Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, June 30, 2010

It Cuts Like A Knife

Melihat pada statistik jumlah pengunjung blog ini, saya tersenyum sendirian. Syukur, walaupun blog ini di hasilkan dari olahan masa yang semakin sempit, tetapi di atas niat untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang saya dapat dari membaca dan juga dari latar pengalaman, saya cuba juga menulis setiap hari(dan kadang-kadangkala tidak sempat). Terima kasih kepada yang member komen.

Ramai yang tertarik pada entri Freddy Krueger. Ya benar. Bekerja dalam Pengurusan Sumber Manusia ni, macam macam jenis manusia yang akan kita jumpa. Pelbagai jenis criminal yang kita boleh pelajari. Pelbagai personaliti lakonan yang boleh mengaburi pandangan kita.

Komen Encik Azaman perihal interview di Kompleks PKNS. Rupanya anda ada di sana ya. Baru ni saya ketahui. Masa tu kita belum berkenalan lagi. Saya adalah antara ratusan yang datang. Amat gembira dan terharu dapat berkenalan dengan anda. Library bergerak.

Pn Norjahan, komen Pn Norjahan perihal keputusan yang di laksanakan tentang kemasukan anak ke Universiti atas kemahuan Pn,adalah tepat! Mungkin Pn boleh melihat entri saya yang terawal, From Banting to England. Bagaimana Dato Haji Sidek memastikan dan membuat keputusan yang sewajarnya terhadap masa depan anak anaknya. Kadang kadang dalam konteks leadership kita harus ada sifat autokratik dan sudah semestinya kita seimbangkan dengan demokratik berpandukan pada keadaan dan jenis orang yang kita asuh. Kalau tiada langsung sifat autokratik, maka filem Anakku Sazali akan menjadi realiti dalam kehidupan. "LEADERSHIP IS NOT A POPULARITY CONTEST".

Kali ini entri saya adalah berpandukan pada perlawanan bolasepak Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan, saya cuba menyorot perlawanan yang menjadi kontrovesi antara pasukan England dan Germany. Germany menang dengan jaringan 4 - 1 dan seterusnya melenyapkan impian pasukan England kali ini.
Terdapat satu isu yang kontrovesi apabila GOL kedua England tidak di kira ataupun dalam bahasa mudah tidak di iktiraf . Rujuk pada keratan akhbar di atas. Bola yang sudah melepasi barisan gol tetapi tidak di kira. Saya juga turut kecewa dan ramai lagi tetapi inilah di kata "Invisible Achiviements" . Memang benar , ramai yang akan marah kepada pengadil perlawanan malam itu. Mari kita kaitkan insiden ini ke alam pekerjaan kita. Sebagai pengadil yang akan memastikan perjalanan bolasepak berjalan dalam suasana yang adil tanpa sebarang kritikan memerlukan daya kecermatan yang tinggi dalam membuat keputusan yang bersifat “win-win situation.” Sudah tentu, setiap keputusan yang di lakukan tidak mampu memenangi hati semua pihak dan seharusnya penjaga garisan dapat membantu pengadil perlawanan membuat keputusan yang bernas dan adil.

Dalam contoh yang mudah, seorang Ketua Jabatan sudah tentu tidak dapat melihat dan menilai semua aktiviti yang di lakukan orang bawahan kecuali beliau mempunyai penyelia yang akan melaporkan prestasi pekerja lain. Di sini, fungsi penyelia dalam mengimbangi kepuasan hati setiap pekerja yang lain amatlah penting.

Ada di antara kita yang bekerja berhempas pulas mengikut prosedur, balik lewat dan bersungguh sungguh tetapi tiada perolehi faedah yang setimpal. Silap hari bulan , rakan yang kita ketahui pemalas mendapat faedah dan kenaikan pangkat yang tidak sepatut nya. "Ini tidak adil" bak kata Allaryaham Tan Sri P Ramlee dalam filem Tiga Abdul.

Walaubagaimana pun wisel tidak berada di tangan kita. Begitu juga di tempat kerja. Sebagai pekerja , and regardless of positions , kita harus pergi satu tahap lagi ke hadapan selain bekerja bertungkus lumus dan bersungguh sungguh. Kita harus pastikan "peniup wisel" nampak kesungguhan kita bekerja. Penjaga Garisan nampak kita melepasi target line. Key Performance Index(KPI) kita menjangkau jauh dari average points. We must make it visible. We must! Kalau tidak kita harus bersabar. Sudah semesti nya jawapan saudara dan saudari yang sedang membaca akan mengatakan " Kerja bukan nak menunjuk tapi harus ikhlas". Betul . Kalau ikhlas maka berpeganglah pada perkataan berkenaan, IKHLAS . Jadi kalau tiada apa yang faedah tambahan atau pun kenaikan yang kita perolehi, jangan di persoalkan lagi kerana kita "ikhlas".Tetapi dari kacamata saya dan pengalaman saya sebagai Pengurus Sumber Manusia dan tenaga pengajar , isu ini selalu di perkatakan. "We work like a bull but no body recoqnise us". Sering kali perkataan ini di ucapkan. It cuts like a knife kan?
Tetapi, kebanyakkan dari kita mempunyai sifat Hem(seekor tikus) seperti yang di ceritakan oleh Dr.Spencer Johnson di dalam buku motivasi beliau, Who Moves My Cheese.Hem mempunyai sifat tidak mahu berubah untuk mencapai sesuatu sehinggalah beliau menyedari yang keju-kejunya sudah habis di makan oleh Sniff dan Scurry(manusia kerdil). Tidak seperti seekor lagi tikus,Haw yang mempunyai keinginan untuk berubah dan berani keluar dari zon selesa(comfort zone) lalu bergabung dengan Sniff dan Scurry.

