Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, June 30, 2010

It Cuts Like A Knife



Melihat pada statistik jumlah pengunjung blog ini, saya tersenyum sendirian. Syukur, walaupun blog ini di hasilkan dari olahan masa yang semakin sempit, tetapi di atas niat untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang saya dapat dari membaca dan juga dari latar pengalaman, saya cuba juga menulis setiap hari(dan kadang-kadangkala tidak sempat). Terima kasih kepada yang member komen.

Ramai yang tertarik pada entri Freddy Krueger. Ya benar. Bekerja dalam Pengurusan Sumber Manusia ni, macam macam jenis manusia yang akan kita jumpa. Pelbagai jenis criminal yang kita boleh pelajari. Pelbagai personaliti lakonan yang boleh mengaburi pandangan kita.

Komen Encik Azaman perihal interview di Kompleks PKNS. Rupanya anda ada di sana ya. Baru ni saya ketahui. Masa tu kita belum berkenalan lagi. Saya adalah antara ratusan yang datang. Amat gembira dan terharu dapat berkenalan dengan anda. Library bergerak.

Pn Norjahan, komen Pn Norjahan perihal keputusan yang di laksanakan tentang kemasukan anak ke Universiti atas kemahuan Pn,adalah tepat! Mungkin Pn boleh melihat entri saya yang terawal, From Banting to England. Bagaimana Dato Haji Sidek memastikan dan membuat keputusan yang sewajarnya terhadap masa depan anak anaknya. Kadang kadang dalam konteks leadership kita harus ada sifat autokratik dan sudah semestinya kita seimbangkan dengan demokratik berpandukan pada keadaan dan jenis orang yang kita asuh. Kalau tiada langsung sifat autokratik, maka filem Anakku Sazali akan menjadi realiti dalam kehidupan. "LEADERSHIP IS NOT A POPULARITY CONTEST".

Kali ini entri saya adalah berpandukan pada perlawanan bolasepak Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan, saya cuba menyorot perlawanan yang menjadi kontrovesi antara pasukan England dan Germany. Germany menang dengan jaringan 4 - 1 dan seterusnya melenyapkan impian pasukan England kali ini.
Terdapat satu isu yang kontrovesi apabila GOL kedua England tidak di kira ataupun dalam bahasa mudah tidak di iktiraf . Rujuk pada keratan akhbar di atas. Bola yang sudah melepasi barisan gol tetapi tidak di kira. Saya juga turut kecewa dan ramai lagi tetapi inilah di kata "Invisible Achiviements" . Memang benar , ramai yang akan marah kepada pengadil perlawanan malam itu. Mari kita kaitkan insiden ini ke alam pekerjaan kita. Sebagai pengadil yang akan memastikan perjalanan bolasepak berjalan dalam suasana yang adil tanpa sebarang kritikan memerlukan daya kecermatan yang tinggi dalam membuat keputusan yang bersifat “win-win situation.” Sudah tentu, setiap keputusan yang di lakukan tidak mampu memenangi hati semua pihak dan seharusnya penjaga garisan dapat membantu pengadil perlawanan membuat keputusan yang bernas dan adil.

Dalam contoh yang mudah, seorang Ketua Jabatan sudah tentu tidak dapat melihat dan menilai semua aktiviti yang di lakukan orang bawahan kecuali beliau mempunyai penyelia yang akan melaporkan prestasi pekerja lain. Di sini, fungsi penyelia dalam mengimbangi kepuasan hati setiap pekerja yang lain amatlah penting.

Ada di antara kita yang bekerja berhempas pulas mengikut prosedur, balik lewat dan bersungguh sungguh tetapi tiada perolehi faedah yang setimpal. Silap hari bulan , rakan yang kita ketahui pemalas mendapat faedah dan kenaikan pangkat yang tidak sepatut nya. "Ini tidak adil" bak kata Allaryaham Tan Sri P Ramlee dalam filem Tiga Abdul.

Walaubagaimana pun wisel tidak berada di tangan kita. Begitu juga di tempat kerja. Sebagai pekerja , and regardless of positions , kita harus pergi satu tahap lagi ke hadapan selain bekerja bertungkus lumus dan bersungguh sungguh. Kita harus pastikan "peniup wisel" nampak kesungguhan kita bekerja. Penjaga Garisan nampak kita melepasi target line. Key Performance Index(KPI) kita menjangkau jauh dari average points. We must make it visible. We must! Kalau tidak kita harus bersabar. Sudah semesti nya jawapan saudara dan saudari yang sedang membaca akan mengatakan " Kerja bukan nak menunjuk tapi harus ikhlas". Betul . Kalau ikhlas maka berpeganglah pada perkataan berkenaan, IKHLAS . Jadi kalau tiada apa yang faedah tambahan atau pun kenaikan yang kita perolehi, jangan di persoalkan lagi kerana kita "ikhlas".Tetapi dari kacamata saya dan pengalaman saya sebagai Pengurus Sumber Manusia dan tenaga pengajar , isu ini selalu di perkatakan. "We work like a bull but no body recoqnise us". Sering kali perkataan ini di ucapkan. It cuts like a knife kan?
Tetapi, kebanyakkan dari kita mempunyai sifat Hem(seekor tikus) seperti yang di ceritakan oleh Dr.Spencer Johnson di dalam buku motivasi beliau, Who Moves My Cheese.Hem mempunyai sifat tidak mahu berubah untuk mencapai sesuatu sehinggalah beliau menyedari yang keju-kejunya sudah habis di makan oleh Sniff dan Scurry(manusia kerdil). Tidak seperti seekor lagi tikus,Haw yang mempunyai keinginan untuk berubah dan berani keluar dari zon selesa(comfort zone) lalu bergabung dengan Sniff dan Scurry.

Saya sewaktu menjadi pekerja pengeluaran berpangkat line leader belasan tahun dulu juga pernah terasa begitu. Tetapi misteri ini di selesaikan oleh seorang Boss Jepun yang cukup handal. Nasihatnya pada saya amat mudah, "Lafi san ( R hilang) working man and business man is the same. You must always think that any thing you want to to do lemember thlee things( Remember three things ) . .... Timming , situation and Opportunity ". ! He went on and say " If you ploduce (produce ) aircond product, of course not during winter season,".. " Lafi san, how do you wlite ( write ) your daily work targets'?" soal beliau kepada saya. Jawap saya..." In my diary Saito san ". Dia tatap muka saya dan tersenyum tanpa mengedipkan anak matanya. Bang! Sebiji peluru hinggap tepat di dada saya. Katanya " Lafi san , why don't you wlite ( write ) down your daily work tagets ( targets ) in the white board at your table over there, I can see your performance better and I can judge your acitivities at once".. "

Beliau terus tersenyum. Saya belajar. Benar juga katanya. kerja kalau tulis dalam diari siapa yang nampak. Ikhlas soal pertama tapi kita harus juga menjadi muslim yang berjaya. Benar juga kata kata bos tadi. “Make your work and achievements visible! Yes make it visible. Bila saya mula menulis di white board, bukan sahaja dia malah saya sendiri pun jelas dengan apa yang saya patut buat hari itu.

Beberapa tahun selepas itu saya bertemu seorang lagi Ketua Jabatan, sekarang bergelar Dr Haji Ibrahim Zahari, satu benda yang berfaedah saya belajar daripada beliau berkaitan Achievement.
ACHIEVEMENT =
- Must Be SEEN
- Must be HEARD
- Must be KNOWN

Maka dengan itu, rapatilah peniup wisel dan pastikan si peniup wisel nampak apa achievement yang anda lakukan. Jangan terus terusan berada dalam dilema it cuts like a knife. Bak Kata Encik Azaman, jual diri!

Tuesday, June 29, 2010

FREEDY KRUEGER!

'He is like a nightmare that just won't go away even you wake up'..........

Apa khabar semua? Moga semua pembaca dan pengunjung blog ini berada dalam keadaan kesihatan yang cemerlang. Terima kasih untuk semua komen-komen yang di berikan. Komen pasal Masterji, terima kasih yang tidak terhingga. Ada yang nak tahu, apa jadi pada Masterji lepas dapat kerja baru selepas berhenti dari kilang tembakau? Nanti dalam entri yang seterusnya akan saya lanjutkan lagi. Insyaallah.
Teruskan sokongan, kerana sokongan dari anda adalah inspirasi saya. Kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang Human Behaviour. Penting dalam konteks pekerjaan dan kehidupan. To all HR Managers out there, please take note as you know that, the most important element of resources is human. Therefore study it, eat it and sleep with it!.


Keratan akhbar Harian Metro, tarikh 25-Jun-2010

Ini juga kategori Freddy Krueger,:
"He is like a nightmare that just won't go away even you wake up"

