Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, May 18, 2010

Take 5


"Bang Man, betul apa yang you cakap.."
Ungkapan itu masih saya ingat, masih segar dalam kotak ingatan saya. Saya juga masih ingat saat saya mengungkapkan ungkapan itu. Saat yang memberikan banyak impak dan cara yang benar benar berkesan di dalam bidang pekerjaan.
Pada tahun 2001 sehingga tahun 2003, saya telah meneruskan pengajian pada peringkat Master Degree. Untuk mengejar impian, saya harus melakukannya. Susah untuk senang dan senang untuk susah, mahu atau tidak, berubah atau di ubah, saya perlu melakukannya.Saya mahu dan harus berubah.
Saya harus buktikan pada ibu yang saya juga bisa berjaya walaupun pernah seketika jauh tersasar dan hampir kecundang dengan pelbagai kesukaran, cabaran, pengaruh dan tanpa kelulusan yang tinggi. Saat getir itu, banyak sekali airmata ibu yang tertumpah angkara karenah saya. Untuk membaiki kehidupan, saya perlu membuat "U Turn" yang berkesan dan cemerlang.

Mudah mudahan pada masa akan datang saya dapat menceritakan liku liku perjalanan hidup saya dan startegi yang saya gunakan dalam proses "U Turn".

Untuk melengkapkan pengajian , saya telah di berikan banyak "assignment" dan salah satunya ialah Leadership. Saya telah di tugaskan untuk membuat analisa berkaitan perlaksanaan Leadership dalam situasi sebenar alam pekerjaan berlandaskan konsep kepimpinan. Bagi menjayakan tugasan ini, saya telah menemuduga beberapa orang pengurus besar di tempat kerja saya ketika itu.

Saya bertanggungjawab menyediakan beberapa bentuk soalan yang akan di gunakan untuk proses temuduga dalam kajian tersebut.Bentuk soalan pula perlulah berhubung kait dengan teori-teori kepimpinan. Penyediaan soalan adalah satu perkara yang mudah tetapi untuk menjawab soalan, satu perihal yang berat. Tanya dan jawab, sudah tentu menjawab adalah satu tekanan.
Di antara beberapa orang pengurus besar yang telah di temuduga, saya terpaku pada jawapan yang di berikan oleh seorang pengurus besar yang bertubuh agak gempal dan mempunyai paras wajah yang sedikit handsome. Nama beliau, Babe Azaman.
Seorang lelaki tegas yang sederhana tetapi mempunyai pandangan jauh. Dia seorang yang suka berterus terang dan hidup dengan realiti.Hidup dengan makna kejujuran yang di julang tinggi. Saya teruja dengan sikapnya yang sentiasa memberi fokus ketika berkomunikasi.

Proses menemuduga beliau bermula dengan soalan saya berkaitan leadership dan pantas di jawapnya dengan jawapan ringkas tetapi memerlukan penelitian yang mendalam.

Dia memanggil saya dengan panggilan "Pi".
"Pi, cara saya melihat leadership criteria amat mudah", bicaranya terhenti seketika sambil merenung tepat ke mata saya.
"Apa yang kita mahu dari boss, atau cara yang kita rasa kita mahu di pimpin, begitulah juga cara kakitangan bawahan kita ingin di pimpin", sambung beliau lagi.
"Make sense", bicara hati kecil saya.
"Kita mahukan boss yang bagus untuk berkomunikasi, begitulah juga kakitangan bawahan harapkan dari kita..", sambung beliau sambil saya mencongak-congak maksud yang tersirat.


Walaupun jawapan yang di berikan beliau agak ringkas dan tidak banyak yang boleh saya kaitkan dengan teori-teori kepimpinan bagi melihat kesamaan leadershipnya tetapi saya turut belajar satu perkara baru. Ini satu teori atau pendekatan yang lebih praktikal,mungkin.
Sebenarnya,apa yang kita mahu dari boss saya, itulah juga apa yang di inginkan oleh kakitangan bawahan saya walaupun pelbagai fikiran dan penerimaan tapi ada yang common keperluannya.


Saya tamatkan sesi temuduga tadi dengan ucapan terima kasih yang berbunga sifatnya sebelum terus beredar dan "take 5". Sebatang rokok pantas menguasai bibir saya sedang minda saya terus berputar.
Saya mewaraskan fikiran dan mencari jawapan sendiri sebelum akhirnya saya rumuskan bahawa apa yang di katakan oleh Babe Azaman itu adalah tepat dan bernas.
Lalu, saya catatkan lima perkara yang saya perlukan dari boss saya pada sebuah buku nota kecil yang sentiasa saya bawa ke mana-mana. Saya catatkan begini ;
  1. Saya harus ada pemimpin yang mempunyai sasaran yang jelas supaya saya saya dan dia lebih senang.
  2. Saya harus ada pemimpin yang boleh membantu saya menyelesaikan masalah dan menjadi tenaga pengajar yang boleh menjadikan saya sebagai asset dan bukannya sebagai liabiliti.
  3. Saya harus ada pemimpin yang jujur dalam percakapan dan perlaksanaan.
  4. Saya harus ada pemimpin yang tahu mengenal pasti kekuatan dan menilai sumbangan saya.
  5. Saya harus ada pemimpin yang berjaya dan berani mengambil risiko.
Setelah selesai mencatat segala yang terlintas di fikiran, saya bergegas kembali ke pejabat. Saya mula memasang azam untuk melaksanakan 5 perkara yang telah saya catatkan tadi.

Setelah beberapa tahun saya laksanakan kaedah tersebut, ia terbukti berkesan dan memberi hasil yang boleh saya banggakan.Take 5 yang telah menukar cara pemikiran saya dalam konsep kepimpinan dan menjadikan saya lebih praktikal dan berpengetahuan.

Ayuh, kita take 5!!

Terima kasih pada Encik Azaman. Sekiranya membaca blog ini, saya ucapkan tahniah pada anda. Satu kaedah yang simple tapi bernilai. Beliau telah berpindah ke tempat lain dan di doakan kehidupannya lebih cemerlang.

1 comment:

azaman said...

Salam,

Terima kasih Pi kerana berkongsi pengalaman yang kita lalui. Saya kira penghayatan Rafi yang mendalam dalam sesuatu perkara itu amat mengkagumkan. Segala yang berlaku di depan mata kita pasti ada pengajarannya yang sepatutnya kita cari. Benar sekali.

Syabas diatas usaha murni saudara untuk memotivasikan generasi sekarang dengan cara tersendiri. Tahniah.

azaman