Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, July 2, 2010

SNAKE PLISSKEN


Bertemu lagi kita. Apa khabar semua? Saya banyak menerima ucapan terima kasih di atas perbincangan kritikal dalam entri It Cuts Like A Knife. Ya benar, kita harus tonjolkan diri kita dan hasil kerja kita . Bayangkanlah, kalau kita bekerja bertungkus lumus tetapi lokasi kerja kita terlalu jauh daripada meja boss kita. Siapa yang akan nampak kehebatan kerja anda?

Anda harus punyai strategi, supaya anda dan pencapaian anda SPARKLE! .


Mungkin ramai yang terperanjat tengok tajuk di atas.Snake Plissken adalah nama watak seorang hero dalam filem Escape from New York dan LA yang di lakonkan oleh aktor Kurt Russel.Mungkin ramai yang masih ingat lagi.
Snake Plissken adalah lelaki yang pantas dan sering memberi kejutan. Beliau berupaya menyelesaikan pelbagai misi pelik dan penuh cabaran dengan jayanya. Di dalam filem Escape From New York, Snake Plissken telah di berikan tanggungjawab untuk menyelamatkan seorang Presiden yang telah di culik . Untuk memastikan beliau berjaya, tekaknya di lekatkan dengan sejenis bahan letupan. Beliau di berikan tempoh 24 jam untuk menyelesaikan misi tersebut dan sekiranya gagal, bahan letupan di pasang pada tekaknya akan meletup.Dia harus berjaya dan dia memang berjaya.

Begitu juga dengan seorang rakan yang boleh di samakan dengan Snake Plissken.Beliau telah di berikan misi yang sukar untuk menukar budaya kerja di salah sebuah pusat pengajian tinggi.

Orangnya nampak sederhana tetapi mempunyai kegeniusan luar biasa. Beliau telah berjaya menarik perhatian semua warga kerja di Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Melaka(UTem), Ayer Keroh kerana pencapaian beliau menukar budaya kerja di bahagian/pejabat di bawah seliaan beliau. Pencapaian ini adalah sesuatu yang luar biasa bagi semua warga kerja di UTeM.
Hebat. Menukar budaya kerja sekelompok pekerja adalah suatu misi yang amat sukar tetapi dengan kecekalan beliau, misi ini telah berjaya menetapi sasaran seperti yang di tetapkan.Bukan senang untuk mengwujudkan budaya kerja produktif ! Tidak semudah yang di perkatakan.

Snake yang membawa maksud senyap, sederhana tetapi berbisa, kerana ular nampak sederhana tetapi berbisa. Begitu juga dengan rakan saya seorang ini (gambar di atas). Saya telah memberikan gelaran Shah Rukh Khan Universiti Teknikal Malaysia Ayer Keroh Melaka atau dalam singkatannya SRK UTEM. Ada banyak perkara yang membuatkan saya tertarik pada nya. Beliau adalah seorang Timbalan Bendahari di Jabatan Bendahari di universiti berkenaan. Seorang pemikir yang inovatif dan perlaksana yang cekap dan gigih. Never give up! Orangnya manis dan handsome. Pasal tu dok panggil dia ShahRukh Khan. Janji ada sikit pun tak pa lah.
Sesuatu yang paling menarik, beliau mempunyai agenda pencapaian yang bertali arus. Dalam satu sesi latihan yang di kendalikan oleh saya sendiri pada tahun 2005, dia bertanya kepada saya, "Encik Rafi, bagaimana caranya saya boleh menukarkan budaya kerja sektor kerajaan terutama sekali jabatan saya, saya mahukan budaya kerja yang efisyen dan inovatif"
Fuhh! Kata hati saya. " Biar benar kawan ni". Sudah menjadi satu lumrah bila habis sesi latihan akan terdapat peserta yang bersemangat sementara dan akan menanyakan bermacam macam soalan tetapi sekadar pertanyaan sahaja tanpa apa-apa perlaksanaan. Namun sebagai tenaga pengajar saya memberikan jawapan yang ringkas. Jawap saya" Kaizen, kalau nak lagi cepat buat 5S". Dia kembali menyajukan soalan, " kat mana saya boleh belajar pasal perkara tu"..Waktu itu, saya sedang mengemaskan beg dan mengumpulkan barang-barang latihan. Jawap saya " cuba beli buku Gemba Kaizen oleh Masaaki Imai". Dia mencatat sesuatu dan bertanya di mana boleh buku yang saya sebutkan pada awal tadi.
"MPH " jawap saya ringkas. Kami berjabat tangan dan saya pulang. Dlam perjalanan saya terfikir sesuatu" Err, boleh ke budaya ini di serapkan dalam organizasi kerajaan? Mampu kah Bakri?"

