Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Saturday, May 22, 2010

Do It Now!

Chuck Wepner bukan hanya di ingati sebagai jaguh dunia tinju yang pernah bertarung melawan George Foreman, Joe Bugner dan lagenda Muhammad Ali, tetapi juga telah membantu mengangkat Sylvester Stallone menjadi bintang filem aksi keluaran Hollywood yang masih di ingati hingga kini.

Penghasilan filem Rocky yang skripnya di tulis sendiri oleh Sylvester Stallone selama 20 jam tanpa henti,adalah inspirasi yang tercetus ketika perlawanan penuh dramatik antara Chuck Wepner dan Muhammad Ali ada 24-Mac-1975 di Richfield Coliseum Cleveland. Sylvester Stallone yang ketika itu menonton perlawanan tersebut melalui siaran televisyen telah teruja dengan semangat juang di tunjukkan oleh Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali.Sebelum perlawanan bermula, menjawab kepada pertanyaan seorang wartawan, Chuck Wepner yang di latih oleh Bill Prezant di Catskill Mountains berkata “I’ve been a survivor my whole life, if I survived the Marines, I can survive Ali”.

Chuck Wepner dalam pertarungan dengan Muhammad Ali

Paling mengejutkan, pada pusingan ke sembilan Muhammad Ali telah tersungkur setelah gagal mengelak rempuhan penumbuk yang hinggap di dadanya dan Chuck Wepner telah melaungkan kepada jurulatih beliau “I knocked him down..!” walaupun sesudah itu Muhammad Ali bangun untuk meneruskan pertarungan sehingga ke pusingan ke 15. Dalam pertarungan tersebut, Chuck Wepner telah mengalami kecederaan yang mengakibatkan hidungnya patah tetapi masih gagal mematahkan semangat juang yang ada dalam dirinya.Dalam pertarungan itu, Muhammad Ali telah menerima bayaran sebanyak USD1.5 juta sementara Chuck Wepner menerima USD100,000 .

Sudahnya, filem yang berunsur perjuangan ini menggondol 3 anugerah Oscar pada tahun 1976. Selain di nobatkan sebagai Filem Terbaik, pengarah filem ini, John G. Avildsen telah di pilih sebagai Pengarah Terbaik dan untuk bahagian suntingan terbaik(Best Editing) juga di menangi oleh Richard Halsey
dan Scott Conrad yang bertanggungjawab menyunting filem Rocky. Selain anugerah dari Oscar, filem ini telah di iktiraf sebagai Best Foreign Language dari Award of the Japanese Academy pada tahun 1978.

Sylvester Stallone meneruskan 5 sekuel Rocky sehingga ke sekuel paling akhir, Rocky Balboa pada tahun 2006.

Sebagai penghargaan untuk Chuck Wepner, Sylvester Stallone telah bekerjasama dengan kumpulan Survivor untuk menghasilkan lagu Eyes of The Tiger dan di muatkan di dalam runut bunyi Rocky III. Lirik lagu ini sering merangsang semangat perjuangan kita setiap kali ia dengar.



Risin' up, back on the street

Did my time, took my chances

Went the distance, now I'm back on my feet
Just a man and his will to survive
So many times, it happens too fast

You change your passion for glory
Don't lose your grip on the dreams of the past
You must fight just to keep them alive

It's the eye of the tiger, it's the cream of the fight
Risin' up to the challenge of our rival
And the last known survivor stalks his prey in the night
And he's watchin' us all in the eye of the tiger

Face to face, out in the heat
Hangin' tough, stayin' hungry
They stack the odds 'til we take to the street
For we kill with the skill to survive

Risin' up, straight to the top
Have the guts, got the glory
Went the distance, now I'm not gonna stop
Just a man and his will to survive

Rocky bukan hanya sebuah filem yang di galas dengan nilai seni, tetapi juga di resapi bersama impian yang ada pada Sylvester Stallone.Rocky adalah penyataan keinginan Sylvester Stallone untuk menjadi bintang filem. Kejayaan filem Rocky boleh di nilai dari aspek kecekapan Sylvester Stallone meyambar peluang ketika berada di barisan paling bawah pendakian kejayaan.Formula kejayaannya adalah dengan menggunakan peluang yang terhidang secepat mungkin. Seperti di perkatakan pada awal tadi, Sylvester Stallone menulis skrip filem Rocky setelah perlawanan antara dua jaguh tinju tadi tamat, maksudnya sesudah Muhammad Ali di julang sebagai juara.Impian adalah perlambangan untuk mencetuskan idea-idea bernas dan Sylvester Stallone telah mengajar kita peri pentingnya merebut peluang secepat mungkin. Masa akan silih berganti dan impian yang terkulai selalunya terlerai dengan sikap suka bertangguh yang ada dalam diri kita. Sekiranya Sylvester Stallone tidak menyegerakan penulisan skrip Rocky, saya percaya impian beliau untuk menjadi pelakon hanya tinggal angan-angan kosong.

Dalam setiap sesi "training", terutamanya untuk program Leadership, salah satu perkara yang sering saya gunakan untuk menilai tahap "leadership" peserta adalah dengan saya sendiri mengeluarkan wang RM10 dan bertanya kepada peserta yang ada siapa yang mahu wang tersebut. Ada di kalangan mereka yang pantas mengangkat tangan sambil berdiri, ada yang hanya menjerit "saya mahu", tetapi ada juga yang terus bangun dan maju mendepani saya lalu menyambar wang yang ada. Persoalannya, siapa di kalangan mereka yang mempunyai karektor sebagai pemimpin? Saya memilih golongan yang ketiga, iaitu yang terus bangun dan berdepan dengan saya.Mereka di pilih kerana pantas merebut peluang sedangkan yang lain hanya mengangkat tangan atau bercakap tanpa ada tindakan.Peluang harus di rebut dengan tindakan segera.

Peluang akan sentiasa memberi ruang untuk kita berjaya merealisasikan impian tetapi peluang tidak akan menunggu kita terlalu lama.

Ayuh, bersegera merebut peluang agar impian kita bukan lagi angan-angan.Do it now!


No comments: