Baru baru ini kecoh tentang berita seorang pengawal keselamatan di kasari dan dimarahi oleh isteri kepada seorang pemain bolasepak negara..
Masterji cuma membacanya di akhbar.
Sebagai seorang yang pernah menjadi Ketua Jabatan Sumber Manusia , setahu Masterji perkara ini bukan baru dan selalu terjadi.
Masterji tidak mahu komen perkara yang terjadi pada Encik Azman Nayan, pengawal keselamatan tersebut tetapi untuk komen am bagi pengawal keselamatan yang lain.
Dulu sewaktu bekerja , ramai staff Masterji yang bertugas sebagai pengawal keselamatan akan dimarahi, ditengking sesuka hati, diherdik dan dikatakan jangan menunjuk pandai.
"Kau kerja Security, apa yang kau tau?"
"Kau belajar pun tak tinggi. Dapat kerja sebagai guard dah kira cukup elok lah tu."
"Jangan sibuk boleh? Kau jangan campuri urusan akulah!"
Itu antara contoh caci maki yang sering diterima oleh pengawal keselamatan di tempat Masterji bekerja dulu.
Jangan salah faham dengan nama jawatan berkenaan. Walaupun nama jawatan cuma sebagai Pengawal Keselamatan, tetapi mereka sebenarnya mempunyai bidang kuasa yang luas.
Pengawal Keselamatan boleh menegur sesiapa sahaja termasuk C.E.O syarikatnya sendiri.
Seorang Pengawal Keselamatan juga boleh menahan mana-mana pekerja yang disyaki terlibat di dalam apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang syarikat tanpa ada sekatan dari segi pangkat, berjawatan tinggi atau rendah.
Pengawal Keselamatan juga berhak untuk memeriksa kenderaan pekerja, beg pekerja, almari, meja dan laci pekerja pada bila-bila masa sahaja sekiranya di dapati ada sesuatu yang mencurigakan mengikut kuasa yang diperuntukkan dan melalui prosedur yang tertentu.
Apabila kita memasuki mana-mana premis syarikat pegawai pertama yang harus kita patuhi dan hormati ialah pengawal keselamatan. Mereka mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana individu dari memasuki presmis mereka sekiranya di dapati ada kecurigaan atau alasan yang tidak munasabah.
Di zaman Masterji dulu, tiada keistimewaan diberikan sama ada kereta yang masuk ke syarikat kami punyai
pelekat-pelekat tertentu ataupun pengaruh pengaruh tertentu. Malah kereta C.E.O kami pun akan diperiksa.
Secara ringkasnya, jika polis bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan orang awam, Pengawal Keselamatan pula bertanggungjawab menjaga premis dan kakitangan yang berada di dalam premis yang di amanahkan kepada mereka.
Apabila ada orang memasuki rumah kita harus lah menghormati tuan rumah
itu sahaja asasnya!
10 comments:
Bolehkah pengawal keselamatan memeriksa tubuh badan orang yang hendak memasuki premis dibawah jagaan mereka?
Adakah kuasa Pengawal Keselamatan semasa menjalankan tugas disebutkan dimana mana akta yang sedang berkuatkuasa di Malaysia?
Bolehkah seorang pengawal keselamatan Pegang kunci asrama dan buka tutup asrama tengah malam sedangkan warden beri arahan tiada hitam putih
Ada..p.keselamatan apabila sda bertugas d sesuatu tmpt atau premis jagaan kuasa penuh PK ada...sebap pK adalah mata dan telinga pdrm..dr segi perundangan selaras dgn perundangan pdrm akta kanun prosedur dan lain2
Boleh tapi mengikut akta kanun prosodur yg telah diberikan...dan llki boleh memeriksa dan menyentuh bdan sesama jantina dan.bg jantina perempuan pengawal llki x boleh memeriksa tau menyentuh seseorang tu kcuali seseorang itu agresif atau cuba melakukan sesuatu
Bolehkah pemilik bangunan memasuki kawasan kawalan keselamatan dgn tanpa kebenaran pengawal serta menolak pagar kawasan bangunan tersebut
Saya adalah seorang pengawal keselamatan di kawasan Seberang Perai.saya baru diterima kerja dengan gaji RM1400 30/31 hari kerja.saya dipaksa sambung tugas 12jam lagi dengan bayaran RM50.pada setiap 7hb saya menerima gaji tanpa potongan epf dan tiada slip gaji yg ditukar kepada payment voucer.pertanyaan saya adakah saya telah dipermainkan oleh syarikatkeselamatan tempat saya bekerja.harap tuan dapat memberi penjelasan.
Boleh kahseorang PENGAWAL keselamatan memasuki rumah untuk memeriksa tanpa kebenaran polis?
Bolehkah terangkan didalam Akta mana mengatakan seorang pengawal keselamatan boleh menahan, atau memeriksa seseorang?
Boleh ke tutup pintu bilik pegawal keselamatan
Post a Comment