Nampak keratan akhbar di atas? Sebagai seorang Pengurus Sumber Manusia, tenaga pengajar, kaunselor, dan seorang bapa, cerita-cerita seperti di atas adalah satu pengetahuan yang amat berguna buat saya. Banyak keratan akhbar yang saya simpan berkaitan dengan berita-berita seperti ini. Pada pandangan saya, walaupun anda bukan seorang pengurus sumber manusia, anda harus membacanya! Saya tekankan, semua orang termasuklah pasangan kekasih yang sedang enak di lambung cinta. Ia adalah asset bukan liabiliti.
Berkasih dan berkahwin adalah seperti aktiviti “recruitment” dalam bidang Human Resource Management. Prinsip yang paling penting yang akan kita belajar dalam recruitment ialah, " Easy to recruit but Difficult to terminate" . Kalau cara pemilihan dan penilaian kita cemerlang,menetapi segala aspek kemungkinan kita boleh memperolehi seorang pekerja yang boleh mendatangkan keuntungan bernilai RM 5 juta untuk syarikat , tetapi kalau kita salah percaturan dalam memilih mengrekrut pekerja, berkemungkinan besar akan kehilangan RM 10 juta kerananya dan malah lebih teruk ia akan menjadi Freddy Krueger dan mimpi ngeri(nightmare) untuk kita sebagai Pengurus atau pun usahawan! Sebut pasal Freddy Krueger, sudah tentu anda kenal siapa Freddy- Nighmare on Elm Street. Satu jiwa yang sesat, mental yang lemah dan citarasa yang zalim dan maha kejam.
Salah satu sebab hidup kita menjadi seperti Merry Go round adalah kerana tiada pengetahuan dan tiada minat mendalami pengetahuan dalam bidang seperti ini. Manusia adalah kompleks. Pelbagai karenah, pelbagai tabiat, pelbagai personaliti. Menjadi tanggunjawab kita dan mustahak mengetahui dan mendalaminya.
Bak kata salah seorang guru yang mengajar saya dalam bidang Human Resource Management sewaktu proses untuk mendapatkan diploma dalam bidang tersebut"..Rafi and the rest, You can have the most sophisticated machines for your resources, you can have the most current technology as your resources but all this will go to drain if your primary resources, human resources is rubbish..." tambah beliau "Knowing them, study them , changing them is important..."
Benar. Sebab manusialah yang akan menggerakan sumber-sumber lain.Manusia boleh membina bangunan secanggih pyramid atau seindah Taj Mahal yang di dampingi erat Sungai Yamuna dan manusia juga bisa menghancurkan sebuah oragnizasi. Maka kami di kalangan pegawai sumber manusia, subject Organization Behaviour amatlah mustahak. Organization Behaviour banyak faedahnya. Kita akan pelajari tentang tingkahlaku manusia, politics in organization, personality, stress, leadership dan juga motivation. Mahir dalam bidang tersebut boleh membuatkan anda terlepas dari pada salah satu perangkap hidup merry go round.
3 jenis personaliti yang harus kita ketahui
1. Firm ( Konsisten dan jujur )
2. Fabrication ( Lakonan dan pura pura )
3. Split ( Tidak konsisten dan gangguan mental )
Di ingatkan,sesiapa juga harus berhati-hati bila berhadapan dengan mereka yang berada dalam kategori personaliti kedua dan ketiga.
Berbalik pada keratan akhbar di atas , di mana seorang lelaki mencederakan , memeras ugut dan memalukan bekas teman wanitanya sehingga ke satu tahap yang amat kritikal semata mata kerana tidak berpuas hati wanita berkenaan meminta hubungan di putuskan. Memang kejam. Berkenalan dengan lelaki itu adalah mimpi yang ngeri. Freddy Krueger punya puak. Kita harus akur sekiranya tidak di kehendaki lagi. Lelaki tadi mungkin lupa tentang risiko yang menunggu. Sekiranya di tangkap bila berlaku kematian, nama keluarga dan ibu bapa akan tercemar. Mummy saya selalu mengingatkan saya " Ingat...awak tu ada adik perempuan atau esok esok mungkin ada anak perempuan,..apa awak buat pada orang lain, kalau tak kena pada awak, kena kat adik awak, atau anak awak ataupun cucu awak,...". Haha macam lagu Scorpions pulak, “U get what you gift”. Benar. Nasihat yang logik. Apa yang di laburkan pasti dapat pulangan yang setimpal!
Tertarik pada keratan di akhbar, saya pun bersetuju untuk menontonnya Lagenda Budak Setan. Di katakan filem Melayu yang mempunyai kutipan tertinggi setakat ini. Kisah percintaan yang bersegi segi. Tapi apa yang menarik saya ialah karektor stress dan split personality yang di tonjol kan dalam filem ini. Kepada sesiapa yang ingin pelajari bab personaliti, saya syorkan filem ini.
Bukan sahaja filem ini malah banyak lagi filem filem berunsurkan split personality menjadi kegemaran saya.Sebagai seorang pengurus sumber manusia, banyak masa perlu di peruntukkan bagi menyelami personaliti-personaliti yang berbeza dari sifat yang di pertontonkan, cuba melihat wajah yang di sembunyikan.
Tahniah pada saudara Que Haidar kerana membawakan watak Azmi dengan begitu berkesan sekali. Azmi adalah bekas kekasih Ayu ( Lisa Suriani ). Kehidupan Ayu akhirnya dimamah oleh kekejaman Freddy Krueger yang bernama Azmi. Walaupun titisan airmata Ayu deras mengalir keluar sewaktu diseksa, bagi Azmi ia adalah kebanggaan bukan kesakitan. Azmi tidak dapat menerima realiti kehidupan. Ugutan menjadi modal utama untuk menjadikan hidup Ayu bagaikan Merry Go Round. Ayu di waktu awal perkenalan telah di perdayakan dengan personaliti fabrication Azmi sehingga kemudian baru kelihatan keaslian warna Azmi yang sebenar dan personalitinya. Saya syorkan filem ini di tonton oleh ibu bapa dan juga muda mudi. Anda tidak tahu bila dan di mana anda akan berjumpa Azmi dalam bentuk kehidupan sebenar! Tontonilah filem ini dan taksirkan daripada sudut pengajaran. Mudah mudahan kita dapat melepasi perangkap hidup seperti itu.Tiada apa yang boleh di buat ketika itu oleh Ayu. Kenangan dan pengorbanan menjadi modal ugutan dan kemusnahan. Watak Azmi yang memamah jiwa manusia adalah lebih hebat kalau nak di banding kan dengan Dr Hannibal Lecter yang memakan daging manusia dalam novel Thomas Harris dan selepas itu di adaptasikan ke layar perak dengan tajuk Silence Of The Lambs. Watak Dr Hannibal Lecter atau Dr Hannibal the Cannibal di bawa oleh Sir Anthony Hopkins. Sungguh hebat. Masih teringat dialog nya "..On a simmiliar note, I must confess to you, I' m giving very serious thought ..to eating your wife...." . Dengan selamba, genius dan bersopan santun , dia berkata demikian!
Dr Hannibal Lecter.

Banyak juga filem yang saya tonton. Semua itu pelaburan dan pelajaran. Wayang adalah manusia. Dan manusia adalah produk saya. Sama ada dalam bidang pengurusan atau pun latihan! Selain daripada filem filem saya juga membaca pelbagai novel. Bila bosan dengan buku pengurusan, tukar ke novel.Tidak rugi. Banyak faedah yang saya dapati. Hasil tulisan Thomas Harris, John Grisham, Philip Margolin , Stephen King dan John Sandford adalah kesukaan saya. Kalau isteri saya pi shopping 2 ke 3 jam, tak apa selagi saya ada sebuah novel dan segelas teh tarik. No hal.
Saya ingin berkongsi di antaranya. Mereka sebenarnya wujud kalau tidak penuh mungkin separuh. Saya selalu terfikir, apakah yang akan saya lakukan sekira nya terjumpa dan terlibat dengan pesalah pesalah seperti di bawah ini.
Mereka unik. Personaliti yang pelbagai dan boleh menjadi Freddy Krueger sekiranya tidak di tangani dengan tepat dan kreatif.

Buku 1:
Silence Of the Lambs
Thomas Harris


Learning points : Cerita yang menarik. Seorang pembunuh yang bijak mengatur dan berkomunikasi. IQ biasanya juga tinggi. Agent polis , Clarice Starling lakonan Judie Foster mempunyai kesukaran yang tinggi untuk menandingi nya.
Saya selalu terfikir, kalau terjumpa dengan kategori seperti ini atau pesalah jenis ini apa nak buat. Mereka bijak dan sambil senyum anda terbunuh! Beliau di dalam masyarakat mempunyai status yang tinggi.


Buku 2 :
The Red Dragon
tHOMAS Harris.

Learning points:
Cerita berkisar seorang lelaki pemalu dan low profile menjadi pembunuh. Beliau hanya mencari keluarga yang bahagia untuk di jadikan mangsa. Pemuda yang mempunyai tekanan otak menjadi pembunuh yang berimejkan naga. Siapa sangka lelaki yang tidak ada kawan, pendiam dan pemalu berjaya membunuh lebih daripada satu keluarga dengan plan yang jitu. Beliau bermentorkan Hannibal The Cannibal.


Buku 3 :
Rules of Prey.
John Sanford.

Learning points:
Siapa sangka, seorang peguam yang pakar perihal undang undang menjadi pembunuh dan perogol. Beliau pakar tentang selok belok undang undang dan menggunakan kelebihan itu untuk menjalan kan aktiviti yang tidak baik. Amat sukar untuk menjejaki pesalah kategori ini kerana mereka pakar tentang undang undang. John Sanford banyak menulis siri prey ini dan sekira nya anda ingin berfikiran seperti seorang detektif, Lucas Davenport adalah watak polis yang sesuai dalam siri prey yang boleh menolong anda.

Buku 3 :
Primal Fear
William Diehl

Learning points:
Kisah seorang budak yang bernama Aaron Stampler di tangkap kerana membunuh dengan brutal. Tetapi kerana kepintarannya beliau berjaya mengwujudkan satu lagi personaliti yang mencerminkan beliau tidak waras dan dapat mengelabui mata penguam nya serta Hakim yang membicarakan kes pembunuhan tersebut. Akibat nya beliau di bebaskan daripada tuduhan membunuh dan di syorkan untuk mendapatkan rawatan otak. Sebarnar nya beliau adalah pembunuh yang tiada personaliti lain. itu hanya mainan nya.! Novel ini di filem kan dan di lakonkan oleh Richard Gere yang handsome tu sebagai penguam.


Buku 3 : Misery
Stephen King.

Learning points:
Ini split personaliti seorang wanita.
Cerita yang mengisah kan seorang penulis buku terkenal Paul Sheldon diculik oleh seorang wanita bekas Juru rawat yang menjumpai nya selepas kemalangan. Penulis buku itu dalam perjalanan pulang selepas menulis sebuah novel dan terlibat dalam kemalangan di musim salji. Tertimbus di dalam salji. Patah kaki nya dan tidak boleh memandu selepas itu. Bekas Jururawat itu amat minat dengan tulisan novel nya. Mengurung beliau dan menyiksa penulis novel itu semata mata untuk memaksa beliau menghidupkan semula watak yang sudah mati dalam novel berkenaan! Novel ini di filem kan pada tahun 1990. Saya menonton nya sebanyak 2 kali dipanggung. Lakonan Kathy Bates. Menerusi watak yang di lakon kan beliau mendapat award dalam filem ini!

Buku 4 : Gone but not forgotten
Gambar
Phillip Margolin

Learning points:
Court room thriller yang hebat! Lawyer yang hebat! dan pembunuh yang hebat! sesiapa yang ingin mempelajari teknik pemikiran seorang peguam, saya syorkan Philip Margollin ataupun John Grisham. Gone but not forgottan mengisah kan tentang seorang pembunuh yang berjaya memeras ugut kerajaan untuk membebaskan nya dari tuduhan pembunuhan dan seterus nya berpindah , bertukar imej tapi masih lagi membunuh!. Tetapi tiada siapa yang menyangka beliau adalah seorang pembunuh berpandukan pada personaliti yang dia tonjol kan!

Itu adalah diantara novel yang saya baca. Ada banyak lagi tapi cukup lah sekadar perkongsian. Mempelajari personaliti yang pelik bukan lah satu kerugian malah keuntungan. Sebagai Pengurus Sumber Manusia, novel novel berkenaan banyak membantu saya dalam Domestic Inquiry yang saya jalan kan, Kauselling yang saya jalan kan dan juga interview selection yang saya kendalikan. Sewaktu interview kita tidak hanya melihat resume tetapi personality! Tidak rugi!

Mungkin anda sedang berhadapan dengan Freddy Krueger dalam proses kerja anda. Pelajarilah apa yang saya sarankan. Juga mungkin untuk saudara mara anda yang lain!

Friday, June 25, 2010

Stayin' Alive


Apa khabar semua? Harap sihat ya.
Terima kasih pada yang memberi komen melalui sms dan juga blog. Kali ini saya meneruskan suka duka Masterji. Tujuan berkongsi adalah untuk pembelajaran bersama. Saya gembira menjadi Mohd Rafi Jalaluddin walaupun pelbagai onak yang di lalui.

