Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, May 1, 2014

Impian seorang pencuci yang menjadi kenyataan


Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus mendapat tempat di ruangan Ulasan Buku laman web Portal Pendidikan Utusan Malaysia dengan tajuknya Impian seorang pencuci yang menjadi kenyataan.

Antara lain, ulasan yang tersiar pada 11 Mac 2014 itu membicarakan tentang semangat Masterji untuk mengubah dirinya dan keluarga.

"Buku ini merupakan kisah sebenar Mohd Rafi yang sehingga kini masih mencatat rekod sebagai seorang pencuci yang berjaya menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat terkenal di Shah Alam.

Beliau tidak malu mengakui bermula dari bawah, dari pekerjaan yang tidak dipandang orang tetapi kemudian berjaya menjawat satu demi satu jawatan sehingga mencapai kedudukan tertinggi dalam syarikat.

Mengakui bahawa beliau harus berubah supaya mendapat pekerjaan yang lebih baik untuk ibu dan adik beradiknya, Rafi berusaha keras memasang cita-cita menjadi seorang pengurus.

Mohd Rafi berusaha melanjutkan pelajaran meskipun sedang bekerja dan meninggalkan keseronokan bekerja demi mengejar kelulusan bagi membolehkannya mendaki tangga korporat satu persatu."

Ulasan penuh boleh dibaca di SINI

2 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

2-thumbs up!
Cerita kejayaan ini slalu dikongsi bersama yg lain utk memberi mereka semangat utk berjaya ....
Proud of you!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.