Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, August 31, 2010

Superboss 4 : Cause you're so smooth


Salam hormat pada semua pembaca dan peminat. Pn Noor Jahan, terima kasih berbanyak kerana rajin memberi komen. Banyak juga yang saya pelajari dari anda. Gagal sekali tidak bermakna anda gagal selalu. Benar kat Pn Noor Jahan. Mungkin anda belum berjaya! sematkan itu di dalam hati kita. Belum berjaya lagi!. Bukan GAGAL , GAGAL. pedih mendengarnya.Terima kasih juga kerana memberi komen untuk entri berkaitan John Travolta, rupanya Pn Noor Jahan juga meminati John Travolta.Masterji juga turut meminati John Travolta terutama pada bahagian lekuk di dagunya dan tarian yang di persembahkan oleh beliau banyak mempengaruhi Masterji sewaktu muda-muda dulu.

Encik Azaman kena tangkap sewaktu menonton wayang, saya ketawa besar gelihati bila Encik Azaman memberitahu penonton di sebelah beliau adalah guru sekolah.Hahahahaa....

Terima kasih juga pada komen sms yang saya terima . The Plane , The Plane ... entri semalam menarik. Ya saya pernah ke Jepun lebih dari sekali. Kali pertama yang paling mencabar. Tapi bak kata peribahasa Cina, berani mati tak mati. Banyak yang saya pelajari dari mereka. Dari sebuah negara yang pernah menjadi padang jarak padang terkukur, mereka bangkit tanpa tongkat menjadi tunjang tetapi hanya semangat jihad yang kuat dan usaha yang tiada henti jadikan mereka kembali gah .

Ya Omiyagenya banyak yang menarik. Omiyage bermaksud souvenirs. Bawa lah pulang omiyage yang elok dan berguna. Jangan sekali membawa pulang Omiyage yang boleh merosak kan minda saudara mara atau rakan rakan kita di Malaysia. Ayoh buka kad pengenalan dan tengok berapa umur kita? Sudah berumur bukan.

Banyak yang saya pelajari. Cara jalan sahaja sudah boleh kita jangka kan produktiviti kerja mereka. Saya fikir, saya tinggi saya jalan lebih laju rupa nya salah. Mereka lebih laju walaupun kurang tinggi. Naik bas beratur. Kalau waktu break 15 minit, cuma 10 minit di gunakan dan lima minit lagi sudah stand by di tempat kerja masing masing. Yo kata ne...(Bagus)

Macam mana boleh buat kat sini.?

Ok , entri kali ini cerita pasal Smooth! Untuk Superboss. Bila sebut smooth selalu teringat pada lirik ini ;
..And Just Like the ocean under the moon,
Well it's the same as the emotion,
that I get from you......

SMOOTHHH....

Sebahagian dari lirik dalam lagu smooth yang di nyanyikan oleh Rob Thomas bersama Santana.
Tajuk lagu tu dengan apa yang kita nak bincang ni sama.

Yoshinobu Saito , boss Jepun saya yang kedua selalu mendidik, memesan dan memastikan saya agar saya faham dan laksanakan satu benda dengan tepat iaitu smooth.

" Lafi san as a key man, your job is to make company smooth to meet customer lequest ( Request ), . You can wait for customer but customer no!. "

Clear message! one word ! simple ! SMOOTH


But you must be :
Well Planned.
Well Organized.
Well Executed
Well Trained.
= SMOOTH!

Than people will said, you got it cause you're so smooth!

So kalau dengar lagu di bawah ini , ingat lah smooth!



No comments: