Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, December 28, 2012

Root Causenya kita!

Kita berjalan ke arah seorang kaki pukul yang berbadan besar dan bermuka bengis.
Kita kata kan padanya " Halo Bro, muka kau hodoh, muka kau buruk muka macam kapal pecah".
Apa akan jadi pada kita ?
Sudah tentu kita akan patah hidung ditumbuk atau lebih parah dan berakhir di hospital!

Kita adalah punca kepada apa yang kita cipta masalah, mahukan ia terjadi dan membenarkan sesuatu terjadi pada kita.
Kita berjalan ke arah seorang Uztaz yang sedang berada didalam masjid.
Kita katakan pada nya " Assalammualaikum Uztaz, sudilah kira nya mengajar saya mendalami ilmu agama agar akhlak serta amalan saya menjadi sempurna.
Apa akan jadi pada kita?
Sudah tentu kita akan mempunyai minda yang lebih murni, jujur dan berakhir disuasana yang penuh kebaik kan !

Kita berjalan pada seorang perosak yang sedang menunggu dengan lahap untuk membinasakan kita.
Kita katakan pada nya " Ambilah apa sahaja harta , nyawa dan sebagai nya dan ceriakan kan lah saya"
Apa akan jadi pada kita?
Sudah tentu kita akan lebih banyak mengeluarkan airmata dan berakhir dengan pelbagai buku sejarah hitam. serta terus tenggelam selama nya.

Kita berjalan ke arah seorang Pembina yang sering memerikan semangat dan idea untuk membina hidup yang lebih baik.
Kita katakan padanya " Cikgu, saya rasakan mahu berjaya tetapi tidak tahu bagaimana?".
Apa akan jadi pada anda?
Sudah tentu kita akan lebih fokus pada masa akan datang dari masa lepas dan berakhir menjadi orang yang berkualiti serta kita yang baru, kita yang lebih hebat!

Kita adalah punca kepada apa kita cipta kan, mahukan ia terjadi dan membenarkan sesuatu yang terjadi! Kita.
Kalau kita tak suka dengan apa yang terjadi sekarang pada kita; senang sahaja! jangan benarkan ia terjadi dan berkata tidak!

Thursday, December 27, 2012

3 Perkara hari ini.


Hari ini tiga perkara yang istimewa buat saya;

1. Bersama promoter rajin Karangkraf ; Asyraf ke rancangan TV. sembang buku untuk DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Asyraf seorang staff yang rajin untuk mengadakan aktiviti bagi penulis-penulis buku Karangkraf. Ada sahaja aktiviti gerak kilatnya sejak mengenali beliau bulan August 2012. Tiap bulan ada sahaja plannya. Tidak ketinggalan juga rakan seperjuangannya Amir Fathi. Mungkin hasil didikan yang hebat daripada Ketua mereka RJ. Syabas RJ . Syabas Karangkraf.




2. Selepas itu ke Restoran Khulafah di seksyen 3 Shah Alam dan duduk minum di sebelah meja Prof Madya Abdul Razak Mohaideen, pengarah filem yang disegani di negara ini. Satu kebetulan yang mungkin tidak akan wujud lagi maka secara kebetulan ada sebuah naskah DULU PENCUCI KINI PENGURUS, bersama saya dan dihadiahkan pada beliau . Mungkin ia berguna untuk pelajar pelajar di bawah didikan nya. Prof. , if you are reading this, kindly use it for your self and students. You build up actors and I build up the rest. Seorang yang peramah dan tinggi tubuh badannya. Terimakasih kerana sudi menerima buku dari seorang yang tidak dikenali .

















