Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, May 7, 2010

From Banting to England



Hebat! Banyak perkara yang kita boleh belajar daripada Allahyarham Datuk Haji Mohd Sidek Abdullah Kamar terutama dari sudut kepimpinan.Allahyarham Haji Sidek yang di lahirkan pada 19 Januari 1936 di Banting Selangor dan di anugerahkan “Gold Award for Leaderships” Benson & Hedges oleh Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada 1990 kerana kejayaan beliau memimpin dan mengasuh 4 orang anaknya menjadi jaguh badminton dunia.Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 17 Oktober 2005 dalam usia 69 tahun.

Kisah kejayaan beliau sering saya jadikan contoh dalam sesi Leadership training yang saya jalankan.
Malah kejayaan beliau boleh juga di jadikan contoh oleh ibu bapa dalam
mendidik anak-anak.

Dari satu sudut,konsep kejayaan yang di capai beliau adalah setaraf dengan apa yang kita pelajari dari teori kepimpinan dan apa yang selalu di laksanakan oleh pemimpin pemimpin world class organization seperti Jack Welch ( General Electric ) , Herb Kelleher (Southwest Airlines) dan Sam Walton ( Wal-Mart)
DAN YANG PALING PENTING IA TERBUKTI MENERUSI KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN YANG DI CAPAI OLEH ANAK-ANAK BELIAU.

Menerusi kepimpinan yang di tonjolkan oleh Allahyarham Haji Sidek, saya bandingkan pula dengan strategi pengurusan kepimpinan yang asas.Contohnya,

  1. VISIONARY LEADERS ; Impian yang jelas. To be no 1 in Badminton.
  2. STRATEGIC THINKER ; Mengatur strategi pengurusan masa dan teknik latihan juga permainan .
  3. TRAINING AND COACHING ; Mendidik dan mengajar anak-anaknya untuk mencapai apa yang di rancang.
  4. COMMUNICATION ; Menerangkan dengan jelas, tentang impian dan bagaimana ia harus di capai.
  5. LEADERSHIP ; Mempengaruhi , memujuk, menghukum, meng upah, menangani konflik, menggerakkan, mengurangkan jurang dan memastikan impian tercapai.


Pada pandangan saya, beliau adalah seorang pemimpin yang seimbang kerana telah menyatukan prinsip-prinsip asas dalam kepimpinan yang berorientasikan autocratic dan dictatorship atau dalam erti kata yang mudah untuk di fahami ; tegas, garang dan satu haluan.Ini dapat di jelaskan lagi dengan menonton kembali siri animasi Anak-Anak Sidek dan juga komik Anak-Anak Sidek. Mungkin di kalangan kita tidak bersetuju dengan corak kepimpinan autocratic dan dictatorship dan lebih menyetujui sifat kepimpinan bercorak demokratik.Dalam bidang kepimpinan, pemimpin tidak semestinya mengamalkan sikap demokratik.

Pemimpin yang berkaliber adalah pemimpin yang memimpin berpandukan pada impian, situasi dan jenis orang yang di pimpin.

Ada masanya autokratik dan ada masanya demokratik. Adakalanya memujuk dan adakalanya juga kita harus bertegas.

Dalam membuktikan kata-kata saya, filem Anakku Sazali adalah contoh sifat kepimpinan yang salah dari segi teknik dan konsep kepimpinan.Sazali di gambarkan sebagai anak yang manja dan di tatang bagai minyak yang penuh. Setiap perilaku di sokong dan di bela.Tetapi, akhirnya anak yang di manja dan di sayang melemparkan kembali kasih sayang si ayah dengan kenakalan yang melampau dan mencetuskan kemurungan pada si ayah.Hati ayah hancur,lebur dan berkeping pecah. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menyedarkan penonton dengan dialog yang masih saya kenang hingga kini. "Bapak yang bersalah..bapak yang membesarkan Sazali dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Segala kemahuan Sazali bapak turutkan. Segalanya sudah terlambat.Kalau dua puluh tahun dulu bapak pukul Sazali, iya mungkin Sazali boleh berubah". Perkataan kalau itu sendiri menggambarkan perasaan si anak yang rosak akibat salah asuhan dari ayahnya.'

Gambarkan juga perkataan “kalau”ini pada sifat kepimpinan yang ada pada Allahyarham Datuk Haji Mohd Sidek.Kalau dulu, beliau berlembut dengan anak-anaknya, barangkali hingga sekarang Malaysia masih belum mampu melahirkan jaguh badminton dunia.
Maka banyak manfaat yang boleh kita dapat dari kejayaan FROM BANTING TO ENGLAND!.

1 comment:

one said...

Hello masterji...
Just as no two snowflakes are exactly alike, no two people lead in exactly the same way....
but i prefer the way our Tun lead us in the past... Hait..HITLER....