Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, July 21, 2010

Black Out


Salam mesra saya pada semua yang membaca. Maaf lama tidak kelihatan. Sedikit sibuk dalam urusan harian sehinggakan saya tidak sempat membetulkan ayat-ayat untuk entri terdahulu(Mangga).Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi membaca dan memberikan komen. Harap semua nya sihat.

Baru baru ini berpeluang untuk berjumpa dengan seorang rakan lama. Seorang pakar jiwa. Beliau adalah rakan yang menolong saya sewaktu pengajian Master saya dalam bab Organization Behaviour - Personality Disorder. Banyak topik yang kami bualkan. Kali terakhir saya bertemu beliau pada bulan Mac tahun ini. Perbualan kami menjadi menarik dengan cerita dan pandangan beliau.

Memeranjatkan bagi saya. Saya syorkan pada ibu bapa , sekira nya anda punyai wang yang lebih, selain melawat tempat tempat peranginan yang indah indah, lawatlah pusat-pusat rawatan jiwa ataupun wad-wad berkenaan. Juga jangan lupa rumah rumah orang tua tua yang di tinggalkan dan di kejami.

Melihat titisan airmata seorang ibu yang di tinggalkan akan menyedarkan kita dan anak anak kita. Pernah terdengar di telinga saya satu ketika di Jabatan Kebajikan Masyarakat. " Anak anak makcik ramai nak, tapi nak harapkan bagi sorang lima puluh ringgit sebulan pun susah nak, bini diorang tak kasilah, laki dia orang tak kasilah, sibuklah , entahlah nak." "Mak Cik harap duit welfare aje nak". Airmata nya menitis. Saya ikut sayu. Wajah mummy jelas di mata.

3 soalan terpacul di fikiran. Pertama: Adakah kerana proses didikan yang salah pada anak-anak nya? Kedua: Adakah kerana proses didikan yang betul tapi anak-anaknya lupa diri dan Ketiga : Suratan Takdir.

Melawat tempat berkenaan, walaupun bukan satu bentuk hiburan tetapi kesedaran dan pengetahuan. Semoga kita dan anak kita dapat melihat dengan jelas dan sudah tentu pembentukan masa depan menjadi lebih teliti dan berwaspasa sentiasa.


Petikan dari ruangan akhbar Mingguan Malaysia, Dicelah Celah Kehidupan (sudah menjadi minat saya dari belasan tahun lagi)

Tuesday , March 9 , 2010, Pakar Psikologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, melihat kepada laporan kajian kesiahatan kebangsaan dan morbiditi ketiga pada 2006, 11 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah mental. "Ini bermakna kira kira 2.6 juta daripada keseluruhan penduduk mengalami gangguan psikologi dan jumlah ini agak ketara". Beliau juga merupakan Penyarah Kanan Universiti Malaya dalam bidang ini. Beliau menambah, ada kemungkinan dari tangga ke sepuluh sekarang penyakit mental boleh menjadi penyakit kedua tertinggi menjelang 2020 nanti selepas penyakit jantung. Dunia berjalan dengan begitu pesat. Desakan hidup menjadi lebih kuat. Tingkah laku menjadi kepelbagaian. Tekanan diri menjadi lebih tinggi. Ada yang tertekan kerana kerjaya, ada yang tertekan kerana pasangan hidup masing masing, ada yang tertekan kerana ibu bapa, ada yang tertekan kerana anak anak dan ada yang tertekan kerana percintaan. Manusia juga boleh jadi apa sahaja kerana cinta, Benar. Amat benar.


Ketika itu, 1 Sept 2004, saya melawat sebuah wad pesakit mental atas urusan latihan dan seminar. Di bahagikan pada dua sel. Sel perempuan dan lelaki. Selepas sessi seminar tamat, saya melihat sel sel berkenaan dari luar. Hati bagai di hiris sembilu. Benar ada yang menggelikan hati tetapi mereka bukanlah satu tontonan untuk hiburan . Sel lelaki punyai pelbagai ragam.

Ada yang menyorok, ada yang menyanyi, ada yang bersyair dan tidur. Di sel perempuan , ada yang menari, menangis, tidur dan bercakap seorang diri. Sel mereka berhadapan. Kelihatan seorang wanita yang berjalan sambil menari . Cantik dan jelita. Dikejami oleh lelaki dan hinggap menumpang di situ. Anak nya masih kecil dan datang melawat bersama ibu nya. Melihat muka kanak kanak itu, membuat saya bersimpati. Anak itu tidak dapat berkomunikasi seperti biasa dengan ibu nya . Anak itu memanggil " Mak, mak, mak tengok lah sini." Tapi laungan itu tiada sambutan. Ibu nya benar benar sudah ke alam lain. Kanak kanak itu tidak berputus asa. Namun Ibu nya tidak langsung berikan apa apa respon. Nenek nya menyabarkan anak itu. Berborak dengan Nenek kanak kanak itu. Menyedihkan dan mengharukan. Kejam. Root Cause yang menjadikan wanita itu terganggu mental nya sungguh kejam.