3. Sewaktu memandu pulang , melalui bangunan Karangkraf di Shah Alam dan teringatkan editor hebat Puan Ruzita Awaludin. Selepas berbual dengan Puan Sri Diah perihal manuskrip DULU PENCUCI KINI PENGURUS , beliau mengesyorkan saya bertemu dengan editor Ruzita Awaludin. Satu perkara yang cemerlang dilakukan oleh Puan Sri Diah. Tidak hanya membuat kesimpulan sama ada manuskrip berkenaan bagus ataupun tidak selagi tidak dilihat dengan mata editornya dahulu. Dengan nilai customer service yang tinggi Puan Sri Diah tidak memandang rendah atau menolak sebelum melihat. Maka pertemuan seterusnya dengan Editor Puan Ruzita Awaludin. Beliau cekap membuat penilaian dengan melihat isi kandungan buku berkenaan. Beliau dapat menilai serta merta kekuatan buku berkenaan dalam keadaan yang pantas. Satu ciri kualiti perniagaan yang cemerlang kerana kita memerlukan pilot yang yang dapat membaca sesuatu situasi dengan pantas dan berikan keputusan yang tepat! Syabas dan terima kasih pada Puan Sri Diya dan Ruzita Awaludin. Benar buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS ada kekuatannya sendiri tetapi mereka yang membinakan jambatan juga harus dikenang jasanya serta etika perniagaannya. Sebelum ke Karangkraf, ada juga satu dua syarikat lain yang Masterji tanyakan pendapat dan cadangkan manuskrip buku berkenaan tetapi belum lagi mula bercakap, sudah kedengaran ayat "tiada masa" atau "tengoklah dulu" serta "tak boleh". Saya sudah di didik dari awal bekerja, never make judgement without seeing it with your own eyes , that is basic principle in business!

Wednesday, December 19, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS DARI JOHOR.


"Setiap hari ialah satu hari yang baru buat saya. Setiap hari ialah masa2 yang sukar. Setiap hari ialah hari untuk melakukan yang lebih baik dari semalam"

Saya dapat email yang pertama dari seorang peminat wanita yang telah membaca buku dulu pencuci kini pengurus dari Johor. Cik Nana. Cik Nana telah memetik ayat ayat pedoman didalam buku tersebut.

Thank you Nana, anda bukan membeli buku tetapi sebuah penggembaraan hidup yang boleh memberikan kita jenama baru yang lebih efektif! Thank you Nana.

Pada Cik Fame dan juga Dr Lap Top benar apa yang anda komen dalam entri tempoh hari. It's all because of we must think we can. Saya pasti anda berdua yang paling awal memberikan tepukan untuk diri anda kan. Ayuh Jaguh, katakan anda Jaguh anda adalah Jaguh.



Friday, December 14, 2012

A Champion

"A Champion is someone who gets up even when he or she can't"

When world send challenges to us, we can see who is a leader and who is a follower!
Who stand still and who will make the first move to overcome it.
Who will just crying for sadness and who will use the moment of sad to inspire victory.

If you are someone in the above who can still get up even you can't, I salute you and you are excellent person.
Really and honestly you are great!

Syabas. Berikan diri anda tepukan gemuruh!

Friday, December 7, 2012

Mak dan Abah emm...err...


Mungkin;

Kita selalu tepat untuk membuat perancangan dan budget untuk banyak perkara kecuali satu.

Renungkanlah;

ANSURAN BULANAN KERETA ; RM 1, 900

RUMAH : RM 2,800

KAD KREDIT : RM 1,000

PETROL : RM 800

DUIT SAYUR / MAKAN ; RM 1,000

ELEKTRIK / AIR : RM 300

ASTRO : RM 150

SHOPPING : RM 1,000

PERFUME : RM 350

MAK DAN ABAH : ..Errrr...emmmmmmmmm ...RM 50 ok kot atau bulan lain ajelah. Atau masa raya ajelah bagi.

Ibu Bapa adalah tanggungjawap anak anak. Lagi banyak kita beri pada mereka lagi banyak yang kita boleh dapat rezeki baru.

Hidup kita akan selalu berkat.

Kadang kita lupa buat budget untuk mereka. Mungkin ada senarai yang diatas sana boleh kita potong ataupun kurangkan untuk diberikan pada mereka.

Pakai lah baju ikut sukatan badan . Jangan hidup untuk orang lain sehingga kan kita kadang terlupa atau buat buat lupa untuk menulis jumlah budget bulanan untuk Ibu Bapa kita.

Bila kita buat senarai budget letaka kan lah no 1 adalah budget bagi mereka yang telah dengan begitu sukar membesarkan kita yakni Ibu Bapa kita.

Dan kita kadang menyalahkan pihak lain kerana tidak prihatin, tidak bertanggungjawap , tidak menyediakan subsidi yang secukup nya dan Bos yang tidak naik kan gaji kita sebab itu

Mak Bapak aku susah.

Dan kita kadang terlupa kita juga emmmm satu hari nanti akan menjadi Ibu atau Bapa. Kita lupa mungkin ataupun kita terlalu sibuk barangkali.

Wednesday, December 5, 2012

1 Minit

Salam pada para pembaca yang dihormati semua.
Cik Fame yang sedang dalam persediaan untuk menjadikan syarikatnya cemerlang sekali lagi dengan persijilan TS apa khabar ?