Saya sewaktu menjadi pekerja pengeluaran berpangkat line leader belasan tahun dulu juga pernah terasa begitu. Tetapi misteri ini di selesaikan oleh seorang Boss Jepun yang cukup handal. Nasihatnya pada saya amat mudah, "Lafi san ( R hilang) working man and business man is the same. You must always think that any thing you want to to do lemember thlee things( Remember three things ) . .... Timming , situation and Opportunity ". ! He went on and say " If you ploduce (produce ) aircond product, of course not during winter season,".. " Lafi san, how do you wlite ( write ) your daily work targets'?" soal beliau kepada saya. Jawap saya..." In my diary Saito san ". Dia tatap muka saya dan tersenyum tanpa mengedipkan anak matanya. Bang! Sebiji peluru hinggap tepat di dada saya. Katanya " Lafi san , why don't you wlite ( write ) down your daily work tagets ( targets ) in the white board at your table over there, I can see your performance better and I can judge your acitivities at once".. "

Beliau terus tersenyum. Saya belajar. Benar juga katanya. kerja kalau tulis dalam diari siapa yang nampak. Ikhlas soal pertama tapi kita harus juga menjadi muslim yang berjaya. Benar juga kata kata bos tadi. “Make your work and achievements visible! Yes make it visible. Bila saya mula menulis di white board, bukan sahaja dia malah saya sendiri pun jelas dengan apa yang saya patut buat hari itu.

Beberapa tahun selepas itu saya bertemu seorang lagi Ketua Jabatan, sekarang bergelar Dr Haji Ibrahim Zahari, satu benda yang berfaedah saya belajar daripada beliau berkaitan Achievement.
ACHIEVEMENT =
- Must Be SEEN
- Must be HEARD
- Must be KNOWN

Maka dengan itu, rapatilah peniup wisel dan pastikan si peniup wisel nampak apa achievement yang anda lakukan. Jangan terus terusan berada dalam dilema it cuts like a knife. Bak Kata Encik Azaman, jual diri!

3 comments:

Noor Jahan said...

As usual HR practioners selalu bersungut....HR ni kalau buat kerja mcm nak mati pun org tak appreciate...tapi kalau engineer ke, architect ke, sales ke, dll org appreciate sb nampak hasilnya.

Dulu masa mula2 saya join HR after 8 years as a Secretary, saya agak termakan jugak dgn kata2 mcm tu. Maklum la sebagai secretary saya sudah biasa dihormati & pergaulan lebih dgn taraf pegawai & bos2 je. Tapi apabila apa yg saya lakukan dlm HR mendapat perhatian serta pujian, saya mula rasa ianya tidaklah 100% betul. So, it is important to show our RESULT.

Kita mesti pandai memainkan peranan kita pada tempat & masa yg betul. Terutama sekali kalau kita nampak ada peluang untuk kita menonjolkan diri kita....go & do it!! Jgn lepaskan peluang di depan mata. Adakala perubahan yang kita lakukan kecil tapi impak dimata org lain besar. Ni bukan kes "bodek" tapi "improvement" atau "changes".

Lagi satu yg sering kita dengar..."kalau aku buat mcm ni orang tu OK ke? orang ni OK ke?..& akhirnya tak jadi buat sb asyik fikir apa org nak ckp. Pada saya, sebelum sesuatu keputusan diambil tentunya kita sudah mempertimbangkan dalam pelbagai aspek. Oleh itu, dgn penuh keyakinan kita mesti teruskan dan mengharungi cabaran yang bakal datang dengan keputusan tersebut. Kalau kita asyik dengar apa orang nak cakap sudah tentu punggung kita "kebas"... Ini yang akan membuatkan HR tidak menonjol dalam erti RESULT.

Tunjukkan betapa pentingnya HR dlm organisasi. Bak kata En. Azman "jual diri". Jual diri dgn berkomunikasi yg efektif, bermakna kita mesti tahu dgn siapa kita berkomunikasi. Pandangan mata ketika berkomunikasi penting...(he..he..bukan main mata tau). Wlwpun mata saya kecil tapi saya pastikan mereka nampak...bukan saja intonasi ayat tapi intonasi mata.....& sesekali masukkan intonasi bibir...iaitu senyuman!!

Kalau tidak HR akan terus hidup dlm sinaran api lilin saja, maksud saya membakar diri utk org lain. Ini tidak boleh berlaku pada era technologi canggih skrg!! Akhirnya kita dpt migrain, otak stress, tekanan darah tinggi, kulit pun berkedut dek asyik berkerut, dll...

Saya rasa dalam komen saya yg agak panjang ini telah terjawab soalan Master Ji tentang FAME. Cuma saya tidak letak numbering jer....

Ingat apabila kita melangkah sahaja ke hadapan, kita sudah tidak boleh toleh ke belakang...mcm dlm file "Jangan Pandang Belakang"

Saya bukanlah pakar...tapi sekadar berkongsi apa yg telah saya lalui...itu pun sebab Master Ji!! Maafkan saya sekira bahasa tulisan saya kurang baik.

Angelika said...

Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana telah membantu saya mengembalikan kegembiraan dan ketenangan dalam perkahwinan saya setelah banyak masalah yang hampir menyebabkan perceraian, alhamdulillah saya bermaksud Dr EKPEN TEMPLE pada waktu yang tepat. Hari ini saya dapat mengatakan kepada anda bahawa Dr EKPEN TEMPLE adalah jalan keluar untuk masalah itu dalam perkahwinan dan hubungan anda. Hubungi dia di (ekpentemple@gmail.com)