Saya pernah menonton 17 Again, lakonan Zac Efron setelah di sarankan oleh seorang kenalan wanita yang saya hormati dan kagumi kerana mempunyai semangat juang dan ketabahan yang tinggi. Dia di asak dengan pelbagai tekanan dan cabaran, tetapi semua itu tidak pernah melenturkan semangat yang sebati dalam jiwa halusnya.Beliau terlibat sebagai tenaga pengajar secara sambilan yang di segani kerana kehebatan setiap patah ayat dalam kepetahan bicaranya.Pandangan-pandangan beliau pada setiap sesi latihan yang di jalankan sering membuahkan benih kecerdasan yang berada di luar daya jangkauan saya. Kemampuan beliau untuk bekerja selama 10 jam sehari juga mudah membuatkan saya rasa tercabar.”Jika dia boleh, kenapa tidak saya”.Kelebihan beliau menguntum cemburu saya.
17 Again adalah filem yang berunsur komedi, mengisahkan seorang lelaki yang ingin di kembalikan ke masa silamnya untuk memperbaiki semua kesilapan dan membina kehidupan yang lebih sempurna. Ia mengisahkan tentang kehidupan Mike O’Donnell (Zac Efron / Mattew Perry). Semasa berada di sekolah tinggi, Mike merupakan seorang bintang bola keranjang yang sangat berbakat dan diminati ramai gadis. Masa depannya cukup cerah sekiranya dia berada di laluan yang betul, bagaimanapun Mike tinggalkan semuanya apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Scarlet yang sedang hamil.Selepas 20 tahun, Mike masih tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi. Selain daripada gagal dalam perkahwinan, Mike juga tidak berjaya dalam kerjaya. Keadaannya yang tidak tentu arah membuatkan Mike ingin kembali ke zaman kegemilangannya. Dia mahu memperbetulkan keadaan. Suatu hari apa yang diinginkan olehnya menjadi kenyataan. Mike kembali berusia 17 tahun. Namun, perancangannya untuk memperbetulkan keadaaan menjadi sebaliknya. Satu insiden telah membuatkan Mike berfikir semula. Kesempatan itu digunakan oleh Mike untuk merapatkan hubungan dengan isteri dan anak-anaknya dan meneliti setiap kekurangan yang ada.
Saya segera berfikir, apa agaknya akan saya buat jika di takdirkan saya di kembalikan ke usia 17 tahun? Saya rasa, banyak perkara akan saya lakukan, di takdirkan saya di kembalikan ke usia 17 tahun(walaupun itu hanya fantasi).Saya ingin sekali menghapuskan sekelian banyak air mata yang tumpah kerana saya, ingin membahagiakan mereka dengan segenap kekuatan yang tersembunyi dalam diri saya. Saya juga ingin sekali lagi menjadi Jamal Abdillah! Bolehkah?
Lama dulu, semasa saya menjadi training officer, saya pernah bekerja bersama seorang lelaki yang garang, atau boleh di kategorikan sebagai yang tergarang saya pernah jumpa. Namanya Md.Zolkepli, tetapi lebih mesra dengan panggilan Pak Zol.Selain bertindak sebagai penyelia saya, beliau juga seorang pakar motivasi yang hebat. Pesan beliau kepada saya ketika itu , “Pi, kalau kita nak maju, selalulah renung gambar lama dan semasa kita renung, cuba kita ajukan 3 soalan”. Dia diam seketika. “Tengok gambar lama boleh jadi bernilai tau”, tambahnya lagi.
3 soalan seperti yang pernah di pesan Pak Zol.
- Adakah rupa dan kesihatan masih kekal seperti dulu.Barangkali semakin teruk.Jika mampu, berusahalah untuk kekalkan.
- Adakah keadaan kehidupan dulu lebih baik berbanding sekarang atau sebaliknya?
- Jika dulu kehidupan kita teruk dan naïf, apakah rahsia yang kita gunakan untuk berubah seperti sekarang?
