Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Saturday, May 8, 2010

Whistle Blower - Frank Serpico




Tahun 1994, ketika itu saya baru berusia 24 tahun dan tergilakan filem-filem dari Barat.Dari kegilaan itu, ayah telah memberikan saya satu filem dalam bentuk video tape untuk di tonton.Tajuknya, Serpico. Lakonan hebat Al-Pacino yang memegang watak utama sebagai Frank Serpico, seorang anggota polis di Bandaraya New York dalam era 70an.
Filem ini adalah garapan dari kisah benar kehidupan Francesco Vincent Serpico yang di lahirkan pada 14-Apr-1936 di Brooklyn, New York.Anak pasangan imigran dari Itali ini mengangotai pasukan polis New York atau lebih di kenali dengan NYPD pada 11-Sept-1959.
Sebagai anggota polis yang berdedikasi, beliau percaya pada prinsip-prinsip asas kebenaran dan kejujuran. Beliau di pertanggungjawabkan menyiasat dan membasmi kegiatan jenayah di kawasan Bronx dan Brooklyn. Namun, dalam menjalankan tugas beliau sebagai pembenteras jenayah, dia menyedari kekangan akan datang bukan sahaja dari golongan penjenayah bahkan juga dari kalangan anggota polis sendiri.Rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah berakar umbi dalam NYPD ketika itu.

Ini telah mengakibatkan dia keseorangan kerana prinsip beliau yang anti-rasuah.Dia rela kehilangan rakan tetapi tidak rela kehilangan harga diri.

Beliau membongkar kegiatan rasuah dan pemerasan yang berlaku di kalangan anggota polis di New York walaupun dia secara sedar, tindakan pendedahan yang di lakukan beliau telah mengancam nyawanya. Dalam usaha beliau untuk membasmi kegiatan yang boleh merosakkan institusi yang sepatutnya menjalankan amanah dengan telus ini, beliau telah di khianati rakan seperjuangan sehingga di tembak ketika menjalankan operasi membanteras pengedaran dadah pada 3-Feb-1971. Tragedi yang hampir meragut nyawa beliau ini sama sekali tidak melemahkan semangat beliau untuk mengemukakan laporan kepada tribunal yang di namakan Knapp Commision. Hasil dari penyiasatan yang di lakukan oleh tribunal tadi, beberapa pegawai atasan polis telah di kenakan tindakan.

Setelah membuat pendedahan di dalam tribunal Knaap Commission, Frank Serpico telah menerima anugerah The Medal of Honor dari Jabatan Polis Bandaraya New York pada 1972 dan beliau berpindah untuk menetap di Switzerland, kerana merasakan nyawanya semakin terancam jika terus tinggal di USA.

Beliau kembali ke New York pada tahun 1980 dan menetap di sebuah kawasan yang hampir dengan pergunungan.Walaupun sudah sedikit berusia, tetapi hasil dari pengalaman yang di timba sewaktu bertugas sebagai anggota polis yang jujur dan mendapat pendedahan meluas sewaktu di Switzerland, Serpico sering di jemput untuk memberi ceramah motivasi kepada golongan pelajar di universiti dan sering juga di beri penghormatan untuk menyampai ceramah anti-rasuah terutamanya kepada golongan anggota polis yang baru berkhidmat.


Banyak kriteria kualiti diri yang kita boleh belajar daripada The Legend Serpico. Leadership dan juga pengurusan organizasi. Pada tahun 2002 sewaktu saya meneruskan pengajian dalam bidang Master , salah satu subjek yang wajip ialah Organization Politics, Conflicts and Powers. Saya telah menjadikan kisah Serpico sebagai salah satu topik untuk di bincangkan dalam assignment dan presentation.

Kisah Frank Serpico telah menyedarkan saya bahawa ketelusan diri amat penting dalam meraih kuasa dan ingin di hormati.Dengan penerapan nilai-nilai murni dan bebas dari sebarang aktiviti rasuah, pangkat yang kecil bukanlah penghalang untuk bersuara besar. Saya sering mengaitkan fenomena ini dengan kisah pengadil bolasepak yang mempunyai kuasa memberhentikan sesuatu perlawanan dan menentukan sesuatu keputusan.Kuasa pengadil ada pada wisel yang sering di bawanya, bukan pada saiz badannya.

Namun begitu, seseorang yang telus dan jujur sering merasakan hidupnya tidak bahagia kerana akan keseorangan ataupun di benci.Bersedialah untuk makan seorang diri dan melihat nama di maki pada dinding tandas! Tetapi, wisel akan terus nyaring bunyinya.

Tapi kalau kita dapat mengawal kos kehidupan dan dapat membezakan antara keperluan dan kehendak dan yang mana penting yang mana tidak, mudah mudahan kita dapat menjadi whistle blower.

Untuk menjadi pemimpin kadang kadang kita harus membuat keputusan yang tidak popular. Kalau ia perlu sudah semesti nya harus dilakukan demi kebaikan bersama. Mungkin sukar di terima tetapi lambat laun mereka akan sedar walaupun selepas ketiadaan kita. Lagi pun bak kata ramai pakar pengurusan, ’Leadership is not a popularity contest’

Manusia tidak sempurna tetapi kita tidak boleh selama nya menggunakan pepatah berkenaan. Walaupun tidak sempurna seratus peratus, inisiatif kearahnya harus ada. Kalau tak dipecah kan ruyung mana bisa dapat sagunya. Mudah mudahan.

Bak kata Jack Canfield dalam buku nya yang bertajuk : How To get from Where You Are to Where you Want to be. Kata nya mudah, ‘THE PRINCIPLES ALWAYS WORK IF YOU WORK THE PRINCIPLES”.

Saya juga belajar dan akan terus belajar.Kesayuan dan kemurungan yang di cetuskan oleh Al-Pacino dalam filem Serpico adalah wajah sebenar manusia yang jujur.Kita mungkin murung,mungkin sayu, mungkin susah, mungkin melarat tetapi kita akan ceria bila menghadapNya.Mudah-mudahan begitu…

Ayuh, terus meniup wisel!

1 comment:

azaman said...

Salam Saudara Rafi,

Alhamdulillah akhirnya dapat saya menulis sedikit di dalam blog saudara ini. Tahniah di atas ikhtiar saudara mewujudkan blog sebegini.

Begitu menarik penghayatan saudara terhadap apa yang berlaku di sekeliling kehidupan kita, yang mana kita biarkan saja ia berlalu. Teruskan niat murni saudara.

azaman