Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, March 28, 2013

Masterji Jelajah Melaka

Pada 23hb Mac dan 24hb Mac Masterji berada di negeri Hang Tuah iaitu Melaka.
Masterji bukanlah mahu melawat Kota A Famosa tetapi Masterji ke sana di atas jemputan pihak penganjur program Karnival Keusahawanan dan Perbankan Islam untuk berkongsi pengalaman dan sedikit petua untuk menuju ke arah hidup yang lebih berjaya.

Program yang dinamakan Bual Bicara Mohd Rafi ini di adakan pada 23hb Mac 2013 di sebelah malam,mendapat reaksi yang positif dari pengunjung yang hadir, terutamanya dari pelajar Kolej Profesional MARA(KPM) Bandaraya Melaka.


Ini semua berkat kejayaan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus terbitan Kumpulan Media Karangkraf dan telah mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian pada 24hb Mac 2013. Boleh di baca di SINI.

Kemudiannya, pada 24hb Mac pula Masterji berkesempatan menjengah MPH Bookstore cawangan Mahkota Parade dan MPH Bookstore cawangan Mydin Mall, MITC.
Staf di kedua-dua cawangan MPH Bookstore ini menyambut baik kedatangan Masterji dan Masterji sempat bergambar bersama mereka dan juga pelanggan yang membeli buku Dulu Pencuci Kini Pengurus di situ.


Kepada semua, Masterji ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.


Tuesday, March 26, 2013

Malu Itu Satu Virus

Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 24-Mac-2013

Pada 23-Mac-2013, Masterji telah di jemput ke Karnival Keusahawanan dan Perbankan Islam bertempat di Melaka.
Pihak penganjur telah memberi kesempatan kepada Masterji untuk berkongsi pengalaman dan memberi sedikit petua kepada pelajar Kolej Profesional MARA(KPM) Bandaraya Melaka.
Sesi yang di namakan Bual Bicara Mohd Rafi ini mendapat sambutan yang amat baik.

Masterji telah memberi penekanan terhadap isu-isu yang sering menjadikan pelajar gagal, antaranya jangan malu. Ya, jangan malu(biarlah malu bertempat.)
Pada Masterji, malu adalah satu virus yang akan membantutkan perjalanan kerjaya seseorang.
Seperti kata bidalan ; malu bertanya sesat jalan.
Pendekatan inilah yang Masterji gunakan.

Diharapkan, di lain masa Masterji dapat bertemu anda semua.


Tuesday, March 19, 2013

Jom bakar lemak

Aha! Apa khabar semua? Mesti sihat kalau tak sihat mesti kasi sihat. Kalau tak sihat macam mana nak berikan fokus pada tiang gol?



Ramai yang ada impian yang sungguh hebat dan boleh buatkan kita digelar jutawan tetapi sangkut ditengah jalan kerana sakit.

Masterji suka ikut polisi 30 minit sehari untuk bersenam selama 6 hari seminggu. Boleh kalau kita mahu ia jadi!  Kalau tak sempat tiap tiap hari Masterji pastikan seminggu sekali 3 jam untuk cover hari hari yang tak dapat laksanakan.

Kenapa senaman penting untuk Masterji;

1. Ingin mengurat isteri sendiri selamanya. Biar kelihatan kemas dan cergas dimata isteri agar isteri lebih yakin yang kita mampu mengalas cabaran dunia untuk melindunginya. Biar lah kalau boleh hari hari Isteri saya terpesona dengan saya.

2. Untuk mencapai tiang gol, kesihatan yang cemerlang penting! Masterji tidak mahu ada gangguan terhadap fokus pada tugas, impian dan menyusahkan customer memandangkan Masterji berniaga.

3. Dapat bergerak lancar dan pantas , tidak tersenguk senguk ataupun termengah mengah ketika bertugas ataupun mengajar.

4. Kalau diizinkan Allah S.W.T dengan kesihatan yang bagus, esok bila tua masih lagi sihat untuk menghantar cucu kesekolah sambil sambil itu boleh bergurau, bermanja dan bawa cucu minum teh tarik ataupun main video game. Seronok kalau sampai ketahap itu. Boleh main sorok sorok lagi dengan cucu. Ketika muda sudah berhempas pulas menangani cabaran, biarlah ketika tua dapat melalui keadaan bebas, indah dan bahagia di samping anak cucu.

5. Saiz pinggang haruslah 28-29 maintain begitu agar tak perlu tukar tukar saiz seluar dengan kerap seperti dulu. Kalau makin kecil lebih baik.

Aktiviti Masterji sewaktu menjalani senaman selama 30 minit kadang lebih sedikit sampai 45 minit;

1. Senaman tangan, kaki, perut dan pinggang.

2. Lari 3 KM (dalam stadium) di trek.

3. Senaman di Gym. 3 jenis peralatan dan setiap satu dijalankan sebanyak 3 set bermakna setiap satu set ia akan dilakukan sebanyak sepuluh kali. Maka semua nya ialah 90 kali dengan 3 jenis peralatan di gym. Ada banyak perlatan lain tetapi biarlah sedikit janji konsisten. Bukan nak jadi Jaguh bina badan pun hanya sekadar mencapai tahap fitness yang baik.