Selepas di berhenti kerja sebagai konduktor bas mini, saya kembali menganggur. Kali ini, saya terjebak dengan sekumpulan Mat Motor(Mat Rempit). Memandangkan saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan,saya hanya bergantung harap pada rakan-rakan yang mempunyai motorsikal. Ketika itu, motorsikal jenama Yahama RXS cukup popular sebelum kemunculan Yamaha RXZ. Ubah sana, tambah sini, sudah boleh jadi Raja Sawang(roundbout).
Sesekali, saya berkesempatan bertemu dengan sahabat lama saya semasa di MTC, One Man Gang. Dia sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai pemandu lori. Katanya dengan bangga ” Pi, aku jadi pilot..”. Fizikal kami amat berbeza. Dia mempunyai tubuh yang sasa, tegap dan kukuh tetapi mempunyai hati yang mulia sementara saya pula masih dengan tubuh keris melidi(slim). Dia masih lagi seperti saya mula-mula kenal dulu, tidak pernah berenggang dengan jaket yang tertera perkataan One Man Gang yang entah bila di cucinya.
Pada ketika itu juga, peluang pekerjaan terlalu terhad, pejabat buruh juga tidak pernah surut dari kunjungan orang ramai yang mengintai peluang pekerjaan. Untuk mendapatkan sebarang pekerjaan, saya ke sana ke mari keseorangan dengan harapan mendapat sebarang tawaran pekerjaan untuk membantu ibu dan nenek.
Saya tidak pernah berdiam diri dari mencuba mencari peluang pekerjaan. Pelbagai jawatan yang saya pohon, antaranya sebagai anggota polis (di suruh Pakcik). Saya mendapat tawaran sebagai anggota polis tetapi terpaksa di tolak kerana mengelak dari berpisah jauh dengan adik dan nenek, mereka masih memerlukan saya. Saya juga ada memohon jawatan sebagai Kelasi Kapal dan Pramugara tetapi kedua-duanya tidak menampakkan sebarang maklumbalas.
Semasa berkeliaran mencari kerja, saya ternampak sepanduk besar temuduga terbuka untuk sebuah syarikat MNC Jepun.Temuduga tersebut akan di adakan di Kompleks PKNS, Shah Alam. Saya pulang dan bercerita pada mummy. Mummy terlalu suka, beria-ia dia memaksa saya untuk hadir temuduga tersebut. Katanya ” kerja kat kilang Jepun ni sama macam kita pi sekolah balik”. Sambung mummy, ”lagipun kalau nak masuk meminang, orang akan ambil menantu yang kerja gomen(kerajaan) tapi kalau kerja kat kilang Jepun tu, bakal mertua boleh juga terima. Rambut pun kena le potong sikit..”
”Potong rambut? Ahhh sudah!” bisik hati saya separa terkejut.
Mummy menambah "kilang Jepun ni selalu menghantar pekerjanya ke Jepun, manalah tahu Apit nanti boleh sampai Jepun"kata Mummy sebagai peransang.
Apa yang saya tahu pasal Jepun? Polisi pandang ke Timur(hanya tahu menyebut tetapi langsung tidak memahami), Ultraman, samurai, Ninja , Tempe Asoka ( watak kartun Jepun dulu tahun 78 ).Kumpulan Earthshaker dan Loudness, itu sahaja yang saya tahu tentang Jepun.


Sejenak terganggu dan terbayang pada Thomas, Stephen dan Siva Kumar. Lama tidak ketemu. Surat pun sudah jarang berutus. Makin sibuk mungkin. Apapun kalau bertemu kembali, mungkin saya segan dan sudah tentu berasa malu. Mereka bakal Engineer, Executive dan Lawyer,tetapi saya ? Saya tiada apa yang tetap. Kenangan bermain hoki, bolasepak dan monopoli masih jelas di fikiran. Ibu bapa mereka lain. Ibu bapa Stephen bila waktu pagi akan mengucapkan good morning pada anaknya. Manners! Bagus. Mereka berjaya. Mungkin mereka lengkap. Ketika berumur lima tahun dan adik perempuan saya di lahirkan, bapa meninggalkan kami. Tidak pernah berjumpa selepas itu. Mummy bertungkus lumus membesarkan kami sampai satu peringkat saya mengambil alih. "Mungkin kalau aku ada bapak, aku juga akan berjaya macam Thomas". Bisik hati saya. Apa pun suratan takdir telah menentukan saya dan adik akan melalui kehidupan tanpa seorang bapa. Pada hari ini saya bangga hidup dengan mummy. Walaupun mummy seorang ibu tunggal untuk beberapa ketika yang agak lama juga, beliau tetap wanita hebat! Saya jadi manusia bukan sampah. Seorang ibu tunggal kadang kadang lebih hebat dari sepuluh orang lelaki berkelulusan tinggi. Saya yang melaluinya maka saya tahu kehebatan seorang ibu tunggal.

Akibat desakan mummy, dengan hati yang amat berat saya menghadiri temuduga dengan syarikat MNC Jepun tersebut.Hati saya lebih tertarik untuk menjadi seorang kelasi kapal, ”life beyond the sea is wonderfull”, ataupun setidak-tidaknya sebagai pramugara. Ah, harapan.
Esoknya, sebelum Subuh saya sudah sampai ke tempat temuduga di adakan. Saya sampai sekitar jam 05:30 pagi dan alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati calon-calon yang hadir untuk temuduga tersebut yang sedang menunggu dalam barisan yang amat panjang, terlalu panjang.Saya jangkakan saya antara orang yang paling awal sampai, rupa-rupanya ada lagi yang paling awal.Bayangkan, saya terpaksa berbaris hingga jam 10:00 pagi sebelum di temuduga!
"Thank you for your time, we will notify you if you are selected later", kata akhir penemuduga wanita itu sambil di sebelahnya duduk seorang lelaki berbangsa Jepun.
Apapun, dalam hati saya kalau dapat kerja kelasi kapal kan bagus." Pi Life beyond the sea, is beautiful', kata-kata dari Abang Labu itu amat mempengaruhi saya.

Kerja masih tiada


Berita gembira menjelma.Akibat tembakau yang sudah banyak, kilang tempat saya bekerja sebagai Captain Hook, mula menawarkan semula pekerjaan sementara untuk musim baru dengan kontrak 6 bulan. Tanpa berfikir panjang saya lantas memohon semula. Saya berjaya mendapatkannya. Mereka juga gembira menerima saya. Dengan tangan terbuka mereka mempelawa saya bekerja serta merta. Status kerja sama, Captain Hook. "Man Bai kembali’, kata penyelia yang pernah bekerja dengan saya dahulu. Man Bai adalah nama timangan yang diberikan pada saya di situ.

Saya mula bekerja dengan gembira kerana itu adalah tempat lama. Gembira kerana ramai yang mengenali saya dan mengalu ngalukan kedatangan saya semula. Jauh di sudut hati, teringat kenangan lama. Di sinilah saya bertemu dengan Abang Labu, di sinilah saya bertemu dengan One Man Gang, hiba rasanya bila mereka sudah tidak bersama saya sekarang.Terbayang-bayang gurauan nakal kami, terbayang-bayang kenangan kami bersama-sama makan tengahari di kantin. Terbayang-bayang kenangan sewaktu berehat bagaimana kami selalu berazam untuk menjadi senang sekiranya mendapat pekerjaan tetap.
Terbayang-bayang bagaimana kami menjadikan hook sebagai mikrofon untuk menyanyi sewaktu kerja dan jadikan daun tembakau sebagai bunga untuk di jadikan hadiah kepada penyanyi tadi. Hah ha ha ha. Jelas semuanya. Tapi kini hanya saya seorang yang kembali. Mereka telah mendapat kerja tetap. Saya berasa malu.

Kali ini saya di berikan kepercayaan sebagai penolong penyelia. Suka. Saya pulang dan bercerita pada Mummy. Maklumlah , saya tiada berpelajaran tinggi, maka kepercayaan seperti itu amat mengembirakan . Kerja saya cuma pegang pen dan kapur dan tulis jumlah tembakau yang masuk dan sudah di periksa dengan pen dan tolong tulis gred jenis tembakau selepas di periksa dengan kapur. Hebat rasanya masa tu. Mummy memberikan maklumbalas yang mudah dan bermakna, ”itulah Mummy dah cakap , kalau kita bodoh tapi baik, tentu ada orang sayang dengan kita.”

Adik masih bersekolah dan nenek seperti biasa meniaga nasi lemak.

Satu petang sekitar bulan Mac tahun 1989 , mummy beritahu dapat panggilan telefon untuk hadir temuduga kedua di syarikat MNC yang saya pohon. Mummy begitu gembira dengan berita tersebut. Mummy pun melobi pelbagai faedah yang menarik dan masa depan yang cemerlang di syarikat tersebut.

Saya di panggil temuduga pada satu pagi Jumaat. Temuduga yang kedua. Awal pagi saya tiba bersama seorang rakan menaiki motor ”Kapcai”. Berdebar. Dengar kata, syarikat Jepun ni disiplinnya kuat. Saya fikir bolehkah insan seperti saya mendapat peluang ini. Rambut yang sedikit panjang dan gaya rugged.
Kata mummy kilang ini bagus. Misi masa depan kata Mummy. "Bolehkah aku melakukan U - TURN. " Bisik hati saya. Saya sudah jauh daripada landasan kesempurnaan dan sewaktu orang lain terus berjalan saya terkeluar ke landasan lain. Sekarang mampu kah saya membuat U - TURN ke landasan yang sepatutnya semula. Zack dalam filem Azura juga akhirnya akur pada rayuan Azura untuk berubah dan mencari pekerjaan tetap." Iya, kita harus bekerja , sekiranya ingin berdikari"katanya pada Azura. Zack melakukan U - TURN. Zack dan Azura sanggup tidur di tepi jalan semata mata kerana ingin belajar hidup susah.


Sewaktu mengelamun, saya terpandang salah seorang yang juga hadir untuk temuduga. Muka saya pucat,”alamak kena pakai tie ke? Takkan minta kerja operator pun pakai tali leher.Hissh seksa betul ni minta kerja kat sini”.
Maka dengan pantas saya mengarahkan rakan yang membawa saya datang dengan motor tadi pulang ke rumah dia untuk mengambil tali leher atau meminjam sesiapa yang ada. Saya dah confirm tak ada. Ada pun bukan boleh digunakan.
Rocker mana pakai tali leher. Perasaan panik makin menjadi-jadi. Makin ramai yang sampai bersama tali leher. Aduhai nasib. Rakan tadi tiba dan membawa tali leher yang pernah di pakainya masa menjadi pengawas sekolah dulu. Puhh!! Saya menarik nafas, lega. Dia tolong ikatkan.Nak gelak pun ada. Sudahlah memakai seluar slack bersaiz besar yang di pinjam dengan baju kemeja ketat.
Nama kami di panggil masuk ke dewan temuduga. Saya melangkah bersama yang lain. Mereka nampak segak dan cukup yakin berbanding saya. Sampai sahaja di pintu dewan, kelihatan seorang Manager yang berpakaian kemas bersama tali leher sedang berdiri, tangannya mencekak pinggang. Berbadan tegap dan berkumis. Rupanya ala aktor Clint Eastwood."All of you are technician?"soalnya. sekali lagi saya tergamam" Hei ..aku bukan technician, salah dah ni", kata hati saya. Panik datang semula. Pucat. Saya mengundur ke belakang dan pura pura bertanya di mana tandas pada pengawal yang membawa kami masuk tadi. Selepas mendapat maklumat saya pun beredar. Beredar bukan ke tandas tapi lari keluar sebab terasa takut dan malu. Saya bukan technician. Tali leher tadi saya buka dan barulah saya tahu yang datang tadi semuanya technician patut lah pakai tali leher. Gelihati juga rasanya.

Kawan yang menumpangkan saya sudah pulang. Saya berjalan kaki sampai ke rumah sambil beranggapan mummy salah dengar. Sampai sahaja di halaman rumah, mummy sudah menunggu dengan senyuman dan harapan yang berbunga. "Macam mana nak...dapat kerja kat situ tak". Soal mummy.
"Mummy salah dengar lah...interview technician bukan operator", jawap saya dalam nada yang sedikit tinggi.Wajah mummy seperti kehairanan. "Tak mungkin salah" katanya dan bergegas masuk ke dalam rumah, saya duduk di di tepi pintu sambil melambungkan rokok ke bibir. Pap! Melekat dan rasa geram.

