Jika semalam, Masterji paparkan komen dari pembaca yang mempunyai latar belakang dan bidang pekerjaan yang berbeza.
Hari ini, Masterji paparkan pula komen dari dari 3 individu yang bekerja di dalam satu organisasi yang sama namun mempunyai pandangan yang berbeza terhadap buku Dulu Pencuci Kini Pengurus.
NOOR AZIZAH BT. SULAIMAN
PENYELIA,
HIGASHIFUJI (M) SDN. BHD
"Apabila saya baca tajuk buku tersebut, terus saya berminat untuk membelinya untuk anak ke dua saya yang baru lepas SPM dan keputusannya jauh berbeza dengan kakaknya yang cemerlang.
Beliau merasa sangat rendah diri dan walaupun ada beberapa kolej menghantar surat tawaran tetapi beliau tidak ambil endah dengan alasan keputusan SPM beliau tidak seperti kakaknya dan beliau seolah2 tidak mahu sambung belajar. Maka saya suruh beliau baca buku ini dan setelah beliau habis baca saya bersyukur kerana beliau sudah berubah.
Saya sangat terharu apabila beliau sendiri datang kepada saya dan katanya, “mama, angah rasa nak sambung belajar sebab tidak kemana pun kalau kerja macam sekarang ni sekejap sana, sekejap sini.”
Sekarang saya sedang usahakan beliau dapat tempat untuk meneruskan pelajarannya. Terima kasih kepada En. Rafi yang telah berjaya mengubah pemikiran anak saya."
NUR HIDAYAH BT. ZAINUDIN
EKSEKUTIF
HIGASHIFUJI (M) SDN. BHD.
"Walaupun perjalanan kerjaya penulis yang beza dengan sebahagian besar pembaca, tetapi apabila diteliti, penggunaan bahasa yang mudah, tepat dan tidak berselindung dapat memberi impak positif yang tepat. Semasa membaca, kita akan mengangguk "ya, betul.." tentang apa yang ditulis.
Sekecil-kecil perkara seperti membawa buku 555 telah dapat membuka mata kita tentang perkara yang seringkali dianggap remeh.
Buku ini sangat sesuai untuk remaja yang baru memulakan kerjaya dan juga kepada majikan untuk muhasabah semula tentang cara-cara untuk memotivasikan pekerja.
Semoga usaha murni Encik Rafi dapat dimanfaati semua.."
NOOR JAHAN BT. MOHD SULTAN
PENGURUS
HIGASHIFUJI (M) SDN. BHD.
"Penulis bukanlah orang asing bagi saya kerana beliau merupakan guru kepada saya, dan juga seorang kawan yang sering berbincang untuk kemajuan diri.
Bayangkanlah seorang pencuci boleh menjadi pengurus, Tajuknya saja sudah ‘catchy’ dan sebuah perkongsian yang ikhlas dari penulis untuk melihat lebih ramai lagi berjaya sepertinya. Buku ini amat sesuai di baca dan dijadikan panduan oleh untuk mencapai kejayaan.
Saya sendiri memulakan kerjaya saya dari seorang kerani. Kalau buku ini diterbitkan 20 tahun yang lalu, pasti saya akan sampai ke puncak dengan lebih awal lagi kerana ‘tips’ yang diberikan penulis sangat praktikal dan jika diikuti insyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita. ”PUSH YOURSELF…NO ONE IS GOING TO DO IT FOR YOU” .
Tahniah & Syabas!! Kejayaan buku ini bukan sahaja menunjukkan bahawa pencuci boleh menjadi pengurus, malah pencuci boleh menjadi penulis buku, pelatih dan pakar motivasi. Belilah buku ini kerana banyak manafaat yang boleh didapati tidak setanding dengan harganya yang hanya RM11.00"
Masterji ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka bertiga kerana memberi komen berguna. Komen-komen ini nanti akan Masterji gunakan bagi memantapkan lagi modul-modul latihan yang Masterji kendalikan.