Dr Lap Top Kulim anda bagaimana? Harap sihat dan sejahtera.

Terimakasih kerana sering menghantar komen.

Hari ini kita berkongsi dengan cara kita mengunakan masa.

Setiap satu minit yang digunakan dengan asyik memikirkan perihal kegagalan dan kesukaran bermakna kita telah gagal menggunakan masa tersebutuntuk memikirkan tentang kejayaan.
Kalau sepuluh minit kita fikir pasal kesukaran bermakna kita telah rugi sebanyak 10 minit.
Kalau satu jam kita gunakan untuk fikirkan kesukaran bermakna kita telah rugi sebanyak satu jam.
Kalau satu bulan, atau satu tahun, ....dan lebih ...'bermakna sudah tentu kita tak kemana mana. Jadi Merry Go Round!

Kenapa tak gunakan masa yang sama untuk fikirkan boleh ?

Pada peminat DULU PENCUCI KINI PENGURUS yang bernama Nana terima kasih kerana sokongan anda dan beliau memohon agar permintaannya di paparkan..

Masterji pernah mengendalikan program latihan untuk beliau dan syarikat nya pada sekitar tahun 2002 ataupun 2004 di Pasir Gudang Johor

Baru baru ini bertemu di email dan buku serta blog Masterji.

Ya masih saya ingat Nana. sebab on the way balik ke Shah Alam dari Johor, sewaktu memandu ada ucapan terima kasih dari salah seorang perserta program berkenaan di kirimkan melalui radio .

Masterji kebetulan mendengar radio ketika itu bersama seorang lagi rakan tenaga Pengajar Mr Rajah . Kami sama sama gelak dalam kereta.

Satu penghargaan ketika itu. Masterji berikan tanda tangan pada semua buku nota atau training material setiap perserta program atas permintaan ramai. Ya masih ingat. Buku nota atau material berkenaan dijadikan autography. Ha ha ha jelas kenangan itu.

Ok Nana, thank you for refreshing the sweet memories ya. Sure one day I will be back to Pasir Gudang ya for training programs.

Emailnya pada Masterji " Si manis yang menggelar En Rafi ,Trainer paling best dan Idaman Malaya "

Pada Nana, permintaan anda sudah saya paparkan ya.

Belum lagi jadi Idaman Malaya Nana... satu hari nanti ya.

Apapun terima kasih pada Nana yang sungguh bersopan santun.

Tuesday, December 4, 2012

101 WOW!

Laporan di akhbar The Star semalam membuat saya kagum pada Fauja Singh.
Memulakan aktiviti larian pada umur 80 tahun dan kini ketika berada pada umur 101 tahun menjadi legenda!
Masih sihat dan kunci kejayaannya senang sahaja ; umur bukan penghalang kalau kita fikir kan boleh.
Kalau Turbaned Tornado boleh pada usia 101 tahun kita yang masih muda bagaimana ya?

Yang lambat bermula tidak semestinya yang akhir sampai kegarisan penamat!

Let's rise for the race!

Monday, December 3, 2012

The Learning Points

Aha, minggu lepas Masterji berjaya membahagikan masa untuk menonton wayang. Seperti yang selalu saya kongsikan , wayang adalah salah satu cara untuk saya belajar dan mengenali contoh-contoh yang baik dan tidak baik di dalam kehidupan.

The Life of PI

 1. Pi menukarkan persepsi dan imej buruk yang diberikan pada nya dengan menarik. Rakan rakan sekolah mengejek beliau dengan gelaran "pissing", kerana nama penuh beliau adalah Piscine Molitor Patel. " Very Impressive kata gurunya " Begitulah kehidupan ada jalan untuk bersinar.

2. Sikap survivor diri dan tidak putus asa yang hebat. Meredahi segala halangan tanpa pengetahuan dan kelengkapan serta sentiasa diambang maut tetapi masih dapat bertahan dan mengambil tindakan untuk menyelamatkan diri.

3. Richard Parker- harimau Bengal yang menjadi sahabat dalam pelayaran membuatkan Pi menjadi seorang yang gigih, tabah dan berperikemanusiaan.

Banyak lagi point point yang menarik tetapi amat jelas sekali sebenarnya untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan, anda harus sabar, berusaha dan berfikir dengan sebaiknya dan tidak mudah dipengaruhi oleh mana mana keadaan yang boleh merosak kan usaha dan diri anda. PI membuktikan kita boleh berjaya walaupun tidak cukup resources dan kemahiran. Semua itu mengwujudkan kita yang baru!



