Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, November 28, 2012

Pintu Kejayaan

Salam pada semua pembaca yang dihormati. Dr Lap Top dan Cik Fame Puan Noor Jahan thank you so much for your continuous support.
Hari ini, apa kata kita menjadi pintu kejayaan untuk orang lain.

Di sekeliling kita terdapat ramai rakan rakan, saudara mara yang mempunyai masalah , dilemma dan gagal menjenamakan diri mereka pada tahap yang lebih baik.
Dengan niat yang murni, ayat yang power, cadangan yang bernas , berikan lah mereka pintu keluar yang lebih sempurna dan baik. Anda akan dikenang sebagai manusia yang berjasa, manusia yang hebat, manusia yang membimbing, manusia yang membantu manusia lain berdiri dengan lebih kukuh.

Manusia yang membina jambatan kejayaan bagi mereka yang berada dalam kegelapan dan tercari cari pintu keluar. Kita mungkin hebat tetapi anak cucu kita, mungkin tergolong dalam salah seorang daripada ratusan, ribuan manusia yang tiada tiang gol, yang kini terperangkap dengan kemanisan dan muslihat manusia lain, dan pelbagai dilema lain.
Bebaskan mereka, agar satu hari nanti kiranya anak cucu kita yang bermasalah juga dapat akan menemui manusia yang hebat untuk membimbing mereka berjalan dengan lebih hebat!

Apa yang kita buat itulah yang akan kita dapat sebagai balasan.

Ramai yang diluar sana kelihatan bergerak bebas tetapi hakikatnya ada diantara mereka yang terbelenggu dengan seribu satu masalah. Masalah hutang piutang yang tidak sepatut nya terjadi, masalah di aniayai, masalah kerana menyangka kan semua manusia adalah sama kejam nya maka tidak perlu berubah menjadi baik dan macam macam lagi. Mungkin anda tidak dapat membantu semua mereka tetapi cukuplah seorang insan yang dapat anda kembalikan kejalan yang sempurna agar mungkin nasibnya berubah, anak anak nya kembali gembira, ibu bapa nya kembali menghormati mereka, dan paling penting mereka yang anda bebaskan dapat menghirup kemanisan hidup sekali lagi!

Saya percaya anda boleh kerana anda yang sedang membaca entri ini telah menjadi survivor yang hebat. Di lahirkan baring, kemudian merangkak, berjalan jatuh sehingga lah kita boleh berlari dan kini menjadi seseorang!
Anda boleh jadi guru yang baik! Saya percaya anda boleh.

Ciptalah pintu keluar bagi mereka!

Set people free and you will be known as great people in their life or at least they will be back to proper lane !

Cik Fame masih pergi exercise lagi ke? Baguslah begitu. Energy makes us efficient and effective!

2 comments:

DrLaptop said...

:)

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Alhamdulillah masih terus dgn aktiviti senaman kerana 3E tu penting as you mentioned in your previous entry.

We are powerful beyond belief to change the way we LOOK, THINK, and FEEL :-)