Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, May 6, 2010

Mentor Dulu , Mentor Sekarang

Mentor dulu : Kalau di tanya pada saya "who is your star"? Pantas saya menjawap,


Carlos Santana(Gitaris)
Aduhh,siapa boleh lupa riff dalam Black Magic Woman,kan?


Bruce Dickinson(Vokalis Iron Maiden)
Dia punya suara yang menggetarkan nadi.


Rudolf Schenker (Gitaris Scorpions)
Masih ingat dengan intro Hurricane dan Gibson Flying V beliau?


Klause Meine(Vokalis Scorpion)
Aura lelaki German dengan suara "husky",masih kekal hingga kini.


Richie Sambora (Gitaris Bon Jovi)
Gitaris dengan trademark gitar Kramer 3 humbucker


Lontaran suara,lirik dan gaya mereka telah mempengaruhi hidup remaja saya. Tidak hanya kaset dan walkman, saya juga mendapatkan video tape mereka(ketika itu VCD belum lagi wujud).
Masih terngiang-ngiang suara maki hamun ibu kepada saya ketika berumur lebih kurang 17 tahun.
" Apasal pi koyak seluar jeans yang baru beli ni?"
"Kenapa di lubangkan kat bahagian lutut"?
" Nak jadi apa hah"?
"Saya NAK JADI ROCKER!" suara itu bergema dalam hati,cuma saya seorang yang dengar, saya belum cukup berani nak luahkan secara langsung pada ibu.

Mentor Sekarang : Apakata kalau kita jadikan alunan alunan suara suara mereka yang di bawah ini pula sebagai pesanan terpenting? Mereka juga star dan hebat dengan senikata lagu-lagu mereka.Lagu-lagu mereka tiada susunan muzik yang indah.Hanya bergetar.Ya, cuma getaran. Kadang boleh ketawa, kadang boleh menangis dan kadang yang lain rasa di bakar untuk lebih maju dan jadi seperti mereka. Saya senaraikan 3 "star" pilihan saya, mentor saya sekarang. Mereka adalah pembakar semangat dan pengajar yang berkesan .

Dato'Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Apa lagi yang ingin saya katakan kepada lelaki hebat ini? Dia, mencetus rusuhan dalam diri saya. Kepetahan beliau dalam menyampai setiap bidang ilmu mampu mengatasi sifat jemu.Dia bijak,dia ceria, dia sentiasa memberi tunjuk ajar.
Katanya , " orang cemerlang sentiasa membentuk jambatan dan merobohkan tembok"
Komen : Betul kata Tuan Guru : Seperti yang tercatat dalam Just In Time Commandments : 'throw out traditional concept of old working methods and think of how a new method will work not how it won't." Maklumat lanjut tentang Dato'Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah,pengasas Program Excel Training ini boleh di dapati di laman web rasmi beliau. Sila layari http://www.fadzilahkamsah.com


Heera Singh
Nama beliau bukan sahaja gah di Malaysia, tetapi turut mendapat pengiktirafan dari American Management Association.Pernah menyumbangkan kepakaran kepada Ibu Pejabat United Nations di New York City,USA. Banyak menyumbangkan tulisan kepada New Strait Times dan The Edge dalam bidang pengurusan.
Katanya, "leaders cannot demand respect. They have to earn it." Komen : Betul. Untuk memimpin kita kena mempengaruhi orang bawahan kita terlebih dahulu. Untuk mempengaruhi mereka, kita perlu di hormati. barulah mereka sudi dan rela di pimpin. Heera banyak memberi saya inspirasi melalui program-program Leadership yang di anjurkan beliau melalui Heera-Training and Management Consultancy. Sila ke http://www.heera.com.my/ untuk mendapat lebih maklumat berkaitan Heera Singh.


Robin Sharma
Saya selalu menggelar Robin Sharma sebagai "lelaki elegan" dengan minda genius.Pakar dalam bidang "leadership" dan penulis yang telah melahirkan buku bestselling, "The Monk Who Sold His Ferrari". Buku terbaru dari beliau "The Leader Who Had No Title: A Modern Fable On Real Success in Business and in Life" .
Katanya ,"blaming others is excusing your self."
Komen : Betul. Kemajuan diri akan jadi terbatas kerana selalu menyalahkan orang lain. Orang lain sudah berubah, kita masih di tahap yang sama.Tiada kemajuan.


Tah
niah dan ucapan terima kasih kepada guru guru berkenaan. Saya dan ramai lagi yang lain memperolehi kekuatan untuk maju ke hadapan sebagai individu yang cemerlang ataupun pemimpin yang berkesan!!!! Mendengar apa yang mereka perkatakan walaupun hanya setengah jam , adalah sama seperti membaca lima buah buku ataupun lebih! Mereka semua adalah perpustakaan bergerak, mereka semua adalah penggerak zarah-zarah perubahan dalam diri yang sentiasa inginkan kemajuan dalam pekerjaan dan kehidupan.
Dato'Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Heera Singh dan Robin Sharma adalah 3 star yang telah merubah saya.Mereka, MENTOR SAYA SEKARANG.

No comments: