blog ini semata-mata menantikan kemunculan entri terbaru.
Delegation seperti kata Pn Noor Jahan mengikut kemahiran dan pengetahuan penerima tugas. Benar! Tambah beliau, kita kena sabar bila delegate kerja kat orang lain, itu pun benar juga. Tahap kesabaran harus tinggi.
Komen Encik Azaman juga amat realistik. Di mana pekerja yang rajin sahaja yang akan di berikan tugas. Ia juga harus di susuli dangan reward yang menepati sumbangan bagi mengelak kan rasa ketidakadilan. Bak kata Mr Heera Singh dalam salah satu artikel nya, good worker , rewarded or over utilized?
Entri kali ini hebat ! Mengisahkan bagaimana seorang orang kurang upaya(OKU) boleh berjaya! Tajuk berita di akhbar Harian Metro bertarikh, 16 Ogos 2010: Gadis buta dari keluarga miskin jejak universiti.
Untuk bacaan lanjut, boleh terus ke sini
Banyak berita berita lain pasal buang bayi dan kejamnya seorang bapa mencederakan anak sendiri dan suami yang menjadi kaki ugut. Tak habis habis cederakan yang tak mampu dan ugut.
Mungkin mereka ini belum bertemu buku dengan ruas. Bila keranda di usung di hadapan mata, baru airmata bercucuran.
Takpa dalam kerakusan lelaki seperti yang di laporkan oleh akhbar, terdapat kisah seorang wanita yang berjaya!
Umashangari, berumur 23 tahun dan cacat penglihatan. Melakukan 3 pembedahan mata seawal usia dua setengah tahun. Anak kepada seorang operator kilang sahaja! Umashangari berjaya masuk ke Universiti untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda.
Beliau kata , jasa ibu bapa harus di balas walaupun kita ini cacat
Kata beliau bila di tanya,
"Jika mereka boleh bersusah payah membesarkan saya dalam keadaan begini ditambah pula dengan keadaan kewangan tidak mengizinkan, mengapa saya tidak boleh berusaha sekurang kurang nya untuk membuatkan mereka berbangga kerana memiliki anak seperti saya"
Bagi saya , cacat penglihatan tu dah kira sedih tetapi tambah terharu kerana dia buat untuk ibu bapa nya. Seorang anak yang benar benar mengenang budi. Cacat bukan penghalang untuk berjaya dan membalas jasa kedua ibu bapa.
Tommorow Never Dies walaupun kita cacat!
Umashangari yang cacat boleh maka kita yang normal, sihat dan senang bila? BILA?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Master Ji, terharu membaca mereka yg kurang upaya bertungkus lumus ingin membalas jasa kedua orangtua. Apa yg kita lihat sekarang ni mereka yg sehat wal'afiat tidak menggunakan kesempurnaan yang ada ke arah kebaikan...(bukan semua). Sedih dengan moral orang2 sekarang...baik yg muda & yg tua. Dimana silapnya tu????
Post a Comment