Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, July 28, 2010

The Wind of Change , MIHRM

Apa khabar semua? Harap sihat dan sejahtera. Thank you for comments. Entri kelmarin perihal Mantra dan semalam Azura, mendapat banyak komen sms.

Ya benar bila ada histeria, pengawal keselamatan akan di kerahkan maka secara langsungnya menjadi tanggungjawab HR Manager. Rupanya Encik Azaman masih ingat lagi pasal sindrom Histeria. Ya saya masih ingat lagi petua untuk sembuhkan masalah tu. Sebenarnya saya bawa idea tu pulang dari sister company dan tablekan pada Haji Ibrahim dan selepas itu mungkin beliau tertarik dengan bunyi petua berkenaan maka dengan pantasnya arahan di keluarkan oleh beliau. Ha ha ha. Bang Man, saya masih ingat lagi anda call saya pukul 1 pagi untuk datang memeriksa kes yang pertama meletup. Jenuh kita nak mengawalnya.
The One yang terbaca entri ini juga mempunyai pengalaman yang sama dan beliau pernah terjumpa seorang pekerja yang sedang diserang histeria men
ghalau semua yang lain di dalam klinik dan hanya minta seorang pegawai yang tunggu dia. The One ingat tak? Masa tu negotiation dengan pesakit berkenaan di jalan kan oleh anda . Pesakit berkenaan dan saya berada di luar klinik.
Ada yang hantar sms, " Sir, bila sebut atap rumah ibu bapa di kampung bocor, timbul rasa keinsafan, tq Sir". Benar, banyak lagi benda yang kita boleh borakkan atau lakukan.
Ada y
ang hantar sms komen perihal Azura" Fi, kalau ada pertandingan tiru suara boleh masuk lah" Ha ha ha. Sudah tentu tak boleh. Tapi kalau bertembung dengan Abang Jamal, saya akan pastikan beliau mendengarnya.

Hari ini, Masterji nak buat promosi tentang MIHRM. Apa tu? MIHRM maksudnya. Malaysian Institute of Human Resource Management. Providing all kinds of education pertaining to HRM, SAFETY, IND. RELATIONS & EMPLOYEMENT LAW. Providing Diploma, Certificate , public programs and In house training. You can also be the member of MIHRM! Various support will be given to members from time to time. Consist of various experience lectures to help you and your organization. Recently there is internal changes and all members are really looking foward to make a perfect turn around.! Thanks to the previous committee members.

Sila klik pada gambar di bawah unt
uk membesarkan imej.

Monday, July 26, 2010

Two Minutes Before Midnight


Gambar filem mantra: Hi Every one, salam pada semua yang membaca dan bagi yang baru membaca. Terima kasih pada semua komen yang di hantar untuk entri Gun and Rosses. Saya bersetuju, sebagai HR practitioner, kita mesti tegas. Berikan ganjaran pada yang berkelakuan baik dan memenuhi tuntutan syarikat sementara bagi segolongan "rules breaker",terlebih dulu cuba untuk memujuk dan memberi motivasi agar mereka berubah tetapi sekiranya tiada apa-apa perubahan, suatu tindakan yang drastik perlu di ambil untuk mengelak gelaja salah laku yang di cetuskan dari terus merebak dan memberi kesan negatif pada syarikat. Sebenarnya matlamat utama sebagai HR adalah untuk memberi bunga kepada semua kakitangan/pekerja tetapi dalam masa yang sama ada juga yang inginkan peluru, maka kita beri peluru pada yang meminta.

Saya tertarik pada komen Encik Azaman, Luck and Cables. Perkataan yang cantik. Ya benar , kuasa vision boleh mengatasi semua itu cuma a matter of time. Seperti yang Encik Azaman cakap, siapa pun yang menjadi Boss, skill kita harus dipertingkatkan lagi dan kita dipentingkan kerana skill bukan cables. Kalau pakai cable, bila boss tukar kita pun tukar. Terimakasih Encik Azaman.

Pada The One, komen anda tentang six packs, ha ha ha. Ya benar kita harus konsisten. Bagus perkataan " How Long can maintain". Saya suka cabaran. Anda secara jujur sebenarnya mahukan ia kekal maka secara strategiknya anda memberikan soalan demikian. Kasi bakar dulu, ha ha ha . Anda ada ciri ciri Lawyer. Sudah tentu memerlukan disiplin. Rahsianya mudah, bukan berapa berat besi yang anda angkat, berada puluh pusingan yang anda lari, tetapi sebenarnya adalah berapa konsisten nya kita melaksana kan nya walaupun sedikit. Ayoh, anda bisa melakukan.


Kali ini entri saya pasal Two Minutes before Mid Nights, itu lagu kumpulan Iron Maiden. Baru baru ini saya luangkan sedikit masa untuk menonton filem Mantra. Kenapa? Seperti yang saya beritahu, filem adalah suatu garapan seni yang di adaptasi dari keadaan sekeliling samada ianya benar-benar wujud atau hanya imaginasi si penulis dan pengarah. Secara langsung, filem Mantra banyak memberi saya pengetahuan dan "trick-trick semasa" yang membenarkan saya untuk memberi pujian tinggi kepada pengarahnya, Azhari Zain kerana telah memberi naratif yang menarik di dalam filem ini yang mana telah menyelitkan unsur-unsur pengajaran berguna pada khalayak penonton. Zul Handy Black yang memegang peranan sebagai Muzir juga wajar mendapat kredit yang tinggi kerana berjaya menjiwai watak beliau dengan berkesan.
Dalam pengurusan sumber manusia yang saya belajar, salah satu bab ialah ' A HR Manager should always sensitive to internal and external factors affecting organization." Banyak faktornya. Salah satu dari faktor external ialah surat khabar dan filem. Ada kemungkinan faktor luaran boleh membuatkan prestasi syarikat terjejas sekiranya kita mengabaikan rasa sensitif pada persekitaran. By the time change is required, kita sudah terlambat. Dan Mantra pada pengalaman saya punyai impak dalam organization yang besar dengan pelbagai jenis lapisan pekerja dan back ground serta cara pemikiran. Pasti ada yang terbawa bawa.

Encik Azaman, harus baca entri ini. Ini pengalaman kita Bang. Bagaimana kita pada awalnya mengharungi detik detik ini di tempat kerja dan akhirnya mempunyai jalan penyelesaian yang amat mudah. Ingat sindrom Histeria? Masih jelaskan. Sampai kita bermalam di tempat kerja untuk melihat sendiri dan memastikan production harus jalan tanpa gangguan. Orang Jepun tak faham ,sukar nak explain tetapi kita jawap macam Ridwan Abu jawap ( One two Three ) Black Magic Woman Santana.


Filem Mantra ini, di lakon kan oleh Zul Handy Black sebagai Muzir seorang pengamal Ilmu hitam, yang telah di aniaya oleh Hasbi ( Hasnul Rahmat), yang mahu merampas isteri Muzir dan sewaktu di penjarakan, Muzir menuntut ilmu hitam daripada seorang lelaki yang bergelar Bahsura. Ada yang akan insaf dan jadikan sebagai pengajaran filem ini, ada yang anggap filem ini sebagai hiburan sahaja dan ada yang akan terbawa-bawa dengan pengaruh filem ini . Golongan yang terbawa-bawa inilah yang susah. Nak ke tandas dah jadi takut. Masuk lif seorang diri dah jadi kecut. Ditambah pula yang ingin mencari populariti murahan, bisa mengetahui sama ada lembaga-lembaga yang di takuti akan datang di tempat kerja atau tidak. Kalau datang tolong contact. Ini karektor Hasbi dalam filem Mantra, create problem dan solve problem tu sendiri jadi of kos, hero hebat. Nanti ada yang nak jadi seperti watak Muzir, Hasbi, dan Bahsura dan macam macam lagi.

Filem itu bagi saya pengajaran yang bagus tetapi fantasi juga bermula. Apa pun saya suka filem itu. Kita dalam hidup ini ada banyak perkara lain yang kita boleh buat. Let's go out from Merry Go Round.
Benar benda benda ini wujud, tetapi kita harus keluar rumah, cari makan, anak anak nak makan, Ibu bapa perlukan bantuan di Kampung, atap rumah mereka dah bocor, bau bilik air dengan ruang tamu dah hampir sama busuk. Jadi itulah dulu priority. Selagi anda punyai nawaitu yang betul dan berjalan di lorong yang benar, anda kuat dan susah dicerobohi diatas doa doa mereka. Macam macam. Lama kelamaan pekerja menjadi takut dan terbayang bayang imej yang menakutkan dan tidak sedarkan diri. Kerja tergendala dan menjadi produktivi semakin merosot. Yang terkena akan di keluarkan dan di rehatkan dan tinggal bekerja pula akan terbayang bayang dan takut. Sudah pasti ada masalah kualiti dan produktiviti. Ayuh kita yang dewasa ini sampaikan mesej yang tepat. Bila mereka bercerita Tahap Degawan, kita harus jelaskan. itu adalah pengajaran yang baik supaya kita tuntut ilmu yang lebih baik, halal dan berfaedah dan jauhilah perkara perkara itu. Jangan di tambah sesedap rasa dan mulai dengan " Hei aku dulu pun , pernah tau kat asrama, bla,bla,..bla...bla....bla, kat simpang , kat tandas, kat parking...dan macam macam lagi. Memang wujud tetapi anda harus kuat dan buka topik yang boleh menembusi nya bukan menambah kan lagi. Watak Hasbi kadang wujud. perhatikan dan cuba hentikan.
Encik Azaman , sekarang bagaimana ya di sana?

Apa pun filem Mantra adalah pendidikan yang baik bagi diri saya dan saya percaya yang lain.



