Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, October 9, 2012

BUKAN RODA PARRIS - DULU PENCUCI KINI PENGURUS

Hari ini Masterji mahu berkongsi tool yang digunakan oleh Masterji satu ketika dulu. Amat manis kenangan itu.

Salah satu material visual pembakar jiwa untuk mencapai tiang gol. Gambar asal nya sudah terlalu buruk untuk ditayangkan tetapi Masterji telah kemaskinikan dan cantik kan.

Dihari pertama melapurkan diri disebuah syarikat MNC, semua pekerja baru diberikan orientasi oleh salah seorang penyelia senior.

"Walaupun anda tiada kelulusan tetapi kalau anda rajin, berfikiran positif, tidak memonteng, suka belajar, berdisplin anda boleh jadi Manager satu hari nanti , Jangan lupa" Kata kata penyelia tadi seakan menjerit
dan membakar perasaan kami.

"Aikk..itu aje ke syaratnya, boleh jadi Manager, tanpa kelulusan?, err.. aku ada chance nak memenuhi impian mummy " Kata hati saya. melonjak kegembiraan. Peluang untuk U TURN kembali menjadi insan yang bernilai.

Selepas tiga hari, maka lahirlah gambar di atas. Ditampal didalam bilik untuk tontonan setiap kali berada di dalam bilik. Setiap pagi melihat gambar berkenaan dan tersenyum. "Aku mesti" Kata hati.

Walaupun ketika itu kerja menjaga mesin dan memegang spanar tetapi hati begitu teruja dengan gambar tersebut.

Ketika keluar bertugas Mummy mengemaskan bilik anak bujang nya yang diharapkan menjadi anak yang berjaya tetapi sekadar menjadi pencuci dan lebih sedikit selepas itu menjadi operator penjaga mesin. Mummy mencuri lihat gambar diatas dan harapan nya berbunga.

Dan bermulah sebuah pengembaraan Masterji yang penuh dengan kesabaran, kepedihan dan kesukaran. Bak kata Abang Ramli Sarip;

"Ditepian simpang ini sejenak aku terhenti,
Terbayanglah bagaimana pengembaraan ku bermula,
Ku tinggalkan segala yang kusayang dan kucinta,
hanya untuk mencari satu identiti diri yang murni ...."

Mummy menunggu dengan penuh sabar, Mummy yang sabar dengan kegagalan anak nya, Mummy yang mengharapkan agar anak nya tetap berjaya satu hari nanti.
Dan linangan airmata Mummy terjawap beberapa tahun selepas gambar diatas ditampal!
" Mummy, pesan mu ku penuhi, maaf kan Apit , dapat pegang pen tetapi lambat,,,,".

Doa seorang ibu tunggal yang hidup nya penuh dengan cabaran dan kekurangan , akhirnya terjawap.
Mummy thank yo so much.

Salam Cik Fame , thank you for your continuous support and saya fikir Puan belum pernah lihat rahsia diatas. thank you so much for your support.

2 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Satu perjalanan hidup yg penuh dgn cabaran dapat diatasi dengan usaha dan semangat tanpa mengenal perkataan putus asa.

You have done great!! To all out there...this is an exampke not to pray an easy life, but to pray for the strength to endure a challenging one!!

DrLaptop said...

ingat tiang tu sekadar cara penyampaian "target" rupanya benar wujud :)