Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, April 23, 2013

Dinamit


Anda ibarat dinamit! Boleh meletup dengan berita baik dan tidak baik!
Boleh meletup dengan cerita kejayaan yang hebat dan tidak boleh dilupakan ataupun cerita panas yang memalukan dan tidak boleh dilupakan.

Thomas Alva Edison, Wright Brothers , Alexander Graham Bell, sudah menjadi dinamit yang hebat dan hingga kini letupan nya
di ingati dunia!
Kita juga punyai potensi dan kewibaan yang sama cuma cari picunya dan letupkan ia dengan idea yang tidak terduga,
kemahiran yang tidak tertanding atau pengetahuan yang kehadapan!

Aha jangan perlekehkan diri sendiri , fikirkan boleh kita boleh. Kalau tidak boleh menjadi fokus dunia, negara mungkin keluarga sudah pasti!
Ayuh jadi lah dinamit yang positif.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Sudah tentu mahu meletup dgn berita baik :-)) Jadi saya kenalah terus berusaha demi kebaikan saya, keluarga dan tempat kerja saya. Begitu juga dgn Masterji....all the best!!!