Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, May 10, 2010

Hyojunka...


Apa tu Hyojunka ? Ha ha ha. Pening pulak memikirkan nya nanti.

Hyojunka dalam perkataan Jepun yang bermaksud , Standaridization atau Seragam.


Baru rujuk dan confirm kan dengan seorang rakan. Beliau warnegara Malaysia dan amat pintar dalam bahasa Jepun. Syabas! Taraf sensei.


Penyeragaman sebenar nya adalah salah satu strategi pergurusan kerja yang berkesan dan efisyen. Lampu isyarat adalah contoh yang terbaik. Di semua negara warna lampu isyarat adalah sama secara asas nya; Hijau, kuning dan merah.

Mudah untuk semua pengguna. Kita juga boleh selaraskan banyak prosedur kerja kita supaya proses kerja akan menjadi lebih cepat dan senang di fahami oleh semua pekerja. Satu prosedur untuk semua.


Banyak perkara yang boleh kita selaraskan di tempat kerja.

Di antara nya:

  1. Sistem Fail dari segi labelling, Indication dan code.
  2. Kedudukan Alat pemadam api dan simbolnya.
  3. Kedudukan Komputer di atas meja kerja.
  4. Tanda isyarat, signboard dan warna rasmi syarikat.
  5. Format prosedur kerja, borang, dan format lapuran.


Ada banyak lagi yang contoh yang boleh di seragam kan. Ayuh kita cari dan latih mata kita menjadi ’Specialist untuk mengesan pembaziran’.


Apabila kita dapat satu contoh yang berkesan maka kita selaraskan kepada semua bahagian supaya kerja akan menjadi cepat, mudah dan tepat!


Hyojunka !

No comments: