Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, January 17, 2013

Lenggang Kangkung.

                                          
Ya apa khabar semua.? Pastikan anda sihat! Kita boleh berjaya lebih lagi kalau badan kita sihat.

Sihat saya sihat dan sejahtera! Banyaknya sms dan panggilan bertanya lama tak nampak blog baru. Pasal ramai tanya jadi letak lah gambar semalam mana tau ada yang rindu nya dah tahap maksimum ha ha ha jangan marah ya gurau .

Sibuk sedikit kebelakangan ini. Program latihan di awal tahun dan juga menyiapkan MASTERPIECE saya yang kedua. Dinamit yang bakal meletup.

Semalam di sebuah program latihan leadership, saya bercerita tentang lenggang Kangkung . Ketawa besar hadirin. Saya pun ketawa besar juga.
Saya nyanyikan dan gayakan lagu ;
"Lenggang lenggang kangkung, ... kangkung di tepi paya"... Saya berjalan lenggang kangkung dan mereka ketawa. Tak tahan .

Kami berbincang topik budaya jalan lenggang kangkung.
Walaupun sudah diketahui bom akan meletup sekejap lagi tetapi masih berjalan lenggang lenggang kangkung....
Walaupun mesin sudah berhenti lama untuk diperbaiki dan customer sedang menunggu ; tetapi masih bergerak lenggang lenggang kangkung , kangkung di tepi paya.
Pesaing sudah menjatuh kan sebiji BOM ATOM ke pasaran kita tetapi action kita ; lenggang lenggang kangkung , kangkung di tepi paya.
Kita sudah lewat nak ke bilik mesyuarat dan cara kita berjalan masih lagi ; lenggang lenggang kangkung. , kangkung di tepi paya.
Dan orang sedang memerhatikan kita akan memahatkan sesuatu difikiran mereka.
Dan kita akan marah kalau mereka yang tersayang berada di wad kecemasan tetapi Doktor bergerak dengan gaya lenggang lenggang kangkung.

Tetapi bila kita cadang kan; cepat lah sikit dan ramai mungkin yang akan menjawap; rilek lah, lu tak cool lah, apa nak buat gua sudah macam ini dan macam macam lagi untuk kita merasionalkan kegagalan kita!

Cik Fame apa khabar. lama tak dengar komen ya.

Dr Lap Top harap anda sihat ya.

1 comment:

DrLaptop said...

wlcome back 2013 :)
video karangkraf x der ke?