Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, November 30, 2012

Never withdraw!

Hidup kadang macam permainan bolasepak ;

1. Samaada ke kiri , ketengah, ke kanan pun bola tu di bawa juga ; KE ARAH TIANG GOL . .

2. Berhenti rehat separuh masa bila bermula tetap juga ; KE ARAH TIANG GOL l.

3. Keluar padang tetapi dilontarkan semula kedalam dan tetap juga ; KE ARAH TIANG GOL;

4. Bertemu dengan banyak kaki tetapi tetap juga ; KE ARAH TIANG GOL.

5. Di sana terjatuh, di sini tergolek , ke atas melambung, tetapi tetap juga; KE ARAH TIANG GOL.

Kehidupan juga begitu, kita jatuh , atau tersasar atau kemana mana jangan lupa hidup harus ada ; TIANG GOL!

Cik Fame thank you for your great support. Sekarang Masterji dah masuk buat buku kedua. Teruskan sokongan ya. 100% new!
Salah satu tiang gol tahun 2013! Setahun sebuah atau dua buah buku.

Dr Lap Top , bila boleh kita bertemu di Kedah? Thank you so much for your support too.

Thursday, November 29, 2012

RECHARGE!

Hari hari kita recharge mobile phone kita agar sentiasa bertenaga dan boleh memberikan perkhidmatan yang konsisten pada kita. Apa kata kita gunakan konsep yang sama untuk diri kita.

Aha let's recharge our thoughts, let's recharge our challenge plans, let's recharge our energy , Let's recharge our know how and many other important things so that we can be all the time consistent, performing and on our feet 24 - 7 to handle what ever world send us to manage!

Recharge!

Pada Cik Fame thank you so much ya.. awal subuh dah hantar sms dan selepas lima minit entri baru keluar terus hantar sms mengatakan dah baca dan komen yang membina.

Baguslah contoh yang diberikan. You had always make yourself occupied with learning activities.
People who occupied themselves with learning will walk extra miles than others of course with implementation of the learning points.

Wednesday, November 28, 2012

Pintu Kejayaan

Salam pada semua pembaca yang dihormati. Dr Lap Top dan Cik Fame Puan Noor Jahan thank you so much for your continuous support.
Hari ini, apa kata kita menjadi pintu kejayaan untuk orang lain.

Di sekeliling kita terdapat ramai rakan rakan, saudara mara yang mempunyai masalah , dilemma dan gagal menjenamakan diri mereka pada tahap yang lebih baik.
Dengan niat yang murni, ayat yang power, cadangan yang bernas , berikan lah mereka pintu keluar yang lebih sempurna dan baik. Anda akan dikenang sebagai manusia yang berjasa, manusia yang hebat, manusia yang membimbing, manusia yang membantu manusia lain berdiri dengan lebih kukuh.

Manusia yang membina jambatan kejayaan bagi mereka yang berada dalam kegelapan dan tercari cari pintu keluar. Kita mungkin hebat tetapi anak cucu kita, mungkin tergolong dalam salah seorang daripada ratusan, ribuan manusia yang tiada tiang gol, yang kini terperangkap dengan kemanisan dan muslihat manusia lain, dan pelbagai dilema lain.
Bebaskan mereka, agar satu hari nanti kiranya anak cucu kita yang bermasalah juga dapat akan menemui manusia yang hebat untuk membimbing mereka berjalan dengan lebih hebat!

Apa yang kita buat itulah yang akan kita dapat sebagai balasan.

Ramai yang diluar sana kelihatan bergerak bebas tetapi hakikatnya ada diantara mereka yang terbelenggu dengan seribu satu masalah. Masalah hutang piutang yang tidak sepatut nya terjadi, masalah di aniayai, masalah kerana menyangka kan semua manusia adalah sama kejam nya maka tidak perlu berubah menjadi baik dan macam macam lagi. Mungkin anda tidak dapat membantu semua mereka tetapi cukuplah seorang insan yang dapat anda kembalikan kejalan yang sempurna agar mungkin nasibnya berubah, anak anak nya kembali gembira, ibu bapa nya kembali menghormati mereka, dan paling penting mereka yang anda bebaskan dapat menghirup kemanisan hidup sekali lagi!

Saya percaya anda boleh kerana anda yang sedang membaca entri ini telah menjadi survivor yang hebat. Di lahirkan baring, kemudian merangkak, berjalan jatuh sehingga lah kita boleh berlari dan kini menjadi seseorang!
Anda boleh jadi guru yang baik! Saya percaya anda boleh.

Ciptalah pintu keluar bagi mereka!

Set people free and you will be known as great people in their life or at least they will be back to proper lane !

Cik Fame masih pergi exercise lagi ke? Baguslah begitu. Energy makes us efficient and effective!

Tuesday, November 27, 2012

2 E+ 1 = 3 E


Met with another trainer friend yesterday and he asked me ' What do you do if there's no training program? "I gave him a smile and replied " Reading , and developing six pack"
He laughed and asked again " Are you serious Rafi? "
"Yes I am serious and that is what I am doing". Gave him another smile.
" You really got time to make exercise Rafi ? " He looks wondering.
" Well not really but I make time to make my self fit and it has to be continued because we are all business leaders and keeping healthy and being fit is important. " My answer.

I go on and say " Business leaders has to make their organization competent in two Es ; namely Efficient and effective furthermore current business practices are 24 - 7 , therefore we will have to get another E which is Energy "
"So 2 E+ 1 = 3E , Energy, Efficiency and Effectiveness. " I concluded.
He called me up today and told me the good news " Rafi thanks Bro, I registered my self already in fitness first , 2 + 1 = 3E a great short Bro. "

Good luck my friend. Hope the till end you will go through.

Actually I wanted to put his picture in the blog today but he told me to do that 3 months later. After he has got the six pack. Sure man, 3 months later with before and after 6 pack.
In a way, he is better than me because he went to a better organized exercise center whereas I am doing it my self only at home.
Good luck ya and to others as well , I had a strong believe that 2 + 1 = 3 E is also important to you.

Business leaders and who ever wants a betterment in life , Energy is the key word to handle various challenges and circumstances.

Wednesday, November 21, 2012

Here I Come

Pada tarikh 6 hb May 2010 saya ada menulis entri di dalam blog Rafimasterji bertajuk Mentor Dahulu dan Mentor Sekarang.


Ada tiga nama pakar motivasi terkenal saya sertakan didalam entri berkenaan sebagai mentor saya dalam bidang latihan dan pembangunan.



                              
Dato'Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Dia bijak,dia ceria, dia sentiasa memberi tunjuk ajar.
Katanya , "orang cemerlang sentiasa membentuk jambatan dan merobohkan tembok".





                                
Heera Singh,
Nama beliau bukan sahaja gah di Malaysia, tetapi turut mendapat pengiktirafan dari American Management Association.
Katanya, "leaders cannot demand respect. They have to earn it."

 

                                    
Robin Sharma
Saya selalu menggelar Robin Sharma sebagai "lelaki elegan" dengan minda genius.Pakar dalam bidang "leadership" dan penulis yang telah melahirkan buku bestselling, "The Monk Who Sold His Ferrari". Buku terbaru dari beliau "The Leader Who Had No Title: A Modern Fable On Real Success in Business and in Life" .
Katanya ,"blaming others is excusing your self."




Dan ini saya, Mohd Rafi bin Jalaluddin.
                           
BAKAL MENYUSUL MUNGKIN TIDAK SEHEBAT MEREKA TETAPI AGAR MALAYSIA PUNYAI PELAPIS UNTUK MASA DEPAN.

BANTULAH SAYA. TIANG GOL SAYA KINI, UNTUK MENYUSURI MEREKA YANG DIATAS. INSYAALLAH.

Here I Come.

