Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, July 26, 2010

Two Minutes Before Midnight


Gambar filem mantra: Hi Every one, salam pada semua yang membaca dan bagi yang baru membaca. Terima kasih pada semua komen yang di hantar untuk entri Gun and Rosses. Saya bersetuju, sebagai HR practitioner, kita mesti tegas. Berikan ganjaran pada yang berkelakuan baik dan memenuhi tuntutan syarikat sementara bagi segolongan "rules breaker",terlebih dulu cuba untuk memujuk dan memberi motivasi agar mereka berubah tetapi sekiranya tiada apa-apa perubahan, suatu tindakan yang drastik perlu di ambil untuk mengelak gelaja salah laku yang di cetuskan dari terus merebak dan memberi kesan negatif pada syarikat. Sebenarnya matlamat utama sebagai HR adalah untuk memberi bunga kepada semua kakitangan/pekerja tetapi dalam masa yang sama ada juga yang inginkan peluru, maka kita beri peluru pada yang meminta.

Saya tertarik pada komen Encik Azaman, Luck and Cables. Perkataan yang cantik. Ya benar , kuasa vision boleh mengatasi semua itu cuma a matter of time. Seperti yang Encik Azaman cakap, siapa pun yang menjadi Boss, skill kita harus dipertingkatkan lagi dan kita dipentingkan kerana skill bukan cables. Kalau pakai cable, bila boss tukar kita pun tukar. Terimakasih Encik Azaman.

Pada The One, komen anda tentang six packs, ha ha ha. Ya benar kita harus konsisten. Bagus perkataan " How Long can maintain". Saya suka cabaran. Anda secara jujur sebenarnya mahukan ia kekal maka secara strategiknya anda memberikan soalan demikian. Kasi bakar dulu, ha ha ha . Anda ada ciri ciri Lawyer. Sudah tentu memerlukan disiplin. Rahsianya mudah, bukan berapa berat besi yang anda angkat, berada puluh pusingan yang anda lari, tetapi sebenarnya adalah berapa konsisten nya kita melaksana kan nya walaupun sedikit. Ayoh, anda bisa melakukan.


Kali ini entri saya pasal Two Minutes before Mid Nights, itu lagu kumpulan Iron Maiden. Baru baru ini saya luangkan sedikit masa untuk menonton filem Mantra. Kenapa? Seperti yang saya beritahu, filem adalah suatu garapan seni yang di adaptasi dari keadaan sekeliling samada ianya benar-benar wujud atau hanya imaginasi si penulis dan pengarah. Secara langsung, filem Mantra banyak memberi saya pengetahuan dan "trick-trick semasa" yang membenarkan saya untuk memberi pujian tinggi kepada pengarahnya, Azhari Zain kerana telah memberi naratif yang menarik di dalam filem ini yang mana telah menyelitkan unsur-unsur pengajaran berguna pada khalayak penonton. Zul Handy Black yang memegang peranan sebagai Muzir juga wajar mendapat kredit yang tinggi kerana berjaya menjiwai watak beliau dengan berkesan.
Dalam pengurusan sumber manusia yang saya belajar, salah satu bab ialah ' A HR Manager should always sensitive to internal and external factors affecting organization." Banyak faktornya. Salah satu dari faktor external ialah surat khabar dan filem. Ada kemungkinan faktor luaran boleh membuatkan prestasi syarikat terjejas sekiranya kita mengabaikan rasa sensitif pada persekitaran. By the time change is required, kita sudah terlambat. Dan Mantra pada pengalaman saya punyai impak dalam organization yang besar dengan pelbagai jenis lapisan pekerja dan back ground serta cara pemikiran. Pasti ada yang terbawa bawa.

Encik Azaman, harus baca entri ini. Ini pengalaman kita Bang. Bagaimana kita pada awalnya mengharungi detik detik ini di tempat kerja dan akhirnya mempunyai jalan penyelesaian yang amat mudah. Ingat sindrom Histeria? Masih jelaskan. Sampai kita bermalam di tempat kerja untuk melihat sendiri dan memastikan production harus jalan tanpa gangguan. Orang Jepun tak faham ,sukar nak explain tetapi kita jawap macam Ridwan Abu jawap ( One two Three ) Black Magic Woman Santana.


Filem Mantra ini, di lakon kan oleh Zul Handy Black sebagai Muzir seorang pengamal Ilmu hitam, yang telah di aniaya oleh Hasbi ( Hasnul Rahmat), yang mahu merampas isteri Muzir dan sewaktu di penjarakan, Muzir menuntut ilmu hitam daripada seorang lelaki yang bergelar Bahsura. Ada yang akan insaf dan jadikan sebagai pengajaran filem ini, ada yang anggap filem ini sebagai hiburan sahaja dan ada yang akan terbawa-bawa dengan pengaruh filem ini . Golongan yang terbawa-bawa inilah yang susah. Nak ke tandas dah jadi takut. Masuk lif seorang diri dah jadi kecut. Ditambah pula yang ingin mencari populariti murahan, bisa mengetahui sama ada lembaga-lembaga yang di takuti akan datang di tempat kerja atau tidak. Kalau datang tolong contact. Ini karektor Hasbi dalam filem Mantra, create problem dan solve problem tu sendiri jadi of kos, hero hebat. Nanti ada yang nak jadi seperti watak Muzir, Hasbi, dan Bahsura dan macam macam lagi.