Jomlah rakan rakan, jangan asyik tunggu tunggu . Jom , jom , jom. Badan yang sihat akan mempercepatkan langkah kita mencapai tiang gol dengan cemerlang!

Pada Cik Fame , Puan Noor Jahan terimakasih kerana selalu berikan komen begitu juga pada Dr Lap Top Kulim dan juga yang lain lain.

Cik Fame bila lagi nak buat teh tarik seperti tempoh hari di Higashifuji? Masterji harap pasukan anda akan berjaya mendapat sijil TS dengan cemerlang.

Monday, March 11, 2013

Joey Tempest


10,9,8,7,6,5,4,3,2,1 YES!!
It's the final countdown....


Masih ingat dengan bunyi letupan selepas itu?
Begitulah persembahan lagu super hits The Final Countdown dari kumpulan Europe ketika itu,sekitar tahun
1986.
Lagu berkenaan membuatkan kumpulan Europe mula dikenali di serata dunia. Mereka mempengaruhi
anak-anak muda dan mula mengambil alih populariti kumpulan rock yang lain.
Joey Tempest ; penulis lagu tersebut yang juga bertindak sebagai vokalis untuk kumpulan Europe
berjaya membawa lagu ciptaannya sendiri menjadi lagu 'evergreen' sehingga kini.
Bermulanya era 'ringtone MP3' di handphone, secara langsung menjadikan lagu ini antara 'ringtone'
pilihan untuk dimuatkan ke handphone. Jutaan muatturun MP3 juga direkodkan untuk lagu ini.

Wajah dan nama setiap ahli kumpulan Europe mula dikenali ramai terutamanya Joey Tempest. Era gemilang
mereka bermula dari tahun 1986 hinggalah pertengahan era 90an dan sudah tentulah lagu Final Countdown
adalah lagu yang paling di ingati sehingga di gunakan di acara Sukan Olimpik dan sambutan tahun baru.

Lebih menarik lagi, Joey Tempest bukan sekadar seorang 'rocker' tetapi juga seorang yang amat
gigih berusaha untuk menaikkan nama beliau. Beliau adalah "pakar" dalam bidangnya sendiri iaitu
nyanyian dan penulisan lagu.Beliau memberi fokus dan komitmen tinggi terhadap bidang ini, walaupun
disedari bahawa beliau cuma mempunyai kepakaran dalam satu bidang sahaja iaitu bidang muzik. Hanya satu, iaitu muzik. Dan bidang muzik itulah yang memberikan kesenangan pada beliau.

Kadang-kadang kita menceburkan diri dalam banyak bidang tetapi gagal memberikan fokus dan
mengasah kemahiran dengans sepenuhnya dan akhirnya kita gagal.
Apa kata, kita fokuskan pada satu sahaja bidang? Dan bina "strength kita" dengan satu bidang itu!

Terima kasih kepada komen Cik Fame. Ya, Value Guide asalnya bermula dengan dari kepercayaan dan peluang yang diberikan oleh Cik Fame dan Higashifuji.
Waktu itu, tidak ramai orang yang melihat apa yang mampu Masterji dan Value Guide Training Consultant
sumbangkan tetapi Cik Fame cepat mengesannya dan terus menjadikan Masterji dan Value Guide Training
Consultant sebagai agen untuk Factory Re-Builder. Sejak memulakan modul latihan pertama di Higashifuji pada tahun 2005 sehingga sekarang, banyak sekali pencapaian hebat yang berjaya di miliki oleh Higashifuji.
Kejayaan anda, kebanggaan kami di Value Guide Training Consultant.
Terima kasih semua!





Thursday, March 7, 2013

Kisah Dari Siru Kambam


Petang tadi, Masterji telah menerima naskah kumpulan cerpen Kisah Dari Siru Kambam tulisan Uthaya Sankar SB yang merupakan seorang Pejuang Bahasa Malaysia serta pengasas dan Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan sejak Ogos 1999.

Menceritakan bagaimana terhasilnya buku setebal 350 halaman ini, Uthaya Sankar SB melalui laman  blognya telah menyatakan"projek ini juga amat unik kerana saya meminta kerjasama sejumlah rakan-rakan dan kenalan untuk menjadi Editor Bersekutu. Sambutan dan sokongan yang diterima amat menggalakkan dan terus melonjakkan semangat saya dalam melaksanakan projek ini."

Masterji amat yakin, kumpulan cerpen yang memuatkan 20 cerpen karya asli dari Uthaya Sankar SB ini menarik untuk dibaca.


Pembaca yang berminat untuk membeli naskah ini, bolehlah menghubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my