Dari dalam rumah, kedengaran mummy menelefon operator mencari nombor syarikat berkenaan. Kemudian mummy berbicara dengan seseorang di talian dalam bahasa English. Mummy memang pakar dalam bahasa itu. Dari jauh kedengaran riang ria suara mummy " Apit , diorang salah panggil rupanya, hari ini memang untuk technician tapi esok untuk operator, jadi Apit kena pergi lagi esok pagi ya nak". Harapan Mummy masih berbunga. Saya mengeluh dan hairan. Mummy terus memujuk sambil saya membuat bentuk O pada asap rokok yang di hembuskan.Asap yang membentuk huruf O tadi pecah apabila di hembus angin.

Keesokannya, saya pergi lagi selepas di kejutkan Mummy yang memujuk saya agar pergi lagi sekali.Saya masih bimbang,jika tersalah lagi atau kena pakai tali leher lagi. Tapi tepat rupanya, hari itu hari Sabtu dan memang untuk temuduga operator. Ramai yang hadir. "Huh ini baru betul..fesyen sama lebih kurang", kata hati saya. Baru rasa sedikit yakin.

Saya lalui interview berkenaan dan tidak langsung meletakkan apa-apa keyakinan dan peluang. Pulang dan ceritakan pada Mummy. "Keputusan dapat atau tidak akan di beritahu kemudian”, cerita saya pada mummy.

Sementara menunggu keputusan dari temuduga tersebut, saya bekerja seperti biasa dengan proffesion yang sama; Captain Hook di kilang tembakau tersebut. Sehinggalah saya menerima sepucuk surat di rumah dan Mummy beritahu saya di terima bekerja di syarikat MNC Jepun berkenaan dan harus pergi medical check up. Mummy terlalu gembira.

Saya lulus medical check up dan di minta melaporkan diri pada satu masa yang telah di tetapkan. Mummy terlalu gembira sehingga beliau menciumi dahi saya." Anak mummy mesti dapat pergi Jepun”, kata mummy. Kata hati saya, ”kerja operator mana lah dapat peluang itu,aku nak kerja kapal bukan kilang ni"gerutu hati saya.

Saya harus berhenti dari kilang tembakau untuk melaporkan diri ke syarikat baru. Perasaan sedih kembali hinggap di hati. Kali ini lebih hiba. Saya seakan akan dapat rasakan saya tak akan kembali lagi ke sini untuk kali ketiga. Pada hari terakhir di situ, saya meletakkan hook, pen, clip fail dan kapur pada meja penyelia saya. Dia sekadar memahami perasaan saya. " Man,hang sekarang dah dapat tempat baguih, kerjalah elok- elok dan jangan kembali ke sini lagi". Katanya dalam loghat Kedah. Beliau berdiri dan menepuk bahu saya. Sejurus itu juga airmata saya menitis. Entah kenapa kali ini begitu hiba. Disinilah saya belajar menjadi seorang penyelia walaupun sebagai penolong dan dengan gaji yang sama. Di sinilah saya rasa selesa kerana ramai yang saya kenal, di sinilah saya berjumpa dengan Abang Labu dan One Man Gang. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan bergegas keluar ke tempat saya menyusun tembakau dan memotong guni tembakau. "Pandangan terakhir" kata hati saya. Di tegur oleh seorang pekerja tetap berpangkat kakak yang bertugas sebagai tukang sapu di syarikat berkenaan. Kak Minah namanya. " Man,rajin-rajinlah kerja tempat baru ya",katanya. Kami bersalam dan dia juga mengingatkan saya supaya jangan kembali lagi kesitu.

Saya bergerak ke luar dan itulah kali terakhir saya berada di situ. Itulah kali terakhir saya berbau tembakau dan Kak Minah tukang sapu itu adalah orang yang terakhir memanggil nama saya Man Bai. Nama itu padam di situ dan berakhir di situ.

Saya akan ke tempat baru. Jauh di sudut hati, amat gembira sekiranya dapat kembali ke kilang tembakau ini. Tapi Adik perlukan wang yang lebih. Maka saya harus ada pekerjaan yang tetap dan gaji yang lebih.

Ya saya harus mencuba nasib di tempat baru. Entahkan selamat entahkan tidak. Syarikat yang penuh disiplin dan undang undang yang ketat menunggu saya. " Boleh ke ni",kata hati saya. Kedengaran sayup sayup suara Mummy”Apit mesti dapat pergi Jepun”
"Ha,hahaha..haha”, ketawa besar saya sewaktu terbayang kata kata Mummy. "Mustahil orang U TURN macam aku dapat peluang begitu. Dapat kerja pun cukuplah”, bisik hati saya.

Saya harus teruskan kehidupan. Adik mesti tamat pengajian dengan keadaan sempurna. Man Bai tamat di kilang tembakau berkenaan. Perlahan lahan wajah Penyelia saya dan Kakak Minah bermain di mata." Man,jangan kembali lagi kesini ya",suara mereka dan doa mereka.


Apa yang boleh di pelajari dari entri ini:
1. Mummy tidak pernah berputus asa. "Never give up spirit" cukup kuat. Kalau dia tidak contact sana dan contact sini masakan dapat saya ke masuk semula interview lagi. Hari ini pengajaran tersebut amat penting, Saya laksanakannya . Kalau kita perlukan sesuatu, kita harus rajin contact sana contact sini. itu ayat Mummy. Dan ia terbukti berhasil. Hormat saya pada Mummy.

2. Penghormatan yang di berikan sebagai penolong penyelia di situ amat mengembirakan saya. Walaupun tanpa apa apa faedah kenaikan gaji tapi saya bermotivasi untuk bekerja. Di sini saya belajar betapa pentingnya motivasi. Dan wang bukanlah sumber utama motivasi.

3. Pengalaman amatlah penting. Walaupun di berikan status sebagai penolong penyelia , tanpa kenaikan gaji, saya tidak rugi. Malah saya untung berlipat kali ganda kemudiannya . Pengalaman itu adalah wang di belakang hari. Apa yang penting ialah Know How. Dalam pekerjaan saya yang seterus nya, saya di lihat sebagai operator yang punyai kelebihan merancang. semua itu saya perolehi daripada kilang tembakau tersebut. Memang betul kata orang, jangan asyik berkira aje kalau nak maju.

Selepas beberapa tahun kemudian, di Subang Airport, airmata Mummy, bercucuran keluar dan kami berpelukan. "Kan betul cakap Mummy,anak Mummy akan dapt pergi Jepun", kami berpelukan dan saya memakai baju kot di mana saya tidak pernah sekali pun sangka atau bermimpi untuk memakai nya. dari sehelai seluar koyak yang lusuh ke sepasag baju kot yang kemas dan menarik. Memang tak sangka. Betul Kata Mummy. Bagaimana saya dapat mengotakan kata harapan mummy, tunggu dalam siri Masterji ke puncak yang akan datang.

Dalam hati, "Thomas, Steve , Kumar,... am flying far man finally".

Wednesday, June 23, 2010

Sweet Child Of Mine


Apa khabar semua? Moga semua pembaca blog ini sihat, Aminn...
Terima kasih pada semua yang menghantar komen dan sms. Ada yang tertarik pasal tajuk DON semalam. Saya juga ada menggunakan beberapa scene di dalam movie berkenaan untuk sesi Leadership training. Gaya, pengaruh dan tactical approach yang di adaptasi dari filem berkenaan.

Komen Pn Noorjahan berkaitan sambung belajar itu amat menarik. Anda dalam kategori Make Time To Use time and anda bukanlah Merry Go Round ! Proses pembelaaran sungguh penting. Dalam siri Masterji Ke Puncak yang akan datang, kita akan kongsi bersama. Apa pun, anda cemerlang. Dari seorang setiausaha yang hanya menguruskan seorang pekerja sahaja , anda menjadi Pengurus Sumber Manusia dan menguruskan beratus ratus orang. Malah sudah sudah petah dalam undang undang pekerjaan. Satu lagi, ada orang tanya macam mana nak mempunyai aura Cik Fame. Mungkin boleh kongsi senyuman yang beraura Pn Norjahan tu. Boleh kot dalam 10 check points. Silakan ya.

Kali ini saya ingin berkongsi salah satu cerita berkenaan anak-anak saya bukan Junior. Tajuk nya macam lagu kumpulan Gun N Rosses pulak. Sedap lagu tu. Ramai yang nak tahu seterus nya apa jadi pada Masterji, Insyaallah masa akan datang. Masterji punyai banyak liku liku hidup yang mencabar. Apa yang akan di kongsi dapat membakar semangat yang lain yang senasib dengan Masterji.

Ada pertanyaan dari Pn Noorjahan pada Cik Sania , mana lama menghilang. Sibuk mengajar kot.

Setiap tahun pada hari ibu atau bapa, anak anak saya tidak pernah lupa untuk memberikan kad ucapan selamat hari bapa atau ibu kepada kami berdua. Kad-kad ini datang dari pada Junior dan dua orang lagi adiknya. Cikgu Rina dan Cik Senah Senator. Kenapa Cikgu Rina? Bila di tanya tentang cita-cita,jawapannya nak jadi cikgu, jawapan yang sama sejak umur 6 tahun sampailah sekarang. Suka mengajar abang dan adiknya di rumah. Gaya mengajar ada tapi subjeknya entah apa-apa.
Yang selalu jadi mangsanya ialah adik kepada Cikgu Rina iaitu Cik Senah Senator.
Kenapa Cik Senah Senator ? Sebab pada tahun kelahirannya ada satu drama yang bertajuk Senah Senator. Nama itu hampir menyamai nama beliau, Safidatul Hasanah. Tapi yang melekat ialah Cik Senah Senator sempena drama berkenaan. Bila di tanya besar nanti nak jadi apa, jawap nya cukup mudah, nak jadi polis . Pasal apa nak jadi polis? Nak tangkap abangnya,si Junior yang suka menyakat.

Semenjak usia lima tahun, saya sudah berpisah dengan bapa saya dan sehingga ke hari ini, saya tidak pernah lagi bertemu dengan beliau, lelaki yang saya wajib panggil bapa dengan selayaknya. Pengalaman saya sebagai seorang bapa mungkin amat sedikit tetapi saya tetap mencuba menjadi bapa yang terbaik pada anak-anak saya.Tidak banyak perbezaan di antara mempunyai bapa atau tidak.Bagi mereka yang kehilangan seorang bapa, Hari Bapa adalah saat-saat yang menyedihkan, menyentap segala perasaan. Bagi bapa-bapa yang masih hidup bersendirian dan menjaga anak-anak secara sendiri(sama ada kerana perceraian atau kematian isteri) anda sebenarnya seorang lelaki yang hebat dan cemerlang. Teruskan jasa mu. Hari Bapa adalah hari yang bermakna untuk anda. Bagi bapa-bapa yang telah meninggalkan anak-anak sekian lama tanpa tahu akan keadaan mereka, fikir-fikirkan lah. Dunia telah mengwujudkan hari yang di kenali sebagai hari bapa untuk kaum bapa di hormati maka selebihnya kita sebagai bapa harus menghormati diri dan status kita sebagai seorang bapa. Laksanakanlah tanggungjawap kita sebagai bapa. Bagi yang anak-anak yang di kasihi dan tiada bapa, jangan bersedih, anda harus menghargai ibu anda. Itulah bapa dan itulah ibu. Raikankanlah bersama Ibu anda.