Friday, July 23, 2010

Gun And Roses


Salam pada semua yang sudi membaca. Terima kasih pada semua yang memberikan komen. Ada yang baru mengetahui perihal Carlos Ghosn. Sebenarnya, kisah kejayaan beliau pernah beberapa kali ke udara di Astro. Ya benar, kita guna buku bukan hafal buku. Betul tu.

Pada sahabat saya, The One ;

Terima kasih atas komen yang di berikan. Ha ha ha. Rupanya anda masih ingat kenangan dulu ya. Manis bukan masa tu. Kita berebut rebut mencari sesuap nasi dan istilah glamour tiada dalam prioriti kita. After all tempat kerja adalah periuk nasi bukan pusat hiburan. Kerja harus di hormati. The One, terima kasih ya. Anda juga hebat. Dari seorang operator, menjadi repairman dan menjadi Penyelia / Ketua Kesatuan. Banyak yang saya pelajari dari anda. Akta undang undang di tangan anda adalah seperti kapas yang ringan.

Pada Pn Norjahan (Cik Fame);

Terima kasih kerana sudi menghantar komen walaupun sibuk menjaga ibu yang sakit. Kebetulan entri Blackout keluar tepat pada situasi Puan sekarang. Kisah kanak-kanak yang menghantar sms itu amat menarik. Seperti yang saya syorkan, hospital, rumah penjagaan orang tua-tua, dan pusat rawatan sakit jiwa boleh juga di jadikan training centre atau tempat menjana minda. Sibuk-sibuk anda sebagai Ketua Jabatan HR , ada masa juga untuk jaga mak ya. Betul, ibu bapa boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi kadang kadang sepuluh orang anak nak jaga seorang ibu pun susah. Saya juga tertarik pada ayat "calit Brycream" ke rambut oleh Puan. Ya benar penampilan harus kemas, rumah harus kemas, kereta juga harus bersih. Semua itu kualiti diri. Satu identiti. Bibir berlipstik tapi kereta kotor juga ayat power yang cukup menarik. Simple and precise. Memang Fame. Semoga Mak Cik Fame sihat ya. Time Management yang berkesan.
Encik Azaman,
Dengar khabar tak berapa sihat. Harap dah dapat rawatan ya. Bagaimana sekarang? Apa projek atau strategi pengurusan yang menarik sekarang?

Pada Samurai saya, Shahrul ;

Kebelakangan ini nampak terlebih tampan dan segak sejak menimang cahaya mata yang kedua. Tambah hensem ya sekarang. Beliau tengah membaca tulisan Peter Drucker , Managing in Turbulent Times. Banyak idea yang di longgok kan pada saya. Bagus! Dia kuat membaca. Mari berlumba. Ini perlumbaan yang baik.

Entri kali ini berkaitan Gun and Rosses. Bukan kumpulan Rock Gun and Roses.
Hari ini saya ternampak bunga Ros maka saya teringat satu kenangan bersama The One.Kenangan ini berputik sewaktu saya baru masuk Jabatan HR dan sebagai IR officer sahaja.Ketika itu, Ketua Jabatan adalah seorang lelaki Cina yang banyak mengajar selok belok pengurusan di HR.Namanya Ng Chin Sian dan saya lebih senang memanggilnya dengan panggilan Boss.
Teringat saya pada kata-kata The One pada saya beberapa tahun dahulu. The One kata saya tegas perihal disiplin selaku IR officer (ketika itu) . Sering kali juga bertelagah kalau ada dispute. Saya teringat cerita Alan Tam dan Andy Lau sekitar tahun 90an yang saya tonton bersama One Man Gang(Romzie)yang bertajuk Gun and Roses. Seorang pembunuh upahan yang hanya tahu dua perkara sahaja dalam misi kerjanya.Berikan bunga pada yang mulia dan tembak mati pada yang tidak ikut peraturan. Sambil tersenyum saya jawap pada The One,"boss saya hanya beri dua arahan, Gun and Roses. Beri bunga pada yang mulia dan rajin berkerja yakni reward, menembak yang tidak mengikut peraturan, biadab,membuat provakasi dan menjadi bebanan pada syarikat." Dia lantas ketawa.Hilang kata-kata.

Sejak dari hari itu, dia selalu tanya boss saya,"Halo Boss, ini hali, Rafi kasi bungakah kasi tembak?" Boss saya juga ketawa dan selepas itu turut serta menerima pakai gelaran itu. Bila ada dispute, Mr Ng akan beritahu, "Ok, Rafi ini macam kes, kasi bunga". The One juga berada di situ dan kami ketawa bersama-sama.
Mr.Ng sekarang sudah bertukar tempat kerja tetapi kami bertiga masih mengguna pakai dua perkataan itu. Macam-macam gelaran yang kita dapat kalau duduk di HR Department ini. Walaupun pahitnya lebih banyak, seperti ancaman, politik, kadang popular kadang tidak tetapi semua itu adalah yuran pelajaran. Apa pun saya gembira ketika itu. Bila menjadi tenaga pengajar, semua pengalaman berkenaan saya gunakan untuk menolong orang lain dalam.


Duduk HR ini kadang kena tegas dan kena pilih antara Gun or Roses!


Thursday, July 22, 2010

Replacement Killer


Hi apa khabar semua. Terima kasih pada komen-komen yang di kirim menerusi sms berkaitan dengan entri Black out dan Mangga. Benar.Dua entri sekali di masukkan pasal satu tu tertangguh, sibuk sikit.

Entri kali ini bertajuk Replacement Killer! Apa tu. Salah satu tajuk filem Chow Yuen Fatt . Chow Yuen Fatt ni amat sesuai memegang watak sebagai seorang hero berimej "Cold Blooded". Tenang, bijak dan tidak huru hara dan kecoh kecoh. Kalau diberikan sepucuk pistol dia adalah pakar menembak tapi kalau diberikan dua pucuk pistol, dia adalah Raja Tembakan!.

Entri kali ini kita berkongsi pengetahuan tentang seorang pemimpin sebuah organisasi yang bernama Carlos Ghosn. Siapa itu Carlos Ghosn.? Ini yang di katakan gegaran!

Beliau telah meledakkan bom di Negara Matahari terbit menerusi gaya dan kaedah kepimpinan nya.Beliau pernah di labelkan sebagai Public Enemy no 1 di Jepun, bergegar syarikat syarikat Jepun kerananya. Kehadirannya di dalam kancah industri di Jepun merupakan satu langkah berani yang perlu di ambil oleh Nissan bertujuan menyelamatkan syarikat kenderaan tersebut dari berkubur. Walaupun mendapat beberapa tentangan dari kalangan pemegang saham Nissan ekoran jarang sekali seorang CEO berbangsa asing(selain dari bangsa Jepun) menguruskan sebuah syarikat yang asalnya di asaskan oleh bangsa Jepun. Namun, Carlos Ghosn yang terkenal kerana keberaniannya merubah sistem kerja telah di beri peluang bagi mengembalikan era emas Nissan.
Saya membeli buku beliau pada tahun 2001" How Carlos Ghosn Rescued Nissan, The Turn Around story " di MPH, Mid Valley. First Class buku nie. Bagi para penyelia atau pun pengurus yang membaca entri ini, saya syorkan beli buku berkenaan. Tidak akan rugi!. Sebulan paling tinggi RM 300 ratus saya belanjakan untuk membeli buku dan paling rendah RM 50. Tapi mesti beli.

Jangan salah faham konsep membaca buku ini. Kadang ramai orang yang keliru tentang konsep membaca buku. Kita bukan baca buku tapi kita guna buku.

Tak semestinya kita baca dari muka surat satu sampai 700. Kita rujuk pada tajuk tajuk yang tertentu dan bab yang bersangkut paut atau bab yang paling penting. Dalam sesebuah buku muka surat manakah yang paling penting? Cuba teka? Muka surat isi kandungan . Melihat muka surat itu anda sudah nampak
Big Picture seperti, berapa tajuk yang ada dan yang mana paling penting. Saya suka menggunakan mukasurat isi kandungan untuk membuat summary perihal key points tentang setiap isi kandungan.

Kecuali kalau anda membaca novel, setiap mukasurat harus di baca page by page.

Kalau di Kinokuniya KLCC atau pun MPH Bookstore di Mid Valley, saya bisa berada di situ dan sedar sedar sudah 3 jam berlalu. Honest!. Memang saya gila kedai buku dua ni. Kalau bulan Ramadhan, selalunya tak banyak sesi latihan kecuali mengajar di kolej ataupun institut maka dua tempat inilah menjadi sasaran saya sementara menanti waktu berbuka puasa.

15 fakta menarik tentang Carlos Ghosn:
1. Carlos Ghosn di lahirkan pada 9 March 1954 Lebanon. Dibesarkan di Brazil dan bertugas di Perancis.

2. Berkahwin dan punyai 4 orang anak. Engineering Back Ground.

3. Beliau seorang CEO Renault dan kemudian Nissan apabila Renault dan Nissan bergabung.

4. Beliau telah membuktikan pemimpin asing juga bisa memimpin sesebuah organizasi dengan cemerlang walupun terdapat perbezaan kebudayaan yang ketara. Bagi beliau, konteks pengurusan adalah sama di mana mana pun cuma situasi berbeza.

5. Pernah menjadi Chairman dan CEO di Michelin. Beliau bekerja di sana selama 18 tahun.

6. Nissan hampir mengalami kebangkrapan pada tahun 1999. Nissan bergabung dengan Renault dan beliau hadir ke Nissan sebagai penyelamat dan benar Nissan di selamatkan enam bulan selepas kehadiran beliau. Sekiranya tidak, Nissan hanya tinggal nama dan sesekali akan kelihatan pada model lama kereta keluarannya.

7. Di saat kehadirannya, Nissan mengalami hutang sebanyak $20 billion dan cuma 3 dari 48 model kenderaan keluarannya yang mendatangkan keuntungan.

