Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, September 3, 2013

Two thumbs up for Tanda Putera!


Filem yang harus ditonton.
Bukan dari segi perkauman tetapi kerana;

Tokoh pemimpin yang hebat!
Tokoh lelaki yang amat berkualiti dan disegani!
Tokoh pemimpin yang mendahulukan kerjaya, negara, misi lebih dari penyakit berat sendiri!

Malu rasanya Masterji.
Kadang demam sedikit, selsema sedikit, kita sudah meraung raung, mc lah, rehat lah, macam macam lagi.
Tidak pada Tokoh Hebat Tun Abdul Razak.


Syabas pada Datin Suhaimi Baba!
Berjaya menjadikan bahan bacaan keperwiraan Negara, kisah politik, Pemimpin menjadi visual yang mudah difahami!
Diharapkan lebih ramai Tokoh yang kisah kehebatan mereka di filemkan.
Malaysia perlukan lebih banyak filem seperti ini agar bukan sahaja generasi sekarang mengenali pengorbanan seorang pemimpin malah saya sendiri turut belajar!
Rasa taat, kasih dan berjuang untuk negara akan wujud!

Amat cemerlang filem ini.
Filem yang berjaya membuatkan banyak keluarga mengeluarkan airmata ketika menonton!
Filem yang diberikan tepukan gemuruh sejurus tamat dipawagam.
Terperanjat Masterji sampai begitu sekali respon penonton!

Memang sebak dada dan banyak boleh dipelajari.
Masterji benar benar tertarik dengan kualiti  lelaki dan kepimpinan Tun Razak .

Juga Masterji tertarik dengan keperwiraan Kulasingam. Polis yang jujur , ditembak lebih kurang lapan belas das tetapi masih selamat!
Orang jujur, baik, amanah, tidak menganiaya orang lain akan terus selamat cuma perjalanan hidupnya banyak cabaran!
Tetapi mereka lah Hero sejati! Rock Star!

Banyak yang Masterji belajar dari filem ini.

No comments: