Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Saturday, May 1, 2010
Hidup Mesti Ada Tiang Gol!
Apit adalah nama timangan yang di beri emak saya, kira-kira 40 tahun lalu. Saya senang dengan nama Apit. Short and precise.
Sewaktu kecil, emak selalu ber tanya “ Apit, bila besar nanti, mahu jadi apa?”. Sudah tentu,pada ketika i tu kebanyakan jawapan yang saya berikan membuat emak pening kepala.Saya mahu jadi ultraman,mahu jadi Zorro atau sebagai hero seperti tersiar di TV.Sama sekali tidak terfikir mahu jadi doktor, lawyer, pilot, engineer.
Apabila masa berlalu soalan itu menjadi ayat yang terpenting rupanya. Soalan itu mengajar kita untuk mempunyai wawasan, impian dan sasaran dalam hidup ini.Kita harus punyai sasaran yang jelas dalam hidup ini. Apa yang kita hendak jadi dan bila. Apabila sasaran jelas maka cara untuk mencapai nya juga jelas.Wawasan,impian dan sasaran juga secara langsung akan mengasuh kita agar terus berusaha tanpa ada rasa jemu dan putus asa.
Contoh terbaik ,andaikan kita memandu kereta tanpa hala tuju yang tepat maka banyak pembaziran akan berlaku. Minyak, tenaga, masa dan pelbagai lagi. Hidup tanpa sasaran bagi saya adalah sama seperti pemain bolasepak seramai 22 orang di atas padang bermain tanpa tiang gol. Maka bagaimana pengukuran boleh dilakukan. Tiada penyelesaian. Bermain, bermain dan terus bermain tanpa ada apa apa jaringan. Begitulah juga hidup, tanpa sasaran, maka berputar putar lah di satu tahap sahaja.Ada yang bekerja sehingga pencen dengan jawatan yang sama dan ada yang pencen dengan jawatan yang lebih besar daripada jawatan pertama nya walaupun kedua dua nya bekerja dalam jangkamasa yang sama. Masuk sama dan pencen pun sama.Apa yang membuat mereka berbeza? Sudah pasti jawapan nya adalah impian. Itu lah yang membuatkan, Bill Gates atau Allahyarham Dato Haji Sidek bapa kepada 5 bekas pemain badminton Malaysia kita berjaya.
Hidup mesti ada tiang gol!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sama macam buat 5S tanpa target untuk mendapatkan sijil...he..he..
Post a Comment