Leka memandang ke arah sel perempuan , ada tangan yang menguis baju. Toleh dan sedikit risau kerana belakang saya adalah sel lelaki. Bila saya toleh dan bertentangan mata, rupanya ada seorang lelaki yang menguis. " Sir , why worry" tanya nya pada saya. "Alamak, dia boleh speaking lah". Kata hati saya. "Sir, don't worry sir, all success man must go through all this, they must stay here first". Ulasnya pada saya. Agak menarik intro yang di berikan. Timbul rasa pelik atas status dia sebenarnya. Dia mula bercerita yang beliau adalah seorang ahli perniagaan dan terdapat sedikit masalah ekonomi dan pinjaman membuatkan dia rasa sedikit kacau dan berehat seketika di situ. " Encik , awak apa business bikin " tanya saya. " Lori , Transportation Incik". Jawapnya. "Incik, tengok luar sana huh, saya punya lori ada parking dalam 6 atau 7 bijik lah" Spontan dia berkata. "Tempat tiada cukup, kalau Incik ada tanah , saya mahu sewa kasi parking lah" Dia menambah. Kebetulan sel berkenaan mengadap keluar. Saya ikut katanya . Saya lihat keluar. Tak nampak lori pun dan terus saya tersedar, dia juga pesakit. "Ceh, yang aku ikut tengok buat apa" bisik hati saya.

Saya anggukkan kepala dan berundur. Beliau terus bercakap di ikuti oleh gerakan tangan beliau merawang rawang ke udara. Toleh lagi ke sel wanita. Kedengaran dari sel lelaki lagu daripada kumpulan WOW . Engkau lah yang satu. Sedap suara lelaki itu. pandai dia membawakan lagu tersebut.
Saya melangkah keluar dan melalui sebuah taman. Di situ , saya lihat ada dua orang jururawat sedang berjalan dan memegang seorang wanita yang sedang menari rentak tarian melayu. Berjalan dengan tangan berlenggok.

Tuju ke kereta dan memandu keluar. Wajah pesakit perempuan yang jelita di mana anaknya datang melawat, wajah lelaki taukeh lori , wanita yang menari sambil berjalan di taman dan suara nyanyian lagu Engkaulah Yang Satu terbayang di mata. Saya tidak dapat menahan airmata. Satu pelajaran yang penting dalam hidup.

Hari ini dimana mereka tidak saya ketahui. Lawat lah tempat tempat seperti ini. Satu pengajaran yang bernilai. Jangan sampai kita Black Out!

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji!!! Dah lebih seminggu tak dpt baca blog Masterji. Wooo...dah mis beberapa entri. Kebetulan entri "Black Out" ni tentang orangtua. Actually seminggu ni busy sebab mak saya hospitalised for the first time...so jiwa dia agak tertekan. Nasib baik masa tu selepas suami saya discharged from hospital...kalau tak...payah gak saya nk membahagikan masa tu...

Anyway, I want to share with you this. Ex-staff saya datang melawat mak saya membawa bersama anak tunggalnya yg berumur 7 tahun. Agak lama juga bersembang di hospital. Esoknya ex-staff saya tu SMS saya awal pagi katanya anaknya bangun pagi lalu bercerita yang beliau bermimpi nenek. Nenek tu maksudnya mak saya. Katanya dalam mimpu tu dia nampak nenek tu nangis lepas semua orang yang melawat dia balik sebab nenek kena tinggal sorang2 kat hospital. Dia kata dia pun sedih tengok nenek tinggal sorang tapi dia tak boleh nak temankan nenek di hospital sebab umurnya baru 7 tahun. Dia kata pada ibunya kalau dia dah besar nanti dia akan temankan nenek bila nenek masuk hospital.... Terharu saya membaca SMS tu sehingga menitis airmata saya. Anak yg sekecil itu sudah pandai menilai kasih sayang.... saya doakan agar dia menjadi anak yg solehah yg berbakti pada ke dua orangtuanya.

Dari entri Masterji ni teringat saya kata2 ini, "Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi tak tentu 10 orang anak dapat menjaga seorang ibu" Ini jelas berlaku pada masa kini tambahan dgn artikle yang tersiar di akhbar2 dimana anak2 meninggalkan orangtua mereka begitu saja.... Nauzubillah...jauhilah kami dari perbuatan2 yang menderhaka itu.