Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, March 28, 2013

Masterji Jelajah Melaka

Pada 23hb Mac dan 24hb Mac Masterji berada di negeri Hang Tuah iaitu Melaka.
Masterji bukanlah mahu melawat Kota A Famosa tetapi Masterji ke sana di atas jemputan pihak penganjur program Karnival Keusahawanan dan Perbankan Islam untuk berkongsi pengalaman dan sedikit petua untuk menuju ke arah hidup yang lebih berjaya.

Program yang dinamakan Bual Bicara Mohd Rafi ini di adakan pada 23hb Mac 2013 di sebelah malam,mendapat reaksi yang positif dari pengunjung yang hadir, terutamanya dari pelajar Kolej Profesional MARA(KPM) Bandaraya Melaka.


Ini semua berkat kejayaan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus terbitan Kumpulan Media Karangkraf dan telah mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian pada 24hb Mac 2013. Boleh di baca di SINI.

Kemudiannya, pada 24hb Mac pula Masterji berkesempatan menjengah MPH Bookstore cawangan Mahkota Parade dan MPH Bookstore cawangan Mydin Mall, MITC.
Staf di kedua-dua cawangan MPH Bookstore ini menyambut baik kedatangan Masterji dan Masterji sempat bergambar bersama mereka dan juga pelanggan yang membeli buku Dulu Pencuci Kini Pengurus di situ.


Kepada semua, Masterji ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.


1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Wow melakar kejayaan di negeri Hang Tuah. Bangga melihat kejayaan dan perkongsian yg Masterji lakukan. Semoga lebih ramai lagi generasi muda yg membuka minda dan mata mereka untuk maju ke hadapan. Bravo Masterji!

Just to share this DO NOT LIMIT YOUR CHALLENGES; BUT CHALLENGE YOUR LIMITS. Always wish you all the best!