Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, November 16, 2012

Permulaan Yang Gemilang

Masterji kongsikan gambar-gambar sempena majlis Temu Mesra di MPH Bookstore, Subang Parade pada 10-November-2012.

Masterji memulakan majlis dengan memberikan sedikit gambaran dan kisah hidup Masterji.

Encik Uthaya Sankar SB berkongsi pengalaman ketika membaca dan menulis komen berkaitan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus di Free Malaysia Today.

Datuk Yusof Haslam yang bersemangat. Kata beliau, "hidup harus mengubah nasib, bukannya asyik jawab dan nasib, apa nak buat. Maka buku ini bagus untuk generasi baru."

Datuk Karam Singh Walia memberikan ucapan. Di akhir ucapannya, beliau mengatakan perlunya "step by step."

Azharunizam yang berkongsi pengalaman bekerja bersama Masterji suatu masa dulu. Kata beliau, "dulu kami sama-sama tarik handjack. Sekarang dia sudah jadi boss. Lepas ni dia bukan lagi Panjang Rafi tapi insyallah akan jadi Datuk Rafi'.

Adik Rizal kata, "dulu dia cuma cameraman tetapi lepas tu jadi seorang Manager. Hebat."


Samurai Masterji, Shahrul Nizam memberikan ucapan yang pendek tetapi penuh makna. "Jika dalam Laskar Pelangi, penulisnya Andrea Hirata membayangkan watak Lintang adalah lelaki genius didikan alam tetapi saya mengenali Encik Rafi sebagai lelaki yang lebih genius dari Lintang."

"Uncle Masterji mengajar kita bagaimana untuk terus ke depan", kata Marsha yang merupakan seorang pelajar jurusan Undang-Undang.

Cik Fame yang berseri dengan baju merahnya bercerita, "Encik Rafi adalah consultant syarikat kami. Dengan dia, semua mesti kata boleh. Kalau kata tidak boleh, matanya akan jadi besar. Kalau Encik Rafi boleh, kita pun bolehlah."

Adik Arafat Hambali di perkenal dengan konsep Hidup Harus Ada Tiang Gol.

Adik Anil Azuan yang bersungguh berlari dan mendapatkan RM50 dari tangan Masterji. Beliau tidak sekadar mengangkat tangan.

Bersama sahabat lama, Encik Ahmad Tifley(baju berwarna coklat) dan mentor Masterji, Dr.Ramly Mat Zin(berbaju putih). Mereka sanggup datang untuk memeriahkan majlis.

Dari kiri ; Master Q Saniyah Kadir, Uthaya Sankar SB, Shahrul Nizam, Arafat Hambali, Anil Azuan dan Kamarulzaman.

Bekas rakan sekerja, Kamarulzaman juga hadir dan turut membeli senaskah buku.


 Adik Khasmah bersama 'baby"nya.


Mr.Uhno(Pengarah Urusan syarikat) hadir bersama Cik Fame.
Mummy(berbaju kurung biru) dan adik Masterji yang duduk disebelah Mr.Uhno.


Bersama seorang rakan sekerja yang sudah bertukar angin sekarang bekerja bersama Etika Insurance(baju putih)

 Sahabat lama saya, Shazanoor juga turut hadir.


 
Speed Demon atau Mohd Rijal yang bertindak sebagai jurukamera rasmi untuk majlis ini juga turut membeli senaskah. Kata beliau, "Cik Rafi dari seorang jurukamera boleh jadi Manager dan berjaya. Saya juga jurukamera dan akan berusaha untuk berjaya."


Seorang dari pengunjung yang mengambil kesempatan membeli dan mendapatkan tandatangan dari Masterji.


                                              Zainol, sahabat Masterji sejak bangku sekolah.


Pengunjung yang hadir.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Satu sesi perkongsian kejayaan yg hebat daripada Masterji, Datuk Yusof & Datuk Karam Singh. Secara peribadi saya juga gembira dapat jumpa "mummy" yg selalu Masterji cerita dlm blog. Dalam pertemuan yg singkat itu dapat saya rasakan keperibadian "mummy" yg penyang tapi tegas.

Usaha tanpa mengenal erti penat serta tiada perkataan putus asa di minda akan membuahkan hasil. Juga penting bekerja dgn jujur dan ikhlas dan mesti ada "tiang gol'.

DPKP boleh dijadikan panduan untuk terus maju ke hadapan. Diharap pembeli DPKP dapat menafaatkan isikandungan buku tersebut. Jangan hanya membaca DPKP tanpa mempraktikkanya.