8. Dalam masa setahun, Carlos Ghosn berjaya mengembalikan aset Nissan dengan nilai sebanyak $2.7 billion. Selepas itu, operating profit Nissan, meningkat daripada 1.38% pada tahun 2000 menjadi 9.25% pada tahun 2006.

9. Le Cost Killer. Maksud nya Cost Buster no 1! Cut thousands of jobs, menutup lima domestic plants dan menamatkan puluhan khidmat supplier yang di rasakan tidak memberikan faedah pada Nissan. Polisi yang jelas, "IF SALES UP, PROFIT UP, IF SALES DOWN , PROFIT DOWN BUT HOW TO MAKE PROFIT WHEN SALES IS DOWN?, Ha ha ha , sudah tentu agenda Cost Saving itu harus!

10. Beliau meruntuh sistem hiraki tall organization. Di mana keputusan akan lambat diperolehi kalau sistem organizasi punyai banyak lapisan. Bayangkan, untuk memutuskan satu perkara harus melalui 6 lapisan aprroval. By the time competitor anda sudah berada di pasaran dengan produk baru sedangkan anda masih terkial kial mencari kata putus. Beliau memperkenalkan sistem organizasi yang lebih pantas, konsep CFT . Cross Functional Teams. CFT ini di bahagikan kepada, Jualan, Sumber Manusia, R&D, QC dan Marketing.

11. Mengubah konsep penilaan prestasi dan motivasi pekerja. Sistem PLWS di praktikkan. Performance Link Wages System menggantikan sistem senioriti. Senioriti sahaja tidak boleh menjanjikan prestasi yang cemerlang. Konsep yang di perkenal kan lebih adil dan saksama. You do it, you get it!.

12. Membuat kejutan dan tidak hadir pada parti sambutan tahun baru pada tahun 2001, yang di lancarkan oleh kumpulan-kumpulan supplier Nissan. No creation of obligations. Benar.

13. Di pilih sebagai Man of The Year pada tahun 2003 oleh Fortune Magazine.

14. Oleh kerana kehebatan beliau, terdapat majalah dalam bentuk kartun yang di terbitkan di Jepun menceritakan kehebatan nya.

15. Calon yang selalu di buru oleh Head Hunter!

To HR Practioners ; sometimes to make extraodinary change you need to make external recruitment. New Broom sweeps better !. New perspective, new culture, new flexible mind set and not bounded with any of the company politics, and in effective practices.

Banyak lagi yang menarik tentang beliau termasuklah membuat akujanji mengundurkan diri sekiranya Nissan selepas kemasukkannya tiada membuat perubahan. Beliau cemerlang. !

The Replacement Killer yang cemerlang.

Wednesday, July 21, 2010

Black Out


Salam mesra saya pada semua yang membaca. Maaf lama tidak kelihatan. Sedikit sibuk dalam urusan harian sehinggakan saya tidak sempat membetulkan ayat-ayat untuk entri terdahulu(Mangga).Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi membaca dan memberikan komen. Harap semua nya sihat.

Baru baru ini berpeluang untuk berjumpa dengan seorang rakan lama. Seorang pakar jiwa. Beliau adalah rakan yang menolong saya sewaktu pengajian Master saya dalam bab Organization Behaviour - Personality Disorder. Banyak topik yang kami bualkan. Kali terakhir saya bertemu beliau pada bulan Mac tahun ini. Perbualan kami menjadi menarik dengan cerita dan pandangan beliau.

Memeranjatkan bagi saya. Saya syorkan pada ibu bapa , sekira nya anda punyai wang yang lebih, selain melawat tempat tempat peranginan yang indah indah, lawatlah pusat-pusat rawatan jiwa ataupun wad-wad berkenaan. Juga jangan lupa rumah rumah orang tua tua yang di tinggalkan dan di kejami.

Melihat titisan airmata seorang ibu yang di tinggalkan akan menyedarkan kita dan anak anak kita. Pernah terdengar di telinga saya satu ketika di Jabatan Kebajikan Masyarakat. " Anak anak makcik ramai nak, tapi nak harapkan bagi sorang lima puluh ringgit sebulan pun susah nak, bini diorang tak kasilah, laki dia orang tak kasilah, sibuklah , entahlah nak." "Mak Cik harap duit welfare aje nak". Airmata nya menitis. Saya ikut sayu. Wajah mummy jelas di mata.

3 soalan terpacul di fikiran. Pertama: Adakah kerana proses didikan yang salah pada anak-anak nya? Kedua: Adakah kerana proses didikan yang betul tapi anak-anaknya lupa diri dan Ketiga : Suratan Takdir.

Melawat tempat berkenaan, walaupun bukan satu bentuk hiburan tetapi kesedaran dan pengetahuan. Semoga kita dan anak kita dapat melihat dengan jelas dan sudah tentu pembentukan masa depan menjadi lebih teliti dan berwaspasa sentiasa.


Petikan dari ruangan akhbar Mingguan Malaysia, Dicelah Celah Kehidupan (sudah menjadi minat saya dari belasan tahun lagi)

Tuesday , March 9 , 2010, Pakar Psikologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, melihat kepada laporan kajian kesiahatan kebangsaan dan morbiditi ketiga pada 2006, 11 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah mental. "Ini bermakna kira kira 2.6 juta daripada keseluruhan penduduk mengalami gangguan psikologi dan jumlah ini agak ketara". Beliau juga merupakan Penyarah Kanan Universiti Malaya dalam bidang ini. Beliau menambah, ada kemungkinan dari tangga ke sepuluh sekarang penyakit mental boleh menjadi penyakit kedua tertinggi menjelang 2020 nanti selepas penyakit jantung. Dunia berjalan dengan begitu pesat. Desakan hidup menjadi lebih kuat. Tingkah laku menjadi kepelbagaian. Tekanan diri menjadi lebih tinggi. Ada yang tertekan kerana kerjaya, ada yang tertekan kerana pasangan hidup masing masing, ada yang tertekan kerana ibu bapa, ada yang tertekan kerana anak anak dan ada yang tertekan kerana percintaan. Manusia juga boleh jadi apa sahaja kerana cinta, Benar. Amat benar.


Ketika itu, 1 Sept 2004, saya melawat sebuah wad pesakit mental atas urusan latihan dan seminar. Di bahagikan pada dua sel. Sel perempuan dan lelaki. Selepas sessi seminar tamat, saya melihat sel sel berkenaan dari luar. Hati bagai di hiris sembilu. Benar ada yang menggelikan hati tetapi mereka bukanlah satu tontonan untuk hiburan . Sel lelaki punyai pelbagai ragam.

Ada yang menyorok, ada yang menyanyi, ada yang bersyair dan tidur. Di sel perempuan , ada yang menari, menangis, tidur dan bercakap seorang diri. Sel mereka berhadapan. Kelihatan seorang wanita yang berjalan sambil menari . Cantik dan jelita. Dikejami oleh lelaki dan hinggap menumpang di situ. Anak nya masih kecil dan datang melawat bersama ibu nya. Melihat muka kanak kanak itu, membuat saya bersimpati. Anak itu tidak dapat berkomunikasi seperti biasa dengan ibu nya . Anak itu memanggil " Mak, mak, mak tengok lah sini." Tapi laungan itu tiada sambutan. Ibu nya benar benar sudah ke alam lain. Kanak kanak itu tidak berputus asa. Namun Ibu nya tidak langsung berikan apa apa respon. Nenek nya menyabarkan anak itu. Berborak dengan Nenek kanak kanak itu. Menyedihkan dan mengharukan. Kejam. Root Cause yang menjadikan wanita itu terganggu mental nya sungguh kejam.

Leka memandang ke arah sel perempuan , ada tangan yang menguis baju. Toleh dan sedikit risau kerana belakang saya adalah sel lelaki. Bila saya toleh dan bertentangan mata, rupanya ada seorang lelaki yang menguis. " Sir , why worry" tanya nya pada saya. "Alamak, dia boleh speaking lah". Kata hati saya. "Sir, don't worry sir, all success man must go through all this, they must stay here first". Ulasnya pada saya. Agak menarik intro yang di berikan. Timbul rasa pelik atas status dia sebenarnya. Dia mula bercerita yang beliau adalah seorang ahli perniagaan dan terdapat sedikit masalah ekonomi dan pinjaman membuatkan dia rasa sedikit kacau dan berehat seketika di situ. " Encik , awak apa business bikin " tanya saya. " Lori , Transportation Incik". Jawapnya. "Incik, tengok luar sana huh, saya punya lori ada parking dalam 6 atau 7 bijik lah" Spontan dia berkata. "Tempat tiada cukup, kalau Incik ada tanah , saya mahu sewa kasi parking lah" Dia menambah. Kebetulan sel berkenaan mengadap keluar. Saya ikut katanya . Saya lihat keluar. Tak nampak lori pun dan terus saya tersedar, dia juga pesakit. "Ceh, yang aku ikut tengok buat apa" bisik hati saya.

Saya anggukkan kepala dan berundur. Beliau terus bercakap di ikuti oleh gerakan tangan beliau merawang rawang ke udara. Toleh lagi ke sel wanita. Kedengaran dari sel lelaki lagu daripada kumpulan WOW . Engkau lah yang satu. Sedap suara lelaki itu. pandai dia membawakan lagu tersebut.
Saya melangkah keluar dan melalui sebuah taman. Di situ , saya lihat ada dua orang jururawat sedang berjalan dan memegang seorang wanita yang sedang menari rentak tarian melayu. Berjalan dengan tangan berlenggok.

Tuju ke kereta dan memandu keluar. Wajah pesakit perempuan yang jelita di mana anaknya datang melawat, wajah lelaki taukeh lori , wanita yang menari sambil berjalan di taman dan suara nyanyian lagu Engkaulah Yang Satu terbayang di mata. Saya tidak dapat menahan airmata. Satu pelajaran yang penting dalam hidup.