COLDWAR

1. Filem yang sesuai dan menarik untuk ahli korporat, pengurus pengurus syarikat dan orang biasa. Kisah jabatan polis yang mengalami dugaan terbesar apabila anggota polis yang diculik berbanding dengan keadaan yang selalunya diman orang biasa yang diculik. Kadang kadang masalah yang wujud adalah memeranjatkan dan boleh membuatkan kita tergamam! Namun hakikat nya kita harus terima dan selesaikan.

2. Politik dalaman, permainan kuasa, percanggahan pendapat dan pembelot dalaman menerang kan kepada kita sebenar nya kadang kadang masalah tidak datang dari faktor luaran tetapi dalaman lebih teruk.

3. Pemimpin akan selalu mempunyai risiko atas keputusan dan hasil pencapaian cemerlang nya. Pasti timbul dua jenis pihak ; yang menyokong dan yang dengki maka dipecah belah kan lah puak dalaman agar pemimpin itu akan jatuh dengan permainan kotor yang hebat. Anggota polis menculik anggota polis agar menimbulkan keperitan dan kepayahan yang maksima untuk diselesaikan oleh pemimpin berkenaan.

Sebuah filem yang boleh meningkatkan nilai tambah dalam diri kita. Commonsense kita kan menjadi lebih baik.


LAGENDA BUDAK SETAN 2

1. Mungkin yang pertama lebih baik tetapi masih sesuai untuk ditonton.

2. Kasyah ( Farid Kamil ) masih lagi lelaki yang mulia dan hebat tahap kesabaran nya. Kualiti lelaki yang harus ada untuk setiap wanita agar boleh jadi teman hidup yang sempurna Masih mampu menjaga bayi walaupun kematian isteri dan sabar dengan pelbagai dugaan dunia. Amat manis bercinta dengan kualiti lelaki seperti ini. Dianiayai dengan kerap oleh manusia manusia lain tetapi masih kuat pendirian nya. Pelukis yang hebat tetapi tidak mendewa dewakan diri dalam hubungan percintaan. Cinta dan karier di uruskan dengan cara berbeza dan menarik. Tidak bongkak dengan karier nya yang hebat. Kekasih adalah insan yang harus dihormati sepenuh jiwa raga dan Kasyah manusia yang boleh menerima hakikat disukai atau tidak.

3. Hisyam watak yang dibawa oleh Bront Palarae amat menonjol dan menarik. Hisyam lelaki toksik dan perosak serta bijak mengaturkan bencana kemusnahan dalam kehidupan wanita. Hisyam mempunyai masalah split personality dalam kehidupannya. Tidak boleh menerima fakta dan kenyataan. Sanggup mencederakan , membunuh, memalukan dan menghancurkan sasaran dengan apa cara sekalipun selagi kemahuannya tidak mahu dituruti. Hati tau apa yang kita mau dan tidak tetapi tidak bagi Hisyam . Dia tidak bijak memahaminya dan tidak boleh menerimanya. Cinta wujud dari hati dan bukan perbuatan serta pandangan. Cinta tidak boleh dipaksa paksa. Katerina wanita yang diburu ( Maya Karin ) di malukan dengan keadaan yang tidak terhingga. Segala sejarah percintaan yang dipahat antara Hisyam dan Katerina digunakan untuk menjadi bahan ugutan dan mendatangkan aib agar Katerina tidak akan dipunyai oleh orang lain selain dari diri nya ataupun kalau dia tidak dapat Katerina siapa pun tidak akan dapat Katerina. Watak Hisyam adalah contoh hidup yang baik untuk dipelajari memandangkan watak sedemikian makin menular dan meningkat sekarang. Ramai yang terlantar stress akibat di ugut dan ada yang tidak jumpa jalan pulang selama lama nya didalam sangkar kurungan dan tunggu arahan sahaja.

Sebuah filem yang mempertontonkan dua jenis kualiti lelaki yang boleh dijadikan panduan untuk mencari teman hidup dan cinta itu sebenarnya hebat cuma kadang kita keliru dengan pasangan yang kita suka dan yang kita cinta. Suka kerana mungkin kita terhibur di waktu sunyi tetapi kemudian baru diketahui kita tidak mencintainya. Maka bila bertemu seseorang kita harus fikirkan secara mendalam adakah ini suka suka atau cinta sebelum sejarah terpahat. Bila cinta , cinta adalah soal hati .