Pada Cik Fame komen anda ;
Saya ucapkan terimakasih dan benar Ibu saya adalah Cikgu pertama saya dalam bidang pengurusan, koparat dan disiplin. Seorang yang penyayang tetapi amat tegas dan tidak mudah mengatakan tidak boleh!

Friday, November 16, 2012

Permulaan Yang Gemilang

Masterji kongsikan gambar-gambar sempena majlis Temu Mesra di MPH Bookstore, Subang Parade pada 10-November-2012.

Masterji memulakan majlis dengan memberikan sedikit gambaran dan kisah hidup Masterji.

Encik Uthaya Sankar SB berkongsi pengalaman ketika membaca dan menulis komen berkaitan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus di Free Malaysia Today.

Datuk Yusof Haslam yang bersemangat. Kata beliau, "hidup harus mengubah nasib, bukannya asyik jawab dan nasib, apa nak buat. Maka buku ini bagus untuk generasi baru."

Datuk Karam Singh Walia memberikan ucapan. Di akhir ucapannya, beliau mengatakan perlunya "step by step."

Azharunizam yang berkongsi pengalaman bekerja bersama Masterji suatu masa dulu. Kata beliau, "dulu kami sama-sama tarik handjack. Sekarang dia sudah jadi boss. Lepas ni dia bukan lagi Panjang Rafi tapi insyallah akan jadi Datuk Rafi'.

Adik Rizal kata, "dulu dia cuma cameraman tetapi lepas tu jadi seorang Manager. Hebat."


Samurai Masterji, Shahrul Nizam memberikan ucapan yang pendek tetapi penuh makna. "Jika dalam Laskar Pelangi, penulisnya Andrea Hirata membayangkan watak Lintang adalah lelaki genius didikan alam tetapi saya mengenali Encik Rafi sebagai lelaki yang lebih genius dari Lintang."

"Uncle Masterji mengajar kita bagaimana untuk terus ke depan", kata Marsha yang merupakan seorang pelajar jurusan Undang-Undang.

Cik Fame yang berseri dengan baju merahnya bercerita, "Encik Rafi adalah consultant syarikat kami. Dengan dia, semua mesti kata boleh. Kalau kata tidak boleh, matanya akan jadi besar. Kalau Encik Rafi boleh, kita pun bolehlah."

Adik Arafat Hambali di perkenal dengan konsep Hidup Harus Ada Tiang Gol.

Adik Anil Azuan yang bersungguh berlari dan mendapatkan RM50 dari tangan Masterji. Beliau tidak sekadar mengangkat tangan.

Bersama sahabat lama, Encik Ahmad Tifley(baju berwarna coklat) dan mentor Masterji, Dr.Ramly Mat Zin(berbaju putih). Mereka sanggup datang untuk memeriahkan majlis.

Dari kiri ; Master Q Saniyah Kadir, Uthaya Sankar SB, Shahrul Nizam, Arafat Hambali, Anil Azuan dan Kamarulzaman.

Bekas rakan sekerja, Kamarulzaman juga hadir dan turut membeli senaskah buku.


 Adik Khasmah bersama 'baby"nya.


Mr.Uhno(Pengarah Urusan syarikat) hadir bersama Cik Fame.
Mummy(berbaju kurung biru) dan adik Masterji yang duduk disebelah Mr.Uhno.


Bersama seorang rakan sekerja yang sudah bertukar angin sekarang bekerja bersama Etika Insurance(baju putih)

 Sahabat lama saya, Shazanoor juga turut hadir.


 
Speed Demon atau Mohd Rijal yang bertindak sebagai jurukamera rasmi untuk majlis ini juga turut membeli senaskah. Kata beliau, "Cik Rafi dari seorang jurukamera boleh jadi Manager dan berjaya. Saya juga jurukamera dan akan berusaha untuk berjaya."


Seorang dari pengunjung yang mengambil kesempatan membeli dan mendapatkan tandatangan dari Masterji.


                                              Zainol, sahabat Masterji sejak bangku sekolah.


Pengunjung yang hadir.