Hari ini dimana mereka tidak saya ketahui. Lawat lah tempat tempat seperti ini. Satu pengajaran yang bernilai. Jangan sampai kita Black Out!

Mangga


Apa khabar wahai rakan rakan yang di hormati? Sihat harapnya. Terima kasih untuk semua komen terutama yang terbaru, U TURN. Benar kita harus beringat untuk kembali semula ke pangkal jalan. Bila ada kereta Mercedez lalu sebelah, fikirkanlah kenapa bukan kita? Bila ada orang yang berjaya menerima awards ataupun anugerah, fikirkanlah kenapa bukan kita? Mudah mudahan kita akan maju. Jangan lah kita selalu kata "eleh , at least aku lebih baik sikit daripada sipolan dan sipolan". Salah benchmarking tu. Kita kena compare dengan orang yang lebih berjaya bukan yang kecundang.

Entri ini berkenaan Masterji. Entri ini berkongsi pandangan bagaimana bakat yang kita sangka kecil dan tidak bernilai boleh melonjakkan nama kita dengan sekelip mata dan dikenali. Jangan risau pada berapa banyak kelemahan yang kita ada tetapi fokuskan pada kelebihan kita walaupun satu.

Masih ingat dengan aura Pak Zol pada entri yang lepas? Saya gembira berjumpa dengannya. Ketika itu Encik Azaman berada sedikit jauh daripada department saya. Beliau seorang Engineer yang popular. Saya di tempatkan di sebuah department yang di penuhi dengan mesin. Barulah saya mengenali asas-asas elektronik dan teknikal. Luas rupanya dunia. Rupanya ada banyak perkara lain yang lebih menarik selain daripada memakai T - Shirt “Pakalolo”. Rupanya ada lain yang lebih penting selain daripada memetik gitar dan memekak tengah tengah malam, Rupanya ada perkara lain yang lebih indah selain daripada mengoyak seluar di bahagian lutut, mengejar glamour yang bukan-bukan dan memakai buckle Harley Davidson serta melilit sapu tangan warna merah atau hitam di kepala .

Rupanya banyak perkara lain yang menarik di dunia ini. Saya yang kurang berpelajaran, mengambil masa untuk memahami selok-belok pengendalian mesi. Barulah saya tahu, kegunaan Printed Circuit Board. Ceh..., singkat nya otak aku ni. Sistem kerja yang produktif. Tiada tolenransi kalau lewat.Surat Amaran terus. Supervisor tiada yang bercakap perkara perkara mengarut. Tiada topik tentang karaoke atau bercerita perihal skandal orang atau yang boleh membuatkan jiwa dan akal sesat. Tiada yang mencarut-carut. Tiada topik “double meaning” walaupun akta gangguan seks belum lagi di tekankan. Semuanya topik perbualan berkaitan dengan masa depan yang gemilang, ilmu pekerjaan dan peluang menambah kan kemahiran.

Kalau pergi rehat, mesti kembali semula ke kawasan kerja dengan tepat waktu. Jalan harus laju. Kalau seorang tidak hadir yang lain mesti tahu setiap inci maklumat. Tidak boleh gunakan alasan kawan tak datang kerja dan anda tak boleh buat kerja atau tak tahu. Brain toucher terlalu kuat tetapi bagus. Satu operator menjaga sepuluh mesin. Target harian diberikan,di mestikan mencapai target kalau tidak kena jawap pakai form 5W + 1 H. What, Why, When, Who, Where, and How production below target? Jawap jangan tak jawap. Selain memastikan mesin harus jalan dengan lancar operator harus tahu membaiki mesin sekiranya breakdown. Level Engineer dah tu. Berbeza dengan organizasi lain. Kalau jalankan mesin pakai operator, mesin rosak pakai engineer. Tapi di sini operator buat semua.

Ada yang merungut sebab gaji kira operator. Di situ ramai yang berhenti dan cari kerja di tempat lain. Tetapi bagi saya, itulah masa depan. Kita tidak boleh berkira untuk membina masa depan. Penat adalah yuran pelajaran dan pelaburan masa depan. Bagi saya mudah, dah lah sekolah bodoh, jangan nak berangan macam Raja Dunia.

Pagi sebelum mula kerja meeting dan balik pun meeting. Saya terasa benar Culture Shock. Beza dengan environment pekerjaan dulu dan kebudayaan hidup saya. Perlahan lahan kenangan menjadi kutu dan Mat Motor hilang berganti dengan harapan yang tinggi menggunung. Cuma bayangan Zack dalam filam Azura dan Jamal Abdillah masih keras tertanam di jiwa. Zack tidak akan pergi dari jiwa ini. Tidak sama sekali. Zack adalah asset di dalam jiwa ini. Masih teringat dialog Zack dalam filem Azura, sewaktu meninggalkan kumpulan motornya " Aku tidak mahu lagi menjadi anak anak yang rosak akhlak nya"

Yang masih kekal ketika itu ialah rambut yang panjang dan ada tail serta seutas gelang tangan ( Bukan emas ) tertera perkataan "Metalica" dan lantunan rokok ke bibir. Azam sudah berubah. Hidup semakin bererti. Jelas kelihatan tiang gol. Mahu jadi Manager. Pak Zol kata boleh.

Syarikat ini bukan sahaja memberikan anda pengetahuan tetapi yang paling mahal ialah perubahan karektor. Di situ saya belajar menjadi manusia yang berguna termasuk punyai moral yang baik, disiplin dan mengenali jalan ke hadapan. Walaupun sebagai operator tetapi kami di latih sebagai seorang samurai yang hebat. Kami boleh memimpin dan jadi perancang yang cemerlang. Ibarat kalau pergi berperang , walaupun peluru habis tetapi kami boleh survive dan selamat pulang. Is just a matter of time sahaja.

Pagi kerja bermula pukul 6.45am sampai jam 3 petang. Pukul 5.30am sudah terpacak menunggu bas. Kami bertiga menunggu bas seperti biasa. Kalau makan di kantin, pinggan dan gelas harus di letakkan di tempat pinggan pinggan kotor, tidak boleh di tinggalkan. Kalau di t inggalkan , boleh dikenakan tindakan disiplin. Bagus kilang ini. Tandas juga harus bersih. Disinilah saya belajar, erti kualiti yang cukup cantik. "Kalau bersih tandas kilang, bersihlah kualiti kerja kita. Dan kalau kualiti kerja kita bersih, maka produk kita juga berkualiti". "Kalau tandas kita kotor, pekerja kita pengotor maka produk kita juga kotor" Puh, as simple as that. Slogan yang selalu kami dengar sewaktu perhimpunan pagi.

2 bulan normal shift dan kemudian masuk 2 shif. 6.45 am - 3 pm ( shift pertama) , 3pm - 11pm ( Shift kedua). Kalau shift pagi saya akan masuk seawal 6 .15 am tanpa claim overtime. Begitu juga bila shift petang. Saya akan sampai pukul 2.00pm tanpa claim overtime. Tujuan nya mudah sahaja. Kalau saya datang awal, saya bisa mengaturkan semua keperluan kerja awal awal lagi maka sudah tentu saya dapat mencapai target harian line saya. Tak payah isi 5W + 1 H Report.

Strategy saya ketika itu.Apa nak buat, masa sekolah bodoh jadi kena kerja lebih daripada orang yang pandai. Kalau orang pandai kerja 8 jam sehari, kita yang bodoh ni harus kerja 12 jam. Baru lah hidup kita selesa.

Ravin dan saya menjadi rapat. kadang ada orang lain keliru. Ada yang panggil saya Ravin dan panggil dia Rafi. Kami rapat macam AmitabhBachan dan Dhamendra dalam cerita shoolay.

Motivasi kerja kuat walaupun pressure dan brain wash terlalu kuat. Mummy gembira. Adik mendapat wang saku yang lebih. Nenek.. ya Nenek dapat makan lauk pauk yang lebih baik dan wang belanja yang lebih. Rumah Mummy tiada lagi potongan bekalan elektrik. Adik sudah boleh tersenyum. Mummy lebih ceria kerana saya sudah nampak bersemangat kerja di situ. Betul juga kata Mummy, "Kita orang miskin nak, apa kerja yang kita ada, hargai lah".

Ketika itu shift petang. Seorang penyelia wanita menghampiri saya, " Rafi, siapa lukis kartun belakang kotak nie"? Saya sudah pucat. memang lukisan saya. Saya pandai melukis kartun. Itu yang saya belajar kat sekolah. cuma masalah nya soalan pasal kartun tak keluar waktu peperiksaan SPM. Kalau keluar tentu gred 1. "Tapi kotak tu kotak yang tak pakai , dan barang buangan kan".. jawap saya pada penyelia tersebut." You answer my question" hentak penyelia berkenaan. " Is this your drawing"? ...tambah nya. Dengan terketar ketar saya menjawap" Err..yes, and I am very sorry for doing that thing". Dah takut separuh mati. "Alright . you follow me Rafi." Arahan dia." Habislah aku." Gertus hati saya. Ini mesti pi ofis dan kena lecture dan silap haribulan dapat warning letter dan tak ada harapan confirm dalam perkhidmatan. Terbayang wajah adik, mummy dan Nenek.