Di bawah adalah gambar saya sendiri ketika usia remaja, berbelas tahun dulu.Berpandukan kepada 3 soalan yang di lemparkan oleh Pak Zol, sebenarnya banyak benda yang boleh saya perbaiki dan banyak ruang kesedaran yang boleh saya dapati.
Walaupun gambar adalah objek bisu, tetapi gambar banyak menyimpan rahsia. Siapa saya sekarang bukanlah siapa saya dahulu. Dari sudut mana sekalipun, kita mesti sentiasa bersyukur di atas apa yang kita ada sekarang, bersyukur dengan segala limpahan kemakmuran hidup yang di beriNya.Sesekali, ada eloknya kita renung semula ke masa lampau, ketika kita masih lagi berusia 17 tahun dan menilai apa yang akan kita lakukan.Kita sebenarnya belum terlewat untuk belajar dari masa silam.Masih punya masa, masih ada ruang cumanya perlu harus tabah, mesti lebih yakin.
Sedikit pengajaran yang saya dapat dari Julie Laipply, seorang penceramah untuk program leadership yang mempunyai karisma tersendiri. Beliau juga di kenali sebagai Julie Marie Carrier atau Julie Carrier.Pernah di nobatkan sebagai Miss Virginia pada tahun 2001 sebelum berpindah ke Virginia untuk menjadi perunding di dalam bidang program kepimpinan (Leadership) untuk Pentagon. Pernah di calonkan untuk anugerah Emmy bagi kategori Pengacara TV(TV Show Host) pada 2004 selain banyak menulis untuk program kepimpinan dan hala tuju remaja.
Peranan beliau untuk perkembangan Role Models and Mentors for Youth Foundation di lihat sebagai langkah untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja untuk cenderung berfikiran positif sebelum di angkat di antara penceramah/speaker program kesedaran remaja terbaik.
Sewaktu kecil, Julie amat meminati dunia binatang. Selalu kedengaran orang sekeliling menyarankan agar bila dewasa nanti,Julie berkecimpung dalam dunia binatang. "Julie , you should be a veterinary". Semasa melanjutkan pelajaran di Ohio State University, beliau telah mengambil jurusan biologi, anatomi, dan chemistry dan belajar bidang veterina. Di takdirkan, pada suatu hari semasa beliau mengulangkaji pelajaran dan merenung keluar jendela, secara tiba-tiba seperti ada bisikan halus menyelinap masuk ke hatinya."What am I doing? I don't want to be vet".
Persoalan ini berterusan mendesak dan memaksa beliau untuk melihat kembali aktiviti-aktiviti yang pernah di lakukannya sebelum ini.Persoalan itu akhirnya terjawab bila secara sedar beliau pernah merangkul kenangan manis penyertaannya dalam satu "leadership conference”.Bermula dengan detik magis itulah, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang veterina dan beralih ke Leadership Studies.
Kata beliau ; "How could I have been so ignorant? Here I am at my fourth year at school and just finally realizing I'm on the wrong fourth year at my school and just finally realizing I'm on the wrong path and not doing the right thing. But it's been here in front of me the whole time. I just never took the time to acknowledge it until now."
Bermula dari situ, Julie Marie Laipply makin percaya bahawa setiap keputusan penting harus di buat berpandukan gerak hati yang waras dan tanpa meragui tentang kelewatan untuk berubah. Kejayaan demi kejayaan yang di capai beliau adalah kesan dari satu keputusan penting yang di lakukan dengan penuh keyakinan.
Ada pepatah yang mengatakan, “it’s better late than never..” Kita belum terlewat untuk berubah dan menukar arah tetapi kita bukanlah Zac Afron dalam 17 Again.
1 comment:
Good day masterji,
Nak tambah sikitt....
"Ask not for things to happen as per you desire, but desire that things should happen in their own way, and you shall always prosper".
Rgds..
Post a Comment