Setiap tahun, tanpa gagal Cikgu Rina dan Cik Senah Senator akan melukis dan memberikan kad ucapan selamat hari bapa ataupun hari jadi. Pada mulanya saya akan tampal tetapi lama kelamaan saya fikir benda ini boleh menjadi asset. Pertama , mungkin anak anak di masa depan tidak akan melakukannya lagi maka kita boleh bercerita pada mereka betapa hebat nya anak anak di masa lalu, maka kita harus menyimpannya. Yang kedua, saya menyimpannya dan di tempat kan pada satu lokasi ataupun fail sehinggalah pada hari penting mereka. Hari penting berkenaan ialah hari perkahwinan mereka. Sekiranya saya masih bernafas, saya akan bukakan peti berkenaan dan tunjukkan pada mereka semua kad kad tersebut yang di berikan pada kita mengikut tahun pemberian. Inilah bukti penghargaan seorang ibu atau bapa pada jasa anaknya. Saya pasti mereka akan terharu. Saya pasti. Dan sekiranya di takdirkan percaturan yang di lakukan dalam hidup kelak tidak tepat, kemungkinan kad-kad yang di simpan boleh di jadikan ubat yang mujarab atau sebagai azimat mencari jalan pulang.

Kita harus belajar menghargainya walaupun hasil kad tersebut tidaklah seberapa. Mereka dengan begitu bersungguh sungguh ingin menghasilkan sesuatu untuk kita. Kalau di masa depan kita tiada mendapat apa apa daripada mereka, cukuplah dengan kad kad ini sebagai kenangan. Mereka pernah menyayangi kita dan pernah di berikan sesuatu walaupun sekeping kad buatan sendiri.

Itu adalah pandangan saya . Selamat hari bapa kepada yang lain. Teringat satu movie Hindi yang banyak mempengaruhi saya di zaman kanak kanak. AA GALE LAG JA. Lakonan Shahshi Kapoor dan Sharmila Tagore.
Dulu sewaktu kecil mummy selalu puji kata bibir merah macam Shashi Kapoor tapi bila dah besar hisap rokok jadi kurang merah macam Raja Kapur. ha ha ha.
Cerita berkisarkan seorang anak yang cacat membesar bersama seorang bapa dan tanpa ibu. Mengikut desas desus rakan rakan, watak kanak kanak itu di bawa oleh pelakon Hindi Ameer Khan yang popular dalam cerita Mann bersama Manisha Koirala.

Pada Cik Senah Senator dan Cikgu Rina, kalau lah membaca blog Babah nie, ingatlah pada Babah selalu.Terima kasih nak...

Dengarkan lah dendangan dua beranak yang amat bermakna ni . aai mere beta,.....kata bapa nya dan jawap si anak...

Diantaranya :
aai mere papa,
sun mera kehna,
cahe dukh hoye, haste hi rehna

Bermaksud :Oh my father, please listen to what i have to say whether we are in trouble/sadness always be happy and keep smilling.......

Monday, June 21, 2010

DON!


Terperanjat barangkali Encik Azaman dengar tajuk Don. Tingkah laku anda tidak sama tapi kepandaian dan kepantasan anda sama. DON adalah satu nama lagenda Mafia yang hebat! Amat licik, amat pandai, amat pantas dan berpengaruh . Setahu saya ada dua filem Hindi yang bertajuk Don. Satu yang di lakonkan oleh Amitabh Bachan dan Shah Rukh Khan.

Don adalah juga seorang mentor! Keberaniannya di luar jangkaan. Kata adalah kota. "Ketenangan dalam peperangan amat mustahak" katanya. Semua peperangan bermula dari pada akal dan bukan tenaga sepenuhnya maka harus bertenang. Banyak persamaan dengan nasihat yang saya terima daripada Sifu saya, Encik Azaman.

Beliau seorang yang tenang, amat tenang. Setiap apa yang di amanahkan, pasti akan di kerjakan dengan ketekunan yang amat tinggi bagi mengotakan setiap yang di kata.Di samping sifat penyabar, beliau yang saya kenali merupakan seorang lelaki tegas yang tidak pernah kedekut dalam berkongsi ilmu pengetahuan.
Di takdirkan Malaysia ini terlibat dalam peperangan dan kalau saya punya kuasa untuk menentukan , pasti saya memilih beliau untuk di tempatkan di barisan hadapan dalam skuad yang akan mempertahankan kedaulatan Malaysia. Dia, seorang ketua yang sanggup menahan asakan dan makian dari pihak atasan demi menjaga hati dan memastikan orang bawahannya terus tenang bekerja. Saya pernah menyaksikan bagaimana beliau di herdik orang atasan dengan mata dan kepala saya sendiri. Beliau diam tidak membantah dan cuba mencari kewarasan sebelum memberi penjelasan dengan fakta yang tidak terhenti alirannya.
Biar beribu peluru menderu datang padanya namun sifat lari dan tinggalkan medan peperangan bukanlah pilihan terakhir yang ada pada beliau. Falsafahnya "perlaksanaan bukan percakapan!"

Seperti juga watak Don, falsafahnya amat menarik ,"Don Ko pekerna mungkin nehi na mungkin hey" (amat mustahil untuk menangkap Don dan tidak mungkin dapat menangkap Don). Sehinggalah pada kesudahannya,Don gagal di tangkap dan Don berterusan hidup dengan tenang dan bergaya.

Don juga sesuai dengan entri kali ini , bagaimana seorang nenek tua yang berumur 60 tahun menyambung pengajian semata-mata kerana ingin mempelajari kehebatan Al - Capone. Entri berkenaan hasil perkongsian daripada Encik Azaman. Mesej saya adalah mudah, KALAU SEORANG NENEK YANG BERUMUR 60 TAHUN BOLEH KEMBALI KE GEDUNG KULIAH DAN MENYAMBUNG BELAJAR, APATAH LAGI KITA YANG MUDA INI. UMUR BUKAN HALANGAN.

MAGIC?
Saya perturunkan tulisan asal dari Encik Azaman yang di hantarnya kepada saya melalui ruangan komen di pada entri Whistle From Penang.

Salam Masterji,

Yang ini pasal wanita yang berumur 60 tahun tapi masih belajar di peringkat university.

Wanita kat US atau Europe ni, umur kalau dah 60 tahun pun masih di anggap "middle age". Apa taknya, cuba tengok Tina Turner, Joanne Collins dsb. Macam Konosuke Matsushitalah, "...young is in the heart..." or something like thatlah.

Dia ni rupanya ambik kelas kat U ni bukan nak degree sangat, tapi lebih kepada minat nak tambah ilmu. Kalau tak, dok pergi clubhouse dia orang jugak menghabiskan duit. Tapi yang bestnya, kelas yang dia ambik tu kelas Sociology - Organized Crime. Belajar pasal Mafialah, Yakuzalah dll. Biar betul nenek ni, kata hati sayalah. Saya ambik kelas tu sebagai elective, kot-kot nak jadi engineer tak dapat, jadi godfather boleh jugak.

Yang dia ambik kelas tu pasal dia "very interested" kat si Al Capone tu. Jadi dia nak lebih mendalamilah dunia Al Capone ni. Anyway, yang saya tak tahan tu bila dia dok tegur saya masa before kelas start, " Does your mother know that you are smoking?". Mak ooiihh! Gamam jugak sekejap. Saya jawablah, "yes she does. She is the one who ask me to smoke!!" Dia pulak gamam.

Pasal belajar pulak, dia nilah yang paling banyak sekali bertanya masa dalam kelas. Saya ingat saya sorang aje yang berbuku, tapi ada mat salleh lain yang sama-sama berbuku jugak. Orang dah nak balik, masa tulah dia dok tanya lagi. Tapi kalau di pikirkan balik sekarang, memang apa yang dia tanya tu memang soalan yang betul-betul nak tahu, cara orang nak belajarlah. Cuma kita ni aje yang banyak nak main.

Jadi semangat macam nilah yang kita nak masterji. Saya ni tang cakap tu bolehlah, tapi dulu sama jugak, lebih main dari belajar. Nasib baik tak ada kesempatan jadi Al Capone.....


Untuk itu, saya hadiahkan Encik Azaman dengan video clip di bawah ini, MAIN HOON DON. Jadikan kenangan dan anda adalah sepantas dan berpengaruh sepertinya.


Thursday, June 17, 2010

"HO FATTO PIANGERE IL BRASILE"


Terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini. Di fahamkan,banyak yang terkedu setelah membaca Masterji ke Puncak. Terima kasih kepada semua ucapan dan komen perangsang yang diberikan.

Kata Encik Azaman " Itulah Universiti yang sebenar" Betul. Kesusahan adalah guru yang terbaik. Tapi kalau kita sedar.
Saya juga bernasib baik dapat bertemu dan bekerja dengan Encik Azaman, setiap pertemuan kita pasti berakhir dengan ilmu pengetahuan yang di perturunkan walaupun ketika waktu rehat lima minit.
Masih jelas di ingatan saya, Encik Azaman tidak pernah mengarut atau bercerita tentang benda benda yang tidak senonoh. Setiap patah perkataan yang keluar , adalah wang sebenarnya jikalau pendengar itu menggunakan akal. Walaupun Encik Azaman adalah rakan akrab kepada anak seorang mantan Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak pernah bongkak, mendabik dada dan mengambil kesempatan dari persahabatan itu. Beliau tetap bekerja seperti biasa dan makan gaji seperti kami semua. Beliau adalah khutub khanah ilmu pengetahuan dan cerminan keperibadian yang amat sempurna.

Saya amat tertarik juga pada ayat Pn Noorjahan , "Bapak tidak mahu wang, tapi biarlah orang lain kata , anak anak Sultan baik dan berjaya'... Sungguh terharu. Simple and precise. Lengkap. Mungkin cara pemikiran Mummy dan Encik Sultan lebih kurang sama. Apa yang dapat saya lihat,hari ini Puan Noorjahan amat jelas, anda telah berjaya menjadikan kata kata bapa anda menjadi realiti! Siapa sangka dari seorang setiausaha anda berjaya menjadi seorang HR Manager yang amat berlainan skopnya. Hari ini anda yang saya kenali punyai perwatakan yang berpengaruh. Siapa sangka anda pernah menjadi seorang setiausaha! Anda menjadi pemimpin wanita yang cemerlang kepada negara . Anda menjadikan pelabur Jepun mempelajari Malaysia dengan lebih cemerlang. Siapa kata wanita Malaysia tidak hebat! Siapa bilang wanita Malaysia hanya layak mengemudikan dapur dan pinggan mangkuk sahaja. Siapa bilang wanita Malaysia hanya minat memastikan pokok pokok bunga tumbuh dengan pelbagai warna . You proove it no! Wanita Malaysia juga boleh menguruskan perubahan syarikat. Wanita Malaysia juga bisa menguruskan 500 orang yang kepelbagaian perangai nya. Wanita Malaysia juga mampu memastikan syarikat bergerak setiap hari pada landasan yang sepatutnya! Tahniah. Bapa anda berjaya menjadikan anda seorang pemimpin. Di kala wanita lain lebih senang menjalani kehidupan di belakang tabir tapi anda ke depan dan bergelumang dengan cabaran. Cemerlang! Teruskan.

Mungkin ada di kalangan pembaca sedang pening memikirkan tajuk entri hari ini. Itu bahasa Italy yang bermaksud, I MADE BRASIL CRY. Ini adalah tajuk buku yang di tulis oleh Killer Player Italy , Paolo Rossi pada tahun 1982. Beliau menulis buku ini selepas pertandingan World Cup'82 di Sepanyol. Saya amat tertarik pada World Cup tahun berkenaan.

Beliau telah membawa pasukan Italy menjadi juara pada musim berkenaan dengan impak yang begitu kuat. Kerana beliau, nama-nama hebat ketika itu seperti, Falcao,Socrates, Zico dan Diego Maradona menitiskan airmata dan menyaksikan bagaimana pasukan gergasi seperti Argentina , dan Brazil di tewaskan oleh pasukan Italy atau lebih tepat penangan Paolo Rossi. Nama beliau selepas itu menjadi gemilang sehinggakan Raja Bolasepak Dunia , Pele mengistiharkan beliau '125 all time- greatest players".