Saya di bawah masuk ke sebuah bilik dan disitu saya nampak ramai Jepun dan Pak Zol. "Habis lah aku nie, ramai ramai nak belasah aku nie". Saya pucat dan rasa nak pi bilik air. " Ok Fukushima san, Rafi san can draw cartoon / mangga". Penyelia tadi bersuara pada seorang Boss Jepun dan lain lain. Fukushima san datang dan melihat kotak berkenaan dan berkata " Vely good ( Very good )." Terus bersalam dengan saya dan mempelawa saya duduk" Hait lafisan dozo,". Katanya. Saya pandang muka penyelia tadi dan bertanya" Kak Ju, ni pasal apa nie" ..saya binggung dan tidak mengerti. Jawap penyelia berkenaan, " Kami ada pertandingan kawalan mutu, so would like to use your skill in the project"." U kena lukis kartun yang berimejkan isu pekerjaan" Tambah nya. "Ohhhhh, macam tu ke, I will do it". Jawap saya dengan hormat dan jelas . Bekerja di syarikat Jepun ni, jawapan harus positive dan respond harus cepat. Tak boleh lah nak jawap, "Emm well, I will see first, " atau "Saya cuba lah ya" atau " May be". Kalau jawap macam tu, duduk lah kat takuk yang sama sampai pencen. Jawapan harus jelas, tegas dan mencerminkan keyakinan. Muka harus menunjuk kan kita gembira, hormat dan tidak nampak mencuka atau kening mengerut.

Kurang sikit rasa panik. Ingatkan kena marah ke atau tindakan tindakan disiplin yang lain pasal conteng kat kotak buangan. Penyelia saya tadi tersenyum dan saya dapat rasakan dia suka dan bangga kerana dia bisa menyediakan apa yang Boss dia mahukan. Pak Zol menghampiri saya, " Ohh Mohd Rafi , penyanyi lagu hindustan nie, u pandai lukis mangga ya?'Kata Pak Zol. Darah saya terus rasa nak berhenti tengok dan dengar suara dia. Semua operator memang takut dan hormat pada beliau. Saya ada rasa macam nak pi bilik air semula sebab takut dia perasan rambut saya panjang melebihi kolar baju uniform. Kalau tak silap saya, saya seorang sahaja operator lelaki yang berambut panjang ketika itu. Cepat cepat saya sorok kan rambut sikit dalam kolar baju.

Saya bersalam dengan nya dan Penyelia saya menyuruh saya duduk dan menerangkan apa yang saya patut lukis pada kertas A4. Saya terus lukis seperti yang di arah kan. Disamping itu saya cuba memahami apa itu Kumpulan Kawalan Mutu atau Quality Control Circle. Sekarang ini dipanggil KMK.

"U lukis gambar pekerja bawa troli dan sedang berjalan ya" Salah satu arahan penyelia tadi. Banyak gambar Kartun yang dihasilkan sewaktu itu. Selepas setiap satu siap, ia ditampal di dinding. Ramai pegawai Jepun yang melihat termasuk Executive Director . Orang besar no 2 dalam syarikat itu. Semua pegawai Jepun berkenaan datang melihat saya melukis dan bertanya nama saya. Selepas itu saya tak faham apa yang mereka bualkan kecuali sesekali terdengar perkataan Lafisan, Mangga , hait. Hait paling banyak. Hait tu maksud nya ya atau yes. Bukan datang haid.

Penyelia saya gembira dan tumpang bangga, Kerja berkenaan berlangsung selama 3 hari berturut turut. Pulang dari kerja, Ravin akan mengusik " Ye lah , orang dah kerja dalam opis, General manager lah katakan mana ingat machine lagi" Ha ha ha kami sama sama ketawa dalam Van pengangkutan syarikat.

Selepas itu, hampir ramai orang atasan yang mengenali saya. Amat memeranjatkan. Pernah beberapa kali apabila Executive Director itu berjalan d kawasan kerja dan terserampak dengan saya akan angkat tangan dari jauh " Lafisan, how are you". Semua rakan melihat. Saya jadi bangga dan malu pada rakan rakan. " Fuyoo' Din kawan kita sudah salam ngan orang besar lah" Usik Ravin dan seorang rakan lagi Din Bulat.

Pak Zol juga selalu menegur saya semenjak hari itu. Tapi setiap kali jumpa Pak Zol saya ada rasa nak pi bilik air. Rambut tetap panjang.

Motivasi kerja saya naik lebih tinggi dan saya rasa lebih gembira. Kerana saya pelukis kartun didalam projek Kawalan Mutu maka saya di jemput untuk hadir ke hari pertandingan Kumpulan Kawalan Mutu di Dewan Bangunan SUK Shah Alam. Dua perkara yang meruntun kan jiwa saya bila berada di sana. Pertama, di bangunan itulah saya menjadi cleaner yakni mencuci tandas dan yang kedua saya dapat lihat hasil kartun saya di Skrin besar menerusi penggunaan slide projector. Saya bangga. Penyelia tadi menunjuk kan kartun saya di skrin tersebut.

Pulang pada hari berkenaan, saya gembira dan bercerita pada Mummy. "Ye lah , kartun pun kemahiran juga". Kata mummy. Dulu selalu ditangkap Mummy sebab ingatkan saya buat home work sekolah rupa nya lukis kartun Sampai kan Mummy pernah tanya :"Adakah Universiti lukis Kartun dalam dunia nie huh?". Tak berani jawap.

Selepas itu banyak projek itu , banyak project lain yang saya dapat untuk melukis kartun. Dapat buat overtime, syukur rezeki bertambah dan dikenali oleh ramai orang. Pernah hampir 150 poster yang mengandungi kartun saya dalam bentuk poster di letak kan di sepanjang jalan menuju Ke Kantin pada dinding yang berdekatan. Mungkin Encik Azaman masih ingat lagi kot. Syarikat Jepun lebih percaya mesej yang penting harus disampaikan dalam bentuk bergambar supaya senang difahami. The One ketika itu adalah Repairman syarikat yang paling hebat.

Apapun saya gembira dan saya dapat rasakan saya boleh berjaya. A matter of time sahaja. Perlahan lahan, satu demi satu kenangan lama hinggap di kepala. Rafi sekarang Rafi yang berlainan. Terbayang muka One Man Gang dan pengalaman menjadi Captain Hook. 6 bulan kemudian rambut yang saya pertahankan akhirnya gugur menyembah di lantai kedai Mamak akibat nasihat yang menembusi jiwa daripada seseorang yang penting dalam hidup saya kini. Benar juga kata nya. " Pi, potong rambut dan masa depan akan lebih cerah".

Rambut di potong dan dan bermuka baru. Kecoh satu department dan benar , orang yang pertama datang bersalam dengan saya ialah Ketua Jabatan saya Fukushima san. "GOOD BOY" Kata nya. Mummy gembira bukan kepalang. Sewaktu saya menjadi pengurus sumber manusia belasan tahun kemudian, setiap kali melihat ada pekerja yang berambut panjang di tangkap, saya senyum sendiri dan memujuk nya dengan baik dan sopan.

Beberapa tahun selepas itu, lukisan-lukisan tadi di jadikan dalam bentuk gambar dan manual. Pekerja baru belajar dan melihatnya. Melihat situasi itu membuatkan airmata saya kadang menitis. "Itulah jasaku, itulah fitrah ku, itulah aku belas tahun dahulu" bisik hati saya.

Apa yang boleh kita pelajari dari entri ini:

1. Jangan risau pada kekurangan. Kalau di kira , memang kita ada banyak kekurangan. Guna kanlah kekuatan walaupun satu.

2. Bila di berikan peluang jangan abaikan. Terus mara.!

3. Bila anda mula popular , mutu kerja anda haruslah konsisten. Anda kini dibawah spotlight!

Terima kasih kepada yang membaca. Di entri ,Masterji yang akan datang ada lebih banyak cerita cerita yang menarik dan boleh digunakan dalam pekerjaaan kita. Silakan.

Saturday, July 17, 2010

U Turn


Salam pada semua yang membaca. Harap sihat dan sejahtera. Mula mula nak menjawap komen En Azaman berkaitan 6 packs. Sudah ada garis dan tinggal ototnya sahaja. Sedikit masa lagi rasanya,insyaallah. Nak challenge Danielle Craig, James Bond ataupun Randy Orton penggusti WWF. Dalam usia 40an, untuk melaksanakan senaman yang konsisten adalah satu cabaran. Tetapi ia adalah aset. dan saya teruja bila duduk dalam gym dan belajar teknik-teknik weightlifting dari anak-anak muda lain. Mereka merasa tertarik bila ada orang yang berumur nak belajar. Mereka juga secara tidak langsung akan lebih terdorong untuk meningkatkan prestasi mereka kerana kalau veteran boleh, mereka lagi boleh. Nanti saya mail kan pada Abang gambar dalam Gym dan almost 6 packs tu. Hopefully you'll follow. Ha, ha, ha.

Tertarik dengan perkataan En Azaman tentang positive campur assertive jadi creative. Benar. Zaman kita dahulu , amat takut berbicara di khalayak ramai. Kalau ada pun, akan di cemuh oleh rakan-rakan, "eleh, nak menunjuk-nunjuk lah tu." .
Pasal perkataan macam tu, ramai yang menyembah bumi dan ranap. Masuk temuduga, bercakap macam pisau di letakkan di pangkal leher. Padahal knowledge bukan sedikit. Saya amat bersetuju.

Terima kasih pada yang menghantar sms perihal entri semalam. Hang Nadim. Ya benar, kita harus bersaing.

Kali ini kita menyambung liku liku kehidupan Masterji, ramai yang bertanya dan menunggu. Saya akan cuba laksanakan seminggu sekali.

31 Mei 1989, Sehari sebelum saya mula bekerja di syarikat MNC milik Jepun dan saya baru sahaja dua hari berhenti di kilang tembakau. Bekas Capten Hook. Hati berdebar- debar, menunggu 1 Jun 1989. Hari pertama saya akan melaporkan diri di syarikat berkenaan. Lapor diri jam 6.30 pagi dan bas akan datang ambil pada pukul 5.45 pagi. Waktu percubaan enam bulan.
Seorang rakan yang pernah bekerja di sebuah syarikat MNC Jepun sebelum "mengresignkan"diri sendiri kerana ingin bebas selalu menghebahkan tentang aturan dan disiplin yang ketat, mengikut pengalaman beliau sendiri. Katanya " "Wooi Pi, Lu tak leh lama punya, banyak kuat disiplin woo", "Lu lagi simpan rambut, gua gurantee lu belah punya".