Sebulan selepas itu, saya terima panggilan telefon dari beliau. " Hah Encik Rafi, saya dah beli buku tu dan dah baca pun". Saya mencuba dia bertanya apa isi kandungannya. "Buku ni ada cerita pasal 5S, Gemba Kaizen ,train eyes to pick up MUDA dan....". Bila dia sebutkan train eyes to pick up MUDA, saya sudah terperanjat dan yakin sekarang bahawa dia telah membeli buku tersebut dan sudah membacanya. Train Eyes to pick up muda itu bermaksud train our eyes to find for waste in the work place. Dia mula berhujah dengan begitu petah perihal kandungan buku tersebut. Bagaikan seorang pemikir Jepun dia berhujah.

Saya mengakhiri perbualan tersebut dan tersenyum, Saya silap menafsirkan kekuatannya. Benar dia ingin sampai ke puncak. benar azamnya kuat dan niatnya juga benar. Selepas itu banyak kali kami bertukar pandangan dan beliau mempunyai satu slogan yang catchy dan menarik".
"Saya mahu Pejabat Bendahari menjadi tempat rujukan untuk jabatan lain apabila mereka ingin megetahui apa itu budaya kerja yang cemerlang". Makin bersemangat suaranya. Saya gembira.

Dan setahun selepas itu, beliau berjaya menjadi change agent yang berjaya. Pejabat Bendahari di iktiraf sebagai pejabat yang pertama mempunyai sijil budaya kerja yang Efficent 5S daripada Malaysian Productivity Corporation (NPC) . Hebat.! Beliau di sokong kuat oleh seorang lagi orang atasan beliau yang bernama Encik Khairul Taib. Seorang boss yang benar-benar faham apa itu Top Management Commitment. Beliau sendiri masuk dan belajar dalam bilik latihan bersama kakitangan peringkat bawahan yang lain.
Snake Plissken atau Encik Bakri dengan bantuannya telah berjaya mengalihkan pandangan mata kakitangan lain ke pejabat mereka. "Selangkah ke Bendahari, sejuta pengetahuan". Slogan yang kemas dan dan mencabar. Di mana-mana sahaja bahagian di dalam pejabat tersebut di tampalkan poster yang tertera perkataan "BENDAHARI BOLEH".
Setiap pagi dalam masa setahun ikrar di bawah ini di baca oleh semua pekerja dalam jabatan bendahari. Kata Snake Plissken atau Bakri pada saya, "step satu tukar minda dulu ya Encik Rafi, step dua baru buat improvement di tempat kerja,kalau minda tak tukar tempat kerja pun tak tukar".

Ikrar yang dibaca oleh semua staff di Pejabat Bendahari selama setahun:

Berubah, Berubah !
Saya mesti berubah!
Berubah ! Berubah !
Bila saya berubah , tempat kerja akan turut berubah!
Berubah , Berubah!
Terus Berubah!

Dan benar mereka berubah dan telah memberi perubahan positif terhadap tempat kerja mereka! Syabas kepada Snake Plssken Encik bakri yang handsome, Syabas kepada semua staff Pejabat Bendahari dan syabas pada Ketua Jabatan, Encik Khairul Taib.
Anda semua cemerlang. Akhirnya benar pejabat anda menjadi rujukan! Tahniah. Patukan yang tepat dan berjaya.

Kini rakan saya Encik Bakri atau Snake Plissken merancang mematuk lagi. Kali ini ke arah pensijilan ISO 9001 Version 2008. Kata Snake Plissken, "agenda tak boleh stop Encik Rafi nanti tiada kemajuan". Hebat slogannya.

Kepada para pembaca, sekira nya anda ingin menghantar anak anda ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka, komen saya mudah sahaja. Hantarlah tanpa was was dan curiga, budaya kerja produktif sedang menular dengan hebat di seluruh organizasi tersebut. ! Satu demi satu jabatan yang mengikuti langkah Pejabat Bendahari.

No comments: