Lama sungguh tidak ke situ. Dapat juga melepaskan rindu.
Dulu dari tahun 2005 hingga ke 2009 agak kerap kesana untuk program latihan dan sekali sekala selepas itu . Masterji agak kerap kesana untuk beberapa program latihan dan terutama sekali program perubahan 5S.
Memang diakui dari dulu hingga kini ADABI memang sebuah sayarikat yang bersih dan kemas susun aturnya. Sesuai dengan produk yang mereka keluarkan iaitu makanan,
Terdapat banyak jenis produk mereka yang menyelerakan kita dan amat berpatutan harganya. Hingga kini Masterji masih lagi menggunakan produk ADABI dan yang terbaru adalah produk sambal belacan yang sedia dihidangkan.
Sebuah syarikat yang hebat . Satu perkara yang Masterji masih ingat lagi ketika perasmian 5S di ADABI dulu ialah kata kata Pengarah Urusan nya ketika memberikan ucapan perasmian program.
"5S ini adalah kebudayaan Malaysia sebenarnya, kita adalah rakyat yang bersih , kasut tidak pernah sampai kedalam rumah ditinggalkan dluar rumah, maka apa yang kita buat untuk 5S adalah budaya kita sendiri bukan sesuatu yang kita fikirkan ia datang dari Negara lain. Cuma mereka belajar dan mereka amal kan, tetapi ia adalah budaya kita"!
- Y.B Dato' Syed Manshor Bin Syed Mahmood.
Y.B Dato' Syed Manshor adalah salah seorang rakyat Malaysia yang berjaya menjadikan tiang gol nya menjadi realiti. dari rumah kedai ADABI menjadi sebuah kilang yang besar! Beliau tidak bermula dengan cemerlang tetapi bermula menjadi cemerlang ! Jangan ragu ragu dengan kualiti produk mereka. Kebersihan first class dan produk yang first class!
Masterji gembira dapat membantu mereka dengan program leadership serta 5S. Syabas Y.B Dato' Syed Manshor. Juga ucapan terima kasih pada Pengurus Latihannya , Puan Azarina .
Beliau sering sibuk mencari latihan latihan yang membina bagi ADABI. Syabas.
Teringat juga pada orang kuat ADABI Encik Hadi yang lama tidak bertemu. Harap sihat selalu.
Sewaktu memandu pulang teringat syarikat Higashifuji, kedua dua syarikat ini Higashifuji dan ADABI adalah yang terawal menjadi tempat Masterji memberikan sumbangan ketika memulakan business latihan dulu.
Ketika perasmian program 5S.
Ketika latihan 5S dijalankan. Turun Gemba dengan semua. Cik Roslinah yang begitu rajin memastikan kawasan ofis ADABI menjadi tempat contoh 5S yang cemerlang! Syabas Cik Roslinah.
Bergambar bersama pillar ADABI dibahagian latihan, Puan Azarina. Sikap customer servicenya hingga kini begitu baik.
Terima kasih dan syabas pada ADABI! Teruskan keunggulan anda!
Semalam petang sempat berbual dengan Cik Fame Puan Noor Jahan via mobile phone. Banyak yang kami perbualkan. Setiap kali berbual samaada Masterji atau beliau akan belajar perkara baru.
Semalam saya belajar satu perkara dan key word yang hebat dari beliau ; "didikan pada anak anak kadang kena keras Encik Rafi kalau tidak esok esok bila mereka besar kita yang mati keras kerana perangai dan tingkah laku mereka".
Ha ha ha,tergelak Masterji.
Didiklah dengan kekerasan yang stabil maksudnya agar kita tidak mati keras kerana mereka satu hari nanti.
Dr Lap Top apa khabar ya. Sila lah kongsikan keyword key word yang bagus ya. Jom sama sama bina insan hebat!
1 comment:
Salam Masterji....
Alhamdulillah dengan 1 syarikat menjadi 2 dan meningkat 3 & seterusnya hingga tidak terkira dah berapa syarikat yg dilatih oleh Value Guide.
Hehehe...terima kasih sb berkongsi kata2 saya tu..."Biar kita berkeras sekarang dgn anak2. Jangan nanti kita yg mati keras sb sikap mereka"
Post a Comment