Petang hari, sehari sebelum saya melaporkan diri , saya mengadakan temujanji dengan seorang rakan yang telah terlebih dulu bekerja di syarikat yang sama, namanya Mie Kecik ( gelaran yang di berikan kerana di kalangan rakan saya, terdapat seorang lagi bernama Mie tetapi berbadan agak tegap, sementara Mie Kecik sedikit kecil dan rendah).
Setelah pulang dari tempat kerja, Mie Kecik yang sememangnya tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan saya pun datang ke rumah untuk menunjukkan tempat menunggu bas pagi esok.

Malamnya, kenangan manis sewaktu di kilang tembakau mula hinggap di fikiran saya. Tetapi, saya tidak akan kembali lagi ke situ, hanya kenangan yang berbekas di hati. "Man, jangan kembali ke sini yer.." pesan penyelia sewaktu saya melangkah meninggalkan pintu masuk pada hari terakhir di kilang tembakau,

Untuk menghilangkan resah, saya memasang lagu-lagu nyanyian Jamal Abdilah dan watak Jamal sebagai Zack di dalam filem Azura pun mudah meresap masuk ke jiwa saya.
"Zack tak perlukan bantuan Makcik, Zack ingin belajar hidup sendiri, Mungkin Mak Cik tidak seperti ibu tiri yang lain, Mak Cik terlalu baik pada Zack, dan Zack lupa diri", itu antara dialog ketika Zack(Jamal) bertemu dengan ibu tirinya lakonan Maria Arshad di sebuah stesen minyak tempat Zack bekerja.

Jauh di sudut hati, saya tahu , adik dan nenek sedang menunggu dan mengharapkan saya. "Abang Apit, kalau dapat kerja kat kilang Jepun tu, bolehlah sewa rumah, kita kembali bersatu sama seperti dulu. Adik, nenek dan abang ya". Permintaan adik saya. Apa yang saya tahu, gaji yang akan saya perolehi di tempat baru ialah sebanyak RM 285 sahaja. Jawatan yang di tawarkan ialah operator pengeluaran dan sesuailah dengan orang seperti saya, tiada kelulusan tinggi.
Tolak sana tolak sini, tinggal beberapa sen bakinya nanti. Entahlah. Malam itu, saya terlelap dengan linangan airmata dan hati yang semakin resah. Suara Jamal semakin jauh dan tenggelam perlahan-lahan bersama esakan jiwa saya.

"Apit, Apit , Apitttttttttt"....suara Mummy. "Bangun cepat. Mie dah tunggu kat luar tu" Mummy sedikit marah. "Alamak, dah lambat bangun", "5.35AM 1 June 1989. Mengelabah pagi tu. Mandi express dan semuanya express. Jeans tampal di lutut dan kemeja di sarung. Mummy dah berceloteh dan memohon maaf dari Mie Kecik. " Bla, bla, bla, bla...macam macam katanya". "Hari pertama dah lambat, macam mana ni, itu kilang Jepun tau" katanya. Mie kecik menunuggu dengan muka kelat yang terpaksa di maniskan. Apa nak buat. Kawan.

Mie Kecik terpaksa menekan panic button dan meminta bantuan bapanya untuk menghantar kami kerana jam sudah menunjukkan tepat pukul 5.45am . Tiada harapan untuk naik bas. Beliau saya lihat cemas. "Puh, hebat kilang Jepun ni, Mie Kecik nampak gigil macam lagu Lefthanded pulak. "Gigil menggigil aku...."getar suara Nash.

Bapa Mie Kecik mula memandu keluar dari kawasan perumahan kami. Degupan jantung saya berdegup kencang dan sedang memikirkan apa yang akan saya lalui pada hari itu. Kereta berkenaan melalui tempat yang sepatutnya Mie Kecik menunggu bas setiap hari. Pick up point. Mie Kecik meminta bapanya memberhentikan kenderaan. Kereta berhenti dan Mie Kecik keluar untuk bercakap dengan seorang gadis.Tidak lama kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kereta dan Mie Kecik memberitahu itu rakan kerja dan beliau juga lambat dan Mie Kecik meminta kebenaran untuk menumpangkan beliau. Rupanya bas juga lambat pada hari itu. "Yes, kata hati saya". Kurang sikit bebanan rasa bersalah. Malu pada Mie Kecik dan bapanya. Di sebabkan kelewatan kami,duit petrol orang terbuang. Tak patut. Tapi bas pun lambat. Jeling muka Mie Kecik dan beliau tersenyum sikit. Mata saya terus ke gadis yang menumpang kereta bapa Mie Kecik. Pendiam dan sekali kerling. Sandang beg.
"Azura.." detik hati saya, Gadis berkenaan mencuri sesuatu di dalam kegelapan jiwa saya. Saya terhambat dengan seribu resah yang muncul mendadak.Desakan jiwa kontang yang seterusnya mengikat rasa kasih pada gadis berkenaan. Beberapa tahun kemudian, gadis yang mulanya menumpang kereta bapa Mie Kecik telah berbuku di hati saya dan saya tambat perasaan kasih yang pada mulanya tercetus tanpa di duga dengan ikatan perkahwinan. Gadis tadi, sekarang sudah menjadi isteri saya.
Kami sampai ke tempat kerja baru. Mie Kecik dan gadis berkenaan, adalah lebih senior. Mereka masuk kerja lebih awal. Saya melangkah masuk ke kilang. "Selamat Pagi semua", kata Pak Guard yang bertugas pagi itu di pintu masuk. "Puh, hebat manners kilang nie, sampai guard pun ucap selamat pagi kat pekerja". Detik hati saya. terperanjat saya. Ngan operator pun ucap selamat pagi. Hairan. Mie Kecik laju dan memberikan orientasi pada saya. tunggu bas kat mana, kantin mana, tempat hisap rokok mana , locker mana dan tempat yang harus saya lapor diri pada hari tu. Terperanjat saya tengok kantin kilang tu. Bersih dan bersinar sinar. Ramai pekerja pagi itu. Mereka masuk lebih awal. Saya berjalan dan menunduk kan muka. Saya lihat ramai yang berpakaian biasa tanpa uniform."Barangkali, mereka ini semua baru" kata hati saya. Loceng berbunyi menandakan tepat 6.30am dan pekerja semua bergegas masuk ke tempat kerja masing masing dan nampak ada yang berlari anak. kosong kantin." Wow, tak macam tempat lama, boleh sebatang rokok lagi dan kemudian jalan macam pengantin nak pi bersanding". Bisik hati saya. Confirm kilang ini kuat displin nya.

Seorang penyelia wanita yang beruniform datang menjemput kami. Penyelia mengenalkan diri dan kami bersalam antara pekerja baru. Kelihatan ada seorang rakan yang sama muka, tinggi, kurus seperti saya. Dia anak Bai, ( Singh ) dan nama nya pun hampir sama, Ravin, dan saya Rafi. Cuma rambut saya lebih panjang melepasi kolar .

Penyelia tadi juga hairan. Kami di bawa masuk ke department kami." Masyaallah....kilat nya lantai, boleh buat cermin sikat rambut". Kata hati saya. Saya terperanjat besar kerana lantai kilang berkenaan cukup bersih dan berkilat. Tiada tumpahan minyak atau pun habuk yang melekat. Betul kata Mummy. Kilang Jepun macam pi sekolah balik. Saya mencuri pandang kawasan sekeling, ratusan pekerja yang bertugas sedang membuat senaman pagi ." Kilang ini ada exercise ke" timbul gelihati saya. Pelik.

Selain itu, mesin mesin semua nya Teknology yang canggih. 'Ya Allah hai,...boleh ke aku kerja kat sini". Hati mula curiga dan fikiran seorang kutu menjelma. Lagipun pengetahuan am saya bukan lah tinggi sangat. Kami dibawa ditempat perhimpunan pagi . Di situlah department saya dan saya melihat mesin yang besar besar. "Tak pernah tengok semua nie". Bisik hati saya.

Kami mengenal kan diri masing masing. "I am Rafi, from Shah Alam". gigil saya ketika itu. Pagi tadi gelak kan Mie Kecik, sekarang baru tau. Tengok alam sekitar saje sudah takut. Memang benar, suasana tempat kerja boelh mengubah persepsi seseorang pekerja.

Kami seterus nya diberikan oreintasi yang lebih mendalam. Buku nota di berikan, pen diberikan, dan nota nota berkaitan konteks pekerjaa. "Puh...cukup sistematik syarikat ni". Hati lebih gementar. Risau kerana keadaan begitu formal. Beza sewaktu menjadi captain hook. Kami diberikan jadual latihan seminggu dan mengikut time. Hebat benar kilang tu.

Seorang lelaki sedikit gempal, saiz yang rendah sedikit berumur di perkenal kan. "Cis , melayu rupa nya, ingat kan Jepun". Memang lelaki itu seperti seorang Jepun. Kami panggil dia Pak Zol. Pak Zol, adalah seorang Boss di production ketika itu. Beliau sudah bekerja hampir dua puluh tahun ketika itu. Suaranya ibarat harimau yang mengamuk. Beliau tegas dan garang. Semua senyap tak berkata dan berbunyi sikit pun.

Pak Zol, menjadi cikgu pagi itu. Seorang rank and file and very strong personality.

"Walaupun anda semua production operator, tiada kelulusan tinggi, SPM atau SRP cukup cukup makan sahaja, tetapi disini anda boleh jadi Manager satu hari nanti". "Tetapi anda harus bekerja bermati matian , rajin, sabar dan jangan langgar undang undang kerja". Kata Pak Zol.

