Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, May 5, 2010

SCUD !




Risau dengar tajuk SCUD? Hahahaha...tak apa, janganlah risau. Bukan nak meletupkan sesiapa.
SCUD saya dan SCUD yang di cipta oleh Soviet Union ketika era Perang Dingin mempunyai perbezaan yang jauh dan ketara sekali sifatnya.
SCUD yang saya maksudkan adalah singkatan untuk Senang Cari Untuk Digunakan.

Pernahkah berada dalam keadaan kecemasan untuk mencari tandas? Sure,tentu ada kan? Bayangkan kalau di pintu tandas berkenaan tiada tanda atau simbol tertentu untuk menggambarkan jantina khusus, apa akan terjadi?
Silap-silap haribulan kena tangkap pasal salah masuk tandas. Kira eksident! Naya aje.
Begitulah pentingnya papan tanda, indication ataupun signboard walaupun ia sebesar ibu jari tangan kita, tapi cukup penting, tambahan pula jika tiba saat-saat kecemasan seperti ingin ke tandas.
Bayangkanlah juga jika di jalanraya tiada signboard penunjuk arah. Sudah tentu sesat.

Indication, labelling ataupun signboard dapat mempercepatkan sesuatu proses pekerjaan dan meningkatkan produktiviti kerja. Kos operasi terkawal dan dapat memberi penjimatan. Walaupun masalah ketiadaan indication, labelling atau signboard mungkin di anggap hanya masalah kecil, tetapi kepentingan dan kegunaannya amatlah besar.

Bukan sahaja di tempat kerja , malah SCUD juga mustahak di rumah.Di antaranya :
1. Apabila ada kematian , bolehkah dokumen dokumen penting di cari ?

2. Apabila kita membuka pintu adakah kita tercari-cari anak kunci yang betul untuk di gunakan?
3. Apabila kita perlu mencari perkakas atau lampu suluh , adakah ia senang dicari?
4. Apabila kita pulang dari tempat kerja dan menyimpan kunci kenderaan, adakah mudah untuk kita mencarinya semula pada esok pagi ?

Adakah semua dokumen yang di failkan mudah di cari lokasi fail berkenaan?

SCUD di tempat kerja :
1- Mudahkah kita mencari fail yang di perlukan?
2- Mudahkah kita mencari alatan kerja yang diperlukan bila ingin memperbaiki mesin yang rosak?
3- Mudahkah kita mencari kunci pelbagai pintu dan kunci yang mana untuk pintu yang mana?
4- Mudah kah kita mencari alat pemadam api apabila kecemasan berlaku.?
5- Mudah kah kita mencari nombor telefon pelbagai jabatan dan pihak pihak lain ?

Macam-macam lagi cara SCUD boleh membantu.
Masa akan datang saya akan ceritakan perihal 5S untuk mendalami konsep SCUD.

Bayangkanlah,ketika saat-saat genting dan anda amat memerlukan bantuan ada individu yang memberi anda jawapan begini :

  1. Anda meminta bantuan seorang kerani untuk mendapatkan dokumen penting yang di simpan di dalam sebuah fail untuk menghadiri mesyuarat dengan pegawai atasan dan kerani yang bertugas menjawab begini ; "Maaf Encik, rakan saya Encik A tak datang kerja jadi saya tak tahu kat mana dia letak fail tu?"
  2. Sebuah mesin yang penting untuk proses pengeluaran telah rosak dan juruteknik memberi anda jawapan begini ; "Sorry Boss, spanar saiz 13 tak tahu letak kat mana so kena beli dulu baru boleh repair mesin tu."
  3. Anda ke sebuah agensi untuk membuat tuntutan pencen dan kakitangan yang bertugas di kaunter pertanyaan memberi anda jawapan ; "Maaf Puan, tuntutan pencen ini tak dapat di proses sebab Puan tidak menyediakan dokumen yang berkaitan."

    Tanpa kehadiran diri kita , kawan kita, pekerja kita, setiausaha kita, organisasi harus terus bergerak dan berfungsi kerana PELANGGAN MENUNGGU DAN PELANGGAN JUGA BOLEH BERALIH SELERA !!


    Bak kata Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah, "orang cemerlang sentiasa membentuk jambatan dan merobohkan tembok".



    Maka amalkanlah budaya SCUD secepat mungkin!!

No comments: