Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, March 19, 2013

Jom bakar lemak

Aha! Apa khabar semua? Mesti sihat kalau tak sihat mesti kasi sihat. Kalau tak sihat macam mana nak berikan fokus pada tiang gol?



Ramai yang ada impian yang sungguh hebat dan boleh buatkan kita digelar jutawan tetapi sangkut ditengah jalan kerana sakit.

Masterji suka ikut polisi 30 minit sehari untuk bersenam selama 6 hari seminggu. Boleh kalau kita mahu ia jadi!  Kalau tak sempat tiap tiap hari Masterji pastikan seminggu sekali 3 jam untuk cover hari hari yang tak dapat laksanakan.

Kenapa senaman penting untuk Masterji;

1. Ingin mengurat isteri sendiri selamanya. Biar kelihatan kemas dan cergas dimata isteri agar isteri lebih yakin yang kita mampu mengalas cabaran dunia untuk melindunginya. Biar lah kalau boleh hari hari Isteri saya terpesona dengan saya.

2. Untuk mencapai tiang gol, kesihatan yang cemerlang penting! Masterji tidak mahu ada gangguan terhadap fokus pada tugas, impian dan menyusahkan customer memandangkan Masterji berniaga.

3. Dapat bergerak lancar dan pantas , tidak tersenguk senguk ataupun termengah mengah ketika bertugas ataupun mengajar.

4. Kalau diizinkan Allah S.W.T dengan kesihatan yang bagus, esok bila tua masih lagi sihat untuk menghantar cucu kesekolah sambil sambil itu boleh bergurau, bermanja dan bawa cucu minum teh tarik ataupun main video game. Seronok kalau sampai ketahap itu. Boleh main sorok sorok lagi dengan cucu. Ketika muda sudah berhempas pulas menangani cabaran, biarlah ketika tua dapat melalui keadaan bebas, indah dan bahagia di samping anak cucu.

5. Saiz pinggang haruslah 28-29 maintain begitu agar tak perlu tukar tukar saiz seluar dengan kerap seperti dulu. Kalau makin kecil lebih baik.

Aktiviti Masterji sewaktu menjalani senaman selama 30 minit kadang lebih sedikit sampai 45 minit;

1. Senaman tangan, kaki, perut dan pinggang.

2. Lari 3 KM (dalam stadium) di trek.

3. Senaman di Gym. 3 jenis peralatan dan setiap satu dijalankan sebanyak 3 set bermakna setiap satu set ia akan dilakukan sebanyak sepuluh kali. Maka semua nya ialah 90 kali dengan 3 jenis peralatan di gym. Ada banyak perlatan lain tetapi biarlah sedikit janji konsisten. Bukan nak jadi Jaguh bina badan pun hanya sekadar mencapai tahap fitness yang baik.

Jomlah rakan rakan, jangan asyik tunggu tunggu . Jom , jom , jom. Badan yang sihat akan mempercepatkan langkah kita mencapai tiang gol dengan cemerlang!

Pada Cik Fame , Puan Noor Jahan terimakasih kerana selalu berikan komen begitu juga pada Dr Lap Top Kulim dan juga yang lain lain.

Cik Fame bila lagi nak buat teh tarik seperti tempoh hari di Higashifuji? Masterji harap pasukan anda akan berjaya mendapat sijil TS dengan cemerlang.

2 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Wah...ingatkan Salman Khan tadi. Gurau je Masterji. Bukan senang utk mula bersenam kerana ini adalah pengalaman saya sendiri. Tapi sejak saya mula exercise early last year...until now I still maintain exercise continuously demi menjaga kesihatan. Remember when you sweat...it simply means your fats crying :))

InsyaAllah dgn tunjuk-ajar dari Value Guide saya yakin kami akan berjaya mendapatkan Sijil ISO/TS.

Anonymous said...

Test