Bang! Bagai kan peluru berdesup masuk ke jiwa." Ini peluang bagus" kata hati saya." Ada chance nak jadi Manager", tanpa kelulusan janji rajin".

Kepala saya ligat berfikir. Lagi pun rekod saya di tempat lama amat cemerlang. Tiada MC, Tiada ponteng dan selalu datang awal.

Kata kata Pak Zol seterus nya membuat kan saya terus terbakar dan membuat saya tekad 200%.
' Cuba fikir ya semua, lihat dunia ini, banyak yang berjaya seperti tokeh tokeh besar adalah mereka yang tiada kelulusan ataupun mereka yang selalu gagal". Banyak nama yang di tebarkan termasuk Thomas Edison. Terus terang saya katakan. Memang terpengaruh habis dengan semua ayat ayat nya. Saya terbayang muka mummy, adik dan nenek."Dik, ini peluang kita". Nekad saya di dalam hati. Manusia yang bernama Pak Zol ini telah menjernihkan lagi fikiran saya. Sessi orientasi tamat pada hari itu dan esok adalah pintu kejayaan. Ravin mula mesra dengan saya. Kami digelar 'Twins". Saya tersasar jauh daripada lorong kejayaan. Saya harus membuat U-TURN.

Dan beberapa tahun selepas itu, saya jadikan ayat Pak Zol suatu realiti bagi diri saya. U-TURN.

Apa yang boleh kita pelajari dari entri ini:
1. Suasana tempat kerja yang menarik bisa meningkat kan semangat pekerja menjadi lebih tertarik dan positive.
2. Suasana tempat kerja yang bersih , kemas, dan sistematik adalah message pertama sampai ke otak pekerja dimana kualiti adalah yang terpenting.
3. Watak Pak Zol dan bicara nya adalah cemerlang. Beliau bukan sahaja menyampaikan pengetahuan malah menjadikan manusia lebih jelas dengan kehidupan. "Esok Masih ada" Pak Zol membuat manusia memasang agenda. Kalau kita seorang ketua Jabatan, kita harus punyai ayat yang sama. Ramai pekerja bawahan kita kadang kadang tidak tahu apa sebenar nya yang mereka cari dan kejar. Dengan kaedah seperti itu, pekerja yang punyai masalah kritikal akan membuat kan mereka lihat lebih banyak pintu dalam kehidupan ini rupanya. Banyak lagi jalan keluar yang lebih baik dan mulia. Saya sewaktu menjadi ketua jabatan , selalu menanyakan soalan pada kakitangan saya seperti, what do you want to be next 5 years, or what is this year mission or which is better for your week ends, fishing or taking part time diploma or certificate classes.?
4. Hidup harus ada tiang gol. Harus ada agenda. Selepas itu fikirkan ia boleh dan ia pasti boleh.
5. Kalau saya sebagai seorang tukang cuci tandas, seorang yang tiada kelulusan dan seorang kutu boleh capai sesuatu, saya percaya anda boleh jadi lebih cemerlang!

Bawah ini , adalah gambar saya dan Mie Kecik. Kenangan yang abadi. Masa yang lepas tak mungkin kembali. Kami bergambar bersama dua orang mek salleh yang melawat Malaysia. Kebetulan Mek Salleh dua orang ini menepati ketinggian kami. Mie Kecik sekarang adalah seorang Business man yang berjaya.

Terperanjat bertemu dengan Pak Zol. Bak nyanyian Mahima Chaudaray dalam filem Dhakan..Aksar Is Duniyame, Anjalne miltehe...Kita akan bertemu ramai orang dalam dunia ini dan kepelbagaian.

Wednesday, July 14, 2010

Hang Nadim


Salam pada semua. Apa khabar semua? Terima kasih pada semua yang memberi komen. Terharu pada sms Pn Norjahan. Naik sahaja kapal terbang untuk pulang ke Malaysia , "on" hand phone , sms Pn Norjahan tertera pantas dengan ucapan tahniah. Terima kasih. Masterji ke Singapura entah untuk kali yang ke berapa. Atas urusan training. Maka blog pun bercuti. Singapura seperti biasa , bersih dan berdisplin.

Tertarik dengan komen Pn Norjahan perihal Executive Despacth. Memang tugas asas seorang Pengurus adalah untuk memastikan
input menjadi output yang berkualiti, cepat dan menepati kehendak pelanggan. Semua Pengurus di berikan authority yang munasabah untuk menjalankan misi masing masing. Tetapi dalam keadaan HR hari ini, tidak seperti keadaan HR sekitar 5 atau 6 tahun yang lepas. Skop kerja HR hari ini lebih mencabar dan memerlukan keputusan majoriti dalam menangani masalah atau pun sesuatu perkara. Asasnya HR hari ini sebelum membuat keputusan harus melihat misi syarikat, faktor motivasi pekerja, faktor persekitaran, faktor perundangan, faktor jualan, faktor pengeluaran, faktor P and L syarikat dan macam macam lagi. Kalau dulu skop kerja HR sedikit mudah, recruit, bayar gaji dan kira gaji tetapi kini dalam era perniagaan yang terlalu kuat saingannya, banyak faktor-faktor yang harus kita rujuk sebelum membuat keputusan. Faktor ini di namakan Internal and External factors Affecting Organization. Apapun kita harus jual diri supaya kita boleh meraih kepercayaan yang tinggi, kemudiannya barulah authority akan di perolehi.

Pn Norjahan mempunyai pandangan yang agak tajam dalam mengutarakan pendapat tentang executive despatch. Terima kasih pada Puan kerana tiada putus untuk memantapkan lagi blog Masterji. Saya juga sebernarnya belajar daripada komen komen anda. Marilah , kita mempertaruhkan apa yang kita ada, demi kemajuan Malaysia.
Encik Azaman, Cik Sania, The One, Pn Norsiah, dan pada yang menghantar puluhan sms, perihal blog ini,ayuh kita menjana persepsi kejayaan pada yang lain. Curahkan apa yang anda ada. Masterji juga akan belajar. Anda adalah
thinker yang cemerlang. Kalau tiada yang berfikir, hari ini kita masih pakai lilin atau lampu minyak tanah. Kalau tiada thinker, hari ini kita naik kereta lembu lagi, kalau tiada pemikir, tiada ilmu matematik yang akan wujud, tanpa pemikir kita masih pakai public phone lagi, dan kalau tiada pemikir mungkin kita masih naik gajah lagi ke sana ke sini bukan kapal terbang.

Sebut pasal pemikir, terlanjur berada di Singapura , teringat kisah
Thinking Outside the Box Hang Nadim. Apabila Singapura di serang todak, semuanya menahan dengan betis tetapi Hang Nadim membawa perubahan. Seorang pemikir yang cemerlang. Beliau menyelamatkan beribu betis dan nyawa dengan mencadangkan batang pisang untuk menggantikan kubu perisai. Mungkin ada yang menganggap ini cuma cerita dongeng, apa pun ia menarik dan memberikan pengajaran. Seorang thinker.


Gambar di bawah ini, Masterji di hadapan Hotel Park Royal, melihat kebersihan di sana mencuit hati. Seksa betul nak merokok di sana. Semuanya pakai zone. Terdetik dalam hati,"peliknya , bagaimana rakyatnya boleh patuh?"
Timbul rasa kasih pada negara sendiri, betapa senang lenangnya kita di sini. Tetapi disiplin seperti di Singapura ini harus di ikuti. Melaka mungkin satu negeri yang boleh menyaingi Singapura. Makan nasi beriani di kedai Zam Zam di Arab Street. Sewaktu makan, pekerja yang bertaraf pekerja restoran juga mematuhi peraturan merokok. Di luar kedai dan kawasan terbuka.
Di Malaysia amat berbeza, kita masih dapat merokok sambil duduk selepas makan.



Hati makin sayu bila jumpa seorang Uncle pemandu teksi sewaktu ingin ke tempat latihan. Uncle Melayu , nampak blues tapi pemikirannya class. Bekas pegawai polis di Singapura. Selepas bersara , menjadi pemandu teksi sepenuh masa. Ingatkan saya foreingner tetapi lepas beritahu yang saya orang Malaysia perbualan menjadi rancak cuma telinga saya sedikit pedih. Hati menjadi sayu , akal menjadi luas, "Disini tiada subsidi dan kami harus berdikari, tetapi syukur kerana ia membuatkan kami kental dan kuat serta gigih untuk mencari sesuap nasi, campaklah kami di mana-mana negara pun, kami boleh survive". Kata Pak Cik Blues.
"Pak Cik, Singapore ini bersih ya pakcik.." kata saya cuba mengalih topik perbualan.
"Ini satu terapan yang bagus , dik di sini, walaupun di saman, ia mengajar kita berdisplin. Kuat sesuatu negeri itu adalah kerana disiplin rakyatnya", kata pakcik pemandu teksi lagi
"Aduhai pakcik", kata hati saya.
Apa pun saya bangga menjadi orang Malaysia. Terasa sayu melihatkan betapa manja saya di Malaysia. Ibarat kasih seorang ibu pada seorang anak walaupun keadaan tidak sepatutnya jadi begitu. Tetapi Ibu tadi masih membiarkan demi menjaga keharmonian perhubungan dan tiada mahu melukakan hati sesiapa. Jauh di sudut hati, Malaysia negara pengasih kot.
Gambar di bawah ini adalah gambar Pak Cik Blues tu yang terus bercerita betapa hebatnya Tun Mahathir. Destinasi saya sampai dan saya meminta kebenaran beliau untuk mengambil gambar nya. Cerita berkenaan kehebatan Tun Mahathir juga pernah saya dengar daripada ramai kenalan di Jepun dan boss-boss Jepun. Terperanjat bila lihat tulisan tulisan berita di Jepun perihal Tun Mahathir. Tumpang bangga dan gembira.


Jauh di sudut hati, "manjanya saya di Malaysia....."

Monday, July 12, 2010

Luke Skywalker

Salam pada semua rakan rakan yang membaca. Terima kasih kerana meluangkan masa ya. Pada yang sudi menghantar komen dan sms terima kasih. Ada yang kata creative dan sebagainya. Sebenarnya ingin saya terang kan, niat utama saya ialah untuk berkongsi pengetahuan bukan menunjuk bijak. Saya percaya setiap insan yang dilahirkan punyai kelebihan masing masing. Kata ustaz yang mengajar saya di sekolah menengah, "setiap hari manusia akan berkata kata. Maka bila bercakap ada yang akan mendengar, bila ada yang mendengar , ada yang terikut ada yang tidak. Bila kamu bercakap benda yang baik baik, kalau ada yang mendengar dan ikut, kamu untung dia pun untung. Tapi bila kamu bercakap benda yang tak baik, dia mendengar dan mengikut, nah, dia malang dan kamu juga dapat saham."
Benar kata ustaz tu. Sekurang kurang nya adalah sesuatu yang baik kita buat sewaktu hidup. Berkata benda yang baik dan berkongsi apa yang boleh itu mesti. Sekurang kurangnya perkongsian ini dapat memantapkan minda kita supaya kita tidak terus terusan berada di dalam dunia Merry Go Round.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih pada Encik Azaman yang tidak pernah lupa memberi komen pada hampir setiap entri yang saya tulis.Pandangan Encik Azaman tentang Ballack memang tepat. Satu komen yang "mahal". Man and boys banyak bezanya. Kalau dari sudut HR, ini di namakan Succession Planning yang bagus.
Pada Puan Norjahan,saya tertarik dengan perkataan Executive Despatch. Ya, tepat. Semua kerja Manager adalah umpama despatch.
Pada The One, ya betul mesti ada authority tetapi kadang-kadang kuasa HR di kawal kerana
di takuti menyalahgunakan kuasa yang ada sehingga menjadi kereta kebal yang sukar untuk di musnahkan. Kita seharusnya melihat dari sudut Organization Power and Politics. Apapun, kita harus jual diri kita dan akan mendorong orang untuk memberikan authority.

Kali ini, saya sertakan keratan akhbar tentang Junior. Keratan yang saya ambil daripada akhbar Sinar Harian .Junior dan rakannya berjaya menghasilkan roket parachut dan berjaya menerbangkan roket itu dalam masa yang paling lama. Ia adalah sempena Karnival Sains Daerah Petaling Perdana 2010 antara Sekolah Menengah. Mereka menjadi juara. Seterusnya akan ke peringkat negeri. Saya gembira.

Untuk Junior sekira nya anak membaca :

Tahniah kepada anak berdua.
Babah of kos Babah gembira dan juga berasa malu.
Di kala Babah berumur seperti Junior, Babah tidak pernah melakukannya.
Tetapi Junior lebih hebat dan jauh kehadapan.
Nampak benar Malaysia sudah maju. Junior dan rakan rakan dapat buktikan yang kita bukan lagi bangsa yang tidak boleh buat jarum sebatang pun. Kita boleh buat sesuatu yang hebat.
Hari ini Babah belajar satu perkara, yang kecil jangan di pandang rendah. Semangat Kanak kanak dalam berjihad mencari kejayaan kadang lebih hebat dari orang dewasa. Disaat ini Junior sudah jelas serba sedikit hala tuju kehidupan seterus nya. Tetapkan hala tuju , dan jangan pandang belakang nak. Menjadi anak lelaki dalam rumpun islam adalah cermin bangsa dan ukuran mertabat.

Junior ingat ini:
Betul ada beza antara sampah dan manusia tetapi manusia bijak juga boleh menjadi sampah. Maka jangan lupa akhlak yang mulia adalah kunci kejayaan. Kalau ditakdirkan senang dan sebelum memandu mercedez, pastikan ibu bapa , adik beradik dan yang tersayang tidak tercicir.

Junior syabas mera bete, Nafas Babah adalah pinjaman, teruskan perjalanan ya nak.

Dan...emm, cantik gaya rambut tu ye...

Friday, July 9, 2010

Memo to HR Practioners


Salam sejahtera kepada semua yang membaca dan dihormati. di harapkan semua sihat dan cemerlang ada nya.
Terima kasih pada semua yang membaca dan berkongsi pandangan. Ada yang menjadi follower rasmi dan ramai juga yang mengikuti perkembangan blog ini dari semasa ke semasa. Ada yang tertarik dengan sajian lagu lagu yang dilampirkan. Ada yang bertanya apsal banyak lagu Hindi?
Banyak juga lagu lain tetapi seni kata lagu hindi ini kalau di fahami dengan tepat dan mendalam, terkandung banyak mesej tentang kehidupan. Terikut Abang Andy di radio pulak.

Kali ini saya mahu berkongsi pasal HR. Being a production man during my early days in working life, I've learned a lot. From sense of punctuality to sense of morale. Great! It covers a lot of things for sucess in life as well as career. Working in production environment making you to be the most powerfull organised person and strong emotionally / physically. Siri Masterji yang akan datang saya akan ceritakan.

Selepas beberapa tahun saya berada di Production Department, saya ditugaskan sebagai Pegawai Latihan yang bertanggungjawab mengajar pekerja baru serta pekerja senior. Banyak yang saya pelajari di Production. Yang paling penting ialah perkataan "MUDA". Apa itu Muda? Muda ialah perkataan Jepun yang bermaksud Pembaziran atau Waste. Ada banyak pembaziran yang berlaku di tempat kerja atau semasa proses kerja. Melatih mata to pick up waste adalah kemahiran kami. Langkah pertama mencari pembaziran dan langkah yang seterusnya ialah bagaimana mahu menyelesaikannya. Maka kami di longgok kan dengan pelbagai pengetahuan. Salah satunya ialah Kaizen. Bermaksud Continuous Improvement.
Masaaki Imai dalam bukunya yang bertajuk Gemba Kaizen berkata, ada proses kerja yang boleh di selesaikan dengan cara berikut : Elimination, Combination and Simplification of long or unproductive process. Buku ini lunyai di tangan saya tapi masih saya simpan dan masih serta akan gunakan lagi!

Selepas menjadi Pegawai Latihan saya di tukarkan lagi ke Jabatan HR. Banyak perbezaan antara shopfloor and administration. Bidang perundangan adalah mustahak di situ. Sedikit terasa Culture shock bila berada di dalam dunia administration. Mahu mencari satu fail sahaja sudah mengambil masa hampir sepuluh minit! Kadang-kadang hampir bertekak dan boleh menjejaskan keharmonian ketika bekerja. Kalau di production, insiden berkenaan boleh membuatkan kita di maki hamun berjam jam lamanya. Make it clear! Make it clear ! Make it clear! Itu antara perkataan maki yang sudah sebati. Tapi bagus.

Ketika di serapkan di bahagian Sumber Manusia, kebetulan juga saya sedang melanjutkan pelajaran ke tahap Master dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dan Akta Perhubungan Industri, Industrial Relations
Memang sukar. Terutama bila bertemu subjek perihal Employment Act dan IR Act. Employment Act mengandungi lebih kurang 103 akta dan IR Act mengandungi 63 akta. Macam mana nak hafal ni? Bingung, sedangkan saya harus lulus dalam bidang tersebut.
Untuk menghafal akta, tentu amat sukar di ikuti untuk memahaminya. Di sini masalah itu saya selesaikan dengan mengguna pakai cadangan dua orang Tok Guru. Pertama Vince Lombardi. Katanya play to your strength dan kedua Masaaki Imai dengan ajaran dan falsafah Kaizennya. Saya ubah susun atur akta berkaitan berpandukan pengetahuan saya dalam bidang Kaizen dan ikuti prinsip simplification Masaaki Imai. Saya menyusunnya mengikut aturan Alphabetical seperti di bawah ini:


SEBAHAGIAN CONTOH..

UNDER A
Annual Leave
Absennce
Arbitration

UNDER B
Bonded Contracts
Bonus
Breach of contract


UNDER C
Casual Labour
Certiorari
Check - off
Children and Employment
Closure of Organization
Code of Conduct Industrial Harmony
Collective Agreements
Collective Bargaining
Conciliation
Condonation
Confidentiality
Constrcutive Dismissal
Contract of Employment
Contract Workers

DAN SETERUSNYA SEHINGGALAH KE ABJAD W SEBAB TIADA YANG MULA DARI Z.

Faedahnya:
1. Cepat untuk memahami
2. Membantu saya mendapatkan markah kepujian dalam subjek berkenaan sewaktu mengambil Master.
3. Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ketua kesatuan saya . Beliau juga hebat.
4. Bila ada aduan atau dispute, senang untuk buat rujukan.
5. Anda punyai masa depan yang luas dalam bidang Employment Law dan bisa jadi seorang Lawyer. Handphone anda akan selalu berbunyi dan pelbagai pertanyaan daripada rakan rakan atau pun yang ingin belajar.."Err Halo Sir,..I have a situation here where, my employee had commited...bla...bla...bla......

Taking this opportunity to say hello to all my previous students from either Diploma or Certifate classes in MIHRM, you guys will always be in my mind and I believed by now , of all you had leap foward effeciently . Be the most effective and honest HR Manager one day and with that such qualities, I will be more than happy to let my kids to work with your organization. Remember Mr Rafi huh ok guys. Make difference in the next generation of HR Practioners. Change HR department from Cost Centre to Profit Making Centre.

Pada HR Practioners yang lain, mempelajari teknik continuous improvement adalah asset bukan pembaziran.