Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, December 28, 2012

Root Causenya kita!

Kita berjalan ke arah seorang kaki pukul yang berbadan besar dan bermuka bengis.
Kita kata kan padanya " Halo Bro, muka kau hodoh, muka kau buruk muka macam kapal pecah".
Apa akan jadi pada kita ?
Sudah tentu kita akan patah hidung ditumbuk atau lebih parah dan berakhir di hospital!

Kita adalah punca kepada apa yang kita cipta masalah, mahukan ia terjadi dan membenarkan sesuatu terjadi pada kita.
Kita berjalan ke arah seorang Uztaz yang sedang berada didalam masjid.
Kita katakan pada nya " Assalammualaikum Uztaz, sudilah kira nya mengajar saya mendalami ilmu agama agar akhlak serta amalan saya menjadi sempurna.
Apa akan jadi pada kita?
Sudah tentu kita akan mempunyai minda yang lebih murni, jujur dan berakhir disuasana yang penuh kebaik kan !

Kita berjalan pada seorang perosak yang sedang menunggu dengan lahap untuk membinasakan kita.
Kita katakan pada nya " Ambilah apa sahaja harta , nyawa dan sebagai nya dan ceriakan kan lah saya"
Apa akan jadi pada kita?
Sudah tentu kita akan lebih banyak mengeluarkan airmata dan berakhir dengan pelbagai buku sejarah hitam. serta terus tenggelam selama nya.

Kita berjalan ke arah seorang Pembina yang sering memerikan semangat dan idea untuk membina hidup yang lebih baik.
Kita katakan padanya " Cikgu, saya rasakan mahu berjaya tetapi tidak tahu bagaimana?".
Apa akan jadi pada anda?
Sudah tentu kita akan lebih fokus pada masa akan datang dari masa lepas dan berakhir menjadi orang yang berkualiti serta kita yang baru, kita yang lebih hebat!

Kita adalah punca kepada apa kita cipta kan, mahukan ia terjadi dan membenarkan sesuatu yang terjadi! Kita.
Kalau kita tak suka dengan apa yang terjadi sekarang pada kita; senang sahaja! jangan benarkan ia terjadi dan berkata tidak!

No comments: