Sesuatu yang panjang lebar dan berputar putar amat sukar di fahami apatah lagi dilaksanakan.
Pepatah juga menyokong nya “ A picture is better than thousands of words”. Kalau tengok gambar lebih cepat faham. Banyak peraturan ataupun arahan boleh di dapati dalam bentuk bergambar.
Kaedah Simplicity juga amat mustahak untuk diterap kan dalam konteks pekerjaan dan pengurusan. Untuk berjaya dalam persaingan,kita harus lebih cepat dari pesaing kita maka kita harus mempermudah kan banyak perkara supaya ia menjadi efisiyen seperti teknologi dan juga prosedur kerja.
Gambar di atas adalah salah satu contoh yang terbaik. Pemanduan kereta menggunakan teknologi auto menjadi begitu tinggi di pasaran kerana ia lebih mudah dan selesa di gunakan berbanding dengan teknologi manual.
Jalanraya yang mempunyai 3 lorong, dua lorong utama dan satu lorong kecemasan. Tetapi apabila traffic jam berlaku, maka kesulitan akan timbul. Manusia akan mengambil penyelesaian yang ringkas untuk menggunakan lorong kecemasan walaupun ia adalah satu kesalahan. Begitulah juga yang akan berlaku sekira nya prosedur kerja di berikan terlalu sukar untuk di patuhi. Pekerja akan mengambil jalan pintas maka banyak masalah yang akan wujud. Diantara nya ialah masalah keselamatan, kualiti , kos dan STRESS!
Menerusi lawatan dan sessi latihan yang saya kendalikan di beberapa organisasi saya perasan satu perkara yang amat mustahak. Polisi hala tuju syarikat haruslah mudah di baca dan di fahami.
Kaedah Simple is the best juga harus di terapkan dalam penulisan matlamat syarikat. Secara asas nya, organizasi akan menayang kan tiga perkara utama kepada pekerja supaya di baca dan di laksanakan. Perkara perkara tersebut adalah, Vision, Mision dan Objective. Saya pasti dan yakin tak semua pekerja yang memahami perbezaan ketiga tiga perkara tersebut! Apabila mereka keliru maka siapa yang akan melaksanakan hala tuju berkenaan. It is not for displayed but for action to be taken.
Kaedah simplicity juga boleh membantu menjadikan proses komunikasi seawktu memberi dan menerima arahan jadi berkesan.
Sebagai contoh kita boleh mudah kan arahan yang ingin kita berikan dalam bentuk nombor seperti contoh di bawah ini :
No 1: Kena panjat pokok kelapa.
No 2: Kena panjat pokok pisang
No 3: Kena panjat pokok jambu.
Sesiapa sahaja yang menjadi penyampai atau penerima pada arahan tersebut akan berasa jelas dan mudah. Kerja akan menjadi lebih menyeronok kan sebab ia jelas dan mudah !
Ia juga boleh di gunakan dalam acara public speaking supaya hadirin senang faham dan penyampai pun kurang STRESS!!
SIMPLE IS THE BEST.
No comments:
Post a Comment