Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, July 17, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS BERSAMA CIK FAME

Terimakasih pada semua pembaca, rakan rakan , students, kawan tenaga pengajar dan ramai lagi termasuk pelajar pelajar Universiti dan anak anak sekolah yang telah membeli


Buku Masterji, Mohd Rafi Jalaluddin yang bertajuk DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Memang buku ini sesuai untuk dibaca oleh mereka yang sedang berkerja, Para pengurus, pelajar Universiti dan juga anak anak sekolah.
Sebuah buku yang lengkap untuk semua peringkat.

Terima kasih juga kepada Puan Noor Jahan aka Cik Fame yang menjemput Masterji bersama dinner meraikan aktiviti 5S mereka pada hari Jumaat lepas di Nyonya Kitchen, Klang.

Masterji di jemput pada hari pertama buku Masterji di terbitkan maka dinner berkenaan menjadi begitu meriah. Terima kasih yang tak terhingga pada Cik Fame kerana menyelitkan upacara perasmian buku Masterji sekali.

Tahniah pada Cik Fame kerana berjaya sekali lagi menyambung kejayaan persijilan 5S untuk masa setahun lagi selepas di audit baru baru ini.
This is what I called the real leaders. tahniah ya Cik Fame.

Justeru itu, orang yang pertama mendapat autograf Masterji untuk buku berkenaan ialah Puan Noor Jahan di upacara dinner berkenaan.

Untuk makluman anda semua, buku Masterji sedang hangat dijual di semua cawangan MPH bermula Jumaat lepas. Ramai yang membeli dalam jumlah yang banyak memandangkan harga nya amat munasabah dan diberikan untuk cenderamata bagi anak anak jiran, anak saudara dan anak anak sendiri.
Sebuah buku yang memberikan jalan kejayaan , tidak mengarut dan bersama samalah kita berkongsi pahala agar pemberian dan pembelian ini dapat sama sama mengubah hidup seseorang! Insyaallah.



Masterji sedang menandatangani buku yang akan dihadiahkan




 
Orang yang pertama mendapat autograf Masterji Cik Fame. beliau banyak memberikan sokongan pada Masterji dan rakan bertukar tukar ilmu. Thank you Cik Fame.


Majlis berakhir dan menghantar Cik Fame ke kereta .Sebelum Cik Fame pulang sempat memujuk Masterji agar tidak terlalu sebak dan lap sikit airmata tu..ha ha ha. Masterji rasa sedikit terharu dan agak terperanjat melihat impian menjadi realiti. Sedih kerana bukan senang untuk sampai ke tahap ini. Bukan lah tahap yang terbaik tetapi bagi Masterji ia amat berharga. Kalau nak tahu kenapa sayu, baca lah buku ini. Semua manusia boleh berubah.

Sebuah buku yang sarat dengan perjuangan seorang anak yang hanya dibesarkan oleh Ibu tunggal yang serba kekurangan. Sebuah buku yang menceritakan seorang pencuci yang berjaya U TURN ke arah lane yang lebih baik. Sebuah buku yang memberikan anda jalan supaya tidak malap dalam karier!

Apa pun pertama kali nampak gambar Masterji kulit cerah pulak ke atas tu. Selalu nya gerhana ha ha ha.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Alhamdulillah..akhirnya impian jadi kenyataan! Dan saya rasa bertuah mendapat senaskah buku daripada tangan penulisnya sendiri. Tiada yg lebih mengembirakan apabila menyaksikan kejayaan seorang yg dihormati sebagai guru, konsultan, rakan baik dan tidak kurang juga tempat mengadu ;-)

Ribuan terima kasih kerana walaupun jadual Masterji padat namun tetap meluangkan masa untuk memenuhi jemputan Jamuan Makan Malam 5S. Kehadiran Masterji sebagai Guru 5S sekaligus memberi motivasi untuk saya dan rakan2 untuk meneruskan perjuangan 5S ini.

Saya akan terus mendoakan kejayaan Masterji dan diharap selepas ini banyak lagi buku tulisan Masterji akan berada di pasaran...you are amazing in your own way!!!