Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, May 4, 2010

MAKE TIME TO USE TIME

Foto ini di ambil dari salah seorang kakitangan saya yang selalu mendidik saya tentang Time Management. Beliau tampalkan kemas di meja kerjanya.

Saya selalu menyamakan karektor beliau dengan sebuah buku bertajuk Execution tulisan Tom Gorman. Tahap execution beliau tinggi. Di atas meja kerjanya selalu kelihatan sekeping kertas A4 yang di potong dua, di tampal kemas di sudut atas meja dan beliau meletakkan tajuk pada kertas tadi Today's Mission(Misi Hari Ini). Setiap petang semua misi berkenaan tamat dan nampak hasilnya.
Nama penuh beliau, Shahrul Nizam tapi waktu kerja saya panggil dia 'Proff'. Banyak pengetahuan yang boleh di cungkil dari beliau.Beliau antara kakitangan saya yang kuat membaca. Bagi sesiapa yang percaya dengan konsep pengurusan " Bottom Up Management ", ini antara contoh yang terbaik.
Kadang kadang kita juga boleh belajar dari orang bawahan perihal rahsia kejayaan kerja. Tidak menjadi apa-apa kesalahan dan tidak perlu berasa malu. Malah, secara langsung pendekatan belajar dari orang bawahan akan membuat mereka merasa kita telus dalam mengenali kelemahan kita dan mencari jalan penyelesaian.
Selepas saya membaca buku Execution beberapa tahun yang lepas, saya cuba mencari di kalangan ahli kumpulan kerja saya siapa yang mempunyai kualiti tersebut. Saya dapat melihat ada segelintir antara mereka tetapi lebih tertarik pada yang beliau.
Rutin beliau setiap petang sebelum pulang, dia akan bertanya tentang job request dari saya dan menulis sesuatu pada buku catatan.Catatan tadi akan di salin semula pada kertas "Today's Mission" lalu di tampal di meja kerja. Esoknya, dia akan menandakan "misi" yang sudah selesai dan membiarkan kosong pada mana-mana misi yang tertangguh.Jarang, bahkan boleh di katakan sama sekali tiada misi yang tertangguh. Segera dan seboleh mungkin dia akan menyelesaikan semua misi yang di beri.

Satu sikap kerja yang cemerlang dan pengurusan masa yang amat berkesan. Maka dengan itu kita harus" Make Time to Use Time "

3 comments:

Shahrulrock said...

Petikan dari novel emas tulisan Hemmingway, The Old Man And The Sea yang saya simpan kemas di rak buku gedung ilmu.
"now is the time to think of only one thing, that which I was born for."

Anonymous said...

“Time is a natural resource – like fuel. When it is abundant, we take it for granted; when it becomes scarce, we search for that extra gallon, regardless of cost. Wouldn’t you give anything for another gallon of time with some of your friends who are gone? Time is a precious gift — every second, every minute, every day — use it wisely.
You cannot pay the cost of losing time.”

— Sonny Gann

sania said...

Each of us has the same 24 hours a day..but how to manage it well, and so well..so that we can go beyond the call of duty? Masterji...please help.