Namanya tidak sehebat Zico, mahupun Maradona pada permulaan kempen pada musim berkenaan. Malah banyak yang mencemuhnya kerana faktor fizikal yang tidak menyakinkan. Tetapi kecekalan jurulatih beliau telah memaparkan kejayaannya selepas itu.

Beliau benar benar "pembunuh". Berjaya membantu menumpaskan pasukan Argentina dan mencapai kemuncaknya pada perlawanan yang paling penting ketika itu. Perlawanan suku akhir. Italy akan bertemu Brazil! Brazil yang ketika itu yang terkenal permainan ala samba di barisi oleh pemain ternama seperti Zico, Falcao, Socrates dan lain-lain terpaksa akur akan kehebatan Rossi. Brazil tewas 3-2 . Perlawanan yang menyedihkan Brazil dan memeranjatkan penonton di seluruh dunia! Saya masih ingat , Zico pemain yang paling menonjol ketika itu menangisi kekalahan Brazil.
Italy yang di jangka akan tewas kepada Brazil akhirnya telah memenangi perlawanan tersebut dan seterusnya menjadi johan pada tahun berkenaan mengalahkan West Germany. Rossi di labelkan sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan berlangsung. Beliau selepas itu di berikan penghormatan untuk menulis buku, I MADE BRAZIL CRY. Kemudian banyak pakaian serta kasut yang di hasilkan dari nama beliau. Saya punyai sepasang kasut yang berjenama Rossi. Bergaya ke sana ke sini.

Tiada yang menyangka Rossi menjadi killer!

Apa yang boleh kita pelajari dari kehebatan legenda Rossi?
1. Kita harus ada "pembunuh" di tempat kerja kita. Kita harus ada Engineer yang berupaya mencipta produk yang bisa menghancurkan pesaing kita!
2. Kita harus ada Manager yang boleh membunuh idea idea lama yang tidak relevan dan budaya kerja yang negatif untuk kemajuan syarikat.
3. Kita harus ada produk yang boleh membunuh produk-produk yang sama tetapi dari syarikat lain!
4. Carilah di kalangan pekerja anda sekarang , sesiapa yang mempunyai kualiti seperti Rossi. Kalau di gilap dan di uruskan dengan betul , mereka boleh jadi Killer Employees! Membunuh berdasarkan kekuatan dan kelebihan masing masing.

Kadangkala dalam peperangan , bukan berapa ramai askar yang kita ada tetapi berapa ramai yang berkesan! Berapa ramai yang mampu jadi seperti Leftenan Adnan!. Cari, gilap dan uruskan dengan sempurna. .

Esok entri hebat. Kalau di izinkan kita belajar bagaimana seorang nenek boleh berjaya. MAGIC?

Ramai yang ingin mengetahui ke mana Masterji selepas bas mini, kita akan sambung kemudian.

Whistle from Penang


Entri kali ini saya cuba lari dari perkongsian cerita/pengalaman saya buat seketika,cuma seketika, entri akan datang insyaallah saya akan kembali berkongsi dengan cerita Masterji.

Kepada Encik Azaman,
Komen Encik Azaman tentang wanita berumur 60 pun masih belajar itu cukup bagus. Di lain kesempatan, bolehlah berikan saya maklumat lengkap dan kita akan berkongsi bersama di dalam blog ini. Nampaknya , you still got your bite ya . Masih kuat membaca. Bagus. Sifu yang berjaya.

Kepada Pn Noorjahan ,
Ada yang bertanya kepada saya, macam mana nak jadi Cik Fame tu. Saya tak boleh nak jawap. Mungkin boleh bagi sepuluh key points sebagai tips kot. Bagaimana senyum yang berkarisma boleh di bentuk.

Seantero dunia, sampai ke pelusuk dan ceruk mana sekalipun yang ada manusia yang memahami sukan bolasepak akan ternanti penuh debar keputusan setiap perlawanan Piala Dunia yang sedang galak berlangsung di negara penuh debu, Afrika Selatan. Sebuah negara yang sebelumnya di kenali kerana dasar apartheid kini di terjah manusia-manusia yang gilakan sukan nombor satu dunia itu.
Ahh...demam Piala Dunia sudah bermula, mudahnya di sebut begitu.

Negara kita, Malaysia juga turut menghantar seorang wakil ke Piala Dunia edisi ke 19 kali ini bila pihak FIFA memilih Subkhiddin Mohd Salleh, guru
mata pelajaran kimpalan dan fabrikasi logamdi Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010. Itu adalah satu penghormatan kepada Malaysia dan arena bola sepak negara. Figura lelaki berusia 44 tahun ini semestinya menjadi perhatian bukan saja rakyat Malaysia yang nyata berbangga, sebaliknya bakal mencatat sejarah tersendiri bagi temasya empat tahun sekali itu. Beliau akan turut serta bersama 29 pengadil dari ceruk dunia yang lain bagi mengadili perlawanan 32 negara yang bertanding bagi edisi Piala dunia kali ini.
Mubarak Ko, Mubarak Ko Subkhidin Ji!

Beliau yang pada mulanya hanya memasang impian sebagai pengadil bolasepak sejak mula bergiat aktif pada tahun 1990 sudah tentu tidak menduga akan di angkat sehingga ke pengadil Piala Dunia. Ini juga bukannya percubaan kali pertama beliau kerana pada edisi Piala Dunia kali ke 18 di Jerman pada 2006, beliau telah terpilih tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.
Keazaman dan semangat beliau akhirnya membuahkan kejayaan.

Ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada beliau. Bak kat Vince Lombardi , jurulatih American Football yang terkenal, "Play to your strength" . Gunakankanlah kelebihan kita
semaksimum mungkin, walaupun kemahiran kita hanya pada satu aspek sahaja. Walaupun hanya satu, tetapi jika di uruskan dan di asah dengan betul, rajin, sabar dan sedikit kebijaksanaan maka pulangannya amat berbaloi dan lumayan.
Sesuatu yang di luar jangkaan bila seorang pengadil dari negara kecil seperti Malaysia mengendalikan perlawanan penting seperti Piala Dunia. Bukan itu sahaja, seorang seniman seperti Dato' Lat yang hanya memasarkan kebolehannya melukis juga telah berjaya mengharumkan nama Malaysia melalui siri lukisan Kampung Boy beliau.

Apa pun proffesion kita, kalau di uruskan dengan nawaitu yang bersih dan jelas, di uruskan dengan rajin dan beretika, di uruskan dengan akal dan pembelajaran yang berpanjangan, Kita pasti cemerlang.

Sebagai sebahagian dari budaya bangsa Melayu, banyak sekali pepatah Melayu yang boleh di jadikan sebagai panduan diri bagi mencari kejayaan. Tapi ramai yang menggunakannya ke arah kehancuran.
Sebagai contoh; Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bagi Subkhidin, beliau mengadaptasi pepatah ini secara
total dengan cara yang betul.Bermula dengan minat, kini bidang yang memerlukan timbang tara secara adil ini memberi pendapatan dan kemakmuran kepada beliau, kalaupun tidak menjanjikan kekayaan.
Pun begitu, ada juga segelintir yang lain akan mengadaptasi pepatah ini secara salah,umpamanya alang alang menjadi rosak biar sampai jadi jahanam. Hah ini malapetaka namanya!

Bersama,kita jadikan Subkhidin sebagai contoh positif. Beliau mendahului kita sebagai rakyat Malaysia yang di kenali dunia di antara jutaan rakyat Malaysia yang lainnya. Bagaimana dengan kita?
Beliau berjaya dalam kerjayanya. Kerajinan boleh membawa kita merentas benua sehingga ke Afrika Selatan, membawa bersama nama keluarga, bangsa , agama dan juga negara kita.

Encik Azaman, The One , Pn Noorjahan dan yang lain-lain pilih pasukan mana pula pada Piala Dunia kali ini? Cik Sania atau a.k.a Sonia Shakir pilih pasukan Jepun.
"Rising Sun", kata nya. Samurai saya Shahrul Nizam memilih negara German sebab dia bilang "depa ni robust". Nanti yang lain-lain tolong feed back ya. Saya pilih salah satu pasukan yang masuk final nanti. Ha ha ha. Jawapan selamat!

Esok satu lagi cerita motivasi yang boleh membantu kita melonjak ke hadapan! Juga berkaitan dengan World Cup. I make Brazil cry! Hebat orang ini. Tunggu ya.

Monday, June 14, 2010

Ring My Bell



Terima kasih kepada yang menghubungi saya dan memberi maklumbalas secara langsung berkaitan entri I Wanna Change.Kita terlalu sibuk untuk orang lain tetapi kurang meneliti diri sendiri.

Terima kasih saya pada Abang Man yang telah mengirimkan sms kepada Encik Ridzwan Abu(seteru saya?) berkaitan kewujudan blog ini.Statistik pelawat blog yang semakin menunjukkan peningkatan dari hari ke hari sehingga menghampiri angka 300 orang sejak di lancarkan kira-kira sebulan lalu member saya motivasi yang tinggi untuk terus berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada pada saya.

Terima kasih juga kepada Puan Norjahan (ingat entri FAME?), yang telah mengesyorkan kepada beberapa orang rakannya untuk melawat blog ini. “Gagal sekali tidak bermakna gagal selalu..” saya pinjam kata-kata ini dari Puan Norjahan. Dan kata-kata ini akan saya jadikan sebagai mantra untuk sesi latihan kendalian saya pada masa akan datang.Dalam hidup jangan mudah berputus asa.Kegagalan banyak member pengalaman untuk lebih bersedia pada cabaran masa mendatang.
Hidup harus diteruskan. Kenangan menjadi Kapten Hook amat berharga. Selepas berhenti dari MTC,Abang Labu beralih menjadi ketua Chef. One Man Gang pula telah berjaya membeli sebuah lori dan menggaji seorang kelindan sepenuh masa. One Man Gang sehingga hari ini masih berhubungan dengan saya. Lagak samsengnya masih seperti dulu.Hanya pada cirri fizikal nampak seakan samseng, tetapi memiliki hati yang bersih.Kalau berjumpa di Bandar Klang, kata orang yang mengenalinya, kunci pintu bandar Klang ada di tangannya. Entahlah..apa yang saya tahu hatinya mulia.

Kali ini , kita sambung semula cerita Masterji ke puncak, setelah mendapat banyak pertanyaan tentang nasib saya setekah di tamatkan perkhidmatan di MTC.

Selepas kontrak saya tamat di syarikat tembakau berkenaan, pengembaraan saya mencari sesuap nasi kembali bersambung. Dalam keadaan saya yang tidak mempunyai kelulusan tinggi, terasa perit untuk mencari pekerjaan yang berjawatan tetap. Mengenangkan nenek dan adik yang perlu makan setiap hari dan tinggal berasingan dari mummy, anak muda yang telah hilang zaman emas era remajanya ini perlu bertarung dengan keanehan hidup yang pelbagai sifatnya.Saya perlu dapatkan sebarang pekerjaan dengan segera. Tambahan pula, tekanan sentiasa memuncak bila teringatkan rumah kami yang selalu sahaja di putuskan bekalan elektrik akibat bil yang tidak berbayar. Pakcik hanya seorang anggota badan beruniform yang hanya mempunyai pendapatan cukup makan.Mummy pula sudah tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Rembesan airmata mula mengalir tenang bila teringatkan mummy yang sedang sibuk menyediakan makan malam ala kadar dalam gelap malam yang bertemankan sebatang lilin dan cahaya jernih torch light 3 bateri.Bandar Shah Alam pada saya hanyalah kemegahan nama yang tidak memberi apa-apa makna pada keluarga kami. Kami tersepit dalam pembangunan ekonomi dan kemelesetan hidup.
Di sini menanti, di sana menunggu. Di sini mummy menunggu untuk di bantu, di sana adik dan nenek menunggu untuk di bantu, sedangkan saya masih lagi tidak bekera.Nenek yang mula menyedari kesukaran yang sedang saya hadapi mengambil keputusan untuk menjual nasi lemak yang akan di hantar ke kedai-kedai yang berdekatan. Sekurang-kurangnya, dapatlah juga member adik belanja ke sekolah.Hati mudah tersentap. Untuk melegakan keresahan dan masalah yang semakin berselirat, saya semakin menjadi perokok yang tegar walaupun ketika itu zaman ekonomi sedang gawat. Terbayang dialog filem Azura, antara M. Rajoli dan Jamal Abdillah serta Syed Sobrie."Ini semua sijil sijil yang tak laku" marah M. Rajoli sebagai tokeh stesen pam minyak pada Zack sewaktu Zack nak minta kerja dan di bantu oleh Amir rakan baik Zack watak yang di lakun kan oleh Syed Sobrie. Ya betul, ada sijil tapi sijil saya tak laku nak buat macam mana. Kekadang rasa terlalu malu untuk makan tengah hari dirumah. Mummy tiada kerja. Malu . Malu kerana tiada membawa hasil tapi bila masa makan muncul. Kadang kadang sahaja tak muncul makan tengahari. Bila Mummy tanya kenapa" Busy sikit mummy" . "Macam orang kerja opis pulak" jawap mummy. Sebenarnya saya malu.

Ketika itu, rambut makin panjang tetapi lebih kemas. Masih selesa dengan sehelai jeans yang sudah hilang unsure-unsur thrash. Sudah semakin kemas. Banyak terikut dengan gaya Zack dan sedikit gaya Richie Sambora, gitaris Jon Bon Jovi tetapi saya masih lagi tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Semua kilang di kawasan Shah Alam sudah saya tanyakan peluang pekerjaan tetapi semuanya juga member jawapan yang sama. “Tiada kerja kosong..” . Saya mula menjadikan Pejabat Buruh sebagai rumah kedua. Setiap hari saya ke Pejabat Buruh menagih simpati mencuba nasib.
Esok masih ada . Benar! Kemunculan secara agresif aktiviti syarikat pengangkutan bas mini di Shah Alam memberi saya satu peluang yang sekian lama di tunggu. Saya mendapat kerja sebagai konduktor bas mini untuk sebuah syarikat bas mini no.6 yang mana basnya di warnakan dengan warna merah. Saya tidak banyak berdolak dalih kali ini. Pesanan Abang Din dan Abang Labu semakin jelas nyata, ungkapan “jangan malu, biar pegang hook asalkan jangan pegang tiang penjara” sentiasa member saya satu motivasi yang kukuh dan kejap di dasar hati.
Adik dan nenek seperti biasa gembira bila mengetahui saya sudah mendapat kerja.Nenek masih meniaga nasi lemak bagi meringankan beban saya.Nenek begitu kasihkan kami berdua. Arwah nenek seorang yang penyabar dan penyayang. Adik seperti mahu meminta pakaian baru untuk persekolahannya. Saya faham dan memberikan isyarat bulan seterusnya.

Ketika kokokan ayam pertama, tepat jam 5:45 pagi, kehidupan saya sebagai konduktor pun bermula.Bas bergerak awal sebab pelajar sekolah menggunakan bas mini juga sudah meningkat ketika itu. Sebelum saya keluar rumah pada hari pertama saya bekerja,mummy sudah menyiapkan secawan kopi panas dan sebagai tanda kasih sayang seorang anak pada ibu yang tidak pernah mengeluh, saya akan merapati ibu dan mencium pipinya, sesekali saya akan mencium kakinya juga.Saya mengenakan sehelai kemeja berbunga ‘feet’ dengan lengan baju yang di lipat sehingga ke siku,sehelai jeans biru pekat bersama sepasang kasut ‘high cut’jenama Aliph.Ibu akan menghantar saya hingga luar kawasan rumah dan matanya akan terus mengekori saya sehinggalah bayang tubuh saya hilang dalam dingin pagi.
Berjalan dan membaling rokok ke bibir pap! Tepat masuk dan dinyalakan. Ini kemahiran baru yang saya ada Membaling rokok ke bibir dari jarak jauh. One Man Gang juga pakar dan mahir dalam bidang itu. Kami belajar bersama. Dua dua lulus dengan cemerlang tapi sekolah bodoh.
Walkman tidak pernah lekang dari cuping telinga walaupun hari masih awal pagi Lagu dari kumpulan Scorpions, Rock You Like Hurricane. Zaman ini jugalah yang telah melahirkan kumpulan rock Wings tetapi saya tetap meletakkan Jamal Abdillah sebagai penyanyi nombor 1.
Ketika sedang berjalan untuk ke tempat kerja, saya sering teringatkan sahabat saya, si Romzi yang lebih di kenali sebagai One Man Gang. “Jie, aku dah dapat kerja Jie.”

Deretan bas mini sedang menunggu dan sedang di panaskan enjinnya. Saya di panggil oleh taukeh bas dan di berikan penerangan secara ringkas . Terangnya, “waktu kerja dari jam 6 pagi sampai 8 malam atau lebih”. Tak ada notes ataupun manual. Tak ada Business philosophy. vision, mission, petisyen, lotion semua tak ada. Orientasi di berikan oleh taukeh yang memakai kain pelikat dan jaket kulit tanpa di butangkan. Kemudian saya di perkenalkan kepada pemandu bas saya. Abang Amy. Rupa ala Amy Search. Rockers rupanya tapi kemas. Dia salam dengan saya dan suruh calit ibu jari tangannya dan ibu jari tangan saya. Selesai babak suai kenal dengan cara calit jari.
"Lu sape nama dik?' soalnya. "Rafi bang" jawap saya. "Nama apa tu. tak pernah gua dengar pun, gua Amy. Lu panggil gua Amy ".
"Set.." balas saya. Tapi sudah menjadi disiplin hidup yang di ajar oleh mummy, mesti panggil abang atau kakak bagi yang lebih dewasa dari saya. Kalau tidak penampar tepat sampai ke muka saya hadiah dari mummy. Mummy banyak menitik beratkan disiplin dan sopan santun diri. " Biar bodoh takpa, tapi perangai mesti baik dan hormat dengan orang" . Kata Mummy. Mummy tidak pernah beralah kalau ada masalah disiplin." Kalau kita bodoh tapi kita baik orang akan sayang kita dan tolong kita, tapi kalau kita bodoh lepas tu perangai macam setan, orang jadi lagi benci pada kita". Pesanan mummy.

Jadi saya kena panggil Amy itu abang kerana dia lebih berumur. Dipendek kan cerita saya panggil dia Brader Amy. Bermulalah status dan pengalaman baru. Brader Amy seorang yang baik. Suka bersiul. Kalau cakap suka menggunakan perkataan Lu, Gua. “Amende lah lu nie..”

Bas Mini saya mula beredar. Pelajar sekolah mula menaiki bas. Ada juga yang nak jadi rocker. “Habislah..”, gerutu hati saya. Di tangan saya tersangkut kantung wang syiling dan tiket bas mini. Harga satu tiket 50 sen. Budak budak KPP, atau UITM 30 sen sama macam budak sekolah.

Penuh sesak di awal pagi. Menggigil tangan dan badan sebab harus cepat mengambil wang dan memulangkan baki. Terpaksa bercakap supaya penumpang duduk dan menyuruh yang berdiri di muka pintu bas, masuk lebih dalam ke dalam perut bas. Nanti jatuh. Itu work order Brader Amy yang di berikan persis seorang penyanyi rock. Perasaan malu kembali apabila ramai yang memerhatikan kita. Beza dengan kerja angkat guni tembakau. Tak berani memandang mata penumpang. Ramai jenis penumpang. Orang ofis, orang tak ofis , pekerja kilang, cikgu sekolah, pelajar ITM atau KPP dan kakak atau pun Mak Cik yang mahu ke pasar. Kedengaran bunyi loceng dibunyikan tanda penumpang ingin turun.” Ring My bell”, kata Donna Summer dalam lagu nya.

Wangi bau haruman masing masing .Waktu pagi semuanya masih segar. Radio di dalam bas memainkan lagu rock sahaja yang mengikuti selera pemandunya, Brader Amy.

Hari pertama begitu memenatkan. Pukul sembilan malam baru pulang. Brader Amy sempat memberikan saya pinjaman sebanyak sepuluh ringgit dan berkata "Lu nanti bayar kemudianlah, tapi lu ingat esok pagi lu mesti datang awal tau. Lu, gua tengok kerja laju tapi mulut lu tak kecoh lah beb". Sambungnya "Lu kerja konduktor mulut kena bukak, sound lebih kurang, nanti passenger jatuh".
" Worait brader , saya ikut’,jawap saya. Sambil berfikir di dalam hati, “terrer brader Amy ni. Rock rock juga, safety tetap jaga. Bagus bertanggung jawap…”
Berjalan pulang. Satu lagi lantunan rokok ke mulut. Tepat. Dapat pendahuluan RM10 . Terus singgah kedai dan makan. Beli rokok kotak kecik 7 batang. “Cost buster”. Teringat dialog filem Azura lagi, "Zack kita dapat advance Zack,RM10. Cukuplah untuk makan malam kita ya Zack".Kata Ogy Ahmad Daud pada Jamal Abdillah ketika Azura di terima bekerja di sebuah butik pakaian dan berjaya mendapatkan pendahuluan RM10.Dari wang RM10 tadi, saya belikan roti, toseh dan teh tarik untuk mummy dan pakcik. Tamat hari pertama.

Seminggu berlalu, termasuk hari Sabtu dan Ahad. tanpa istilah “Saturday halfday, Sunday holiday”. Kerja sebagai konduktor ibarat “tak ada kerja tak ada gaji’. Di sini saya belajar betapa pentingnya leadership. Pemandu hanya memandu tapi saya harus menjemput orang duduk, berdiri di tempat yang selamat, memeriksa kalau ada yang ambil kesempatan meraba ketika sesak ataupun tidak bayar tambang. Ada juga yang tidak bayar tambang dan cuba menyorok di celahan puluhan orang di dalam bas mini. “Ciss..RM0.50 pun nak tipu”. Tapi bermulanya pembelajaran tentang problem solving dan risk management saya di situ. Human Behaviour ada pelbagai. Bila saya menjawat jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia rupanya semua behaviour yang di perhatikan adalah aset dan bukannya liabiliti .