Monday, November 12, 2012

MIMPI-MIMPI YANG MENJADI KENYATAAN


Masterji ketika memberi ucapan aluan

Masterji mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir semasa majlis Temu Mesra Bersama Penulis Buku Best Seller di MPH Bookstore, 11-November-2012.
Ada antara yang hadir itu Masterji kenal dan ada juga yang tidak tetapi dari majlis seperti itulah tali persahabatan dan perkongsian ilmu dapat dieratkan.
Diharapkan, jika terdapat lagi majlis-majlis seumpama ini di masa akan datang, sudi-sudilah datang untuk bersama berkongsi ilmu.
Ucapan dari kedua-dua tetamu istimewa iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datuk Karam Singh Walia juga amat memberangsangkan.

Pada Encik Uthaya Sankar SB, Arafat Hambali, Speed Demon(jurukamera yang hebat) dan Puan Noor Jahan(Cik Fame) yang datang bersama Pengarah Urusan, Mr.Uhno;  Masterji mengucapkan terima kasih tidak terhingga.


                         
Masterji bersama Datuk Yusof Haslam dan Datuk Karam Singh Walia

Sekali lagi, jutaan terima kasih untuk semua. Seperti kata Shahrul di hari pelancaran tersebut ; "ini mimpi-mimpi yang menjadi nyata".



Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus dan juga bengkel latihan, boleh terus menghantar email kepada value_guide@yahoo.com
Pada saudara Faruqi ; terima kasih kerana membeli buku berkenaan. Harap bermanfaat untuk anda.

Thursday, November 8, 2012

Monday, November 5, 2012

Problem is a gift to leap forward

"People may perceive problems as the end of the world, but if it's perceived with open minded and a careful thought ; it could be a new strength for us to move forward.

Just think about a few key problems that you had gone through or specifically solved previously, what was the the direct benefits you've gained ?
"Every problems you came across and solved, will in turn makes a new YOU. A new YOU who is much smarter than before, more efficient than before and creative than before , problems may also brings out every hidden potential in yourself"!
Some the sharing I have done yesterday with participants in a Leadership Program.

Problem makes a new YOU and generating new strengths or bringing out the real potential you have. Dear readers think of it . Think of a key critical problems that you had solved. You had make yourself stronger due to that particular problem.
Therefore, never skip problems, faced it, be in it, and solved it because every time problems appear, it brings you the opportunity to be a better YOU!

Let's share some of your success story in reply to what I wrote about problem is a gift to leap forward. I love to hear form you. Perhaps Cik Fame may start first.
Let's share with what you have in own experience. DR LAP TOP KULIM you may also share something with us. Bahasa Malaysia will also be fine to us. Just share.
The rest is also invited.

Thank you so much in advance.

Friday, November 2, 2012

WIRA IBU DAN BAPA


Mummy menghubungi saya pagi ini.
"Apit(nama timangan saya), tahniah ya nak, buku Apit dah masuk TV. Hadiah istimewa untuk Mummy. Terima kasih ya nak".
Saya hanya mampu menjawab, "ya Mummy ya...".
Serentak dengan itu, kelopak mata saya mula menakung air yang menunggu waktu untuk mencurah. Saya cuba menahan sebak dan mengelak dari takungan air mata itu pecah dan berlenang.

Mungkin kita tidak mampu menjadi wira kepada negara, apatah lagi wira untuk dunia tetapi sebenarnya kita mampu menjadi wira-kepada ibu, isteri dan anak-anak-lebih dari itu mungkin wira kepada rakan.
Setidaknya, berjuanglah untuk seorang ibu dan menjadi wira untuk mereka. Tataplah gambar ibu dan bapa dan bisikkan pada diri sendiri, "aku akan menjadi wira pada mereka, mesti!".

Saya juga percaya, apa yang kita berikan pada ibu dan bapa maka itulah nanti yang akan diberikan oleh anak-anak kepada kita.

Terima kasih Mummy. Satu pengembaraan hidup yang hebat bersama Mummy.