Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, October 4, 2011

Promotion!


Dua orang askar Samurai A dan Samurai B dihantar ke medan perang yang amat merbahaya dengan kelengkapan asas, dan maklumat yang minimum dan sama rata.

Sasaran yang diberikan jelas, harus menang dan pulang dengan bahan bukti. Salah seorang berjaya kembali dengan hasil dan seorang lagi pulang dengan kekalahan dan hanya bertarung setakat separuh sahaja sebelum berundur.

Sekira nya ada peluang kenaikan dari askar biasa kepada ketua kumpulan, manakah yang akan dipilih? Samurai A atau Samurai B?

Sudah tentu Samurai A bukan. Begitulah juga ditempat kerja. Secara asas nya semua pihak pengurusan sedar apabila target diberikan. Bukan senang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Ia memerlukan semangat yang tinggi, idea yang kreatif, sabar, dapat mengharungi tekanan dan mengenepikan halangan dan macam macam lagi.

Bukankah semua itu ciri ciri seorang pemimpin?

Maka kalau anda rasa kategori Samurai A seperti anda, maka surat perlantikan jawatan ke peringkat yang lebih tinggi menanti.

Kalau anda Samurai dalam kategori B, tak perlu menaruh harapan menunggu surat kerana anda tiada ciri ciri kepimpinan. Dan jangan komplen !

Apa yang anda harus lakukan ialah sama ada berubah atau selama nya lah menjadi askar dan mendermakan peluang yang telah terbentang dan diberikan kepada pesaing anda ataupun askar yang belasan tahun lebih junior dari anda!




1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Wlwpun tiada komen dari saya pada beberapa entri baru2 ni tapi ini tidak bermakna saya tidak membaca... baca cuma tiada komen kerana sibuk / fokus dgn beberapa tugas yg diberikan.

Saya yg telah lihat sendiri perkembangan dan kejayaan demi kejayaan Masterji rasa very excited nak tunggu kejayaan yg bakal diraih selepasa ini...ya buku!! Sangat besar ertinya buku tu..bukan sahaja utk Masterji tetapi juga rakan2 yg lain.

By the way, tak sabar nk jumpa Masterji in our function nanti next month. Tentu banyak yg boleh kita kongsi bersama... Nk suruh nyanyi satu lagu Jamal... hahaha...tentu boleh kan?