Selalu berdiri di muka pintu bas dan hampir terkeluar. Bas sesak dengan penumpang. Rambut persis Richie Sambora dan Jamal terliuk di tiup angin.Cermin mata hitam menahan cahaya matahari. Saya mula berkenalan dengan ramai student UITM dan KPP. Teringat semula kisah mencuci jamban dan tingkap di UITM. Selalu melihat pelajar mengalas beg yang penuh dengan buku-buku ilmiah. Ada yang sebaya dengan saya tetapi nasibnya jauh lebih baik dari saya. Dia pegang buku tapi saya pegang kantung wang syiling dan tiket bas.
Memujuk hati,”takpa janji jangan pegang tiang penjara. Brader Amy menjadi rapat dengan saya. kami sering makan dan berborak. Masing masing dengan alam masing masing. Brader Amy hebat. Dia dapat makwe dari KPP.
Saya? Memang ramai yang mengusik tapi prinsip rock ketika itu ialah “no cintan cintan” .Pesanan mummy juga kuat di benak saya" Minyak ngan api kalau bertemu boleh terbakar, kalau tak ada duit lagi hangus". Lagipun siapa yang mahu berteman dengan orang tiada kerjaya.
Pada suatu malam, selepas meletakkan bas di tempat parking selepas kerja, brader Amy berkata" Pi, gua tengok lu jujur lah, lu tak pernah sapu sen (wang) ke dalam poket dari pada customer,semua lu letak dalam karung,lu jaga kerja lu bagus". "Mana brader nampak?" Tanya saya.
"Gua tengok dari cermin pandang belakanglah beb"
Di satu sudut yang lain, terbayangkan Thomas, Stephen dan Siva Kumar sedang tekun belajar. Thomas mungkin sedang bermain salji dan aku? Errr...aku entahlah. Tapi nenek dan adik harus makan nasi setiap hari.

Setelah bekerja hampir 6 bulan, saya mempunyai ramai penumpang tetap walaupun banyak bas lain. Salah satu sebab mungkin kerana lantunan rokok ke bibir. Ataupun mungkin kerana tarikan dari lagu-lagu terkini yang di pasang oleh brader Amy.
Selepas 6 bulan,saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja di sebabkan keadaan umur yang saya fikir sudah mahu masuk angka 20 . “Takkan nak kerja konduktor sampai tua. I wanna change.”
Walaupun begitu, saya tetap membelikan adik baju sekolah baru dan baju raya,tidak lupa juga saya belikan untuk nenek. Nenek gembira walaupun harganya murah. Adik juga begitu. Kenangan lama sewaktu kecil melintas di fikiran. Mummy sewaktu menjadi single mother , terpaksa bekerja dua tempat untuk menyara kami. Jasa mummy harus di bayar. Wajib! “Ada beza antara sampah dan manusia”, betul kata Mummy. Ketika itu dunia saya hanya ada adik. Saya selalu memboncengkan dia naik basikal. Ke mana berdua. Rakan rakan lama saya, Thomas, Stephen dan Siva Kumar jua mengenali adik saya. Saya mengambil alih tanggungjawap mummy untuk menjaga adik dan nenek selepas perpindahan mummy ke Shah Alam. Adik dan nenek harus di jaga. Jasa mummy harus di balas!

Saya kembali menganggur dan mencari kerja.

Apa yang kita boleh pelajari dari entri ini:
1. Seperti di pesan oleh abang Din - jangan malu. Kalau malu tak boleh ke mana.
2. Kata kata Mummy memang benar" Kalau kita bodoh tapi kita baik orang akan suka tolong kita" Benar dan amat benar sekali. Di hari kemudian bila saya mendapat kerja di sebuah syarikat MNC. Pesanan mummy ini amat berkesan. Walaupun saya tiada kelulusan tinggi, tapi oleh kerana budi bahasa dan sikap merendah diri didikan dari mummy , amat mudah untuk saya mendapat tunjuk ajar daripada senior saya dan seterusnya melonjak ke hadapan bukan kerana sekeping kertas bermaruah iaitu kelulusan atau sekeping sijil penanda bijak, tapi lebih banyak kepada sifat diri dan kerja yang beretika. Apa pun ketika itu saya tiada apa apa keleulusan kecuali SPM yang jauh daripada tahap cemerlang.Memang betul kata Mummy. Orang tengok kelulusan dan kelakuan. kalau tiada kelulusan orang akan tengok kelakuan. kalau itupun tiada maka tak dipandang oranglah.
3. Kata kata Brader Amy pada hari pertama saya bekerja "Lu kerja konduktor mulut kena bukak" walaupun bunyi nya kasar tapi ia bermakna kita harus berkomunikasi. Apa kerja pun kita harus berkomunikasi. Bayangkan lah kalau kita menyintai seseorang dan orang itu juga menyintai kita tapi masing masing malu untuk bercakap maka sampai bila pun cinta tiada berbalas. Begitu juga kerja. Arahan, laporan dan sebagainya adalah komunikasi. Kadang kadang kerja yang rajin sahaja tidak cukup. Harus pandai dan petah bercakap terutama kalau anda ingin menjadi seseorang di dalam syarikat anda. Macamana nak jadi Ketua Jabatan kalau tak pandai bercakap dan bercakap itu macam satu bebanan pulak.
4. Jelingan mata Brader Amy untuk memantau kejujuran saya juga sesuatu yang berguna. Selepas berbelas tahun kemudian, jelingan mata untuk meninjau ninjau itu penting untuk seorang Pengurus Sumber Manusia. Ia lebih baik dari sebuah CCTV.

Wednesday, June 9, 2010

I Wanna Change!


"Encik Azaman, thank you for your comment. terasa dekat walaupun you jauh sekarang. Mana tahu kan satu hari nanti akan di filemkan. Kalau di filemkan , Mummy saya orang pertama akan terperanjat. Insyallah. Semua watak termasuk watak Encik Azaman pasti saya akan selitkan. Tak salah jadi Mat Jenin cuma masalah Mat Jenin ni dia berangan di tempat yang salah dan bahaya. Gelihati saya bila Encik Azaman kata Zack pula yang akan ikut." Ramai yang terkejut baca entri toilet dan call serta sms. Itu lah kenyataan. Kalau saya boleh bangun dari tempat yang paling bawah tanpa apa apa dan penuh airmata , anda tentu boleh jadi lebih hebat kalau anda mencuba. Anda pasti boleh! Kali ini saya ingin bercerita tentang gambar di atas dan slogan yang tertera. Cerita Masterji ke puncak kita akan sambung di kesempatan yang lain. Gambar ini kiriman seorang rakan saya yang menjadi follower di dalam blog ini. Beliau kini sedang membina nama dan hampir menjadi another chapter of excellence! tahniah The One. The One sedang bersemangat tinggi menyahut kemajuan. Bagus."It is better late than never".
Kata-kata Leo Tolstoy dalam gambar yang saudara hantar amat berguna buat diri saya juga. Saya pasti gambar berkenaan juga memberikan makna yang mendalam pada saudara.
Terkadang waktu, kita terlalu sibuk untuk memajukan organisasi atau perkara-perkara lain sehingga kita terlupa untuk memajukan diri sendiri. Kita, seringkali tidak sensitif dengan diri sendiri, kurang meneliti ke dasar diri. Saya pernah di ajukan dengan satu soalan. "Berapa banyak tahi lalat yang ada pada saya?"
Ahh, sukar. Saya sendiri tidak pernah menghitung berapa banyak tahi lalat yang ada pada saya. Walaupun ianya di anggap sebagai perkara kecil, tetapi secara tidak langsung ianya berkait rapat dengan sifat mengenal diri sendiri.

Dengan usaha-usaha tertentu yang bermatlamat untuk memajukan tempat kerja/organisasi, kita sebenarnya menyumbang ke arah melengkapkan sasaran atau boleh di namakan sebagai mencapai KPI sesebuah organisasi.

Tetapi, persoalannya sekarang adalah bagaimana pula dengan sasaran kita sendiri? Perubahan-perubahan yang kita lakukan untuk memajukan diri sendiri? Berapa banyakkah pengetahuan yang telah kita kembangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya? Berapa banyakkah simpanan yang telah kita tabungkan tahun berbanding simpanan tahun lepas? Berapa ramaikah dari kalangan rakan-rakan kita yang sudah lebih maju dari kita? Adakah mencukupi hanya berbekalkan segulung Ijazah yang telah kita perolehi 20 tahun lalu? Adakah daya saing kita cukup kuat untuk berdepan dengan cabaran masa kini dan masa-masa mendatang?
Sebenarnya banyak yang kita boleh ubah. Seperti kata Leo Tolstoy " Every one thinks of changing the world. But No one thinks of changing himself".

Berbalik kepada rakan saya, The One, saya pernah mengajukan soalan pada beliau setelah melihat beliau kembali untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi walaupun sebenarnya beliau sering sibuk tugasan harian di tempat kerja,beliau menjawab " 24 jam sehari berlalu dengan saya terlalu sibuk. Sibuk untuk memajukan orang lain tetapi saya masih di tahap yang sama, tiada apa-apa perubahan". Tambahnya lagi " umur makin lanjut dan saya tidak mahu pencen dengan apa yang saya ada pada hari ini" .

Saya seringkali menggesa beliau untuk memajukan diri sendiri. " Hang elok pi belajar, ubah nasib, jangan mengeluh sahaja. Keluhan menghilangkan kemarahan atau keresahan tapi tiada membawa kemajuan". Nasihat saya pada beliau.Pada mulanya, beliau marah bila saya menasihatinya dengan sindiran yang sebegitu, tetapi kini beliau sudah menampakkan perbezaan yang ketara berbanding dahulu.Beliau di lihat semakin peka dengan buku-buku terbaru berkaitan pengurusan yang ada di pasaran dan ini sudah tentu menimbulkan perasaan cemburu saya padanya. Kalau dulu beliau cuma pandai mengeluh tetapi sekarang beliau mula petah mengajar saya tentang perbezaan strategi dia antara South West Airline dan Air Asia atau perbandingan strategi Mydin Shopping Centre dan strategi yang ada pada Wall Mart. Beliau juga sering berbahas lantang dan lagak bagai peguam dengan saya tentang Employment Act, IR Act dan pelbagai lagi akta undang undang.
Dulu, beliau akan berjumpa saya dengan pelbagai rungutan tetapi sekarang beliau datang dengan seribu satu pengetahuan.Hebat, anda sudah berubah!
Dalam usia yang hampir ke angka 40 tahun, jadual tugasan yang memerlukan beliau bekerja pada sebelah siang dan beliau perlu hadir ke kelas malam yang di adakan dari jam 6:00 petang hingga 10:00 malam, dua kali seminggu selama 2 tahun.Hari Sabtu dan Ahad pula banyak di habiskan masanya dengan membaca atau ke kedai buku.
Janjinya pada saya adalah untuk sampai ke tahap Master(Sarjana)," Rafi, macam mana sekalipun satu hari nanti aku mesti menang kalau berbahas dengan kau. Biar aku belajar dulu dan kau tunggu hari itu sampai" katanya pada saya setiap kali tewas dalam rundingan ataupun perdebatan. Bagus.Saya akan tunggu hari berkenaan.

Pada anak-anaknya, saya utuskan pesanan ini ;
"Ciumlah pipi bapa kamu di saat ini kerana bapa kalian mengimpikan perubahan yang berkesan. Bila kita berubah bukan sahaja nasib kita berubah malah nasib keluarga kita pun berubah"
The One,
"Anda harus terus mara. semalam adalah kenangan dan permulaan untuk esok harus bermula hari ini...
"

Kepada pembaca yang lain, contoh mudah yang ingin saya berikan.Wajah kita akan berubah bila di pakaikan solekan, maka banyak sekali kehidupan kita yang boleh di ubah jika kita solekkan.Itu adalah pasti.


Baru baru ini , ramai remaja lelaki atau pelajar sekolah menengah yang suka mendengar lagu " I Wanna Change" dari filem berbahasa Jepun,Crow Zero. Ceritanya mungkin kurang sesuai dengan remaja tetapi iramanya dan senikata lagu itu amat positif.Lagunya mungkin sedikit bingit tapi membakar.

Saya rasa di luar sana ada ramai yang seperti The One .Teruskan berusaha kerana anda bakal menjadi orang yang gemilang.