Filem itu bagi saya pengajaran yang bagus tetapi fantasi juga bermula. Apa pun saya suka filem itu. Kita dalam hidup ini ada banyak perkara lain yang kita boleh buat. Let's go out from Merry Go Round.
Benar benda benda ini wujud, tetapi kita harus keluar rumah, cari makan, anak anak nak makan, Ibu bapa perlukan bantuan di Kampung, atap rumah mereka dah bocor, bau bilik air dengan ruang tamu dah hampir sama busuk. Jadi itulah dulu priority. Selagi anda punyai nawaitu yang betul dan berjalan di lorong yang benar, anda kuat dan susah dicerobohi diatas doa doa mereka. Macam macam. Lama kelamaan pekerja menjadi takut dan terbayang bayang imej yang menakutkan dan tidak sedarkan diri. Kerja tergendala dan menjadi produktivi semakin merosot. Yang terkena akan di keluarkan dan di rehatkan dan tinggal bekerja pula akan terbayang bayang dan takut. Sudah pasti ada masalah kualiti dan produktiviti. Ayuh kita yang dewasa ini sampaikan mesej yang tepat. Bila mereka bercerita Tahap Degawan, kita harus jelaskan. itu adalah pengajaran yang baik supaya kita tuntut ilmu yang lebih baik, halal dan berfaedah dan jauhilah perkara perkara itu. Jangan di tambah sesedap rasa dan mulai dengan " Hei aku dulu pun , pernah tau kat asrama, bla,bla,..bla...bla....bla, kat simpang , kat tandas, kat parking...dan macam macam lagi. Memang wujud tetapi anda harus kuat dan buka topik yang boleh menembusi nya bukan menambah kan lagi. Watak Hasbi kadang wujud. perhatikan dan cuba hentikan.
Encik Azaman , sekarang bagaimana ya di sana?

Apa pun filem Mantra adalah pendidikan yang baik bagi diri saya dan saya percaya yang lain.



4 comments:

azaman said...

Salam Masterji,

Wah, awak tengok jugak cerita seram melayu ni yea? Ingatkan dok main bollywood aje. Cerita melayu seram yang paling akhir saya tonton cerita Zombie Kg Pisang. Cerita tu taklah seram mana, komedi lebih.
Tersenyum kejap bila teringat kes histeria dulu. Punyalah penat mengangkat sorang-sorang pergi training room. Kalau yg badan kecik tu ok jugak, ni yg badan tak kecik, jenuh jugak. Ingat petua Tn Hj Ibrahim mana nak tau budak tu betul-betul histeria ke tak? Sama-sama ingat dahlah.
Masa ni saya tak ada lagilah experience macam tu lagi. Harapnya tak adalah.

Azaman

sonia shakir said...

Hahahaha En. Azaman, saya rasa saya tahu macamana nak pastikan budak-budak tu betul-betul kena histeria ke tidak. Takpa, biarlah rahsia tu kita-kita je yang tahu. Dulu masa bekerja di salah sebuah kilang di Sungai Way, ada juga kejadian histeria ni, tapi depa kat sana tak layan sangat hal-hal macam ni. Mungkin berdasarkan pengalaman mereka dari pekerja-pekerja yg terkena histeria sebelum ni. Yang terkena histeria..diangkat oleh pekerja lelaki masuk ke sick bay..doktor atau nurse bagi satu injection..hantar ke hospital.

Noor Jahan said...

Histeria?? Dulu masa zaman belajar especially kat 'U' mmg ramai histeria & saya tengok adalah sorang abg senior ni datang dgn membawa lada hitam....tak lama tu dah ok.......

Kat tempat kerja ni ada gak especially sabahan / indonesian. saya hantar ke klinik jer tapi kadang susah sikit bila dia mengganas...ada yg cuba2 baca ayat2 suci utk menenangkan tapi mcm tak jadi jer.... Ada petua / cara utk hentikan histeria ke??

one said...

Salam masterji, en.azaman.

Saya pun nak komen jugak, ingat lg arahan bang man masa safety mtg tuee. Bila war2 kan kat line sampai la takde pun yang kena histeria tp seingat saya abg man angkat yang kecik jer, yg XXL kami yang kena angkut pakai trolley..He..He.. Tue masa2 yg tension ari2 tungu sapa lak yg nak kena. Skrg abg man da x de, da mula balik da.. Baru2 nie ada kes tp dipulihkan oleh masterji kita yg tukar profession jd Degawan part time...Kena implement balik idea abg man baru ok kot...

One